Wednesday, December 1, 2010

GAPS BERENTAP DENGAN PAKATAN !


ARTIKEL MALAYSIAKINI.

Istana Negara menjadi 'sasaran' dua kumpulan anti dan prokerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad di Istana Negara Ahad ini.

Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

khalid ibrahim selangor waterKhalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi.

badrul amin"Apa yang yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka.

"Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,00 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar.

Tiada permit
Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa".

"Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman, ujarnya.

NONE“Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala).

Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu.

Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu.

Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas.

Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini.

10 comments:

melor45 said...

Kenapa tak berarak keistana Selangor,apakah Al-Sultan tiada kuasa dinegerinya sendiri,terlupa le almaklumlah nuuu Chet Det dah rentap kuasa SULTAN semasa pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dulu.Lagipun Sultan Selangor mungkin kekurangan sifat Ketuanan Melayunya sebab.....faham,faham lah apa maksud saya.Aku peliklah dengan sikap ORANG MELAYU bodoh orang nak tahan kenaikan harga air ditentang habis-habisan sampai sanggup perabis duit dok tempa baju ,banner dan sebagainya,lebih baik wang itu disedekah jariahkan kepada badan amal dan mangsa banjir.Kita harus bersyukur kerana masih ada lagi pemerentah yang bersifat ehsan kepada sekalian rakyatnya

Unknown said...

Melor45, baca betul...

Anonymous said...

rentap kuasa sultan? habaq mai sket kuasa mana yang kena rentap tu? jgn nk gebang la melor semberono..

2. pemerintah bersifat ehsan? ptui! ehsan ko.. air percuma tak sampai ke sasaran(org duk flat xpdt, umah banglo dpt). dahle menghabiskan rizab selangor. pendapatan negeri kurang. institut utk mereka yg kurang berkemampuan di tutup, tapi nk wat majlis megah2sampai rm300,000. pasir korek sana sini-tapi duit x masuk. PKNS, Yayasan dan pasir dia tak boleh urus dan ada elemen rasuah dan salahguna kuasa, boleh ke percaya Khalid? ptui!

-john komeng-

Anonymous said...

Melor45 bodoh dungu... kena di takdep dulu lepas tu baru ditaklimkan otak Melor45 ni...

Anonymous said...

Setuju..melor45 dungu lagi bahalol tahap GABAN..

Anonymous said...

semua penyokong ketegaq PAS cakap macam meloq45 tu, sejak dolu-dolu lagi. idea tu dah basi, baik bubuh dalam lubang juboq hang

Anonymous said...

teringat masa pembentangan belanjawan dulu2,,,,masa tu TAN SRI khalid jadi ahli penal,,,kt tv,,baik semua komen dia,,hehe

To Live Again said...

Melor45..

Woi melor ko cuba bgtau aku ape KUASA yg che det rentap??? Che Det bkn rentap kuasa che det cuma rentap KEKEBALAN raja2..2 pon bg menjamin kestabilan antra raja-rakyat..Ini kerana dlm Islam pon pemimpn mesti ada had dn batasannya..Ko bila berckp ni ko tau xape kes sebenarnya yg membwa pd PENGURANGAN kuasa raja?? Ko ckp!! Ko kenal x siapa KOPERAL ADAM?? Ko ingt x peristiwa chow kit!! Aku pon xmau la pnjg kan bnda ni pasal yg terlibat pon dh arwah dn x baik kita ungkit bnda yg mengaibkan arwah..

Kalau xtau sejrah jgn nk menyalak mcm anjing menyalak bkt! Ko nk cita pasl air percuma! Ko tau x yg cr 2 x smpai pd sasaran la ngok..Rakyat x kisah byr sedkit perkhidmatan air asalkan khidmat diberi setimpal..Sbb sekrg ni pon harga air msh munasabah..

Ko nk ckp pasal kempen anti kenaikan harga air..Ko g la buat kempen 2 di kdh dgn penang sm..P tnya ustaz azizan dgn KHALIFAH hampa awat ayaq naik d sana noooo..

Anonymous said...

Melor45..Jgn main sembur jer, baca & fahamkn btul2 dulu sebelum nk komen..Kumpulan "GAPS" akan ke Istana Negeri terlebih dahulu utk serahkn memo yg sama kpd Al-Sultan Selangor ESOK slps Solat Jumaat..Hari Ahad baru serah pd DYMM YDP Agong...Korang pencacai & penjilat "PR" ni memg bongok x abis2..Melor45 & spesisnya memg BANGANG & BAHALOL !!!

Anonymous said...

Che Det sanggup ubah laluan pendaratan minyak dikelantan ke thailand kerana "semangat terlampau melayu" ... semata2 kerana kelantan di tadbir oleh PAS.. hehehhe... gelapnya hati kitol-kitol UMNO yang dok telan duit rasuah dan penyelewengan .....