Monday, December 6, 2010

KHIR TOYO LEPAS JAWATAN !

ds khir toyo lepas kan jawatan ketua pembangkang selangor !

8 comments:

santauangin said...

Tahniah, satu keputusan yang bagus dan perlu di hormati walaupun beliau belum di dapati bersalah. Untuk tindakan yang seterus nya adalah meletakkan jawatan sebagai ADUN. Lakukan KT semoga hidup anda akan lebih bermakna.

Anonymous said...

INI YANG DIKATAKAN PEMIMPIN GENTLEMAN. ADA MARUAH..BUKAN MACAM ORANG LAIN ADA KES PUN MASIH NAK JADI KETUA PEMBANGKAN..SYABAS YB KHIR TOYO. HIDUP UMNO.

wanbaki said...

elok la tuuuuu..
bukan macam kawan tu. siap tambah jawatan lagi...

Anonymous said...

prk lagi... bosan seyh...

Anonymous said...

jangan jadi mcm anu war, dia selalu nak tangguh perbicaraan.., perbicaraan perlu disegerakan..
buktikan sue lim babi tu salah, bagi angka pun salah, semata2 nak menjatuhkan maruah orang... lawan tetap lawan dato seri...

Anonymous said...

Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munasabah". OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.

Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan "presumption of innocence" sebagai bermaksud "andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah" berbanding "andaian tidak bersalah".

Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).
Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan "andaian tidak bersalah" atau "andaian belum bersalah" atau "andaian belum dipertanggunjawabkan", saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi "andaian belum bersalah" sebaliknya sudah wujud "andaian bersalah" atau "andaian sudah dipertanggungjawabkan". OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya ialah OKT sudah dipertanggungjawabkan. Jike demikiannya, OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang

Anonymous said...

Tak payahlah nak bagi komen panjang2, org tak faham pun. Yang org faham, DSAI tu belum jatuh hukum lagi, dah macam macam org kutuk dia, maki dia, hina dia, aibkan dia, cerca dia, fitnah dia. Kalu org Umno/BN ni beriya2 korang bela. Dah nampak salahnya, mana ada bekas dr gigi, jadi menteri besar baru berapa tahun dah mampu beli sebuah rumah agam. Akai ada.

Anonymous said...

mana khir dapat duit berjuta2 ni ya? kaya-kaya betul pemimpin2 umno ni. koparat la katakan... "Kapitalis UMNO, berjuang kerana fulus dan untuk fulus" ....

aku, rakyat melopong saja, telan air liur basi ....heehehhee.....