Wednesday, January 5, 2011

DAULAT TUANKU ! KENYATAAN MEDIA ISTANA SELANGOR.

 KENYATAAN AKHBAR
 
Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. 

Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.
Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. 

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. 

Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). 

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. 

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. 

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. 

Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)
Tarikh : 4 Januari 2011

9 comments:

Panglima Perang Cyber said...

syabas bro dpt ranking tertinggi dlm list 100 blogger terhebat negara.

aku bangga dgn sahabat aku!

tgk sini

http://1khalifah.wordpress.com/2011/01/04/terkini-rank-blog-alexa/

Bingai @ Bangang said...

Tahniah GAP!

Aku yang bingai
Politik: Apa yang ko merepek ni MB oiiii!!!

Ir MIM NUSANTARA said...

Sorry,Bro,Tok Khusrin,masa kat JAIS,aku rasa taklah EFFICIENT sangat pun.....Ini kerana ada banyak kes2 yang dibawah bahgian PENGUATKUASA JAIS yang "Hanging & terbengkalai"...Aku sendiri ada membuet ADUAN mengenai kes Hasutan dalam Enakmen Syariah Jenayah sejak 2009,tapi tak ada tindakan KONKRIT yang dibuat..rasa tindakan
macam ACUH tak ACUH aje...jadi

MACAM mana Khusrin kata nak jalankan tugas2 SUK dengan baik dan Efficient???? sedangkan di-JAIS dah kantoi?? Cuma kes2 yang sensasi dan Glamor (mcm kes khalwat Abby dan Norman,Asri dan baru2 ini Syiah)sahaja Khusrin ambil berat,untuk MENERAMPILkan diri dia dan JAIS....!!!

AKU ragu2 akan kapasiti dan janji2 Khusrin apabila dia jadi SUK nanti..!!

Anonymous said...

KHALID!! KHALID!! UNDUR!! UNDUR!!

KHALID!! KHALID!! UNDUR!! UNDUR!!

KHALID!! KHALID!! UNDUR!! UNDUR!!

KHALID!! KHALID!! UNDUR!! UNDUR!!

Anonymous said...

ini yang susah bila kaduk dah naik junjung! Negara akan hancur, ummah akan punah bila rakyat bangsa Melayu-Islam sendiri tega menentang rajanya sendiri. Ini telah dibuktikan dalam sejarah kejatuhan Empayar Melayu Melaka dst

halim said...

Aku tak tau lah kalau masih tiada tindakan akan dikenakan kepada Suhaimi ni..Baginda Sultan (melalui Kenyataan Akhbar ini)menyatakan kemurkaan terhadap kenyataan Suhaimi tersebut. Kalau tiada tindakan, bermakna selepas ini rakyat boleh cakap apa sahaja berkenaan Sultan..boleh mengherdik, menghina dan menggertak Sultan. Tolonglah ambil tindakan, jika Suhaimi rakyat Thailand..sudah lama dihukum..

usin said...

aku nak tambah sikit. kata speaker dun sgor, "mesyuarat tergempar" dun untuk membincangkan usul biasanya dilakukan oleh pembangkang sesebuah kerajaan. tetapi dalam kes ini kerajaan sgor pulak berlagak mcm pembangkang. speaker yg memang dari pembangkangpun membayangkan tindakan kerajaan sgor ini tindakan bodoh bangang(tp x diungkapkan secara jelas, dlm sindiran). so, dlm kes ini siapa yg bodoh? konfirm kebodohan ini timbul kerana dendam je pd khusrin munawi. tindakan org berdendam kebanyakannya bodoh. diulangi BODOH!!!

Anonymous said...

mana la puak2 bangang ni tahu nk tadbir negeri. dari awal lagi memang dia tahu bangkang saja. bila menang negeri, mula la meroyan x tentu hala... :-(

Anonymous said...

Walau dicemuh oleh Golongan Jahiliyyah Assobiyyah Sekular UMNO,
Bravo Suhaimi Shafie, anda telah tunaikan perintah Rasulullah SAW ...

Mafhum sabda Rasullallah SAW:
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.

Bravo Suhaimi, anda telah menegur Sultan & Ketua Agama Islam negeri anda ... supaya tidak bersikap EGO dengan hanya kuasa pinjaman Allah taala itu... supaya kembali bertindak berasaskan kepada kebenaran bukan berdasar prasangka atau hasutan manusia2 hipokrit opportunis disebalik istilah "Melayu & Islam" ...

Jangan layan gelagat pengampu2 hipokrit UMNO/ kaki bodek brahim ali tu..... masa krisis perlembagaan 1983 & 1993, masa mahathir mamak iskandar kutty lanyak raja2 melayu dulu.. masa krisis terbaru perlantikan MB trengganu 2008, budak2 UMNO menyebut "Nnate!! (binatang!!) kepada sultan terengganu/YDPA sekarang .. apa UMNO buat????? ..hipokrit & opportunist UMNO...

Bravo Suhaimi, Allah sentiasa bersama dengan pejuang kebenaran & keadilan ...... berjihad menentang kebatilan & kezaliman...

Semoga Raja2 Melayu sebagai Ketua Agama Islam dinegeri masing2 sentiasa beriman & taat kepada perintah Allah dalam setiap urusan seperti akhlaknya, tindak tanduknya dan tadbirnya ….. Allahu Akbar!