Wednesday, February 2, 2011

FELDA KUBU KUAT BN !

 Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.

Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. 
Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.

Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-

Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)

JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA :
 BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda.
Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-

1) Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
2) Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
3) Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
4) Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
5) Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan

Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).

Anak Jati Felda

9 comments:

Mordecai Kucai said...

PR pun gagal untuk membuat kaji selidik yang terperinci.

Kubu BN mereka usung dan pacak bendera DAP. Tidak kah mereka tahu lambang DAP itu adalah satu kepantangan Melayu rata rata.

Sikap bunuh diri ini terjadi sudahnya yang untung DAP dapat melihat bagaimana sambutan orang Melayu atas DAP.

DAP yang nak experiment PAS bahlul menjadi mangsa.

DAP dapat data dan PAS pun dapat data juga tetapi hanya setelah menjadi mangsa.

gegar gempur said...

Aku bangga jadi anak Felda..di Johor..1969 aku ikut arwah ibu bapa aku berpindah ke Felda Bukit Besar..Kulai Johor...mas tu keadaan Felda memaang dhaif..makan pun subsidi..tapi kini Felda amat hebat,..

Ahmad Pazil Md Isa said...

alhamdulillah, dengan sokongan kuat pengundi Dun Tenang, diturunkan hujan rahmat sehingga banjir. Terima kasih orang Melayu terbalas dengan segera. Ternyata pembangunan di Johor selama ini telah dibuktikan hanya beberapa hari

Anonymous said...

1972 gaji felda bapak aku RM1.85/hari...Pindah dari kg hanya menyewa sebuah teksi, berbekalkan bantal & tilam kekabu serta x sampai sedozen pinggan mangkuk...kini bapak aku punya pendapatan lebih RM6000/bulan...dan punya rumah banglo...Aku bangga dan masih menetap di kawasan rancangan Felda walaupun gaji aku kini lebih 4k...(kerja kerajaan).

Anonymous said...

1972 gaji felda bapak aku RM1.85/hari...Pindah dari kg hanya menyewa sebuah teksi, berbekalkan bantal & tilam kekabu serta x sampai sedozen pinggan mangkuk...kini bapak aku punya pendapatan lebih RM6000/bulan...dan punya rumah banglo...Aku bangga dan masih menetap di kawasan rancangan Felda walaupun gaji aku kini lebih 4k...(kerja kerajaan).

Anonymous said...

Bagus la tu.. Umno/BN menang besar, mutlak. lebih 80% pengundi tu besar lah kiranya, tak kira ko berapa banyak nilaian kos belanja kemenangan tu?

Tapi apa kisah, UBN parti orang kaya & berkuasa ... apa2 pun boleh buat. Nak buat bangunan warisan felda 100 tingkat pun Umno boleh buat. Kerajaan tak beri hak milik kekal tanah ladang kepada peneroka pun hak kerajaan. Kalau dikatakan peneroka hanya kuli upahan kekal Umno pun apa rakyat nak kata. Tanah, ladang, kilang, untung felda tu, hak mutlak kerajaan BN & pimpinan umno. Peneroka felda akan akan bertepuk sorak dengan kehebatan felda umno walaupun peratusan mereka yang tercicir & bermasalah masih tinggi. Kerana nak untung besar, ladang dikuasai oleh boroh pendatang asing yang sanggup bergaji rendah, kerana kos hidup mereka rendah. Para anak peneroka tak berapa minat kerja ladang kerana upahan gaji yang rendah berbanding kos hidup rakyat tempatan yang tinggi. Ini pun fenomena krisis social jangka panjang generasi akan datang yang merunc ing dan yang terlindung oleh radar politik sekular melayu UMNO! Sejak dulu UMNO hanya ingin “menang” walaupun melutut kepada segala kehendak penjajah British, cina MCA, india MIC serta Singapura!

Last year pun Mubarak menang jawatan presiden mesir untuk tempoh 30 tahun berturut2. .. Dulu arwah Saddam Husin menang bergaya setiap pilihanraya presiden Iraq sebelum AS jajah.
Cara mana menang 99% "demokrasi para diktator" tu tak tau lah.. ada yang kata pilihanraya mereka dibawah hujung muncung senjata asykar2 sekular diktator2 Arab tersebut.
Akhirnya rakyat mereka tak tahan.. ingin PERUBAHAN... lawan penindasan & kongkongan diktator walaupun dengan harga nyawa para syuhada’ Islamis & rakyat yang tinggi....

Apakah "amalan demokrasi SPR" Malaysia bertaraf dunia atau hanya setaraf dunia Arab sekular tersebut?

Apapun Umno dah boleh tidur lena diulit "para bidadari kroni & pengampu" dengan kemenangan bersiri sekarang! Apakah umpanan ulitan rakyat ala PRU11(2004) ini berterusan sehingga PRU13 nanti?

Para pejuang Islamis & rakyat tak pernah “lena & kalah” disisi Allah, janji ganjaranNya tetap benar ..... Allah yang Maha Mengetahui & Maha Berkuasa.. Allahu Akbar!

XPressMinda said...

salam bro..

mungkin ada skit silap angka rasanya..

FELDA TENANG
BN: 955
PAS: 160
Majoriti : 795

PETI UNDI Cemplak
BN : 985
PAS: 135
Majoriti : 850

PETI UNDI Cemplak Barat
BN : 838
PAS: 142
Majoriti : 696

Anonymous said...

Geli pulak bila ada orang kutuk felda lebih-lebih....

Dan geli pulak bila ada orang kata kelantan banyak pembangunan sebab bawah kerajaee PAS, rupanya ada gak rakyat kelate dok dapat bezakan projek kerajaan negeri dan pusat. Dan ramai jugak penyokong penyokong PAS yang berumur lebih 65 tahun dapat bantuan JKM. Sebabnya kerajaan BN tetap menolong. Tak dok pun sisih-sisih. Cuma ada la puak2 tak perasan diri. Ashik sibuk nak salahkan orang lain tapi tak buat kerja....lastnya perjuangan tersasar...nampak lebih Isle dari Islam.

Anonymous said...

Felda kawasan aku nk cari org susah pun susah. Ko bagi le barang letrik, barang dapur,beskal,moto.suma diorang xnk. diorang nk duit jer. Yela harge getah dah mahal. tang mana nk cari org susah?