sejak 2 september 1998 atau lebih tepat hari anwar dipecat aku sudah berada dalam kem reformasi atau sebut ADIL. kemudiannya ia beralih kepada penubuhan parti keadilan nasional dan akhirn sekali pkr.
anak muda dan darah muda. gelojak amarah aku mula berpihak kepada anwar sejak dia dipecat.
2 september 1998 hari bermulanya sokongan tidak berbelah bahagi aku kepada anwar. banyak foto yang aku simpan, insyaallah tiba masanya akan aku keluarkan satu persatu.
foto yang melibatkan penglibatan aku (dan rakan) berjuang jiwa dan raga demi untuk perjuangan anwar.
asalnya dulu, aku pelajar yang cukup pro kepada dr mahathir. pada zaman belajar dahulu, setiap ucaptama dr mahathir akan aku simpan sebagai koleksi bacaan.
namun dek kerana darah muda pemecatan anwar membuatkan aku sedikit keliru.
aku dihasut untuk menyertai perjuangan anwar hanya berlandaskan kepada satu kaset sahaja, kaset yang disebarkan di seluruh pelosok tanahair yang merakamkan perbualan pemecatan anwar ibrahim sewaktu mesyuarat MT yang terakhir.
kerana aku bekerja shif, maka aku mampu memberikan hampir 70% masa,tenaga,wang ringgit demi untuk perjuangan anwar.
fanatiknya politik taksub kepada anwar hingga ke tahap karier kerja pun sanggup kami jadikan taruhan.
tanya pada kami, apa yang kami tak sanggup buat demi anwar ibrahim ? segalanya aku sanggup offer demi reformasi, demi anwar ibrahim.
demonstrasi,arsenik,konvoi kamunting,kesas highway, prk lunas,indera kayangan,ijok, pilihanraya sarawak (tahun 2002) yang ada diantara kami hampir ditetak dengan pedang samurai oleh puak BN,kongres,demo, ceramah,bawak karung kutip duit ceramah,jadi MC ceramah, jadi tukang jaga jalan masa ceramah,beli cd ceramah untuk diedarkan kepada rakan,kereta bertampal logo justice 4 all hatta tampal satu persatu sticker anwar sakit kat tiang lampu pun kami buat.
fanatik tahap melampau. semuanya kerana dah ditarbiyah oleh semangat anwarisme.
dulu, bagi kami dr mahathir adalah manusia yang paling tidak demokratik dan kejam. biarlah aku menulis jujur kali ini. jujur yang paling jujur. bukan nak mendedahkan aib atau kelemahan, sekadar nak bagitahu rakyat betapa silapnya aku membuang masa hampir belasan tahun menyokong perjuangan anwar yang akhirnya terbukti palsu.
MANA DATANGNYA NAMA 'GERAKAN ANTI PKR' ?
nama ini dah wujud sejak 2004 sewaktu raja petra melupuskan web FAC (free anwar campaign) dan mewujudkan laman barunya malaysia today.
aku tukang komen paling tegar dalam malaysia today, bersama-sama dengan rakan bloger mat saman kati (dulu anwarista sekarang dah tarik hand brake).
waktu itu aku pakai nama gerakan anti pas, aka GAP. pasal aku benci dengan perangai hipokrit pas.
aku sokong anwar kerana projektori imejnya yang islamik dan pro melayu. ini asal asas semangat anwarista aku.
dr mahathir digambarkan sebagai pemimpin zalim. pelbagai fitnah dan gelaran kami beri kepada tun mahahir dalam semua web pembangkang yang wujud ketika itu, terutamanya web malaysia today.
anwar melontarkan ide dan benih fitnah kepada kami. di sini terletaknya daya usaha kami untuk spin dan burukkan pimpinan dr mahathir.
mesej dan propaganda yang anwar sampaikan kepada kami, kami telan hidup-hidup. tanpa ada rasa terdetik untuk berfikir apatahlagi untuk argue (persoalkan) fakta yang dibentang.
proses politik yang berat sebelah ini (one sided) telah berjaya melahirkan gerombolan anak muda yang condong kepada fahaman anwarista.
buktinya, pada tahun 1999 atau lebih tepat semasa pilihanraya telah wujud hampir 650 ribu pengundi baru yang muncul selepas pasca reformasi.
nasib baik lah daftar pemilih baru ini tidak sempat digazetkan, jika tidak berkemungkinan kerajaan umno/bn sudah tumbang pada pilihanraya 1999 !
masa berlalu. harapan kami hancur luluh selepas tewas teruk pada pilihanraya 2004.
pkr tinggal sebatang kera, sebatang kara di parlimen. wan azizah wakil tunggal pkr di parlimen manakala dominic ng menjadi calon tunggal pkr untuk dun padungan di sawarak.
arakian teruk kena dengan BN sekalipun, semangat perjuangan kami tak pernah padam. lesu tak menghalang kami untuk terus bergerak. moral down tiada dalam istilah kamus kami.
kerana kami mengharapkan tatkala anwar bebas, maka kegemilangan politik pkr akan bersinar semula.
anwar bebas dari penjara namun selama 2 tahun pasca dia bebas, anwar langsung tidak melakukan apa-apa.
apa anwar tak menghargaikah perjuangan orang yang di luar penjara, bisik hati kami.
anwar telah mengecewakan hampir separuh penggerak reformasi selepas dia keluar dari penjara.
expectation (jangkaan) kami adalah mengharapkan agar selepas pulang dari munich, anwar akan memacu semula momentum semangat petang 10 september di dataran merdeka.
enjin movement politik aku mulai kendur.
hilangnya anwar rupanya punyai maksud. dia memasang strategi politik baru.
politik lama anwar yang dia perjuangkan iaitu pertahan hak islam dan pro melayu sudah dibuang ke longkang. anwar yang nampak pada hari itu adalah anwar yang baru.
baru kerana anwar menyokong pemurtadan lina joy ! di sini bermulanya renggang politik aku dengan pkr.
apa sudah jadi dengan anwar ? dulu dialah pejuang islam sekarang tidak lagi.
stage kedua aku putuskan hubungan sama sekali dengan pkr apabila peristiwa padang chetty klang berlaku.
apa dia peristiwa padang chetty klang ? peristiwa dimana anwar hadir di hari perarakan kumpulan hindraf yang menyambut gembira pembebasan 'salah tapi bebas' mahkamah sesyen klang terhadap 6 puaka hindraf.
saat itu di mata aku anwar sudah lari dari perjuangannya.
anwar bukan lagi ultra melayu.
anwar bukan lagi bekas presiden abim yang hebat.
anwar bukan lagi bekas timbalan presiden umno.
saat itu aku melihat anwar sebagai penyundal agama dan bangsa.
sungguh sia-sia perjuangan aku mendokong reformasi.
kalau orang macam aku yang 12 tahun menyokong anwar, tanpa dia kenal siapa aku pun boleh merasa kesal cuba kamu bayangkan pula apa perasaan dr mahathir yang puluhan tahun 'menatang minyak yang penuh' terhadap anwar.
keputusan pilihanraya 2008, akhirnya telah menyedarkan aku bahawasanya dr mahathir adalah betul.
anwar ibrahim adalah puaka politik bangsa. lahanat dap menang kerana anwar ibrahim. janji puaka bangsa ini yang menyebabkan cina dap menyokong agenda politik baru anwar ibrahim.
waktu itu aku dah mengaku silap. aku jugak yakin anak muda yang seangkatan dengan aku pada zaman reformasi pun berfikiran yang sama.
flow dan perjalanan sejarah puaka pakatan anda telah ketahui.
anwar dipecat antara sebabnya adalah kerana masalah moral .
anwar dipecat kerana masalah moral.
anwar dipecat kerana masalah moral.
sebab anwar dipecat adalah kerana masalah moral.
masa hari anwar dipecat, aku kata dr mahathir telah melakukan fitnah. tapi hari ini...semua tindakan dr mahathir satu persatu ditunjukkan kebenarannya.
khianat bangsa.
khianat agama.
khianat negara.
masa anwar dipecat dr mahathir kata anwar ada masalah moral. kata dr mahathir dia(anwar) telah melanggan pelacor.
2 september 1998 aku langsung tak percaya..tetapi hari ini ia telah dipertontonkan di depan mata.
ianya mengambil masa hampir 13 tahun untuk rakyat mengetahui kebenaran cerita dr mahathir.
aku kini menjadi penulis blog sepenuh masa, nama blog ini gerakan anti pkr.
gerakan anti pkr wujud selepas pilihanraya 2008. wujud kerana anwar menyokong lina joy murtad. wujud kerana anwar menyundalkan hak agama dan bangsa lalu diperjudikan nasibnya oleh anwar ibrahim.
3 minggu lepas video seks anwar keluar. hari ini full version klip video itu sudah tersebar.
walaupun nama blog ini gerakan anti pkr, namun bagi aku ia masih kosong dan terasa kekurangan.
aku sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan aku sepanjang berada dalam kem anwar. maka cara menebus kesilapan ini adalah dengan mewujudkan blog GAP.
alhamdulillah blog ini sudah berada di tahap yang sewajarnya sepertimana yang aku kehendaki namun satu perkara lagi masih tertinggal.
aku sudah banyak kali bertembung secara fizikal dengan tun dr mahathir. namun atas dasar keterbatasan dan faktor keselamatan tun, maka agak sukar untuk orang kebanyakan macam aku mendekati tun dr mahathir.
hari ini hari jumaat.
aku tak tahu bila lagi aku berpeluang untuk berjumpa secara dekat tun dr mahathir.
apa pun sebagai anak muda, aku wajib bercakap jujur dalam hidup. sepanjang kesilapan 13 tahun dalam pkr banyak perkataan kurang enak telah aku lemparkan kepada tun dr mahathir.aku telah silap dan aku harus mengakui kesilapan lama aku.
BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.
saya, dengan nama pena blog gerakan anti pkr menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf di atas kebiadapan saya melabel ayahanda tun dr mahathir dan keluarga sewaktu saya berada dalam pkr.( selama 12 tahun).
maaf kan saya . ayahanda tun ,segala cerita ayahanda mengenai anwar ibrahim akhirnya telah dipertontonkan oleh ALLAH SWT akan kebenarannya.
maaf kan saya. dosa saya selama ini cukup banyak kepada ayahanda tun.penyesalan ini luar biasa dalamnya.penyesalan ini takkan bisa padam selagi saya tak dapat cium tangan ayahanda tun dan melafazkan permohonan jutaan ampun dan maaf.tolonglah maafkan kesilapan saya wahai ayahanda tun..
dengan perasaan rendah diri, sudilah kiranya ayahanda tun memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya. sekali lagi ayahanda tun..maafkan saya.wasalam.
215 comments:
1 – 200 of 215 Newer› Newest»Syabasss bro gap... Perjuangan yang belum selesai.
sayu..
Sama2 kita benamkan pengkhianat bangsa, agama & negara ke lautan paling dalam. Dulu gua sama, memegang amanat.. KALAU TAKUT DENGAN RISIKO, USAHA BICARA SOAL PERJUANGAN... Tapi kini semakin terbuka hijab oleh ALLAH perjuangan PKR adalah perjuangan bertopengkan syaitan..
syabas GAP
BILA AKU BACA SAMPAI AKHIR SEKALI AKU PUN KELUAR AIR MATA, BAGUS LA ENGKAU DAH INSAF
saya pun nik name "NYO" dari Sarawak pun nak mintak maaf kepada Tun Mahathir...memang salah di fikir benar....itulah tahun 1998 dahulu. Maaf Tun Mahathir bersama2 GAP
Salam Bro GAP!
Syabas! kerana akui akan kesilapan anda.Teruskan perjuangan anda demi agama, bangsa dan tanah air.
Salam Perjuangan!
Salam bro GAP...
Salam Perjuangan...
entry ini memang terkesan sekali... hampir aku menitiskan air mata...
TUN memang pemimpin berjiwa besar... pandangan beliau mengjangkau akal pemikiran orang lain... Syabas bro GAP...
Teruskan perjuangan kerana perjuangan belum selesai...
Anwar jijah dan izzah adalah melayu paling sial dalam negeri tercinta ini. Kita mesti hapuskan mereka.
TDM adalah negarawan terulung. Sebelum beliau meninggalkan kita baiklah kita memohon maaf. Agar lebeh ramai akan tampil. Kita buat satu majlis ramai ramai...
Salam Dr.Mahathir,
Ingin sekali berjabat tangan menghulur salam mohon kemaafan. Saya juga telah banyak memaki hamun dengan perkataan yang hina terhadap Tun. Sesungguhnya Allah SWT telah menunjukkan kebenaran walaupun setelah 10 tahun lebih.
Rasa macam nak menitis air mata baca GAP punya pengakuan.
Kepada penyoking tegar BABI cuckup2lah.
saya antara pelajar yang ditaja kerajaan yang aktif menyerang kerajaan dan berpihak kepada anuar.. mohon kemaafan kepada TUN dan rakyat Malaysia khas kepada penduduk KL kerana menyusahkan anda ketika reformasi..
Tun M _ pemimpin berjiwa melayu../ Betapa sayangnya beliau kepada anak melayu hanya Allah sahaja yg mengetahui jika nak dibandingkan dengan Anuwar Al-Juburi...
Salam
Saudara GAP saya sungguh berbangga kerana akhirnya anda menyatakan betapa menyesal dan bersalah kerana terlalu mempercayai ANWAR selama ini.
Memandangkan Allah sudah menunjukkan jalan pulang kepada anda bagaimana sekiranya anda berusaha juga memujuk sesetengah penyokong tegar ANWAR agar sama-sama kembali dan kita sama-sama berusaha menjadikan PAS satu sejarah di MALAYSIA>
HIDUP BN
HAPUSKAN DAP
HAPUSKAN PAS
HAPUSKAN PKR
JAHANAMKAN ANWAR PASTIKAN MEREKA SEKELUARGA MALU UNTUK MENGANGKAT MUKA DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI.
WAHAI ANAK MELAYU BANGUNLAH HARI INI SESUNGGUHNYA IANYA BUKANLAH UNTUK KESENANGAN KITA SAHAJA PADA HARI INI TAPI ADALAH UNTUK ANAK CUCU KITA PADA MASA HADAPAN.
NYAWA KITA HANYALAH TINGGAL SUKU JALAN SAHAJA KITA SEDIAKAN JALAN YANG TERANG DAN SELESA UNTUK ANAK CUCU KITA UNTUK MENGHADAP HARI MENDATANG. JANGAN KERANA KESILAPAN SESETENGAH INSAN KELAK ANAK CUCU KITA AKAN SUSAH DI KEMUDIAN HARI.
Syabas Bro.. saya tumpang terharu. Sejak tahun 2007 lagi saya hampir tidak pernah ketinggalan membuka blog ini setiap hari..tapi.. ini adalah 1st time saya beri komen dalam blog tuan. Ternyata apa yang tuan nyatakan benar-benar lahir dari keikhlasan tuan.. syabas sekali lagi..dan teruskan perjuangan.
Terkesan di hati saya bilamana membaca bahawa GAP tidak berpeluang mendekati Tun M atas faktor2 tertentu.
Kontrari untuk saya, kerana saya berpeluang berjabat tangan bila terserempak Tun M yang berseorang di sebuah kedai buku besar di ibukota. Rezeki saya :D
Pada waktu saya berdepan dengan Tun M, saya amat merasakan betapa Tun M sangat "disarming" dan real.
I left PKR in 2006. I have personally pohon maaf pada Tun M dan beliau hanya tersenyum dan kata "Tak pa lah....". I went home crying.
Bro,
berlinang air mata saya membaca ur blog ni, esp part tang Tun Mahathir. Syabas Bro. Kita sedarkan lagi umat-umat yg masih x sedar pasal Y Omega ni.
Org2 luar amat2 sanjungi Tun M dan pernah berkata Tun M adalah org yg berfikir 10 tahun kehadapan. Mungkin masa tu ramai yg nak ditunjukkan buktinya. Nahh... ni salah satu dari buktinya. Tun M dah tahu dari 1998 lagi. Kita sume ni, bila pula kita terbuka mata untuk menyedari perangai Y Omega nih??!!
alhamdulilah kau da sedar bro, aku harap ramai lagi yang bernasib baik mcm kau.
Alhamdulillah.... sudah tibalah masanya ...kebenaran yang Allah tunjukkan ... sama2 kita umat Melayu / Islam yang telah bertahun-tahun mensia-siakan masa akibat si Anwar tadi kembali menebus kesilapan lalu. Berpadu ... rapatkan barisan kembali menghayati perjuangan ayahanda Tun Dr. Mahathir... perjuangan yang lebih besar apabila bangsa pendatang mulai berani menghina apa saja akibat perpecahan kita... Bersama mempertahankan dari serangan komunis moden demi masa depan bangsa dan agama kita.... Masih belum terlewat.... Insya Allah
First posting kau 2008 aku follow bro.Masa tu aku tercari-cari mana pejuang maya pro kerajaan yg boleh tengelamkan kerakusan blogers fuckatan.Walaupun dah ada byk blog yang bkumpul atas payung blogers pembela negara tapi kau lain bro...susunan ayat kau bisa membakar semangat.Mungkin faktor pengalaman kau semasa dalam ADIL menjadikan kelainan.TQ BRO GAP!!!!!!!
Aku dari dulu lagi memang tak percaya dengan Anwar. Aku berasa sangat sedih apabila Tun dituduh dengan pelbagai tuduhan, sedangkan Tun telah membawa banyak perubahan kepada hidup rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kebenaran muncul ketika Tun masih bersama-sama kita. Pohonlah maaf kepada ayahanda Tun. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua terhadap Tun.
Salam GAP,
Kalau anda masih ingat..saya adalah salah seorang yg paling kuat berdebat dgn anda dlm malaysia today dgn memakai gelaran the truth..kami pada masa itu di kem dr M yg pastinya teruk dihentak oleh anda dari kem anwar.Tapi alhamdulillah anda telah kembali dan meneruskan perjuangan dipihak yg benar..
Syabas buat tun M, aku pasti ramai anak muda diluar sana yg sama2 terjebak seperti anda masa tahun 1998 dulu, termasuklah aku sendiri. Masa itu fikiran x matang dan terikut2 nafsu anak muda tetapi x phm realiti hidup yang sebenar
salam....
tanpa ku sedari..... air mata ku bergenang dan menitis keatas pipi ku.... terharu....
apa pun taniah selepas sedar siapa Anwar ibrahim
Salam saudara GAP. Walaupun saya tak kenal saudara secara peribadi, tapi saya mengikuti perkembangan politik Malaysia melalui blog GAP setiap kali melayari internet. hari ni saya terharu dan sebak, tanpa sedar air mata menitis membaca pengakuan ikhlas anda. Teruskan perjuangan anda demi ugama, bangsa dan negara. Perjuangan kita adalah sama.
Wassalam
Teruskan perjuangan...
Tenggelamkan yang Munafik.
Teruskan perjuangan...
Tenggelamkan yang Munafik.
Teruskan perjuangan...
Tenggelamkan yang Munafik.
tahniah dan salute bro.. kini ku lebih mengerti dan selamat berjuang
tun mahathir seorang yg sangat penyabar. bandingkan saja cara percakapannya dgn anwar, nik aziz. berbeza bukan?
ya, fasa membenci mahathir dan mengagungkan anwar dan pas pernah berlaku. ramai yg dlm blog ni melalui fasa yg sama, cuma mungkin berbeza tahap keseriusannya. kita semua juga pernah berdoa supaya ditunjukkan kebenaran, kan?
dan Allah sudah pun tunjukkan kebenaran itu.
terima kasih tun. kerana jasamu kami org melayu masih mendapat hak2 kami. kami pernah tertipu dgn bangsa yang nak merampas hak kami tp tun lah yg mempertahankannya walaupun kami sendiri mengeji tun dgn panggilan nasionalis dll.
tapi bak kata tun, nasionalis ini jugalah yg membela umat islam di Malaysia ini.
tun mengajarkan kami Islam bukan terletak pd kata2. bukan pada kopiah serban dan sebagainya. Islam bukan utk ditunjuk2. Islam untuk diamalkan. islam sentiasa adil pd umatnya dan sekelian manusia.
semoga Allah memberkati tun, keluarga dan kita semua.
mendalam gap, tapi aku masih sedih. masih ramai anak-anak muda yg bukannya calang2, belajar oversea ditaja JPA, MARA and petronas. masih xdapat pikir mcm mana gap pikir. aku mmg suke sindir budak2 mcm ni. dah dapat bantuan kerajaan pun, nk melawan dan menentang kerajaan atas perjuangan yg mereka sendiri pun xpasti. bila aku pikir balik, kalau aku baca blog gap ni, dpt menyentuh jiwa dan perasaan. tidak aku ragu2 lagi semua post2 kau gap.
Posting yang sungguh bermakna. Teruskan perjuangkan apa yang benar.
aku pun sama gak, bezanya aku berada dalam pas.
nasib aku baik sikit, sebab tersedar setelah Tun M letak jawatan. Orang yang aku anggap akan jadi PM sampai mati akhirnya dengan begitu rendah diri meletakkan jawatan tatkala berada di puncak kuasa...
sebagai menebus dosa, 2005 aku join umno dan aktif hingga sekarang...
syabas bro. pengalaman itulah yang buat kita mempunyai jati diri yang kuat sebagai pejuang...
UMA tak mampu menahan air mata dari menitis. GAP, GAP kena berusaha untuk bertemu ayahanda Tun sendiri di rumah. GAP kena jelaskan sendiri kesilapan GAP kepada ayahanda Tun.
Percayalah, ayahanda Tun seorang yang pemaaf.
Salam GAP,saya respect kerana ada insan spt GAP yang bisa menilai bukti2 perlakuan DSAI dari sejarah lalu hingga kini lalu dapat menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
Harap GAP teruskan perjuangan utk menyedarkan golongan bebal PKR dan PAS yg konon ikut Islam tetapi masih membutakan hati jadi hitam pekat krn dilitupi pujukan syaitan DSAI.
Melayu mudah lupa!
Melayu mudah ditipu!
Skrg ini masih ada golongan Ulamak PAS yg masih percayakan anwar walaupun terang2 byk bukti Allah tunjukkan wajah syaitan DSAI
Pelik PAS masih sokong peliwat,penzina,penipu,pemfitnah.
PAS tak takut Allah,tak yakin dgn Allah ! semuanya kerana atas kepentingan sayangnya kuasa politik!
Di Indonesia dan negara arab kumpulan parti islam dan jihad akan menyerang Peliwat penzina spt ini dan ditangkap,dipenjarakan malah direjam
tapi
PAS malaysia spesial!sanggup hentam org yg menyebarkan kebenaran tetapi menyanjung syaitan bertopengkan manusia spt DSAI.apa bezanya PAS dgn Yahudi kerana mengubah hukum Allah bila pemimpin mereka berbuat salah!
Allahuakbar
tahniah sebab dah kembali kepada perjuangan asal kamu..
selamat bersama mahafiraun ke neraka
ALHAMDULLILAH...semoga anak anak muda diluar sana turut sama menginsafi....sama2 lah kita menjaga bumi MALAYSIA semoga sentiasa dirahmati ALLAH ...AMIN..
Saya suka baca blog saudara setiap hari mesti nak buka blog saudara..teruskan perjuangan..
aahhh..kenapalah air mata ni menitis tanpa sedar..rupanya kita serupa GAP..pedihnya hanya tuhan yg tau..
OK lah GAP ...
aku pun serupa lebihkurang macam kau jugak ...
aku dah menyesal sebab undi PAS tiga kali !
sekarang NO more !!!
juga ... aku mengambil peluang keemasan ini untuk memohon AMPUN dan MAAF kepada Tun Dr Mahathir ...
sebab ... aku biasa tersebut macam2 benda buruk terhadap beliau termasuk ungkapan "Mahafiraun" dll ...
~ Sekali lagi, saya memohon AMPUN MAAF kepada ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad ~
PAS + PKR + DAP = bodoh + bangsat + jahanammmm !!!!
salam..
sedih dan sayu. marilah kita berjuang bersama pemimpin yg ikhlas membela bangsa, agama dan negara. perjuangan kita belum selesai...
Syabas GAP..sedih,duka,insaf dan pilu seribu satu macam saya rasa bila baca posting ni.saya juga nak minta maaf dengan Tun Dr.Mahathir sementara beliau masih hidup.harap Tun ada baca komen saya ni.Mohon sapa-sapa yang berkeupayaan supaya dapat anjurkan satu majlis rapatkan balik 'orang-orang islam kita' disamping bersalaman bersama Tun Dr.Mahathir
SALAM BRO... APA KATA KITA BUAT SATU MAJLIS PERJUMPAAN BERAMAI-RAMAI BERJUMPA TUN MAHATHIR UNTUK MINTA MAAF?
SEBAB AKU TAHU, RAMAI YANG BANYAK BERSALAH MACAM AKU YANG MENUDUH DAN MEMFITNAH TUN MAHATHIR KERANA TERLALU TAKSUB PADA KELUNAKAN SUARA SYAITAN ALJUB DULU.
3.23pm,Engkau dah pasti ke yang engkau tu nak masuk syurga?Engkau ambil borang syurga kat nik ajis ke?Ada lagi ke borang tu bagi la kat aku sama borang syurga tu.Pergi mampus la lu.
Terbaik bro...
Saya juga ingin mohon maaf pada Tun M.
Tp cerita saya agak berbeza sikit.
1) Dulu saya pengikut PAS. (sbb jiran & kwn2 saya org2 PAS).
2) Waktu kecoh isu buku "50 dalil knp Anwar tak boleh jadi PM", PAS mengambil peluang ini utk kononnya membuktikan pd pengikutnya (termasuk saya) bhw pemimpin2 UMNO ini sgt hina & buruk nilai moralnya.
3) Melalui Harakah dan ceramah2, Uztaz2 PAS mencaci-cerca UMNO. Saya pun turut mengutuk Tun M krn masih 'menyimpan' Anwar yg ketika itu Mat Sabu lebelkan sbg Al-Juburi.
4) Tapi saya sudah mula keliru dgn perjuangan PAS bila PAS telah membela Anwar sewaktu Tun M memecat TPMnya tu walhal sblm itu hebat di'kedai-kopi'kan ttg keburukan peribadi Anwar ini.
5) Tetapi krn masih sygkan PAS, juga dipengaruhi oleh kwn2, pernah sekali saya melibatkan diri berpiket di Jln Kebun utk ber'refomasi'.
6) Seterusnya dlm usaha menentang UMNO, PAS mula berganding bahu dgn DAP, org yg terang2ngan tidak mahu penubuhan sebuah negara Islam.
7) PAS sedia berkerjasama dgn sesiapa shj yg memusuhi UMNO. Dari sini saya mula sedar PAS memusuhi UMNO bukan krn UMNO tidak menjalankan hukum Islam, tp hanya krn ianya UMNO. Apa shj yg UMNO lakukan segalanya buruk bagi PAS.
8) Selama saya didalam PAS, saya sering dimomokkan bhw UMNO itu kafir & anti Islam. Saya dibutakan utk melihat betapa sbnrnya UMNO sedang berusaha utk membangunkan Islam di Malaysia.
9) Walaubagaimanapun, maaf krn pd PRU12 lalu saya tetap mengundi PAS (bukan PKR) krn saya masih menaruh harapan agar PAS kembali ke perjuangan utk menegakkan Islam.
10) Tetapi melihat pada pendirian PAS tehadap rentetan kes2 yg melibatkan Anwar ini, saya tidak yakin lagi dgn PAS dan pasti pada PRU13 nti, undi saya adalah milik UMNO.
Salam GAP..
Sayu.. teringat.. Kerana Anuar AlJUB.. sy meninggalkan Masjid sambil bertakbir, ketika Khutbah dibacakan oleh Brigd. Jeneral..(lupa nama).. taksub.. maafkan kami Ayahanda Tun Mahathir atas dosa2 kami..
Semoga Allah mengampunkan kami.. amin..
Man Putrajaya..
Caya la Bro GAP...bro punya tulisan runtun wa punya jiwa...tahniah..BRO
Semuga Allah menyelamatkan juga saudara dan saudari kita yang masih lagi disesatkan oleh BABI lahanatullah. Janganlah kita menjadi seperti ikan dalam akuarium, mencari air didalam air. Percayalah apa yg org Melayu ada hari ini jangan sampai kita muntahkan kerana kemarahan kita, nak mendapatkannya semual bukannya mudah. Jangan sampai anak cucu kita kencing di atas pusara kita kerana tindakan kita yg mengikut nafsu lalu durhaka pada ayah serta ibu, durhaka pada pemimpin dan tanpa kita sedari kita sebenarnya derhaka pada Allah. Berpolitiklah dgn menggunakan AKAL bukan mengikut PERASAAN...
Alhamdulillah. Sempat kamu mintak maaf ketika orang tua itu masih ada.
" Jujur memperagakan kekesalan kepada seseorang secara terbuka adalah satu nilai yg amat tinggi , mulia dan amat berani" sejarah membuktikan igo banyak menyebabkan orang membawa dosa dan kesilapannya keliang lahad. Selaku peminat GAP, secara ikhlas sy isytiharkan bahawa anda org hebat, berani dng secara terbuka memohon maaf kpd YABh Tun , sy yakin bila Tun yg berjiwa besar berkesempatan membaca tulisan anda insya Allah Tun akan memaafkan. Ya Allah alag kah bersyukurnya hamba kerana diberi peluang berkenalan dng nya. dan tenangkanlah jiwaanya dan kuatkan komitmennya untuk terus melakukan tugas menyelamat minda anak muda dari terperangkap dengan menyokong maknusia hg ketaraf meletakkan seseorang maksum dan bertaraf malaikat. ketahap tidak lagi dapat menggunakan lojik dan daya fikir.
AKU PUN MENYESAL GAK SOKONG PKR SELAMA NI..MENYESAL SANGAT2..HUHUHU
salam bro....dalam hati kecik aku supa ngan mu.....sumpah seranah aku terhadap Tun melebih sudah....aku harus merhadapan dengan dia mohon maaf.set satu hari kita jumpa Tun...jemput aku sekali.Kadang kadang kita ikut naluri muda menyokong DAJAL secara buta..
aku percaya, penyokong2 tegar anwar skrg ni semuanya adalah anak2 muda yg tak tahu apa2...sama spt kita dahulu, darah muda..jika mereka berakal, mereka akan belajar drpd pengalaman kita yg sia2 selama berjuang utk pkr sebelum ini..
Saya doakan saudara GAP dilindungi ALLAH SWT.Saya meyokong penuh GAP ini.sebak saya membaca artikel ini.teruskan saudara untuk menulis demi bangsa+agama+negara..
ko membuatkan aku menangis bro..ak jarang menangis dengan tulisan cm gini...huhu2..
GAP kisah kita lebih kurang sama. saya rakyat bawahan yang terlibat dlm reformasi 1998. apa yang tuan hadapi dan rasai itulah yg saya rasa. bertahun2 mengusung rasa kesal yang ada di lubuk hati ini. keinginan berjumpa Tun untuk memohon maaf diatas segala caci maki sumpah seranah dan ntah apa-apa lagi kata nista yang dilemparkan pd beliau satu ketika dulu. setiap kali melihat beliau hati ini melonjak2 nak jumpa, nak minta maaf. melihat gambarnya membuatkan hati jadi sayu.selepas membaca luahan tuan di blog ini air mata saya tak berhenti2 keluar. saya cukup kesal. kesal yang amat sangat. semoga saya diberi kesempatan berjumpa dengan Tun, InsyaAllah.
syukurlah sebab waktu 1998 dahulu aku masih rasional. waktu itu aku merupakan mahasiswa di ipta. aku melihat sendiri betapa ramai pelajar di universiti tempat aku tu berkumpul, membuat bising dgn membunyikan hon, memaki hamun Tun M dan byk lagi la..
syukurlah aku tidak terpengaruh waktu itu..
TERHARU....Marilah sama sama kita doakan kesejehteraan keatas Tun.
Tahniah GAP...
wahai bangsa MELAYU semua...ayuh bangkit dari kegelapan...berjuanglah demi negara..bangsa & agama..aku berjanji pada diri aku bahawa tiada seinci tanah pun untuk DSAI di bumi MALAYSIA yang indah ni...ayuh bangunla bangsa ku..bangunla!!
baik gak cadangan anon 3:38. kalau proceed jangan lupa war-warkan lah ye. teringin nak join.
untuk anon 3:23 semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada kamu.
Terfikir, bila dan saat mana pihak penyokong ANUgerah tuhan tu pernah rasa sesebak ini.. haih...
Sebagai pengikut tegar tulisan anda, saya sungguh terharu dengan cerita anda ni bro..mmg patut kita meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan...di dalam kes ini..eloklah sekiranya bro dapat berjumpa sendiri secara personel dengan Tun dan meminta maaf daripadanya ketika beliau masih ada lagi..
terharu bro (sebak dn sayu ssgt ni)....syabas bro GAP...mmg mnusuk kalbu habis kata2 mu...mrilah kita truskn prjuangan yg belum slesai ni....dn kita sama2 doakan agar TUN dipanjankn umurnya dn diberikn ksihatan yg baik selalu...aminnnnn....isk3..
Tahniah GAP...kami sokong perjuangan menyedarkan anak muda yg belum insaf dan sedar dari lamunan anwarisme ini..teruskan perjuangan. Demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Salam GAP.
Tahniah..walaupun sudah banyak kali posting anda menyatakan maksud yang sama. Saya mengikuti blog GAP dari pertama kali Blog ni ditubuh. Dari mula masuk universiti(selatan tanah air, status RU) sehingga dah nak grad.. 4 tahun non-stop. Melalui blog ini saya mengikuti blog2 lain..blog ni saya jadikan HOME kepada blog lain. Bermakna blog ni wajib buka, blog lain no.2.
Pandangan saya blog GAP ada aura luarbiasa, penulisan yang kredibel dan cukup fakta.
Saya juga berdebat dengan rakan2 dari PAS dan seorang PKR tegar. Dan Alhamdulillah, sekarang nampaknya mereka semakin kendur pegangan politik. Ada penyokong PAS yang kata "f**k DAP".
Rakan2 saya yang atas Pagar pun sudah mempercayai Anwar dalam video seks itu. Terutama bila saya tunjukkan mereka Part 1 dulu.
Sesungguhnya perjuangan GAP amat dituntut dalam situasi hari ini. Anwar harus ditumbangkan.
Kerana ahli UMNO tahu mereka benar,sampai yang ada fanatik pun keluar pedang samurai kerana mereka tahu UMNO tidak pernah menzalimi anwar,sebaliknya anwar menzalimi UMNO.
Huh ...mcm tu ka cerita hang .... cerita aku rasanya lain sikit .... aku mula benci manusia bernama Anwar Ibrahim bila dia lancar reformasi menentang Tun Mahathir .... aku mula benci Anwar sejak dia mula bawa masuk budaya gasar ala reformasi indonesia .... budaya demonstrasi dan rusuhan .... Anwar Ibrahim ...musuh No. 1 Negara.
Setelah beribu2 orng PAS mendoakn celaka untuk Tun lewat lewat 90an..
Suatu waktu aku dapat bersalam dgn Tun 1th yng lepas di masjid putra jaya..
Aku masih ingat ceramah tok lebai PAS.Katanya doa yng paling afdal adalah doa orng yng terinaya.Atas alasan ini di kesempatan yng ada sewaktui bersalaman dng tun aku melihat wajah riang tun di sebalik
senyumanya.Tiada kecacatan di mukanya,tiada yng cacat dalam langkahnya.Dan berpusu orng pada hari itu mengambil kesempatan untk bersalam.
Semakin jauh tun melangkah dari pandangan sempat juga aku bertanya didalam hati kemana afdalnya doa orng2 pas yng di ketuai n.aziz utk mecelakakan tun?
Hari ini April 29 2011 sesiapa terjumpa tun lihatlah wajah dan langkahnya adakah sama seperti anuar atau n.ajis.Sama2lah kita fikirkan.
Aku menangis..
Tapi aku tak puas hati lagi selagi aku tak ludah hang ahli revolusi beruk jadi manusia.
Syabas!!
Aku hampir menitiskan air mata baca tulisan GAP ni, sedih dgn apa yg terjadi 13 thn dulu..Syukur aku sejak 1998 tak pernah sangsi dgn tindakan Tun M, semoga Malaysia yg tercinta ini akan bebas drp syaitan bertopengkan ketayap si bangsat itu..Aminnn!
Syabas GAP.....terus kan lah perjuangan mu....Semoga di berkhati dan di permudah kan segala perjuangan GAP oleh Allah swt.....Amin... Berani kerana Benar
pengarang novel shit minta ampun belum kat TDM? dulu pernah sakit teruk tapi PAS selamba saja. kalau kena kat depa mesti cerita bagai nak rak yang depa betui semua.
Aku di KLIA dan akan berangkat ke timur tengah dalam sejam lagi. Menitis air mata aku baca posting hang. Wpun aku x pernah dan tak akan menyokong PAS atau PKR aku hiba bila mengenangkan jasa Tun M pada orang Melayu dan Malaysia.
Aku harap GAP akan lakukan lebih lagi untuk menebus dosa GAP sewaktu reformasi dulu didalam lebih menyedarkan lebih ramai budak Melayu yg dibuai oleh air liur Anugerah Setan.
Salam perjuangan
tahniah gap.
selalu aku sangat bersemangat tapi kali ini hati tersentuh sayu...tahniah gap penulisan gap.amat berbisa,
SALAM GAP!
Memang terkesan sangat artikel GAP kali ini.... perjuangan harus diteruskan.... memang haru biru zaman blajar di U dulu dari 95 hingga 2000, diasak oleh pensyarah yg sokong anwar dan pelajar2 fanatik... aku sekadar mampu menjawap dan menepis apa yg termampu serangan dari para sahabat2 ketika belajar... namun kini rasanya amat berbaloi.. aku teguh di belakang Dr. M dari dulu, kini dan selamanya!!!!!!
Alhamdulillah GAP atas kesedaran mengenai kelanjuran anda sebelum ini. Aku juga ketika AnWAR DAJJAL dipecat masih lagi was2 adakah Tun Mahathir bertindak waras ketika itu. Walaupun waktu tu, aku masih 50-50 atas keputusan pemecatan AnWAR DAJJAL, aku cuba mendengar alasan di kedua2 pihak.
Kemuncaknya, ketika Tun Mahathir melakukan ibadat haji ke Mekah dan dapat menjalani solat dalam kaabah tanpa sebarang tanda kemurkaan dari Allah pun. Bayangkan, dakwaan yg dituduh kpd DAJJAL tu terlalu berat iaitu meliwat lelaki sedangkan kita sering melihat perwatakan alim dari AnWAR, rupe2nye dialah DAJJAL yg diturunkan oleh Allah utk menguji sejauh mana kita percaya terhadap-Nya. Tun Mahathir selamat melakukan ibadah haji tahun 1999 (tak silap saya..), tapi si DAJJAL tu pernah kita dengar dia menjejakkan kaki ke Mekah??? Tak pernah bukan...??
Mengapa org yg didakwa melakukan fitnah dan konspirasi berani ke Mekah (memasuki Kaabah lagi), tapi org yg terlalu Islamik (AnWAR DAJJAL) terlalu takut utk mengerjakan haji?? Duit tak cukup?? Belum sampai seru?? Atau memang terlalu byk dosa antara manusia dan Penciptanya???
Sejak dari peristiwa itu, aku tak pernah berganjak menyokong Tun mahathir walaupun pelbagai gelaran dilempar pada TDM. Semoga Allah sentiasa merahmati TDM walaupun kita sedar, hayat TDM semakin lama semakin pendek. Suatu masa nanti kita kene terima org yg pernah kita caci dan maki tu dahulu sebenarnye penyelamat bangsa dan negara kita dari kerosakan yg dilakukan oleh seekor DAJJAL yg bernama AnWAR Al-Juburit....
berlinang juga air mata bila membaca artikel tentang perjuangan penulis GAP...maaf bro..artikel anda sangat power dan menyentuh perasaan..teruskan usaha..Anak Negeri akan tetap menyokong Saudara...
Alhamdulillah,
Terbuka jua hati saudara
Nasib baik TDM masih sihat lagi.masih berpeluang yg dulu memaki menghina memberi berbagai gelaran kepada TDM meminta maaf.mengaku kesalahan dan meminta maaf diatas kesalahan itu sangat mulia disisi agama.saya juga agak kesal diatas kesalahan dahulu, saya juga salah seorang yg selalu mengutuk TDM satu ketika dahulu.diharap TDM akan memaafkan kesalahan kami dahulu.
MELAYU MUDAH LUPA.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Dibacakan oleh Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
- Dr. Mahathir Mohamad
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
Dalam kita serius tentang kesilapan, ada juga geng mahaliwat yang masuk ke sini - anon 3.23 tu memang mahaliwat yang tegar.
Aku doakan semoga saudara GAP dapat berjabat dan mencium tangan dr mahathir selagi hayatnya masih ada. Tapi aku percaya, dr mahathir bukan seorang yang pendendam. Tengok sahaja muka beliau dan isteri beliau. Penuh bercahaya, nampak tanda-tanda keimanan, ketaqwaan walaupun tidak dizahirkan dengan pakaian dan perhiasan. Sentiasa tersenyum. Tidak pernah aku nampak muka dr mahathir dan siti hasmah dalam keadaan marah Semoga panjang umur keduanya. Jika dr mahathir marah sekalipun, beliau akan meluahkannya dengan sinis tapi tetap tersenyum. Alhamdulillah, Semoga Allah panjangkan umur mereka. Kerana mereka, aku berbangga menjadi melayu datangnya dari Malaysia walaupun di luar negara
MEMBACA KOMEN2 DISINI SAYA DAPAT RASAKAN SUDAH ADA RIAK2 KEBANGKITAN SEMULA UMAT MELAYU SEPERTI NOSTALGIA 1946 DAHULU.DAHULU PUN SELEPAS MEI 13 PERNAH MENCATATKAN SEJARAH APABILA TIADA PEMBANGKANG MELAYU DI WAKTU ITU APABILA BERLAKU PENGABUNGAN.AYUH GAP TERUSKAN PERJUANGAN ITU.
Salam Perjuangan..
SAYUNYA..Menitiskan air mata!
Saya juga mohon maaf pada Tun Mahathir.. begitu banyak umpatan semasa zaman Reformasi dahulu yg di telah saya lontarkan akibat terpengaruh dgn HARAKAH dan naqib..
Saya juga Mohon AMPUN dan MAAF kepada Tun Mahathir
Wassalama
saya memang tdk percaya dgn anwar dari awal lagi.ditempat kerja saya seorg yg tdk suka anwar.dimeja kopi saya 1 yg tdk sokong anwar.tapi mereka tdk dpt mengubah pendirian saya hingga hari ini.
saya tdk pernah miss blog ini.syabas.
kpd anoymous 3.23pm. tahniah kerana dijamin oleh nik ajis masuk surga.untung saudara.
salam
salam, satu pengakuan yg terbit dari hati yang tidak berbohong hingga aku yang membacanya terasa ianya terus sampai kedalam hati. anda memang orang bertanggungjawab dgn apa yang anda lakukan. shabas wahai anak muda. semuga Allah swt pelihara negara kita dari kehancuran. Amin.
Salam Bro Gap. Terharu baca pengakuan ikhlas bro. Biar lewat tapi tak pernah lambat. Mudah2an kita bersama-sama menegakkan yg haq.
Syukur Alhamdulillah....mohonlah kemaafan selagi kita masih bernafas...
Asalam GAP..
Banyak kerja sia-sia pernah kita lakukan demi Anwar.. masa aku student 1998, aku pernah pakat dengan member buang semua akhbar yang nak dijual di Pusanika UKM ke alur Ilmu demi Anwar.. pernah buat kerja sukarela kutip tandatangan hentam TDM dan sokong Anwar, habis semua rakan, saudara mara aku paksa tandatangan...
Tapi sekarang aku pun sedar hakikat sebenarnya.. Anwar hanyalah sekadar BINATANG bertopeng Manusia.
awgR said....
menyentuh perasaan... hidup Tun M
alhamdulillah... masa tahun 1998.. sy baru darjah 6.. tahun 1999.. sy tingktn 1.dn ms tu x slh sy ada PRK.. semua ahli keluarga sy menjadi pembngkang.. kecuali MAK DN AYAH sy... pd ms itu.. sy lihat abng2 sy meninggikan suara kpd MAK sy... smpai menangis MAK.. ini semua gara2 fanatiknya abng sy kepada ANWAR.. ahlamdulillah.. ALLAH maha Kaya.. sebak sy bc permohonan maaf saudara... minta2 sp2 boleh pnjngkn kepada TUN MAHATHIR...
Menitis airmata ku dgn keikhlasan memohon maaf. Semoga akan menyedarkan juga yg lain ttg kebenaran tindakan ayahanda Tun Mahathir. InsyaAllah Tun akan maafkan krn Tun adalah seorg yg berhati mulia dan berintegriti tinggi. Syabas GAP.
TUN TETAP COOL WALAUPUN DISERANG DENGAN BEGITU HEBAT OLEH PUAK PENYOKONG AL JUBRI. CUMA YG AKU MARAH SANGAT APABILA TUN SEDIH KERANA IBU BELIAU DILIBATKAN DALAM BUKU SHIT TULISAN SI LAKNATULLAH 'shanaon THE KING OF ALL SHIT'...
SYABAS GAP, PENGAKUAN KAMU BANYAK MEMBERI KESEDARAN KEPADA MEREKA YG PERNAH MENZALIMI TUN.
Sesungguhnya TDM seorang yang pemurah dengan senyuman dan keihklasan pada dirinya utk melihat orang2 melayu untuk berjaya tiada galang gantinya...Syabas GAP!...
Alangkah bahagia rasanaya kalau dapat sekalipun berjabt tangan dgn ayahanda kita TUN MAHATHIR MOHAMAD yg sgt kita sanjungi...
Satu majlis seperti in boleh kita fikirkan sacara serius untuk menzahirkan penyesalan, mohon kemaafan kepada beliau...
Bro GAP, aku mmg dari dulu tak pernah sokong anwar walaupun aku rasa sedih jugak bila dia dipecat..
ya lah.. masa tue tak tau sgt cerita sebenar.. yg ada hanyalah laungan reformasi yg cukup hebat...
majoriti org muda sokong anwar.. tapi aku fikir secara logik.. tun mahathir tak akan membuat sesuatu keputusan yg salah.. jadi aku yakin kepada beliau... aku still sokong tun mahathir..
sekarang kebenaran lagi nampak nyata dan jelas.. HAK dan BATIL...
AKU SOKONG GAP.... kita hapuskan PENGKHIANAT BANGSA KITA... AYUH.. TERUSKAN PERJUANGAN....
salam dari
-gerakan melayu berdaulat-
aku pun nak minta maaf sama kat Che Det. maafkanlah kami semua atas kelemahan kami ketika itu...
teringat aku masa tahun 1998 masa tu aku baru habis matrik ukm kuala pilah.masa tu berselirat darah muda aku p demonstrasi di jalan TAR dengan anak pegawai polis masa tu. REFORMASI REFORMASI REFORMASI aku pun menjerit la macam haram.balik kg aku pun bawak balik sekali cd reformasi anuwar bagi bapak aaku tgk.sekali dia brain wash aku terangkan kat aku pengorbanan TDM baru aku sedar aku dah silap.mojur bapak aku darah perwira UMNO nasib baik aku tak terpesong pemahaman,terima kasih ayah Yusof Bakar sebab sedarkan aku.ni mahasiswa/i dok menggelegak lagi darah depa tak boleh pikir lagi ampunkanlah mereka
teruskan perjuangan
aku bukanlah pro kerajaan mahupun pembangkang. tapi aku jijik tgk melayu berpecah belah kerana seorang lahanat. moga Allah membuka mata hati penyokong taksub anwar.
Sebelum PRU 2008 setiap kali ceramah pembangkang diadakan sambutan hebat sekali. Dulu kita seperti percaya Anwar terinaya. Dulu kita sangka Umi Hafilda sengaja buat fitnah kepada Anwar. Selepas PR berkuasa di Selangor ternyata pemimpin PR lebih teruk daripada BN. Penipuan 16 September menyedarkan kita betapa rakusnya PR hendak merampas kuasa ikut pintu belakang. Video Anwar sokong Lina Joy murtad, beliau sokong gereja guna Allah. Pemimpin PR tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Mereka sering menyalahkan UMNO dalam semua hal. Baru kita sedar Mahathir ada alasan munasabah pecat Anwar. PRU akan datang sokongan Melayu kepada PR akan merudum.
Mungkin Allah panjangkan nyawa Tun Dr. Mahathir walaupun beliau pernah mengalami tiga kali pembedahan jantung untuk memberi kesempatan kepadanya melihat keinsafan orang2 yang pernah membencinya dahulu kerana hasutan Anwar menyebabkan mereka menjadi keliru.
Kemungkinan juga Allah nak beri kesempatan kepadanya untuk membantu memulihkan kerajaan BN setelah dirosak oleh Pak Lah dengan menantunya. Ini dapat dilihat apabila Tun turut berkempen di Bukit Gantang. Walaupun BN kalah tetapi kehadiran lebih 5000 orang menunjukkan bahawa pengaruh Tun masih kuat.
Kemudian Tun turut membantu pilihanraya Hulu Selangor. Malam terakhir hampir 5000 orang hadir.Penuh sesak orang datang sehingga jalanraja jammed. Disini BN menang.
Baru-baru ini Tun pergi ke Kucing.Lebih 4000 orang hadir untuk mendengar ucapan Tun.
Anwar sudah meninggalkan Sarawak. Mungkin segan nak jumpa Tun sebab Tun tahu banyak rahsianya.
Parti PKR bertanding di 49 DUN, tetapi hanya menang 3 kerusi. PAS kalah semua kerusi yang dipertandingkan.
Alhamdulillah dan syabas bro GAP
Tindakan selanjutnya:
1)Susun semula srtategi dan ianya agak mudah kerana Tuan telah pun melaluinya dahulu.
2)tubuhkan cawangan di setiap negeri
3)cipta satu laungan keramat seperti:
HAPUSKAN(suara sorang)ANUAR(suara beramai ramai)
4)keluarkan sticker sticker kereta
5)keluarkan risalah risalah
atau aper cara komunikasi yang paling berkesan saya percaya anda PERNAH dan berpengalaman melakukannya.
Saya sedia membantu
Kepada BLOGGER BLOGGER bergabunglah sama sama kita menolak kemungkaran demi agama,negara dan anak cucu kita di masa hadapan.
HAPUSKAN
ANUAR....
Syabas bro GAP, semoga Ayahnda TUN M yang bijaksana menerima maaf bro, kerana TUN M tahu sebaik baik dendam adalah memberi kemaafan.
Tahniah dan Syukur.
BAGAI SIREH PULANG KE GAGANG
BAGAI BUNGA PULANG KE TANGKAI
BAGAI JANGGUT PULANG KE DAGU
BAGAI ANAK PULANG KE PANGKUAN.
ALHAMDULILLAH......
INILAH DIA SIFAT SEORANG ANAK MELAYU!
mohon petikan ke blog si BINGAI @ BANGANG
Tun Dr Mahathir Naik Angin? Di Tendang Terajang
alhamdulillah..sy pernah bersalam dgn tun,masih terkenang hingga kini..umno dulu kini selamanya
bro, ada peluang hang redah je jumpa tun...kalau pak guard dia tahan ko cakap sahaja "aku nak jumpa PM aku". kejadian sebenar berlaku di pasir salak masa TUN bersama PERKASA PERAK. tuh orang tua yang cakap!!!
Esok aku nak g jumpa tun kat aloq setaq brsama perkasa,kalau ada peluang leh salam,jom le joint esok ramai2 kat stadium suka menanti..jgn emosi sgt tun sihat lg & aku pasti negarawan cam tun komfem tak dendam ngan sesapa pun..tabik tun.
Syukur kehadrat ALLAH swt.Telah memberikan petunjuk dan kebaikan walaupun kita selalu dan pernah membuat salah.Mari kita mulakan usaha murni ini untuk berjumpa dengan Tun.Minta bro Gap cadangkan masa untuk majlis kecil dalam membuat perancangan ke arah ini.Saya rasa ramai yang akan datang.Kita kena usahakan kerana kita perlu berjumpa dan perlu secara sendiri memohon maaf kerana kita yang bersalah.Ayuh mari kita mulakan. Rahim Janggut
Episod 1998, saya sokong juga Anwar tetapi tak lama sebab saya berpendapat kalau Anwar seorang pemimpin 'negarawan', beliau tak akan gunakan rakyat untuk berdemontrasi dijalanan atas kesnya sendiri. Saya cintakan negara yang aman,damai dan makmur. Kalau dah kucar-kacir, Anwar jadi PM pun dah tak guna.
Bro,
baguslah... Kalau bro jumpe tun, tun confirm akan senyum... Paling lebih dia kata tak apa. Mungkin jugak, tun akan buat lawak...
Sekarang, kita kerjakan dulu pkr.
Tahniah dan terima kasih bro. atas kemampuan jitu melahirkan rasa kekesalan diri. Bukan lu sorang begitu, aku juga lalui sejarah politik yang serupa.
Aku berazam dan berjanji pada diri aku untuk menyumbang usaha-usaha jahanamkan PKR!
Mohon sangat-sangat ada antara penulis pro dapat buatkan kupasan dan ulasan atas posting GAP ni dan respon pembacanya. Bagi aku ini gambaran kecil apa yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu masa ini. Maksud aku, rasa menyesal dan bersalah menyokong pembangkang dalam PRU dan PRK lantaran terpedaya. Ruang masa telah memmperlihatkan hakikat kebenaran tidak mampu disorok lagi.
Tersebak dan terbit air mata aku GAP. Soalnya, bagaimana mood ini dapat kita kongsikan dengan ramai lagi anggota masyarakat kita di luar lingkungan blog begini?
Cadangan di atas berkaitan stiker kereta memang aku tunggu..
saya bersyukur...kerana semenjak anwar dipecat saya hanya menyokong 100% tdm kerana saya tahu dan yakin..tun PASTI ada sebab bila melakukan sesuatu..
bro gap ,menitis air mata saya ,semoga tun memaafkan saudara
Saya walaupun tidak pernah menyokong PKR maupun PAS... namun saya juga kritis terhadap UMNO
saya juga pernah berburuk sangka dengan Tun walaupun tidak seserius sepertimana saudara GAP
bahkan saya pernah memperlekehkan sokongan ibu saya yang setia dengan Tun Mahathir
sekarang saya sedar....Tun Mahathir lah sebenarnya Anugerah Tuhan kepada kita... bukannya Anwar
saya percaya Tun akan dikenang dan dihormati dan dipandang tinggi darjatnya oleh segenap penghuni bumi dan langit
insyaalah PRU 13 nanti adalah undi saya yang pertama dalam hidup dan semestinya akan saya pergunakan untuk turut sama menyertai perjuangan menentang Dajjal dan gerombolan Yakjuj Makjuj
-Non Partisan-
Terbaik bro, akan aku usahakan seperti yang pernah aku janjikan pada kau bro....insya'allah
Pakcik saya dulu sgt kuat dan fanatik PKRnya di bdr Tun Razak sekarang dia dah tak mau terlibat dgn PKR dan bergerak melalui PERKASA.
ibu saya tetap setia menyokong Tun ketika berlakunya permulaan gelombang kegawatan politik tahun 1990an dulu
saya masih sekolah menengah ketika itu dan saya sdri melihat penaburan politik wang oleh kem-kem Anwar
bahkan kem-kem Anwar telah mengeksploitasi kuasa mereka terhadap BPR (sekarang SPRM) utk membuat dakwaan palsu terhadap bapa kawan saya dan sesiapa yang menentang kem2 Anwar sehingga allahyarham diserang sakit jantung yang kronik
saya juga mengambil peluang ini bersama2 GAP yg dahulunya ditiraikan dengan kebatilan memohon jutaan maaf kepada Y.Bhg Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali di atas kekhilafan selama ini....
salam....
adusss....GAP pasti specis manusia
yg bijak dan berakal..ada class..
masa tu....
di bandingkan dengan saya...tetapi kelebihan saya..berfikir secara waraslah....
saya umur skarang 40 tahun...
masa TUN 'ceraikan' anuwar
saya tak terkejut...masa tu TUN
jer sumber inspirasi rakyat yg hebat
tiada tandingan...sampai sekarangpun kalau berlaku(tingkahlaku) anuwar saya tak terkejut.....
saya lihat pemecatan anuwar satu jer sebabnya..."kaduk naik junjung"
selain dari tu..betullah kata TUN..
(tak mau saya ulas)...
saya bukanlah pentaksub pemimpin apatah lagi parti....
tetapi saya amat geli..melihat gelagat manusia yg berpartikan
pembangkang....
bercakap dan tingkah laku seperti tiada akal kelas pertama...
tapi syabas jugalah pada GAP...tersedar!!!
.......
yg seronoknya dikalangan kawan sekeliling yg berbeza fahaman kepartian bila berbicara dan
berdebat..kita masih rapat,senyum, ketawa dan bergurau...semangat 1MALAYSIA 1MELAYU gitu.....huhu
salam GAP,
Syabas utk kesekian kali,semoga ada lagi sahabat yang mengikut jejak GAP masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. keputusan TDM laku kan 13 tahun yang lalu adalah betul. masa membuktikannya.
Aku bukannya ahli UMNO pun tapi sebelum tahun 1996 aku cukup teruja dengan perwatakan dan kepimpinan Anwar Ibrahim. Aku sentiasa berharap dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahatihir. Itu dulu.
Tapi semuanya berubah pada tahun 1996 bila sahabat baik aku seorang pegawai dalam pasukan keselamatan negara memberitahu perangai Anwar yang suka berzina dan meliwat. Mereka ada bukti katanya.
Mula-mula aku memang tak percaya cakap-cakapnya itu, tetapi apabila aku kaji semula kawan-kawan aku dalam UMNO yang senang mendapat pink form dan cerita mereka yang Anwar menggunakan wang kertas RM1000 dan RM500 memberi rasuah kepada pengundi-pengudi di Sabah untuk menjatuhkan Pairin Kitingan, aku mula berasa takut kepada Anwar dan juga UMNO. Baru aku tahu rasuah dalam UMNO dimulakan oleh Anwar.
Mengikut kawan-kawan aku dalam UMNO yang sudah tahu perangai Anwar, mereka menceritakan betapa hebatnya pengaruh Anwar dan mereka akui penyokong Anwar lebih ramai dari penyokong Dr. Mahathir dan mereka berkata Anwar akan bertanding melawan Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO.
Tahun 1996 juga Anwar pernah meminta Ketua Bahagian Permatang Pauh dan ketua-ketua cawangan untuk bersembahyang hajat di masjid Seberang Jaya kerana Anwar memberitahu mereka Dr. Mahathir beliau. Licik betul cara Anwar untuk membuatkan ahli-ahli UMNO membenci Tun Dr. Mahathir.
Jadi, apabila Anwar dipecat dari jawatan TPM dalam tahun 1998 atas sebab moral Anwar, ianya tidak menjadi kejutan pun kepada aku kerana aku adalah antara orang yang bernasib baik mengenali Anwar terlebih dahulu daripada yang tidak mengenalinya.
Diharap pada yang merasa kekesalan hidup kerana kata nista terhadap Tun Dr Mahathir dahulu, bolehlah buat perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir memohon ribuan ampun daripadanya. Tun Dr maharthir sudah pun berumur 85 tahun, harap semua sempat memohon maaf kepadanya secara in person. Itu adalah lebih baik.
Uwa.... Aku ingat aku sorang je mengalirkan air mata sampai tersedu2... Skali baca komen orang lain pon samaaaaa....
Memang benar, kebijaksanaan Tun tiada tolok bandingan.. Dia mempunyai pandngan yang jauh..
Saya pon x berkesempatan berjumpa dengan nya... Tapi sejak tahun 2006 lg mmg saya dh nampak, Anwar mmg pengkhianat bangsa, agama dan negara!!
Nak hampir teriak bila baca ulasan yang diberi...
Salam GAP ... aku bukan tak nak komen anymore kat sini ... aku ikut hang dari first blog yg kena hack dulu ... dan masa tu hang masih selit2 element anti Tun ... aku paham ... dan pengakuan hari ni pun paham ... speak the truth we shall ...
tun mahathir memang aku anggap sebagai bapak aku yg kedua selepas abah aku...
saat paling aku tak boleh lupa masa aku bersalam dgn tun masa tu umor aku 15 tahun...sekarang dah 16 tahun perkara tu berlalu....rasa teringin sekali lagi aku nak bersalam dgn tun...
semoga tun dirahmati allah swt...dan dia antara org yg paling aku sayang selepas keluarga aku...
abrar1
salam gap ketika 1998 aku berada di tingkatan 3 ,dan ketika aku itu juga aku juga amat minat mengambil tahu perkembangan politik tanah air dan ketika itu juga orang paling aku percaya dan berterima kasih adalah Tun Dr Mahathir,berapa taksub nyer aku pada tun ,aku pernah bercita-cita nak jadi opis boy tun dr mahathir sebab aku sedar aku bukan pandai jadi opis boy tun dr mahathir pun jadilah tetapi aku sekarang opis boy juga tapi sempat juga aku jadi urusetia mesyuarat tun masa dia jadi perdana menteri kalau dengar cakap orang memang macam bangsat tetapi bila pertama kali aku melihat dia handle mesyuarat memang terbaik otak tun memang hebat ini nama dia melayu terbilang bukan temberang.aku pun nagis baca permohonan maaf gap sebab dah sedar siapa tun dr mahathir sebenarnya,percayalah tun lahir didunia ini untuk melayu dan malaysia tanpa tun kita boleh maju juga tetapi boleh kah melayu dan malaysia semaju skrg kalau tun tak ada jawapan nyer malaysia maju dan gah kerana kehebatan TUN percaya lah TUN DR.Mahathir saya amat menyayangi Tun.Terima kasih Tun walaupun saya opis boy saya BERSYUKUR walaupun gaji sikit tapi saya bangga dapat kerja dibawah Tun walaupun tidak secara terus,tun dr.mahathir akan ku cerita pada anak cucu ku kehebatan tun semasa mentadbir malaysia.Kepada UMNO kau tidak keseorangan aku anak muda masih ingat jasa mu pada agama,bangsa dan tanah air aku,biar kau dicerca dan dihina aku tetap bersama mu.
mantop..gua pun dlm reformasi 1998..
skrg atas pagar ja..semoga tun maafkan kesalahan kita!
geng p44
Terkesan di hati saya bilamana membaca bahawa GAP tidak berpeluang mendekati Tun M atas faktor2 tertentu.
Kontrari untuk saya, kerana saya berpeluang berjabat tangan bila terserempak Tun M yang berseorang di sebuah kedai buku besar di ibukota. Rezeki saya :D
Pada waktu saya berdepan dengan Tun M, saya amat merasakan betapa Tun M sangat "disarming" dan real.
I left PKR in 2006. I have personally pohon maaf pada Tun M dan beliau hanya tersenyum dan kata "Tak pa lah....". I went home crying.
April 29, 2011 3:03 PM
===========================
MPH KLCC 2007 ? I remember you. Dr Mahathir was alone at one section, i was working there. I saw you went to him and shake and kiss his hands and you both hugged and you went away crying we all thought something bad happened.
Indeed Dr Mahathir is very down to earth. My supervisor refused to accept money from Dr Mahathir cos he wanted to pay for all the purchase. I remember my supervisor said that he has a job working in a building that Tun helped build, so the least he can do was belanja Dr Mahathir. But Dr Mahathir refused and made me accept the payment. My supervisor also cried.
This didnt hit me emotionally back then, but now i feel so stupid for not taking the chance to even say Thank You to Dr Mahathir.
- W
A'kum GAP
Sebenarnya kamu adalah WIRA sejati.
Orang yang BERANI adalah Seorang yang berani BERHADAPAN dengan DIRINYA sendiri. Tapi Tidak RAMAI anatara kita yang MAMPU berhadapan dengan DIRI kita sendiri dan AKUR akan setiap KETENTUAN.
I salute you!!!
Memohon maaf satu sifat terpuji.Teruskan perjuangan di atas kebenaran.Jika tak upaya untuk berjumpa dengan Tun Mahathir.Doakanlah kebaikan untuknya.Saya percaya dia pasti akan memaafkan.Ingatlah pesannya seperti di tube ini.
http://www.youtube.com/watch?v=63UAaoG9MIg
Terharu dengan tulisan saudara.Bertambah sayu dengan sajak yg disampaikan Tun dlm tube di atas.Huk huk huk.
GAP, ia meruntun hati siapa juga yang membaca posting saudara ini.
Saya harap ada orang yang dapat mengaturkan perjumpaan dengan Tun kepada mereka yang insaf dan ingin memohon maaf secara terbuka.
Bagi siapa yang belum baca buku Tun A DOCTOR IN THE HOUSE cubalah baca. Saya dah baca hingga ms 588.
Akan terasa kehebatan Tun yang dijadikan oleh ALLAH. Thank you ALLAH. Alhamdulillah.
Bangkitlah UMNO
Bangkitlah BN walaupun CINA BERSAMA PARTY DAP(celaka besar sapa yg sokong DAP terutama geng2 melayu)
Kita pertahankan Malaysia !!
if in sarawak they call ' JOM UBAH '
in next PRU we said.. ' we will said NO TO PR '
GAP Aku percaya Ayahnda Tun Dr Mahathir akan memaafkn kau & paling kuat pun dia akan berjenaka. Pernahkah kita dengar Tun memarahi wartawan jika soalan tdk memihak kpd Tun? Bahkan Tun juga mengakui kesalahannya. Bagi aku Tun tiada pengganti, satu dlm sejuta, anugerah tuhan yg sebenarnya utk Malaysia yg tercinta ini. Buat Tun salam sayang & ribuan ampun maaf dari aku rakyat kerdil yg masih menyokong Tun kini & selamanya. Semoga Allah merahmati Tun sekeluarga.
aku pun mcm kau jugak gap. cuma bezanya aku tak jadi fanatik anwar. aku tak sertai reformasi anwar. lps anwar diterminate, aku tercari2 kebenaran. aku mula kurang percaya dgn tun. tapi aku tak penah berenti cari kebenaran. akhirnya kebenaran terbukti selepas anwar keluar penjara. sokongan anwar keatas lina joy jugalah yg menjadikan aku percaya 100% yg anwar betul2 bersalah.
tp aku tetap bersyukur sbb aku x penah bg undi keatas parti anwar.
tambahan...
malangnya abang aku samapai sekarang masih setia dgn anwar. aku sgt2 berharap dia berubah.
Ayuh anak2 melayu....sikap dan halatuju kita harus berpaksikan Tun M
Berlinang air mata selapas membaca
keinsafan GAP. Saya percahaya Umno berjuang bukan saja rayat melayu Malaysia tapi untok melayu seluroh DUNIA...
salam saudara GAP,
saudara seorang yg berjiwa besar kerana ikhlas memohon maaf atas kesalahan saudara dahulu.
saya telah banyak kali menggesa agar pencacai2 sialan dan penyokong munafik memohon maaf kpd Tun sebelum terlewat di laman blog Tun sendiri dibawah nama Jeng3.
kita mesti jadikan kematian2 dlm teruk Shahnon dan Buniyamin yang terlalu banyak memfitnah Tun sebagai sempadan...
kalau kita kaji betul2 petunjuk dari Allah SWT maha esa telah banyak diturunkan tetapi ramai yg saja tidak mahu membuka mata kerana terlalu taksub dgn parti politik bertopeng agama.
Syabas saudara GAP!
wassallam
PAShit
Kepada anak2 bngsa dan orang2 Melayu, carilah pemimpin yg bila bercakap tentang Bangsa Melayu akan menitis airmata, kerana jiwa raga beliau adalah hanya satu iaitu Bangsaku, Bangsa Melayu. Orang itu, pemimpin itu adalah ayahanda Tun Dr Mahathir. Walaupun dihina, dicaci, dimaki, di kaffirkan, dilempah dgn segala fitnah, pernah tak kita mendengar ayahanda Tun memaki hamun, mendoakan pecah perut, meninggika suara, sumpah serana? Hanya orang2 yg bengap, bahlul, sakit jiwa, bosok hati, pendengki, hasad dengki dan gelap hati, pengkianat, keparat, saja yg tidak tahu menilai jasa ayahanda. Pemimpin yg banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara hanya satu iaitu ayahanda Tun Dr. Mahathir. Kalau nak dibandingkan dgn Nik Najis, dari segi akhlak, dari segi gelagat, dari segi pencapaian, dari segi apa yg terpatul dari mulut, sungguh jadi antara langit dan najis. Harap2 ahlul2 bahalul, penjilat2 dan pencacai2 dubor Pak Shiekh terkutok, sedar, insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat.
entri saudara ini adalah dari hati..sebab itu terkesan di hati saya dan org2 yang membaca..
shaykh abdul qader al-jaylani(ra)...mengajar untuk berbuat sesuatu dari hati supaya hati lain juga dapat terkesan
tahniah saya ucapkan untuk keikhlasan ini...saya juga antara yg terpengaruh agenda anwar.masa 1998. Tapi saya hanya bereformasi kat skolah...selalu debat ngan kawan2 bab anwar..ikut family...tapi bila dah besar sikit boleh fikir baru faham..apa yg sebenarnya terjadi.
maafkan kami TUn M..thank u for being patience with us..u are indeed our true father whom had protected us from jembalang bernama anwar.May Allah bless u until akherah.
Salam GAP,
Ko pergi jer Masjid Negara hari Jumaat biasa TDM sembahyang kat sana - kat luar jer. Adalah beberapa kali aku berpeluang salam dengan dia.
Saya mengikuti blog anda sejak selepas PRU 12,hari ini saya menangis kerana anda pejuang kebenaran yang mampu menggunakan akal fikiran yang waras yang dikurniakan Tuhan.Anda mampu berubah.Teruskan perjuangan Tun yang belum selesai.Harap dapat diadakan satu perjumpaan dengan Tun untuk tujuan meminta kemaafan.Saya rasa perjumpaan ini pasti akan menjadi satu ombak kebangkitan baru perjuangan ayahanda Tun Mahathir.Negara perlu kembali ke landasan yang betul.Anda mampu melakukannya.Tahniah.
assalamualaikum..
1)Tahun 98 adalah tahun sial bagi aku..
2)Malam selepas anwar dipecat aku naik motor pegi rumah dia..x silap aku masa tu xda apa2 lg..
3)Mlm ke2 dh start ada ceramah..dh ramai skit org kt situ..
4)Dan mlm2 seterusnya aku pun ada tercongok kt situ JALAN SETIAMURNI 1 dan dah penuh kt area tu ngan penyokongnya termasuk bdk2 PUNK..
5)Masa tu aku student itm(sblm uitm)..abis clas n kdg2 ponteng clas aku pegi umah anwar..banglo dia xde la besar mana tp atas bukit la,blakang umah dia dh gaung..
6)Tp masa aku student dulu sanggup beratur nak ambik risalah yang diorang (xsilap aku Sdr Roslan Kassim) fotostat untuk diedarkan kepada sedara2 aku kt kg n kwn2 aku kt itm..
7)Ramai la yg dh jd anwarista time tu..
8)Aku kena tembak dek fru ngan gas kt dataran,demo malam kt stesen lrt masa SUKOM 98 nk sabotaj SUKOM98, sume aku ikut..
9)Aku igt lg awl2 dia kena pecat tu kt umah masih ada polis tabik kt dia sebab mgkn takut terasa cm TPM lg kot..
10)Cuma aku takde simpan gmbr time student tu aku xda duit nk beli kamera..
11)Cuma smpi skrg aku tak puas hati time tu sbb masa ceramah anwar n azizah (Azizah start bg ceramah hari ketiga kot)sbb diaorg ckp jmpa Dr Mahathir merayu2 jangan pecat anwar..apa salah Abg Anwar(kata jijah time tu)..Jijah ckp jumpa Dr Siti Hasmah pun nk merayu jgn pecat Anwar..
12)Skrg kononnya diaorg la yg plg benci kt UMNO ngan Mahathir tp dulu merayu xnak kena buang..
APA YG GAP BUAT DULU PUN AKU ADA BUAT..SO AKU FAHAM PERASAAN DIA, SMPI SKRG AKU NK JMPA GAK TUN MAHATHIR NGAN TUN SITI HASMAH NK MINTA MAAF DAN SAMBIL2 NK MINTAK SIGN BUKU DIAORG TU..nk cite sume pengalaman buat aku sakit hati kt anwar..kimak pye anwar
(TAMABAHAN SKIT LAGI)satu benda je aku suke bila aku igtkan smula kisah anwar kt rumah dia..selalu dapat tgok DANG SURIA ZAINURDIN dekat2..time dia awek2 lg..lawa sungguh dia time tu..hehehehe
Salam GAP dan rakan2,
kalu sesiapa nak tahu lebih lanjut berkenaan perangai dan tingkah laku Anwar Ibrahim, belilah buku "A doctor in the House" karangan Tun Dr. Mahathir sendiri dengan harga diskaun RM80.00 per copy dari Popular Book Store. Semasa harga RM100 sebuah dulu aku tak sempat membelinya kerana kehabisan stok.
Di Dalam buku itu antara lain Tun Dr Mahathir menceritakan bahawa sebaik sahaja Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar marah kepada Tun Dr. Mahathir kerana memberi jawatan Timbalan Menteri sahaja kepadanya. Belaiu mahu jawatan Menteri penuh walaupun pertama kali dipilih sebagai ahli Parlimen.
Belilah dan bacalah buku itu untuk mengetahui maklumat-maklumat yang selama ini kita tidak mengetahuinya.
Syabass GAP...
PRU 12..terlepas satu undi utk PR..menyesal sudah tak berguna...Insyallah PRU 13 dulu..kini dan selamanya!!!
SALAM GAP...ALHAMDULILLAH KERANA KAMU SUDAH SEDAR DARI TIDUR DAN KHAYALAN ANWAR SYAITANIRAJIM...SEKARANG APA YG KAMU DAH MULAKAN 12 TAHUN DULU MAKA KAMU KENA MUSNAHKAN PULA...SEBAGAI TANDA MAAF KAMU KEPADA UMNO DAN AYAHANDA TU MAHATHIR..AKU ADALAH PENYOKONG TUN DALAM SUSAH SENANG BERSAMA TUN...AKU SANGGUP MATI BERSAMA TUN..DAN UMNO...TOLONG PERBETULKAN PERJUANGAN KAUM LUTH PKR SUPAYA MEREKA SEDAR...SEMOGA ALLAH MEMBERKATI GAP....WALAHUALAM....
salam bro GAP,
Sebagai cadangan la, sementara si Che Det tu masih hidup, ko tolong2 la usahakan satu majlis persahabatan antara Che Det dan untuk sapa2 yang ingin berjumpa dgn Che Det bagi memohon kemaafan dan memberi semula sokongan thdp apa yg tlh dilakukannya dahulu. Sokongan yg diperlukan oleh Che Det ketika itu tp kejian, hinaan, maki hamun yg kita lemparkan kpd beliau waktu itu.
Harap bro GAP dapat tlg la usahakan, yek....
Syabas GAP..kerana anda telah tahu kebenaran daripada kebatilan...dari mula lagi saya memang tidak percaya anwar...masa tu saya dalam TLDM unit KD RAHMAT boleh dikatakan rata-rata anggota kapal menyokong anwar..mereka memaki TDM sampai tahap apabila TDM muncul di TV sampai ada meletakan kaki di kaca TV. Sungguh biadap mereka itu...walaupun terasa hati namun apakan daya mereka adalah majoriti pada ketika itu...dan al-hamdulilah Allah sentiasa bersama orang yang benar...dan satu sebab mengapa saya berfikir TDM benar pada masa itu ialah bukan mudah TDM memecat Anwar sekiranya tidak berlaku kesilapan besar( tak kiralah moral ke/politik ke) sedangkan TDM menatang anwar umpama minyak yang penuh...Tahniah GAP
aku yakin akan muncul ribuan org2 seperti bro GAP lps nih...
so touching.......alahamdulillah semuga ayahanda TUN DR. MAHATHIR DAN KELUARGA dapat memaafkan bro gap...amin
gilelah bro.berape kali air mate aku meleleh.puas nak cover..kalau ade buat majlis untuk jumpe Tun jgn lupe post dlm blog kau.aku memang nak join.kalau x dapat jemput Tun pun kita buat satu majlis tanda sokongan kat dia.bleh wat sembhyng hajat ke.tu cadangan je..last election marah kat pak lah ngan kj undi aku terlepas kat dap.nyesal bukan main lepas tu..waktu tu kalau org kutuk umno x pe tapi jgn kutuk Tun..tapi lps ni aku janji x kan bagi lagi undi aku kat pembangkang
allah itu maha b'kuasa lagi maha m'ngetahui..lambat @ cepat pasti akan ditunjuk kepada sekalian manusia akan sesuatu perbuatan sama ada baik @ buruk. dari mula aku kenal Blog ini, tak pernah aku lepas dari membaca isu yg di bawa oleh Bro GAP.. kerana jiwa aku Dulu, Kini & Selama nya aku tetap bersama UMNO...tah mcm mana dlm byk2 yg aku baca, ini lah kali pertama aku betul2 terusik jiwa... Aku doakan agar Bro GAP akan dapat bertemu dgn TUN dan dapat memenuhi hajat yg Bro nak buat...Aku Doa kan...Amin...
Aku dapat tahu anwar bakal dipecat dari tpm 2 hari sebelum tu. Lecturer dah bagi tau. Mmg, siapa tak sayang Anwar masa tu, pengaruh Pas dah pudar dek imej islamik Anwar dan gandingan terbaik TDM & anwar. Tp, memandangkan aku dilahirkan dr keluarga umno, aku lebih yakin malaysia di bawah TDM berbanding anwar, aku tetap sokong TDM. Alhamdulillah, sekarang dah terbukti kebenaran.. TDM memang ikhlas memajukan bangsa melayu dan malaysia.. mmg berfikiran jauh dan memajukan bangsa melayu melalui pendidian. UITM cthnya dan melahirkan beratus ribu graduan yg berjaya
salam semua...
aku pun rasa terharu dan sedih sekali bila kita berbicara pasal TDM.aku pun dari dulu memang amat menyangjung beliau...aku tercari cari juga apa kesalahan yang beliau lakukan semasa pemerintahan beliau.hinggalah 1998 anwar jatuh...pada mulanya aku dah goyang..tapi...aku berfikir balik secara rasional..alhamdullinlah aku tidak mengikuti perhimpunan haram yang di dalangi anwar syaitan itu.
betul juga kata rakan rakan di dalam blog GAP ni..aku tak nampak pun ada wajah kesusahan dan wajah tekanan di muka TDM.dan aku perhatikan,muka Anwar dan Nik Aziz penuh dengan wajah tekanan dan kemurungan.
Aku amat bersetuju jika kita buat perjumpaan dgn TDM untuk melahirkan rasa dan perasaan kita dengan apa yg berlaku terdahulu.Aku lihat melayu semakin lemah dgn adanya puak puak PAS dan PKR yg rata ratanya adalah terlalu cetek pemikiran dan penuh emosi.
Buat GAP aku ucap tahniah di atas kesedaran anda..begitu juga yang lain...mari kita bersatu menentang setiap ayat yg kluar dari mulut Anwar Lahanat dan kaun kerabatnya....
syabas GAP....xsgka aku sndiri menitis air mata saat baca atikel kali ini..aku smakin hari smakin sedar akn perjuangan bangsaku...ayuh brsama selamatkan tanah air kita dr manusia bertopengkan syaitan (anwar aljubri)
Gap... Aku tabik ko... Sampai mati aku takan pilih pkr Babi.... Melayu perlu kuat Dan bersatu.... Pegi mampos nuar pengkhianat Dan pengikutnya....
KITA SEMUA MUNGKIN ADALAH DARIPADA GOLONGAN YANG SAMA YANG PUNYA PANDANGAN TERSENDIRI TERHADAP TUN
MUNGKIN AKU SEDIKIT BERBEZA KERANA AKU RASA AKU LEBIH SENIOR DARIPADA KEBANYAKAN SAUDARA2
AKU MULA MARAHKAN TDM APABILA BELIAU BAWA MASUK AI KE DALAM UMNO. MUNGKIN TDM PADA WAKTU ITU TERTIPU DENGAN WATAK AI YANG ALA ALA ISLAMIK. NIAT BAIK TAPI SASARAN SALAH
KEDUA AKU MARAHKAN TUN APABILA UMNO HARAM. AKULAH PEJUANG 46 YANG BUKAN KEPALANG.
TAPI AKHIRNYA AKU SEDAR, KEBANYAKAN AHLI UMNO PADA WAKTU ITU TIDAK SEDAR DAN TIDAK TERIKUT RENTAK TDM YANG AGAK ADVANCE DARI SEGI TINDAKAN DAN PEMIKIRAN, YANG TAK TERLANGKAU FIKIRAN KITA SEMUA.
AKHIRNYA AKU MARAH PADA T MUSA HITAM, DAN T RAZALI YANG TAK ADA JIWA PEJUANG SEBENAR
SEJAK ITU AKU DAH MULA RASA BERSALAH KERANA TELAH MENGHAMBURKAN KATA KATA KESAT DAN HINA TERHADAP TUN TERUTAMA SEWAKTU PRK JOHOR BAHARU, SHAHRIL LAWAN CIKGU MUSTAPHA KALAU TAK LUPA. DAN SETERUSNYA PRK PARIT RAJA DAN BLAH BLAH ...
TAPI AKHIRNYA AKU SEDAR BAHAWA PERJUANGAN TDM ADALAH SUCI DAN MULIA DEMI BANGSA NEGARA DAN AGAMANYA. SEJAK DARI HARI ITU AKU SUDAH TIDAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI MENYOKONG KUAT TDM
AKU ADALAH ANTARA ORANG TERAWAL YANG MENERIMA SURAT KERAMAT UMMI TAPI SEMUA ORANG TAK PERCAYA ISI KANDUNGANNYA. TAPI OLEH KERANA TELAH MELAKUKAN SEKALI KESILAPAN, MAKA AKU TAK AKAN LAKUKAN KESILAPAN UNTUK KALI KEDUA, DAN AKU TEKAD MEMPERTAHANKAN TDM YANG DISERANG BERTUBI TUBI SELEPAS ITU.
DAN AKU MERASA SEDIH APABILA TDM DIHALANG OLEH JUAK JUAK UMNO T DOL, DARIPADA MEWAKILI BAHAGIAN SEBAGAI PERWAKILAN DALAM SATU PERHIMPUNAN AGONG UMNO. HANYA KERANA RM200 , MARUAH UMNO DIGADAI.
AKU RASA ITULAH SATU PENGHINAAN YANG TERAMAT SANGAT YANG TELAH DILAKUKAN KE ATAS TDM OLEH PARTINYA SENDIRI. HARI INI TDM MASIH BERDIRI MEGAH, SEDANGKAN T DOL PERLAHAN LAHAN HILANG DITELAN ZAMAN.
AKU TIDAK PERNAH TERPANCING DENGAN GERAKAN REFORMASI ANUAR, KERANA SEKALI SILAP, MUNGKIN SILAP, TAPI KALAU DUA KALI SILAP, ITU MAKNANYA KITA BEBAL. KALAU DAHULU AKU BERGADUH SESAMA KELUARGA KERANA MENOLAK TDM TAPI SEKARANG AKU BERGADUH SESAMA SAUDAR KERANA MEMPERTAHANKAN TDM
SYUKUR ALHAMDULILLAH APABILA GOLONGAN GOLONGAN YANG LEBIH JUNIOR TELAH SEDAR AKAN KESILAPAN MEREKA, AKU TURUT TERHARU, BUKAN SAHAJA KEPADA TDM, TAPI AKU LEBIH TERHARU APABILA RAMAI GOLONGAN MUDA SUDAH MULA MENGINSAFI KESILPANA MEREKA.
JANGANLAH GADAI BANGSAN NEGARA DAN AGAMA DEMI SEORANG MANUSIA BERNAMA ANUAR.
PAS, BALIKLAH KEPANGKAL JALAN, PERJUANGKANLAH APA YANG TELAH KAMU PERJUANGKAN SELAMA INI, TAPI DENGAN CARA YANG LEBIH BERHEMAH, BERTAMADUN DEMI SATU BANGSA, SATU AGAMA DAN SATU NEGARA
AKU PERCAYA RAMAI DARIPADA KITA YANG PUNYA DOSA MEMFITNAH TERHADAP TUN, TAPI MUSTAHIL UNTUK KITA SEMUA BERJUMPA MEMOHON MAAF PADA TUN,
JADI AKU CADANGKAN AGAR KITA BERHIMPUN BERAMAI RAMAI, MEMOHON KEMAAFAN DARIPADA TDM DENGAN TDM MEMAAFKAN KITA SECARA BERAMAI RAMAI ..
AKU RASA ITU SAHAJALAH CARANYA YANG BOLEH KITA DAN TDM LAKUKAN
BELIA HARI INI ADALAH PEMIMPIN MASA HADAPAN,, BANGKITLAH BELIA KU
sungguh terharu sehingga hampir menitiskan air mata....sesungguhnya dosa sesama manusia, hanya manusia sahaja yang boleh memaafkan selagi mereka masih lagi hidup...pohonlah keampunan....
Mahathir adalah pejuang melayu sejati. Hanya kita sahaja tidak menghargainya. Rakyat luar negara amat menyanjugi beliau. Lihat sahaja Bosnia sebagai contoh. Mereka tahu yang Mahathir lah yang banyak membela mereka selama ini sehingga mereka bebas dari cengkaman puak Serbia. Ramai jua student Bosnia dapat belajar di UIA dan menjadi anak angkat. Mereka juga tahu yang Malaysia lah di bawah pimpinan Mahathor telah membekalkan senjata kepada pejuang2 Muslim Bosnia untuk memperthankan diri dari puak Serbia. Alhamdulillah. Malaysia amat bertuah mendapat Mahathir. Mahathir lah sebenar-benarnya Anugerah Allah kepada umat di Malaysia
good bro.ko memang org yg berjiwa besar.aku tabik kat ko.
bagus la kalau dah nyesal...
salam gap, saya pun pernah menyertai gerakan reformasi dulu, sampai sekarang kaki saya sakit kerana dikejar fru dimasjid india....saya sangka anwar itu baik orangnya dan bila saya dapat tahu dia akan jadi perdana menteri, saya gembira, tetapi Tun tidak berkompromi pasal akhlak dan etika, dia pecat anwar...setelah bertahun akhirnya saya insaf, saya tinggalkan gerakan reformasi setelah mendirikan rumah tangga dengan isteri saya...kini saya rasa aman, bersama isteri dan 4 orang anak, saya kini bahagia...dan saya masih berjuang..demi membebaskan selangor dari rejim pakatan fasis!!! terima kasih Gap kerana pengakuan itu...wassallam..Revolution!!!!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah aku tak pernah terjebak dengan anwarista ni. Aku mula tak suka dengan AnuWar ni time dia menteri pelajaran. Suka2 dia je tukar cuti dari bulan 12 ke bulan 11. Lepas tu melambak2 buku teks kene bawak kat sekolah.
Lepas sekolah aku terus kerja. Time tu dia jadi menteri kewangan. tiba2 ekonomi down dan dia memandai2 naikkan interest. member2 aku yang industri used-car semua merungut. aku bertambah tak suka AnuWar ni time dia memandai2 nak pinjam IMF pulak. nasib baik Tun reject.
1998, aku 18 tahun, ade member sebaya yang terjebak reformasi. walaupun aku benci reformasi, tapi majoriti sebaya aku semua join, so aku nak lawan pun jadi kera sumbang. aku mampu geleng2 kepala tengok kl huruhara sebab reformasi bangang tu. baik aku keje carik duit.
Skang ni, anak aku dah nak masuk 2 orang. dan si tua bangsat AnuWar tu still lagi buat hal. jadi aku pun tulis komen dalam blog2 pro-gov & kadang2 mengutuk orang kat blog2 pro-pakatan riot. kurang2 pun release jugak tension aku bertahun2 layan perangai bangang si AnuWar tu. Tak habis2 menyusahkan orang.
Sekian.
Aku benar-benar tersentuh dan sebak membaca posting GAP dan komen-komen daripada pelayar2 blog ini yang insaf dan menyesal atas ketelanjuran mereka terhadap TDM. Aku juga ingin meluahkan pengalaman aku dalam loghat Perak. Pernah disiarkan dulu tapi bacalah:
Teman ini sebenonya pernah menjadi penyokong kuat AI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang jawatan KP UMNO Msia mengalahkan Dato Suhaimi Kamarudin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb. Menteri di JPM, teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno teman mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.
Bila dia dipecat drp UMNO dan dari jawatan dalam kerajaan, timbul juga tandatanya dalam kepale hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari KEBENARAN. Nak cari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court saja.Dalam Islam mesti dengo dua belah pihak.
Teman pun dengo juga ucapan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2untuk bekerja balik sebagai Doktor. Kesian juga mendengo Nuar seolah-olah keluwo sehelai sepinggang. Pendengo2 bukan main marah dan memaki hamun Dr.M. Timbullah gelaran Maha Zalim, Mahafiraun dan macam2 lagilah yang tak sedap telinge orang yang berfikir mendengonya tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.M.
Teman pun pergi pulak dengo di pihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr.M. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir, Dr.M berkata 'TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING DAN BUAT SEMBAHYANG HAJAT, BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN.' TERSENTAK teman dibuatnya. Mana mungkin Dr.M suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginaya Nuar.
Maka solat hajat pun telah diadakan di surau2, di masjid2 di seluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Tanah suci Mekah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu tunjukkan KEBENARAN.
Tak berapa lama kemudian Dr.M menunaikan Umrah. Bila tibe musim haji, Dr.M pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah Haji. Di Mekah Dr.M telah diberi kesempatan masuk ke dalam KAABAH DAN DI Madinah ke dalam makam Nabi Muhammad SAW.
Sekembalinya Dr.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr.M berbaris mengambil barang makan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Kata kawan saya 'SAYA LIHAT MUKA DR.M JERNIH, BERSIH DAN BERSERI.'
YA ALLAH BERSYUKURNYA KAMI, SOLAT HAJAT KAMI TELAH KAU MAKBULKAN. ALHAMDULILLAH!
Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya terinaya tidak membawa seluruh ahli keluarganya ke tanah suci. Bukankah doa orang yang terinaya tidak ada hijab diantara langit dan bumi? Sebaliknya dia round satu Malaysia menghasut rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan dibawah pimpinan Dr.M.
Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat.
Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan saudara Saiful Bukhari Azlan, pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah mubahalah tetapi Nuar sampai sekarang tidak berani melakukannya.
Orang takut kerana beno atau kerana salah?
Sama-sama kita renungkan.
Assalamualaikum.
Bro, tahniah. Aku tak pernah sangsi Tun M walau sesaat, tapi aku faham bagaimana rasa bila sesuatu hijab itu terangkat akhirnya. Aku berdoa kau dapat berjumpa dan bersalam dengan Tun berdua, dan mereka maafkan kau.
Kita teruskan perjuangan bro!
-Servant of God-
Gap, Den lain lak ceritonyo...maso tahun 1997, maso tu den tahun akhir kat u, Den penyokong kuek Tun Mahathir...sobab maso Den dah jadi kdo, dan Den ponah poei kat Bosnia dan Den pun ado banyak baco pasal kisah tun, jadi Den faham, Den jadi penyokon fanatik dio sampai ari ini. Maso kat u dulu, tahun 1997, Den bertokak dengan pensyarah Den kerana Den sokong tindakan Dr Mahathir...Pensyarah Den pulak sokong Anwar...maso Den bertokak pula maso dlam kelas...dio naik marah dengan Den...bilo keluar result Den dapek F subjek yg dio aja. Den tahu ini sumo pasal kes Anwar laa. nie...tapi nasib Dne baik , semester seterusnya Den carry paper tu tapi dengan pensyarah lain Den dapt A+..Den photostat result tu kemudian Den hantar kat pensyarah yg bagi Den F...Den tulis sebaris ayat...."Kebenaran terserlah akhirnya.."
Aku pun sama macam ko gap. Dulu aku gila2 sokong al juburi.aku maki hamun tun. Tapi bila allah mula menzahirkan kebenaran satu persatu di depan kita,aku sedar aku tertipu. Skrg aku sambung belajar kt ukm dlm bidang undang2. Aku baca balik penghakiman kes liwat anwar, memang sah ia meliwat cuma dibebaskan pasal kredibiliti saksi.kini aku mula mem'brainwash' budak2 undang2 batch aku yg pro anwar.alhamdulillah ....insya allah aku akan tebus kesilapan lampau aku dengan menyedarkan member2 betapa al juburi patut dihantar ke sg buluh resort and spa.
Sori Den nak tamabh sikit...maso kat Bosnia, ado org sano cium bendero malaysia yg ado kat longang Den..dia kato...Mahatir..!mahathir..Dobro..goood..goodd...Den poie kat afrika pun dio org kata Mahathir ..good..Den poei kat Us pun sao jugo.hatta Denponah sampai kat Budapest...dgn pakaian loreng , org sano kato u ar luck..because Mahatir is ur Pm...sayangnyo org Malaysia sendiri tak tahu kehebatan Tun Dr. Mahatir...itu yg Den sodihkan..!
Alhamdulillah, sy sedar siapa Anwar
bila dia berkata " Down to Mahathir1"
pada tahun 1998. Siapa dia untuk
berkata begitu kpd Tun , seorang yg telah memberi begitu banyak nikmat
kpdnya. Sy tahu satu masa nanti, dunia akan tahu siapa anwar sebenarnya, walaupun setelah 13 tahun berlalu. Semoga Allah akan terus melindungi kita daripada manusia spt Anwar. Tkasih GAP atas keinsafan sdr
sayu & terharu, semuga gap dpt berjumpa dgn Tun Mahathir utk memohon maaf...teruskan perjuangan anda..
Dah masuk 1 Mei 2011 bersamaan Hari Buruh,aku ulang baca komen-komen yang dihantar dan yang terbaru.Hati semakin sayu,kalau tengahari tadi bercucuran airmata,kini sama juga tak dapat nak menahannya.GAP BERJIWA BESAR macam Tun,bukan BERHATI BESAR macam Al-Juburit a.k.a the 'mucho grande' cock from Permatang Pauh.
JALAN TERBENTANG
- kepada yang menemui pintu putih kebenaran
jalan terbentang
katakanlah sebuah kebenaran
biarlah ia menjadi kebenaran
memacu kita ke ufuk jaya
menggali segala rahsia duka
membancuh segenap rahsia sengsara
dalam serpih kita tak bisa menjadi perkasa
dalam pecah kita tak bisa menjadi satu
senyapkan kesangsian
bukakan peta mari merangka jalan terbentang
jalan yang perlu kita lalui bersama
rebah atau jatuh, bangun lagi
payah atau sakit, berjalan lagi
di jalan terbentang
aturkan langkah berani ini bukan lagi sebuah konotasi
ini bukan siul angin membawa sepoi
topan bakal tiba kita perlu siap menghadapinya
jalan terbentang
bukakan segala lorong dan denai perjuangan
mari mengatur tapak merangka gerak
kita harus bergerak tanpa henti
mara memangkas kedajalan menghapus arang
bukakan mata juang hati pahlawan
bergerak dengan langkah dengan tekad
di jalan terbentang
sembuhkan luka lama
kerna di esok mentari
bakal bercahaya perjuangan baru
kau dan aku harus bersama berganding bahu
ini bukan perjuangan kecil
ini hidup mati
kita
anon 1:29
rupanya kita lakukan perkara yang sama. baca komen dan nangis. tapi aku pun heran kenapa la air mata aku ni mudah sangat kuarnya.semoga Allah memberkati TDM sekeluarga.
syabas brooo...
Fcuk PAS
DEMI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
MATI PUN AKU SANGGUP
TITAH TUN AKU PEGANG
SAMPAI MAHADI DATANG
dari dulu kalau org kutuk Tun Dr M, hatiku juga rasa pedih..sbb dari dulu aku sayangkan pemimpin seperti Tun Dr M...-MFE-
Bergenang air mata ku membaca posting GAP dan komen-komen pembaca yang menyatakan keinsafan dan penyesalan dan memohon maaf kepada TDM.
Mudah-mudahan hasrat mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Tun berjaya.
Aku tak pernah berjumpa posting yang begitu menyentuh hati pembaca seperi yang ditulis oleh GAP. Aku percaya ianya datang dari hati yang benar-benar insaf.
Tahniah GAP kerana mempunyai keberanian dan keikhlasan. Semoga harapan mu bersemuka dengan dengan Tun tercapai.
Tersedu teman membaca komen-komen di posting ini.
Salam GAP,
Walaupun aku sudah puluhan tahun berjuang dalam UMNO lama sebelum & selepas reformasi aku sedikitpun tak berganjak tetap teguh berdiri di belakang Tun walau dicaci & dimaki oleh geng pkr amarah jangan kira, namun luahan hati hang ini cukup2 menyentuh hati aku.
Aku sarangkan hang jumpa sama kudahitam (isihot) alias otai kelab chedet (kcd) minta dia arrange sama sdr sufi jumpa ayahanda Tun, semoga berjaya.
Wassalam.
sudahlah khairuddin sumarnak... aku tengok kau kat rantau panjang klang nanti memang aku ludah muka kau... apa kes? dah takde projek? tak dapat kes nak dibicarakan? malu aku ada orang kampung macam kau ni... kau tu pun bukan melayu tapi jawa..
pada yang semangat bangsa melayu tu.. bangga sangat dengan bangsa melayu.. aku just nak ingatkan korang.. Allah tidak memandang pada warna kulit dan suku kaum.. tetapi iman dalam hati kita..
Khairuddin jom karok kat K.E.C jom!! Dato Rahman kasi access kat aku.. jom la.. nanti aku rakam video kau pulak.. :D
syabas bro...
Syabas bro.
w/pun sy tak pernah dpt peluang utk belajar dimana2 intitusi pengajian tinggi di dalam malah di luar negara...namun sy tidak pernah kecewa dan menyalahkan TUN atas apa yg berlaku. Bukan kerana BODOH tapi atas keperibadian TUN yang tinggi membuat sy percaya TUN membuat keputusan yang benar. Sudah pastinya ibubapa kita mengajar untuk menilai seseorang samada untuk berkawan atau berguru. Ikut perasaan kelak binasa...begitulah juga nasib MELAYU... jika pemimpin dikedua2 pihak hanya ikut perasaan..nescaya MELAYU akan menjadi seperti apa yang TUN gusarkan....itulah TUN M seorang negarawan..seorang pemimpin pelbagai bangsa dan...paling penting seorang pejuang yg memperjuangkan bangsa MELAYU. Kita bukan taksub..tp menyanjungi beliau.
Syabas GAP!
Cukup jujur dan ikhlas.
Puas dia dihina, dicerca, dimaki, digelar dgn gelaran yg sangat buruk tetapi..
tidakkah mereka mahu berfikir, dia menjadi tetamu Allah, istimewa sehingga menjejakkan kaki dalam kaabah.
hingga ke hari ini, wajahnya bersih, jernih, tenang dan bercahaya.
kepada yg masih lagi memaki, menghina, mencerca dan memberi gelaran yg buruk kepadanya.. semua itu akan dipulangkan semula kepada kamu oleh Allah.
Sungguh..tidak menjadi sedikit calar apatah lagi kudis pada insan yang benar2 telah dan masih menjadikan dirinya hamba kepada Allah dan dialah khalifah Allah yang benar-benar anugerah Allah kepada kita.
Semoga Tun sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya. Amin..
Anon May 1, 2011 8:46 PM, ni balaci sam ketut puak kai kedarah arak mana reti sesal & bertobat, sama cam anwar jugak duit berjuta tapi tak penah bawak anak bini jejak kaki pegi mekah
InsyaAllah selepas ini akan ada program memberi peluang kepada anak-anak muda zaman reformasi 1998 dulu minta maaf kepada Tun Mahathir sementara pemimpin ulung kite masih ada. InsyaAllah...kite tunggu
Aku rasa umur aku ngan GAP lebih kurang. Pernah membenci TDM secara total. Tak boleh lihat wajahnya, dengar suaranya dan cerita tentangnya. Aku pernah berharap yang dia mati cepat dan biar Anwar yang teraju negara ini.
Alhamdulillah, harapanku tidak dimakbulkan dan nampaknya kebenaran semakin jelas untukku. PKR dan PAS bukan pilihan. Walaupun aku pernah kecewa dengan kepimpinan Pak Lah tapi undiku tidak pernah aku lacurkan buat pembangkang.
Maafkan saya TDM, saya sedar yang saya banyak melakukan kesilapan pada Tun.
akuantiPR.
Bagai rasa dihiris-hiris hatiku ini membaca posting GAP dan komen komen dari pembaca blog ini atas rasa keinsafan dan penyesalan atas sangkaan buruk serta kata-kata kesat mereka terhadap TDM.
Tetapi aku rasa yakin Tun akan memaafkan siapa juga. Itulah jiwa seorang pemimpin yang hebat seperti Tun.
Tun kuat membaca. Dari bukunya A doctor in the house aku dapat tahu bahawa Tun telah membaca terjemahan Al-quran dalam bahasa Inggeris dan melayu. Tun bukan hafaz quran tetapi faham dan mengamal ajaran al-quran. Maka tidak hairan Tun seorang yang pemaaf.
Maka usahakanlah pertemuan itu. Semoga berjaya. Amin!
Terharu aku bro..Aku pun macam kau jugak...cuma aku ni product Look East Policy zaman Tun...masa kat oversea dulu sanggup aku bergaduh dgn senior semata2 kerana dia pro Semangat 46 Tengku Razaleigh...tahun 98 merubah segala2nya..group aku menjadikan Tun musuh no 1 kami semata2 kerana DAJJAL Anwar ni...sanggup aku dibalun FRU kat Masjid Negara,berkampung di Bukit Damansara dia semata2 kerana DAJJAL Anwar ni..sehinggakan tahap sapa2 Engineer baru yg bekerja dibawah aku akan di cuci kau2 kalau tahu dia Mat Umno.
Sekarang pun umur aku dah 40++.Jasa Tun yg telah mendidik dan membantu anak bangsa termasuk aku sehingga menjadi manusia ni tak akan mampu dibalas...cuma satu hajat aku ...SEBELUM TUN MENUTUP MATA AKU MEMOHON PADA ALLAH AGAR SEKURANG-KURANGNYA DIBERIKAN KESEMPATAN PADAKU AGAR DAPAT MENCIUM TANGAN TUN DAN MEMINTA MAAF DIATAS KEJAHILAN AKU SELAMA INI...AMINNN..
tak puas-puas aku baca komen kat sini. kalau aku mampu memang aku sewa dewan di Kompleks Warga Emas, Shah Alam dan anjurkan perjumpaan ini tapi apakan daya.
GAP,
kumpulkan beberapa orang yg boleh kongsi kos. Call aku. PA sistem aku ada. boleh pakai. percuma jer untuk perjumpaan dengan TUN.
Aku bangga dengan Tun Mahathir. Beliau adalah idolaku sejak kecil.
Tapi malang sekali sokonganku kepada Tun merudum apabila Anwar Ibrahim dipecat.
Aku pun hairan,
Aku jugak terpengaruh dengan sokongan ahli-ahli PAS kepada Anwar. Tapi hati kecilku masih merindui Tun Mahathir. Walaupun ustaz, ustazah, haji, hajjah, imam, lebai, orang-orang profesional, terpelajar dan seanggkatan dengannya mengutuk, menghina, mencaci dan seolah-olah Tun Mahathir layak menghuni neraka jahanam.
Pada masa itu, aku hanya berdiam diri dan takut untuk bersuara, tetapi hati kecilku terlalu yakin bahawa Tun Mahathir bukanlah manusia yang begitu huduh, teruk, pengotor, jijik seperti gambaran yang mereka lontarkan. Aku sedar bahawa Tun Mahathir seorang manusia yang cintakan Islam, sayangkan bangsa dan taat setia kepada negara.
Kini aku bangga, segala kutukkan, cemuhan, sumpah-seranah kepada Tun Mahathir telah dapat diatasi.
Terima kasih Tun Mahathir,
Aku sempat mencium tangan Tun sekali sahaja pada masa penamaan Calon Pilihanraya 2008 bagi parlimen Jerlun.
Doaku agar Tun Mahathir dan keluarga dapat rahmat dan petunjuk dari Allah dan ditempatkan mereka semua kedalam syurga bersama-sama orang-orang yang sabar dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
Mahathir mamak pejuang melayu? Hohohohohoho...terharu aku, rase nak menangis 14 tahun..
Kesian kat ko GAGAp..senang dpermainkan..pasni lepas bosan sokong Umngok, ko sokong benda lain pulak kan? pi mai pi mai tang tu jugak..
B O D O H..
Tahniah GAP,
Kalau jumpa Tun M & family mmg ko kena minta ampun byk2 kat dia. Manusia takkan terlepas dari buat salah dan silap. Tapi keputusan Tun M pecat Anwar adalah keputusan paling tepat. Hari ni, Allah buka hijab Anwar satu per satu. Akhirnya, tunggulah saat Anwar mati nanti sekiranya dia masih lagi berdusta hari ini. Kita tgk sajalah apa balasan Allah pada dia.
Yang paling penting, keberanian kita untuk lawan Anwar adalah yang paling utama. Bak kata pepetah "BERANI KERANA BENAR, TAKUT MACAM ANWAR IBRAHIM".
Allahuakbar!!!
Jbond810
terharu....sangat berkesan cerita liku perjalanan idop bro...tahniah di atas sokongan kuat pd BN..n tahniah pd Tun yg slame ini sememang betul dlm tindakan beliau...syukur..
Anonymous stratus14 said...
Mahathir mamak pejuang melayu? Hohohohohoho...terharu aku, rase nak menangis 14 tahun..
Kesian kat ko GAGAp..senang dpermainkan..pasni lepas bosan sokong Umngok, ko sokong benda lain pulak kan? pi mai pi mai tang tu jugak..
B O D O H..
May 3, 2011 12:22 PM
Kesian kat ko x yg masih buta hati, buta mata, bodoh, bangang tahap babi meroyan...
saya melayu jati, tapi paling marah bila depa menghina mahathir sebagai mamak. apa bangsa pun semua sama disisi Allah. konon depa lebih utamakan Islam dari Melayu, tapi tang mahathir hina bangsa pula. apa kena dengan otak sawan depa ni. kalau gitu, bangsa apa yang paling mulia? mamak ka apa ka, mahathir tetap lawar jika dibandingkan dengan pemimpin idola depa. masih cergas berfikir dan tak nyanyok. maksiat jauh sekali.
@stratus14 kau ni buta ke buta hati??bodoh ke bengap??bebal ke sial??susah sgt ke nak admit jasa2 Tun tu?susah sgt ke nak admit apa yg Allah dah tunjuk lepas korang wat solat hajat aritu??
Alhamdulillah GAP. aku yakin Tun seorang yg pemaaf. sapapun yg pernah buat salah dgn Tun, akan dimaafkan. pernah wartawan tanya, Tun dah maafkan arwah fadzil noor tak kerana mencerca Tun dlm ceramah2nya, Tun kata 'dah lama dah maaf!!' sebak aku! sebabnya aku ingat sgt apa yg arwah tu kata ka Tun dgn isterinya dlm ceramah dia dulu. mak kau kata ulamak tengkorak!
keluarga aku - ayah, mak, kakak2 & adik aku TIDAK PERNAH SANGSI SEKELUMIT PUN dgn tindakan Tun memecat anwar. aku juga antara org terawal menerima salinan surat ummi tahun 97 lps balik UK & percaya krn ada nama & terpampang no. i/c. takkan surat layang ada nama sebenar & no. i/c? sampai la ni aku ada surat bertaip tu dlm fail plastik merah..dah 16 tahun aku simpan!
ramai saudara-mara yg memaki hamun Tun bila nwar dipecat. sepupu aku yg kerja dgn tnb masa tu marah sgt sampai tak halalkan duitnya yg konon diambil oleh Tun utk membantu memulihkan gawat. gaji aku pun kena potong 14ringgit kalau tak silap setahun utk bantu pulihkan gawat tp aku tak kisah bahkan ramai kaum wanita yg lurutkan barang2 kemas utk bantu negara masa tu...terharu!
seperti jeng3, aku kerap memberikan komen dulu dlm blog Tun dgn nama anakbudu3.
apapun Tun tetap insan anugerah Allah SWT krn memajukan Malaysia ke tahap ini. semoga Tun & isteri diberkati di dunia & akhirat...Amin
Umur Tun sekarang 85 tahun. Telah menjalani pembedahan jantung sebanyak 3 kali. Tetapi cuba lihat wajahnya. Sihat, tenang dan berseri.
Semoga Allah memberi rahmat kepada tun dan isterinya sehingga akhir hayat mereka. Amin.
Post a Comment