Friday, May 6, 2011

(SURAT TERBUKA) : ANWAR HINA MASYARAKAT INDIA LAGI !

  Dari Susan David, melalui e-mel
surat ini adalah luahan ketidapuasan hati minoriti masyarakat india yang menyokong anwar. kalau dia ada belasah BN tu biasalah.

Salam sejahtera saudara, Saya ingin merujuk kepada ucapan salam anda di “Ceramah Perdana: Kebangkitan Rakyat Sarawak”, pada April 29, 2011, Ampang. http://www.youtube.com/watch?v=mN2qmp270mg&feature=player_embedded dan banyak lagi ceramah-ceramah lain tetapi hanya dipetik satu sahaja di sini.

Saya pernah kemukakan komen saya setahun lalu kepada pihak tuan berkenaan cara “greeting” kepada komuniti India dalam ucapan di tempat umum tetapi nampakya pihak tuan tidak mengambil serius akan komen tersebut.

Dalam ucapan April 29, 2011 di Ampang, pihak tuan mengulangi sikap tidak menghormati rakyat India  sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sagotara Sagotari Nandri, Shoru Shapudinge” (Saudara Saudari Terima kasih, Makan Nasi…) Adakah ini satu ucapan salam yang wajar dibuat dalam ceramah umum, adakah ini menunjukkan kesopanan dan penghormatan?

“Nandri” adalah terima kasih dan harus disampaikan pada penghujung ucapan. Shoru atau nasi apa kaitannya dengan ucapan salam.

Tuan sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan agama Islam semestinya pihak tuan tahu apa maksudnya “Hormat Menghormati”,”Kesopanan”, “Kemuliaan”, “Kesusilaan”….

Adakah tuan benar-benar menghormati kaum India? Dalam memberikan salam pun tidak ada penghormatan apatah lagi memperjuangkan hak orang India yang tertindas di tanah air Malaysia.

Apakah pihak tuan akan mempergunakan perkataan-perkataan salam yang digunakan untuk orang India kepada orang Cina dan Melayu.

Bolehkah anda mempermainkan ucapan  salaman “Assalammualaikum” dan juga salaman orang Cina.

Tetapi apabila salaman disampaikan kepada orang India, begitu terhinakah mereka untuk pihak tuan sampai dijadikan bahan ketawa para hadirin ceramah di Ampang.

Kenapa perlu menyatakan “Shoru saptinggala….(Makan nasi….). Kenapa tidak sebut sedemikian kepada orang Cina ataupun orang Melayu.

Samada pihak tuan sedar atau tidak, anda sebenarnya menghinakan diri anda sendiri. Kata Mariam Mokhtar “Shame on you” kepada BN dan Pakatan.

Kerana pertamanya, tidak menghormati dan menyindir kebudayaan masyarakat India dan keduanya tidak menghormati perasaan orang India.


Sampai ke hari ini pihak tuan:

i. Tidak pernah jujur dalam memperjuangkan penindasan yang dilakukan kepada komuniti India di negara ini. (menindas apa..lupa ananda krishan ke )

ii. Tidak pernah berusaha untuk menangani masalah kemiskinan yang serius melanda masyarakat India

iii. Tidak berhati perut untuk mengeluarkan kenyataan bahawa “Interlok novel baik dan tiada unsur rasis”.

iv. Kalau begitu adakah ahli-ahli NIAT, para ahli akademik Cina terkemuka (Lim Teck Ghee) dan Ketua Agama Kristian di negara ini yang mengutuk Interlok dan menggesa supaya novel tersebut dikeluarkan dari silibus sekolah itu – adakah tokoh-tokoh ini tidak berpendidikan, jahil (bodoh) dan rasis.

Siapa yang rasis?

v. Apabila 54 ahli Human Rights Party ditangkap dan kini akan dihadapkan ke mahkamah, pihak tuan, Lim Guang Eng dan semua Pak Turut tuan mendiamkan diri. Tetapi untuk Teoh Beng Hock sampai tiga hingga empat Trust Fund, dsbg.

vi. Nama parti “Parti Keadilan Rakyat”  tetapi sangat lucu kerana di manakah keadilan untuk rakyat miskin India dan keadilan bagi 54 orang yang berprotes secara aman di Malaysia? Adakah tuan memberi sebarang press statement atau memperjuangkan di parlimen.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang usaha dari pihak tuan untuk memperjuangkan hak asasi 54 rakyat Malaysia yang akan dianiyaa oleh kerajaan. Di manakah Keadilan? Semua rakyat Malaysia maklum bahawa Parti Keadilan hanya memperjuangkan Keadilan untuk kaum Melayu dan Cina sahaja.

Memandangkan sikap itulah Mariam Mokhtar menulis artikel bertajuk “The Untold Story of the Forgotten People”.

Kami bukan gelojoh  atau tamak untuk minta lebih dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, kami masyarakat India hanya memohon hak asasi kami.

Hak asasi kami anda tidah endahkan dan kami dipijak-pijak bukan sahaja dari ucapan salam tuan dalam ceramah tetapi sampai ke liang lahad pun kami tiada tempat untuk mendapat keamanan keana tanah perkuburan pun dirampas.

Anda membina mimpi untuk menjejak kaki di Putrajaya tetapi penindasan yang dilakukan kepada masyarakat India tidak diendahkan. Pada suatu masa dulu anda melafazkan “Tidak ada kuil di Penang akan dapat mendengar bunyi loceng kuil….”, kini anda menghina kami dengan berdiam diri dan tidak memperjuangkan hak asasi kami, isu Interlok, isu 54 orang yang akan dikemukakan ke mahkamah…dan banyak lagi!

Tanyalah diri tuan, adakah anda seorang pemimpin yang jujur, pemimpin yang layak memimpin masyarakat Malaysia?

Semua orang tahu, pihak tuan hanya ingin menguasai Putrajaya dan bagi mereka yang tidak menyokong BN  tiada jalan lain daripada mengundi PR.

Bukannya mereka mengundi PR kerana menyokong mimpi tuan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

22 comments:

Anonymous said...

sdri susan untuk malumat anda anuar hanya memperjuangkan untuk dirinya sendiri,silap kalau anda kata pkr memperjuangkan orang melayu/cina sahaja...dan kaum india yang tidak mahu memajukan dirinya sendiri yang terasa dirinya teranyaiya oleh kerajan..

Mae said...

Anwar seorang Islamic Liberal tidak akan suka kepada Hindu kerana Hindu itu sendiri mengajarkan ketaksuban melampau kepada acara-acara agama dan pemimpin-pemimpin agama. Mana ada orang liberal yang suka ketaksuban, kecuali ketaksuban kepada keliberan mereka. Orang Hindu jangan mimpi Anwar akan menolong penganut-penganut Hindu yang kadang-kadang nampak 'samseng' kerana ketaksuban mereka.

Anonymous said...

GAP ko xpayah bgtau pn kami dah tau yg al-juboq ni mmg talam dua muka.

dasar ckp tak serupa bikin..
janji2 kosong..

al-juboq gila kuasa..

Anonymous said...

BUKAN SAJA INDIA DALAM PAKATAN
ORANG ISLAM DALAM PAKATAN??

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kedudukan Pas sebagai 'anak tiri' dalam pembangkang semakin terserlah apabila parti itu langsung tidak diberikan sebarang kedudukan penting dalam Kabinet bayangan kerajaan negeri Sarawak.

Sebaliknya, satu-satunya wakil Pas iaitu Pesuruhjaya negeri itu, Adam Ahid berkongsi portfolio Hubungan Antara Agama Dan Perpaduan Nasional bersama wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Biju.

Baki 15 portfolio lain pula dikuasai sepenuhnya oleh wakil DAP iaitu sebanyak 13 portfolio manakala portfolio Pelancongan, Warisan Dan Alam Sekitar serta Pembangunan Tanah dan Hubungan NCR diberikan kepada wakil PKR.

Kabinet bayangan itu serta perkongsian portfolio antara Adam dan Ali Biju menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas Sarawak yang mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin, seperti yang disebut oleh blog Pas Untuk Kesejahteraan Ummah, semalam.

Blog yang beralamat di http://penyokongpas.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Taring DAP Sudah Nampak itu juga menganggap pelantikan Ali Biju untuk menjaga kepentingan agama khususnya Islam adalah satu penghinaan.

"Kabinet bayangan Sarawak ini hanyalah agenda syok sendiri DAP. Pas Sarawak tetap mengatakan Ali Biju tidak layak menjaga agama. Noktah!" tegas blog itu.

Sebagai reaksi kepada Kabinet bayangan itu, blog berkenaan menjelaskan, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang bertanggungjawab mengenainya hanya melihat kepentingan DAP.

Sebaliknya, Ho Leng kata blog itu lagi, tidak melihat bagaimana kenyataan tersebut mampu menyebabkan Pas akan kehilangan tempat dalam politik Sarawak.

"Politik Malaysia bukan pasal Sarawak sahaja. Apakah DAP di Selangor tak perlukan Pas? Apakah DAP di Kedah tak perlukan Pas? Jangan ingat kekalahan Pas Sarawak sahaja," kata blog itu.

Anonymous said...

al-juboq ni bukan setakat hina warga keling paria,malah cina dia hina dan yg paling tak blh terima kaum dia sendiri iaini melayu pn lagi dia hina..apa kes?

Anonymous said...

SANANG CRITA AL-JUBOQ NI HARUS KITA BAGI KAMPONG YG BERHUTAN TEBAL,BIAR DIA JADI PM KAMPONG HUTAN TEBAL DAN BIA DIA LANTIK MENTERI2 ORG HUTAN.

NAK SANGAT JD PM KN,DASAR GILA KUASA PUNYA OLANG.

Dot said...

TOLONG HENTIKAN SEGALA SANJUNGAN KPD ALJUB INI!

DIA BUKAN ANUGERAH TUHAN BAHKAN BUKAN JUGAK PEMIMPIN YG BOLEH DIJADIKAN IDOLA!!!!

TERLALU PINCANG...

Anonymous said...

CUBA FIKIR WAJARKAH KITA MEMILIH BEKAS BANDUAN MENTABBIR NEGARA? MMG HANCOR NAMA M'SIA APABILA BEKAS BANDUAN JD PEMIMPIN..

AL-JUBOQ DAN PENCACAI SGT TERPESONG DARI AKIDAH.

muhammad said...

Salam 1malaysia Susan David,

saya berpendapat kaum India di Malaysia ini bukan ditindas oleh pihak kerajaan, tetapi kaum India tiada pemimpin yang betul-betul mampu membawa masyarakat India Malaysia ke arah atau ketahap yang lebih tinggi daripada sekarang. Kaum India Malaysia tidak boleh salah UMNO kerana masyarakat India mundur, kerana UMNO adalah parti untuk masyarakat Melayu. Minta maaf jika saya menyinggong perasaan cik Susan, tapi saya cuma menyatakan fakta berdasarkan pandangan mata saya. Saya memang amat mengharapkan semua masyarakat di Malaysia ini hidup aman dan makmur. Masyarakat India Malaysia sepatutnya mencari pemimpin yang mampu membawa kaum India Malaysia sama taraf dengan kaum lain di negara ini.

Kaum melayu Malaysia amat mesra dengan semua kaum di negara kita, kenapa kaum India nak memusuhi dengan UMNO. Kaum cina Malaysia pandai untuk mengambil peluang dalam perniagaan sebab itu mereka maju. Bagi saya, kita perlu perbaiki kelemahan diri dulu sebelum menyalahkan pihak lain kerana kemunduran kita. Kalau asyik menuding jari ke arah pihak lain, ingat 1 jari menunjuk ke arah orang, 3 jari menuding kepada diri sendiri.

HARAP DAPAT TERIMA PENDAPAT SAYA, BUKAN NIAT SAYA HENDAK TUNJUK PANDAI.

Anonymous said...

Pemimpin? Knp kita perlu Hina rakyak kita sendiri? Pemimpin yang bijak tidak akan memperkecil kan rakyatnya. Kerana dia tahu rakyat itu adalah tanggungjawapnya. Pemimpin seharusnya menjadi pembimbing, pendidik, dan membantu rakyatnya. Tugas sebagai pemimpi bukan lah untuk menjatuhkan 1 bangsa yang untuk menaikkan 1 bangsa yang lain.

Anonymous said...

KOMEN AKU KENA DELETE LAH...HILANG LA.LEPAS REFRESH...SAPA LA PUNYA KEJE...PUAK DESPERADO KE...

Antibarua said...

Azmin Ali kata Paria kat seorang India, orang India tak bising pula?

Anonymous said...

Outsider sayzz...

Perbezaan antara a "STUPID" and an "IDIOT" person..

A STUPID IS A LESS INTELIGENT PERSON.

AN IDIOT PERSON DON'T EVEN KNOW THAT THEY ARE STUPID.

Nampak nya MELAYU PKR DAN PAS ada di dlm golongan "IDIOT"

JGN MARAH HAAAAAAAA...

Hehehe

Anonymous said...

Indian can be Muslim or Hindu, without them Malaysia 'mungkin' takkan ada roti canai, tosei, kedai mamak, daun pisang, Astro, AirAsia, suratkhabar tepi jalan, masjid india, Alleycats, muruku, crita hindustan, etc. Indians r not minoriti in my life at all. Anwar tu alien, dia boleh meyontot & disontotkan, hapuskan org2 mcm ni. Gay satu hal, merogol a straight guy is another sad story :) Kalau dah gay tu gaylah.

Anonymous said...

Orang india dan orang melayu patut berterima kasih pada kerajaan. Dulu aku duduk dekat estet aku tau macam mana cara orang india di estet. sehingga tahun 90an banyaklah kilang2 didirikan jadi anak2 orang melayu dan india mula bekerja di kilang2 terutama yang perempuan. sejak dari itu semakin lama semakin kurang orang india bekerja di estet, dari mula2 jalan kaki, sekarang dah guna motosikal sekarang dah ada ramai orang india yang berharta. Masalah orang india ialah suka minum minuman keras, remaja india malas kesekolah. Orang india kena bangun selesaikan masalah ini. Orang melayu pun lemah juga tetapi dah jadi sikap orang melayu menginggatkan antara satu sama lain. Apa yang penting ialah PELAJARAN. Dengan PELAJARAN lah hidup kita akan berubah.

Anonymous said...

salam 1 Malaysia Susan,
kita semua rakyat malaysia sebenarnya tak perlukan pendekatan politik untuk membela nasib bangsa kita sendiri. Kalau dipolitikkan akan sentiasa ada ketidakpuasan hati antara bangsa2 di malaysia. Isu interlok.. kalau tak dipolitikkan, mungkin lebih mudah diselesaikan. Dah berpuluh tahun buku tu dipasaran dan bagi yang bersekolah mereka amat memahami sepenuhnya isi kandungan buku tersebut. Bila orang dewasa yang dah pandai berpolitik membaca, ia jadi satu isu. Bagaimana perasaan penulis buku interlok? Dia melihat kebenaran tapi mahu dinafikan hanya kerana sekarang orang ramai sudah semakin pandai berpolitik.

Minta maaf susan, isu interlok hanya relevan dalam kaum india dan bangsa lain tidak peduli pun kamu dari kasta mana semasa dalam pergaulan. janganlah disebabkan 'rasa' dalam diri kamu, orang diluar kena ikut sama.

Sayang Semua

Anonymous said...

Kepada Susan David,

Salam hormat kepada saudari, saya berharap saudari dapat membaca komen saya ini satu hari nanti.

Saya cukup bersetuju dengan kenyataan daripada muhammad yang mengatakan kaum India perlukan ketua yang kuat. Malaysia ini bumi bertuah, siapa yang mahu berusaha akan menjadi kaya, dengan izin Tuhan.

Pilihlah seorang yang jujur dan baik untuk mengetuai kaum India, yang boleh menjaga hak-hak anda tanpa perlu bermusuh dengan bangsa lain. Jangan support ketua-ketua yang bongkak, yang ego, yang nyata menyalahguna sokongan anda untuk memperkayakan dirinya dan juga keluarganya. (Ketua seperti ini sudah ada dalam parti-parti India sekarang. Siapa? Anda pasti lebih tahu.)

Perihal Interlok pula, Cik Susan, saya seorang Muslim Malay Malaysian, langsung tidak peduli apakah kasta keluarga Cik Susan dan seluruh bangsa India. Bagi saya, dan saya pasti ramai orang seagama dan sebangsa dengan saya juga bersetuju, kehidupan kami memang lebih kaya kerana bertemu muka dengan orang berbangsa India setiap hari, tidak kiralah beragama Islam ataupun Hindu. You are a daily part of our life. You are definitely not a minority, in terms of impact.

Oleh itu, saya berharap Cik Susan dan rakan-rakan akan berusaha untuk mencari ketua baik seperti yang saya syorkan di atas tadi. Semoga dengan kehadiran dia, bangsa Melayu dan bangsa India boleh menjalin hubungan yang lebih erat dan bahagia.

Wishing you well,
-Servant of God-

Karl said...

Kalau ditindas macamana pulak sampai ada yang listed as the richest person in Malaysia? Masalah mereka adalah, mentaliti. Nak macam2 tapi taknak usaha. Yang sedihnya, ada jugak Melayu macam tu. too demanding.

Anonymous said...

Saya rasa macam kenal dgn 'wanita' ini,bunyinya.Apa sahaja berkaitan Bangsa Melayu adalah tidak benar baginya.Ya,Melayu adalah bangsa penindas di dunia.keturunan cina dan india adalah mangsa penindasan.Kesan dari penindasan ini menyebabkan cina menguasai ekonomi, bukannya india.Ini semua salah Tunku kerana menerima 'roh' Malayan Union kedalam jasad Perikatan.

parang terbang said...

paria kalau x de duit beli todi pun marah kerajaan....

dah lama kami sabo dengan anda keling!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Mintalah permohonan secara baik kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan balik kerakyatan tanpa perlu menimbulkan kekacauan,kemudian anda jadi sebebas-bebasnya.Pergilah ke tempat lain yang mana anda tidak akan ditindas sepertimana kami menindas anda.Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara India,ini boleh membantu jika sekiranya terdapat masyarakat India di Malaysia ini berhajat untuk kembali ke tanah asal.Mungkin tanpa kita sedari pemberian taraf kerakyatan kepada mereka oleh Tunku membuatkan mereka lebih menderita dari bahagia di bumi ini.

Kamarul said...

Kelakarnya dengar ayat ditindas. Maaf Susan, kerajaan tidak pernah menindas mana-mana kaum. Janganlah bila miskin sikit, susah sikit, salahkan kerajaan. SEKOLAH dah kerajaan sediakan, KOLEJ, UNIVERSITI, Tuhan pula kurniakan AKAL & FIZIKAL. Berusahalah. Nasi dah ada depan mata, takkan nak kena suap kottt…Habis, kalau Cina kaya, takkan kerajaan juga salah. Mereka bangsa yang rajin berusaha dan cepat & pandai mengambil peluang. Mungkin kalau Melayu berniaga tidak berjaya, mungkin kerana skill tak cukup kuat, ilmu tak penuh di dada, kurang modal, sama juga dengan kaum India. Jiran saya Aunty India tu, hidup biasa-biasa sahaja, tak pernah merungut pun. OK je. Duduk berjiran dengan melayu, keluarga dia seorang India, relax tak bising pun. Aman sahaja hidup kami. Orang Melayu pun bukan semuanya hidup senang. Baik di Bandar mahupun di kampung. Tapi satu perkara yang akan menenangkan jiwa anda Susan iaitu sekiranya anda belajar bersyukur. Lebih baik ada daripada lansung tidak ada apa-apa.