Perwakilan pertama yang membuka gelanggang perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Alwi Che Ahmad membawa kisah Sultan Mahmud Shah meminang Puteri Gunung Ledang untuk menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh mengalah berdasarkan tuntutan.
Menurut jurucakap usul ucapan dasar Presiden itu, Sultan Mahmud sanggup bina jambatan emas, sanggup bina jambatan perak, sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk, tetapi tidak sanggup nak ambil semangkuk darah anak sendiri.
"Semuanya Sultan Mahmud sanggup memenuhi kecuali mengorbankan darah anaknya, Tengku Ahmad.”
“Ini menunjukkan bahawa Raja Melaka tidak sanggup mengorbankan darah bangsanya demi memuaskan kehendak nafsunya,” kata beliau yang meminta orang UMNO terus mengutamakan kepentingan bangsa berbanding kepentingan diri.
ADUN Kok Lanas itu kemudiannya bertanya apa lagi orang Cina hendak sedangkan BN sudah beri “jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman”.
“Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” katanya.
Dalam ucapan yang diselang-seli dengan sorakkan Hidup UMNO dan Gelombang Merah oleh para perwakilan itu.
Che Alwi yang mendapat sokangan perwakilan itu turut bertanya siapa yang rasis, adakah, Umno atau DAP.
“Siapa yang hina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan kulitnya hitam metalik? Oleh itu siapa yang rasis, orang Umno atau orang DAP?” katanya lagi.
Beliau mengajak semua orang Umno mempertahankan Putrajaya.
“Dahulu orang PAS kata bila mereka menang mereka nak jual Putrajaya, kini mereka mahu menawan Putrajaya. Muka tak malu,” kata beliau dalam ucapan lebih 30 minit.
Beliau turut bercerita mengenai seorang presiden China pernah berkata ketika negara itu dipulau oleh dunia Barat, pemimpin Melayu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang membuka mata mereka dengan menjalin hubungan Malaysia-China pada 1974.
“Kalau pemimpin besar China boleh menghargai peranan orang Melayu (Tun Razak) kenapa orang Cina di Malaysia tidak menghargai peranan Umno?” katanya.
Menyentuh perbezaan antara slogan 'reformasi' dan tranformasi'.
Katanya, tranformasi bermaksud perubahan tanpa meninggalkan asas yang sudah lama diperjuangankan.
"Sebaliknya reformasi adalah , buang yang lama, dengan tiang-tiang seri hilang. Tak boleh balik pada asal,"katanya.
"Kalau orang tanya tranformasi itu apa, (ia) macam Tranformer, macam Megatron. Bila diserang dia berubah jadi kapal terbang," katanya membuatkan perwakilan ketawa.
Mengambil contoh dari sejarah Islam pula, Md Alwi berkata usaha tranformasi kerjaan yang dijalankan mengambil iktibar dari kisah penukaran kiblat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.
"Ini tranformasi. Masjid al-Aqsa tetap tidak berubah sebagai kota suci umat Islam. Ia tidak ditinggalkan," katanya.-1/12/2011
(sumber;http://agendadaily.com)
17 comments:
puhh power bakal YB ni simple dan mudah relate cayolah ambo!
mmg ada point disitu..
DARI DULU SAMPAI SKRG FIKIRAN ORG2 MELAYU TAK KIRA DARI PENYOKONG KERAJAAN ATAU PENYOKONG PEMBANGKANG KENAPA LA SUSAH SANGAT NAK BERUBAH.HIPOKRIT,SUKA BERPURA-PURA DEMI MENJAGA HATI PUAK KAUM LAIN,WALHAL TAHU BAGAIMANA SITUASI POLITIK AKHIR2 INI. MEREKA TAK HINGIN PUN NAK JAGA HATI ORG2 MELAYU.MEMANG MEREKA ITU DAH DAPAT SEMUA ITU,APA YG MEREKA MAU SKRG ADALAH KUASA,KUASA,KUASA.ITU PON ORG MELAYU SUSAH MAU PAHAM KE.
Yang utama
orang melayu sendiri kena faham
yang sedih melayu PAS & PKR
pura-pura tak faham
hentikanlah perjuangan untuk diri sendiri sahaja
sebilangan
Pemimpin dan Ahli UMNO pun kena faham
Orang cina
dah mula pijak kepala melayu
ini semua salah UMNO?
Good Point.
Game Plan : Survival
1. D ability to regenarate and benefit from d new environment
2. Moderation in all fields
3. Supremacy of ideas
4. People walfare
5. Fullfill its promise
betul tu kata yb..
kita taknak lebih dan taknak lebih lebih
cukup saja apa yang ada..
tapi.. kalau yang seciput ni pun nak dikongsi gelapkan.. ini dah lebih :)
Berlapik tp mudah faham & jelas maksudnya....terbaek!!!
hidup transformers melayu.....
ALA JUAK UMNO OIII...
CAKAP AKA AUTA BOLEHLAH...
CUBA TANYA MAMAT TOL ALWI NI, MINTAK DIA BERI LALUAN PD WAJAH BARU...
KOMPOM DIA JAWAB "APO SALEH AMBO HINGGO AMBO TIDAK D SENARAI SEMULO"...
JUBOLAH PENGAMPU NAJIB...
ORG MELAYU UMNO KALAU TAK FHM MMG PUNDEK BETOL LA...
BERBUIH MULUT PEKAN DGN PAGOH BERCAKAP...
JGN SABOTAJ PARTI...
GOBLOK !!!
Dato' Alwi adalah bakal menteri besar kelantan selepas Pru ke 13 nanti kalu Tok Pa tak turun bertanding di Dun. Sekarang dia adalah ADUN Kok Lanas Kelantan. Bukannya bakal YB, tapi bakal MB.
Alwi,tu rakit Annuar Musa sejak masa diUTM lagi.... kedua2 cakap hebat, tapi.... "tipikal umno"..........
Syabas YB Datuk Hj. Alwi..mmg power la..terbaik..
Tapi jika sapa tak kenal Datuk Hj. Alwi lebih2 lagi penjilat PR akan menghina dan mengeji..
Aku pengundi dan pemstatutin dalam DUN beliau..dia sorang yg "humble"..walaupun berpendidikan agama beliau tidak riak dan senantiasa bersederhana..
senang didekati dan mudah berkira..
loghat kelate... "MUDOH BASO, SENE KIRO"
walaupun ambo xpernah buleh gapo2, xpo la YB.. asal pengundi lain puah hati...
Syabas..YB...
Timo kasih GAP...
Tak fahamkah maksud tipikal umno? ..politik .... ' budaya politik ... kurang enak.. rasua... upahn
dll
Aku terguris apabila membaca "Dahulu orang PAS kata bila mereka menang mereka nak jual Putrajaya, kini mereka mahu menawan Putrajaya."
Aku ingin menambah kemimpian president PAS (Hadi Awang)untuk berbaik dengan ketua parti PAP disini.Hari ini (3.12.2011 Sabtu)
aku baca di Straits Times Singapura bahwa beliau telah melawat negara ini menemui LKY di Istana pada 26 Nov lalu. Katanya mengikut akhbar ini mereka berbincang perkara negara kejiranan serantau, perubahan geopolitik dan keperluan terhadap pemimpin memahami generasi muda.
Katanya lawatan itu untuk membalas lawatan yang sama yang dibuat oleh LKY di KL pada 2009.
Beliau juga mengambil peluang untuk menerangkan politik Islam.
Bagiku politik Islam PAS ini hanyalah mengajar politik serong kerana mereka masih menyebelahi perbuatan sodomy yang dipraktikkan oleh sekutu mereka pemimpin PKR itu.
Persoalan ku adalah:
1) Adakah politik Islam PAS ini saja yang betul dan bukan UMNO? Jikalau begitu tentulah aku fikir LKY tidak menyokong UMNO sepenuhnya.
2) Adakah agenda lain yang tersembunyi dari yang diteraskan diakhbar ST ini? Seperti memajak separuh tanah Kelantan ke negara pulau selatan untuk perladangan keperluan makanan dan membeli pasir dari Kelantan untuk pembinaan rumah pangsa dan kondominium dinegara kecil ini yang penduduknya akan menjangkal enam juta pada tahun akan datang?
Awas Hadi Awang! Jika kau tak tahu dengan siapa kawan dan lawan kau akan terperangkap.!
Post a Comment