Friday, December 30, 2011

ZAHID HAMIDI CABAR AGEN KOMUNIS JUMPA !



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempelawa Datuk Zaid Ibrahim untuk ‘duduk semeja’ menjelaskan isu pembelian enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Selain Zaid selaku Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu, turut dipelawa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini lantang mempertikai keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua individu berkenaan perlu tampil bertemu beliau bersama bukti agar mereka serta rakyat tidak mendapat maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan terbuka untuk menjawab apa jua persoalan termasuk dakwaan Tony Pua yang mengatakan kos membina kapal tempur pesisir pantai (LSC) melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion.

‘‘Dari mana dia (Tony Pua) dapat jumlah itu? Dari Dr. Kua Kia Soong (Pengarah Suara Rakyat Malaysia-Suaram)? Dia sepatutnya jumpa saya. Jangan takut dengan saya. Saya bukannya singa atau buaya.

‘‘Begitu juga dengan Zaid. Boleh datang jumpa dan saya akan terangkan,’’ katanya.

baguslah zahid kerana anda tegas begini. mudah kerja kami. beberapa hari lepas zahid sound tepat kat seorang mangkok yang pro mahasiswa sewel. hari ni dia ajak oposisi berdepan dengan dia.

zahid, kalau jumpa tony pua dan kua kia song ni  ni kasi kaw-kaw  sikit ! dr kua kia song ( pengetua kolej di kajang)  ni propagandis yang mengatakan 13 may dap tak bersalah !

9 comments:

Servant of God said...

Hmm.. camne Tony Pua? Berani ke?

Ke.. kau macam penyokong kau yang menyemak kat blog GAP nih? Macam gah, tapi bila diberi fakta dan dicabar, mencicit lari.

aloya said...

Aci potong ayam la kalau mangkok 2 ekor ni datang jumpa Zahid..

Motif mereka nak memburukkan kerajaan, kalau dah dapat penerangan lengkap..mati akal la kutu 2 ekor ni..

Anonymous said...

GAP...SEKARANG NI DI BLOG2 PRO PEMBANGKANG KECOH PASAL KONDO TERBARU DI SINGAPORE MILIK SHARIZAT DAN ANAK2 HASIL DUIT NFC...TERBARU KECOH LAGI SHAHRIZAT DAN ANAK2 MILIKI RESTORAN MEWAH DI SINGAPORE JUGA HASIL DUIT NFC..

TOLONG KOMEN.

KOMEN ANDA MEMBANTU KAMI LAWAN PUAK-PUAK PEMBANGKANG..

Anonymous said...

dah kata dah...out kan lar si Jijat ni..dah jd liabiliti lak...klu si Jijat ni betul2 bertanggungjawab...setia pada UMNO..suruhlah lagi dia yang bagi penjelasan..takyah lar susah2 Bloggers lar nak lawan bagi pihak dia..tak pasal2UMNO jd defensive plak...letak lar jawatan Jijat oii!!!!

Anonymous said...

Menteri Umno patut bertindak sama seperti Zaid,supaya puak komunis tidak menjadi lebih samseng dan komunis.Tuduhan mereka selama ini kebanyakannya lebih berniat jahat utk menjatuhkan imeg pemimpin Melayu.Panglima Melayu sudah muncul,hancurkan jugamereka yg berpura-pura,'saya juga melayu'.

Servant of God said...

Bukan SPRM tgh siasat NFC ke? Biar laa dorang siasat sampai habis. Ini belum dapat pastikan apa2, dah meracau.

Macam mana pun, kalau salah, tetap salah. Kita tidak simpan ketua yang bersalah. Kita redha dengan keputusan mahkamah. Kita tidak taksub pemimpin.

Insya Allah, tak lama lagi, oleh kerana UMNO dan BN sanggup cuci almari dan kabinet sampai bersih, insya Allah ketua2 semua lebih baik.

Bandingkan ngan PAS, ketua yang mungkir janji 20 tahun dia masih simpan. Bandingkan dengan PKR, kertas2 undi diisi bukan oleh pengundi, tetapi orang2 upahan. Bandingkan dengan DAP, parti berpusat kepada beberapa keluarga sahaja.. macam mafia pulak ek?

Dan, semua tuh pulak takkan percaya mahkamah itu adil melainkan mereka menang. Boleh pakai ke tuh?

PR kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Angry Bird said...

WAHAI ANON 1004
GAP BISI, SO AKU CUBA TOLONG TRY TENGOK BOLEH KE TAK.

OLEH KERANA UMNU SUDAH TIDAK BERJAYA MENGEMBANGKAN EKUITI ORANG MELAYU KAT MESIA KERANA TELAH MENJUAL HABIS SEGALA PERUNTUKKAN YG DIBERI, MAKA PEMIMPIN TERTINGGI UMNU BERTEKAD UTK MENGEMBANGKAN EKUITI ORANG MELAYU KAT SINGAPURA PULA DENGAN MENGALIRKAN DANA2 DAN SEGALA KUTIPAN KOMISEN KE NEGARA SINGA TERSEBUT.

MAKA KITA SEPATUTNYA HARUS MENJADI BANGGA KERANA 200 JUTA YG KITA BERI KEPADA KELUARGA KAK JAT TELAH DAPAT DIGUNAKKAN UTK MEMBELI KONDO MEWAH DAN MENDIRIKAN RESTORAN MASYUR DAN SEKALI GUS MENGURANGKAN LAGI JURANG PERBEZAAN EKONOMI DIANTARA ORANG MELAYU SINGAPURA BERBANDING ORANG BUKAN MELAYU SINGAPURA

Anonymous said...

TONY PHUA CHEE B_I!!!

AKua kia Boey Song!!!

Servant of God said...

Wahai Angry Bird,

Tidak payah laa kamu bercakap pasal ekuiti. Kamu faham ke apa sebenarnya ekuiti tuh?

Peningkatan ekuiti milikan Melayu yang cuba dilakukan oleh DEB merujuk kepada ekuiti dalam negara.

Singapura tu dalam Malaysia ke? Kalau beli kondo berbilion dolar kat Singapore sekalipun, ekuiti bumiputra di Malaysia tidak ada kesan sedikitpun, wahai manusia.

Dan apa kejadahnya kita nak meningkatkan ekuiti bumiputra kat Singapura. Pertama sekali itu bukan tugas orang Malaysia. Keduanya, RM250 juta kau ingat boleh buat banyak ke? Kalau ada USD$1 trillion baru boleh cakap, ok?

Henti2kan lah menipu dan memfitnah tuh. Dan tolong jangan ingat kami bodoh baghal macam penyokong PAS dan PKR.