Tuesday, February 14, 2012

BUAH TANGAN TUN M UNTUK ANWAR.



1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

70 comments:

antipas said...

harap2 tak berlaku.
si anwar ni pun tak sedar jugak.
alahai si si anugerah tuhan

Anonymous said...

Sayangi Malaysia. Rakyat yakin BN adalah pilihan terbaik untuk Malaysia.

Anonymous said...

Jasa baik Tun M sentiasa dikenang.

Anonymous said...

si anwar ni bila dulu jadi timbalan pres dia ingat bolehlah jadi pm.tapi ALLAH yg menentukan segalanya,kalau Dia nak bagi si anwar jadi pm tak siapa boleh halang.Tapi ALLAH tetap tak bagi pasal 'kerosakan' yang dia buat dak keburukan akhlaknya

Anonymous said...

Sebentar tadi saya dapat email dari seseorang tentang Anwar sedang tweet bahawa dia dan Wan Azizah sedang menjalani ibadah UMRAH Di Kota Mekah tetapi apabila kita check dengan kedutaan Arab Saudi Anwar tidak berada di sana. Anwar tidak pernah memohon visa untuk umrah dalam masa terdekat.

Malah apabila ada hamba Allah buat pemeriksaan di kedutaan Malaysia di Arab Saudi nama Anwar dan Wan Azizah tidak ada dalam senarai rakyat Malaysia yang menjalani ibadah Umrah.

Sudah sah Anwar memang menipu rakyat Malaysia kononnya dia sekarang tenang dihadapan Kaabah.

Masyaallah tak kanlah demi politik ibadah Umrah pun Anwar nak tipu jika benar ini berlaku Anwar perlu bertaubat Nasuha dengan segera.

PETIKAN DR SUNGAI RAPAT ONLINE

Jebat Durhaka said...

Anwar dah makan banyak duit dari US-Israel dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan US-Israel.. Sebab tu dia tidak mungkin untuk berpatah balik kerana akibatnya sangat buruk kepada Anwar.. Hatta nyawanya mungkin melayang dibunuh oleh agen2 perisik US dan Israel yang ada di merata dunia.. Hanya rakyat Malaysia yang boleh menghalang si bangsat ini dari menjadi PM.. Tanpa undi dari anda, Anwar adalah NOTHING!!

Anonymous said...

Buah tangan seorang Negarawan yang mengangkat martabat Malaysia seantero dunia untuk membuka mata hati mereka-mereka yang mudah lupa.

Anonymous said...

tersentuh hati membaca kenyataan Tun krn ia amat tepat dgn perjalanan cerita dan lakonan nuar sekarang dgn pengarahnya yahudi zionis melalui amerika. semoga tun terus sukses dlm hidup demi kebaikan umat isla sedunia.

Anonymous said...

moga membuka mata yg lain

Tukang Komen said...

Jasa nombor satu Tun M kepada negara ialah dgn memecat Anwar keluar Umno. Orang macam ini paling berbahaya pada negara. Jenis yg sanggup buat apa saja untuk jadi PM. Agama dan bangsa sanggup dijualnya asal dapat jadi PM.

Anonymous said...

Apa nak jadilah dengan pasangan suami isteri yang banyak membawa sial buat negara tercinta ini. Yang paling dikasihani ialah Datin Sri Wan Azizah, hakikat yang dapat kita simpulkan ialah beliau telah cukup hidup terseksa bersama suami puaka beliau. Sehingga menyebabkan Wan Azizah sudah berputus asa dalam mengharungi kehidupan normal, lalu terungkaplah perkataan "Anwar Anugerah Tuhan" yang dizahirkan dalam keadaan penuh sinis. Dapat dilihat daripada kacamata Wan Azizah berapa dia kecewa bersuamikan insan paliing Keji di dunia dan tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk memperbaiki keadaan. Yang dimaksudkan yang lelaki itu adalah "Anugerah Tuhan" ialah Wan Azizah sudah pasrah untuk menerima sahaja perangai buruk suami malang itu kerana itulah yang telah ditentukan Illahi buat Wan Azizah. Apatah lagi dia pun takut kepada keganasan Anwar yang sanggup berbuat apa sahaja, malahan hingga membunuh... Wallahualam.

Burung Merbok said...

Baru hari ini kita terbaca dlm akhbar Mursyidul Am PAS meminta si Anwar Ibrahim 'retract' kenyataannya yg menyokong Israel. TAPI gesaan Nik Aziz ini lebih 'political diversion' daripada benar-benar mahu Anwar atau partinya mengutuk Israel. Hipokrasi terserlah disebalik gesaan ini ! Bagi yang 'cerdik politik' atau yang tabiat membaca bahan2 yg lebih serious di dalam dan di luar negara, nescaya faham sangat akan agenda pihak Zionis, Amerika Syarikat dan negara2 Barat yang dari berkurun-kurun lagi mahu mengwujudkan ' A New World Order ' , di mana mereka boleh "memerintah" seluruh dunia mengikut acuan dan stail pemerintahan mereka. Kenapa negara Arab/islam menjadi sasaran mereka ? Jawapan mudah ialah hanya ISLAM sahaja yg mampu menjadi penghalang kepada kerakusan dan ketamakan puak Yahudi dan Amerika ini. Maka, negara2 Islam ini perlu dihapus terus atau sekurang-kurangnya 'initiate a regime change that will do their biddings'. Kaedah ini berjaya dilakukan di banyak buah negara. Sekarang, negara kita, Malaysia, sudah menjadi sasaran pendekatan ini. "Patung" mereka sudah dikenalpasti, diasuh, dididik, dibela dan dibiayai ; hanya menunggu masa sahaja untuk 'melepaskan harimau ke dalam kandang kambing' . Begitu terang sekali perancangan ini ; kecualilah kita semua ada mata tapi tak melihat, ada telinga tapi tak mendengar, ada hidung tapi tak terhidu, ada otak tapi tak berfikir !!! Yang cerdik, buntukan fikiran mereka. Yang berkiblatkan Islam pula memejamkan mata , dan yang sepatutnya bertindak-cegah diam diri seribu bahasa. Inilah keadaan keji yg ada di Malaysia waktu ini. Masing-masing asyik bermain politik sehingga tak tersedar pun "MUSUH" sudah di muka pintu. Are we too late to do anything now ??? Someone suggested, just get rid of the PUPPET and all his henchmen ; and perhaps we stand a chance to stand up proudly as a race and a Nation. Victory is seldom achieved without sacrifices ; and if scarifices must be made to achieve this pride in us, then come hell and fury all traitors to the cause will be annihilated, politically that is !

Anonymous said...

Cukup menarik...!!! Bile Al-Juburi nak saman Tun berkenaan artikel ni??? Ahh.. si boneka Israel yg pengecut tu mane berani nak saman punye...

Anonymous said...

terima kasih tun, atas nasihat pada anak bangsa yg mudah hilang arah tuju...

nasihat begini lah yg mendidik anak bangsa malaysia sehingga membentuk jati diri dan kebal dgn hasutan zionis dan amerika...

saya membesar dizaman tun sudah semestinya saya merindui nasihat2 begini yg menjadi begitu senonim dgn cara pentadbiran tun yg ikhlas dlm memdidik anak bangsa...

tapi kini nasihat begini sudah tiada lagi, pak lah gagal mendidik begitu juga najib...

saya takut utk melihat msia dimasa depan jika tun sudah tiada, dan masa depan anak melayu di bumi yg bertuah ini...

saya berdoa pada Allah swt supaya menjaga dan memberkati negara msia yg terchita ini...

kingnek said...

Mana puak munafik ni? Aku nak panggil lah mereka yang meroyan di blog papagomo atau laman seperti Tranungkite untuk datang sini berdebat, kat blog GAP ada ramai pejuang Islam dan intelekutual, sejak musangka terkubur, yang datang untuk menaikkan martabat Israel dan agenda munafik kurang hebat lah, kebanyakan hanya memaki hamun dan copy paste, terlalu 'low class' . . . ataupun mereka dah menyerah kalah? Apa pun, bagi puak liberal, perlu ingat, sampkat bumi Melayu ni, masih ada pejuang yang tak akan tunduk kepada Israel, Ambiga dan agenda munafik, jangan ingat tanah Melayu Islam mudah saja bagi puak Illuminati, kami bersedia tempur hingga darah terakhir dari melihat dajjal menang, Allahuakbar!

Anonymous said...

Puak munafik tu hanya berani kat portal Meloyakini je, al maklum lah yg mane komen menghentam artikel mereka akan disekat dari disiarkan....

Anonymous said...

MUKA TUN BERSIH DAN CERIA...........MUKA ANWAR.....TUHAN SAJA YANG TAHU.

Anonymous said...

Amerika juga kemungkinannya telah diputar belit untuk kepentingan peribadi.

Walaupun Malaysia memihak Palestin tetapi Malaysia bukan ancaman Amerika.

Anonymous said...

ANWAR IBRAHIM ADALAH PEMIMPIN MELAYU PALING GILA DILAHIRKAN OLEH BANGSA MELAYU.

BELIAU LEBIH HINA DARAI ABU LAHAB.
ANWAR IBRAHIM SETARAF DENGAN DAJJAL.

YA ALLAH LINDUNGILAH SELURUH UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU DARIPADA DAJJAL,YAHUDI DAN KUNCU KUNCUNYA.

ANWAR IBRAHIM. KAMU TIDAK LAYAK MEMIMPIN KAMI. NYAH KAU DARI BUMI ALLAH INI.

Anonymous said...

Jika dengan artikel sejelas ini tak mampu menyedarkan kita betapa bahayanya permainan anwar ..

jika tulisan setepat begini tak mampu menjentik naluri kita pada kebimbangan tentang nasib negara bangsa , pada nasib anak cucu bangsa kita kemudian hari , dan jika kita masih terus memberikan sokongan pada pembangkang ,

jika dengan segala fakta yang nyata telah berlaku ini , masih tak mampu menyedarkan kita pada kasih cinta terhadap nasib negara ini ,

alamat kita semakin menuju kelubang dalam yang hitam kelam , alamat kita sedang menggali lubang kubur diri dan anak cucu sekaligus nasib bangsa kita , alamat kita sedang menempah jalan kesialan dan kecelakaan untuk masa seterusnya !

sedarlah , Anwar itu manusia terkutuk , manusia durjana dan pembelot kepada negara bangsa , sanggup lakukan apa saja demi menjayakan matlamat peribadinya , hatta melelong maruah juga untung nasib negara bangsanya sendiri ,
marilah kita berjanji untuk terus menjaga negara ini , caranya ? hentikan sokongan pada awnar dan konco2nya , pertahankan apa yg kita ada selama ini , berjanjilah ..tolak anwar!

jangan jadikan nasib negara bangsa sebagai benda ujian atau permainan, sekali tersilap buruk padahnya ,

Anonymous said...

wajah Tun M makin jernih & berseri! tak mcm muka si bapak gay tu! kusut masai, kusam & kelat!

☺ ♂ ☺

praha2 said...

langkah mayat eden dulu baru sipeliwat tu bolih jadi pm.
tak usah nak bermimpilah. dipru 13 eden akan berusaha untuk umno monang.
disubang jaya kito akan laku kan perubahan. dapigs akan kalah.

Anonymous said...

Dlm keinginan yg tinggi utk menjadi pengganti Tun M serta dgn janji2 manis dan mempesona dari US and the gang utk mejadikannya PM Msia;

Anwar rasa2nya sudah tersepit ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Dia mengambil jalan mudah dgn cara lanyak sajalah, apa nak jadi, jadilah. Slogan bodohnya 'lawan tetap lawan' menampakkan kecelaruan pemikiran krn akhirnya tidak tahu meletakkan batas2 antara salah dan betul, dosa dan pahala, perkara yg disuruh dgn perkara yg ditegah, dan sbgnya.

Kesian2. Tapi aku rasa ada sesuatu yg paling ditakuti dlm hidupnya skrg ni. Aku pernah membaca satu artikel di internet ttg bbrpa agen diseluruh dunia tajaan US apatah lagi Yahudi yg gagal dlm menjalankan misi yg telah dirancang, apatah lagi telah diberikan dana2 yg banyak, hampir semuanya 'hilang' tanpa dapat dikesan kemana perginya.

Mungkinkah ini akan terjadi? Harap2 tidaklah. Krn yg jadi kambing hitam nanti pastinya UMNO.

Anonymous said...

9.05
aku bersama-sama mu
dan
yang lain juga
bersama kita
kita semua
pewaris
bumi bertuah ini.

Kah Kah Kah Manusia barbarik said...

US tak suka China..

Cina sedang mahu merampas pulau Spratly

US sedang mengukuhkan tentera di Philiphine.

Dapigs dalam dilema..Nuar susah dikawal..mana untung dia sapu..

Anonymous said...

kingnek

kau merepek lagi kat sini...
maki lah sama sendiri...
mana ada org pr nak masuk blog haprak bodoh ni..buang masa..buang karan..
julang2 lagi tinggi2 mahathir tu..kau org jer yg bongok...
tapi rakyat semua tahu..

kau tak baca ker apa kata bekas ketua hakim negara terhadap mahathir..


ok lah..aku nak baca malaysiakini.. biaqpila..anak sungai derhaka..lagi faedah..sajer masuk kejap kat sini..nak nengok puak2 meroyan..merepek meraban..

Anonymous said...

anon 9:15

muka mahathir jernih????
kat akhirat nanti ??????
Allah yang maha mengetahui jernih ker tak jernih muka mahathir tuh

Anonymous said...

SHAH ALAM, 14 FEB:Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lupa dengan tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama Presiden George W.Bush.
"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia dengan ISrael yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja diputarbelit,"tambah beliau lagi.

Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan negara-negara lain.

Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap temubual Anwar dengan Wall Street JOurnal (WSJ) lalu di mana beliau dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel.


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat dengan AS ketika itu .

Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit

Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat. Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada Antarapos petang tadi,

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai kepentingan mereka.

Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.

"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang buat"

"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Awar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.

Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.

"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka.

GAP..KINGNEK..DLL
ALLAH MAHA BESAR...SEMAKIN TUA SEMAKIN KELUAR SEMUA KENYATAAN APA YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH MAHATHIR DULU..

JANGAN SAMPAI TIBA2 DIA BUAT PULAK PERBUATAN SEPERTI APA YANG DI FITNAH NYA KEPADA ANWAR..LIWAT
NAUZUBILLAH...
BERTAUBAT LAH MAHATHIR

Anonymous said...

Anon 10:10 PM;

Kalau kau faham, sebenarnya sebelum kita 'dipanggil kembali' Tuhan beri kita masa utk renung diri sendiri, dan memohon keampunan dariNya. Semua manusia dilahirkan tak lari dari melakukan kesilapan atau kesalahan. Krn apa? Krn Tuhan mahu kita mengakui keAgunganNya, dan kembali kpdNya utk perlingungan didunia dan diakhirat.

Tuhan tidak menilai manusia dari pandangan luar, BETUL. Tuhan memandang kedlm hati manusia.

Tapi yg dalam itulah yg memancar keluar. Senang difahami kalau yg luar tu kelam, lagi kelamlah yg didalam. Itulah rujukan bagi kita utk mentafsirkan diri sendiri disisi Tuhan dan membuat pilihan. Utk kembali kpdNya atau sebaliknya!

Anonymous said...

GAP KALAU TERBUNUH SELEPAS MENULLIS NI..

SELURUH RAKYAT AKAN MENGANGKAT KAU SBG WIRA PERWIRA

KEJANTANAN MU AKAN TERPAHAT DLM SEJARAH..

DAN RAKYAT PAHAM PERJUANGAN INI TELAH MEMBAKAR... TEMBOK2 PKR..

SALAM PERJUANGAN

NFC Anak Beranak said...

Penyokong Nuar Nik Najis & Dapigs yg Bodoh..nak tau fitnah @ tak..

Google aje Nuar Wolfowiz..

Bodohnye provoke penyokong Dapigs & Nik Najis.

NFC Anak Beranak Bodoh BN said...

Penyokong Nuar Nik Najis & Dapigs yg Bodoh..nak tau fitnah @ tak..

Google aje Nuar Wolfowiz..

Bodohnye provoke penyokong Dapigs & Nik Najis.

SAM said...

AYAHNDA YANG AKU SAYANG, SEMOGA ALLAH BERI KESIHATAN ANDA DI DALAM KEADAAN SIHAT DAN PANJANG UMUR SERTA MURAH REZEKI, AMIN.

SAM said...

ANGAN SAMPAI TIBA2 DIA BUAT PULAK PERBUATAN SEPERTI APA YANG DI FITNAH NYA KEPADA ANWAR..LIWAT
NAUZUBILLAH...
BERTAUBAT LAH MAHATHIR

February 14, 2012 10:20 PM

================================

cakap je ada bukti dan fakta ka???????????

Anonymous said...

anom 10.20pm

klu nak percaya cakap seseorang pn...agak2 laa.
takkan la cakap siputdin pn ko percaya...mana ada akai siputdin ni...

tun M dah diiktiraf seluruh dunia hang tak nak percaya...siputdin yg tak penah sapa2 iktiraf tu hang bole percaya...
mmg otak hang dangkal...
org kedah kata hang bodo piang

Anonymous said...

aku tak kisah..
lantak lah apa nak jadi msia
apa2 pun yg berlaku adalah kerana dosa mahathir kepada rakyat m'sia

SAM said...

tun M dah diiktiraf seluruh dunia hang tak nak percaya...siputdin yg tak penah sapa2 iktiraf tu hang bole percaya...
mmg otak hang dangkal...
org kedah kata hang bodo piang

February 14, 2012 10:45 PM

======================

KEPALA BUTOH HANG, hang kata aku bodo piang, kepala botoh hang sekali lagi

Anonymous said...

tolong!!!
tolong!!!!

aku konpius lah..
mana satu nak percaya
anwar ker mahathir nie!!!!

Melayu Perak said...

anon 10.20

apa???? mahathir bayar jack abramoff nak jumpa george bush.....

kah...kah...kah

selagi tak ada black and white atau surat dari mahathir ke jack abramoff bayar 4 juta usd.....

jangan nak buat fitnah....

sertakan resip pembayaran 4 juta usd tuh....

tak terlambat nak ingatkan hari nih lengkaplah 70 tahun a/y leftenan muda adnan saidi gugur syahid mempertahankan bukit candu dari jepun....14 feb 1942

Anonymous said...

Apa yg marah sangat ni SuperSamKong?

Anon 10:59PM, lebih baik kau percaya Anwar, mungkin nanti Malaysia boleh dapat 'senjata nuklear' dari Israel percuma! Kemusnahan!

Anonymous said...

AKU SUKA COGAN KATA PAS
'MODIFY SKET'

1. REMBAT DUIT YAHUDI

YAHUDI BAGI DUIT... KITA AMBIKKKKK
BILA UNDI KITA UNDI PASSS KIKKKIKI

kalu tuan2 nk byk duit.. maknanya tuan2 perlu undi PAS..

ESOK DIA UNDI LAGI... YAHUDI BG LG DUIT..
DIA BAGI KITA AMBIKKKKK

( formula Nuar ke ni??? Akhir nyer jadi Formula PAS )

skrg Nuar dah TERPERANGKAP mainan Sendiri

Adakah PAS PIS PUS akan alami NASIB SAMA ?????

Melayu Perak said...

ada sesiapa nak komen MUSYRIKUL HAMPAS buat u turn 360 darjah menuntut anwar al-jub tarik balik kenyataan di wsj atau saman wsj....

Anonymous said...

praha...Langkah mayat eden konon,eko marilah masa ceramah Anwar jumpa dengan Komando AMK kalau nak tahu langit tinggi rendah.Komando AMK Cabar siapa saja yang berani usik ANWAR.Pukida dan PerkasaM pun cabut...!

Anonymous said...

Anon 10.20pm..

Kesian pun ada aku tengok ko ni...ish ish ish, wat penat ker ko copy & paste citer 'sampah' ko tu..

ish ish ish..puak2 korg ni memg x dpt lari dh dr benda2 yg berkait dgn 'sampah' kan?!

halo ngok, klu ckp2 Pudin jerwat batu dgn fuziah reaktor tu x payah la ko paste kan kt blog ni..wat semak dgn benda2 'sampah' jekk..

serius aku cakap..puak2 pencacai totok ngok PAkKhatan Rosak ni memg dh x bleh beza kot hujah 'sampah' dgn hujah fakta..kihkihkih..

P/s: Anon 10.20pm, baik ko pegi kutip sampah kt negeri slngor lg baiikkk, ada gak faedah..hehehe.

kingnek said...

10:07 PM, GAP tak tapis komen macam Malaysian Insider atau membatas komen pada suskriber bagi Malaysiakini, kau ingat ada ke orang kampung dan semua orang bandar langgan Malaysiakini ke? hahaha, kamu ni amat bodoh jika fikir Malaysiakini itu merupakan official survey bagi negara Malaysia, hey jangan lari, stay bro, aku boring ah, undi Melayu Islam dah meningkat jauh bagi BN, aku nak tengok jugak hujah korang ni. Apa lah, macam cina KFC ah kau ni, bagi komentar terus lari!

Anonymous said...

Cabar siapa saja yang berani usik ANWAR.Pukida dan PerkasaM pun cabut...!
===================================

Betul ke? Si adam adli kat Klang tu sampai terpancut air kencing dlm seluar mana pegi komando AMKnya?

Cakap aje mcm halilintar, sam ketot pun kencing dlm seluar jugak!

Betul2 org datang nanti, takut2 habis semua bulu kat badan komando AMK tu kena cabut ...

kingnek said...

10.20 pm, kamu makan McDonalds? Pernah pergi starbucks? Pernah pakai bank antarabangsa? Pernah tonton cerita Hollywood? Pernah tengok CNN? Kalau nak gunakan andaian kau, maknanya kau ni pun agen yahudi, hahaha, senangnya nak kalahkan puak munafik pro-Israel ni, kita kata Anwar tu agen yahudi pasal dia bersama IMF ketika Soros dan yahudi internasionalis cuba jatuhkan ekonomi Malaysia (tak berjaya) dan Indonesia (berjaya). Sahabatnya arkitek perang Iraq, Paul Wolfowitz, Cohen, Albright dan ramai lagi. Kalau tak faham takpe, kalau kau pura-pura tak faham, tunggu ajelah, neraka menanti penyokong dajjal macam kamu ni! Allahuakbar!

Anonymous said...

melayu perak..gua minat gak..

apa anwar balas...

mari kita teka

'' PEGUAM SAYA SEDANG MENELITI TULISAN AKHBAR ASING ITU JUGA TERMASUK UTUSAN..''

BESAR KEMUNGKINAN KITA AKAN SAMAN MEREKA...ERRR TERMASUK UTUSAN JUGA...

BILA TU DSAI..

KITA AKAN UMUMKAN PADA MASA YG SESUAI...

(korang pakhatan ...melopong je lah... tungu tak bila tah..korang ingat lg video 'bukti' juta yg pemberita utusan tanya..sampai la ni TARAK..

APATAH LAGI 8 kotak rahsia2 kerajaan thn 1999 dulu... sah harap la pakhatan)

usin said...

teramat sukar rasanya untuk menolak pandangan TDM terhadap DSAI. tidak nampak dimana bohongnya fakta2 yg dikemukakan. DSAI, terlalu bnyk pengorbanan yg kamu lakukan. bangsamu & agamamu adalah mangsa korban kegilaanmu terhadap kuasa dunia. tetapi akhirnya sia2 kerana tanpa izin Allah, tiada yg akan berjaya.

Anonymous said...

Tun M...jasamu tetap ku kenang...walau apa tanggapan orang terhadapmu...sebenarnya kamulah wira melayu sejati...

mengikuti corak perjuangan dan pemerintahanmu membuatkan kita jadi melayu besi...gagah berani, usaha tak henti, beribadat tak henti, berusahlah..berusahalah...berusahalah....tegak berdiri gagah berani ...dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

Anonymous said...

FB nik aziz otak kera pun sama bro...

komen2 wa seme kene delete...

haram jadah punya nik aziz tua kutuk...

kata amalkan demokrasi, tapi penakott...

FB abg najib kene kutuk mcm2 tapi abg najib relekk jekk..

celanat punya nik aziz ....

Anonymous said...

PR boleh belah...anda sampah.

TOK WAN said...

ANON..10:20....AKU NAK TANYA....APA JASA ANU..WAR PADA NEGARA....APA JASA SAIFUDDIN PADA NEGARA....APA JASA FAUZIAH PADA NEGARA....????
JAWAPANNYA LANGSUNG TAK ADA...YANG ADA HANYA NAK MEROSAKKAN NAMA NEGARA....ITU ADA...TAK PAYAHLAH KAU NAK BELA SI MANGKUK TUA KUTUK NI....MAJORITI RAKYAT DAH SEDAR....
MAKIN BANYAK PUAK FUCKATAN NI MELALAK...MAKIN TERSERLAH KEBURUKAN ALLAH TUNJUK KAN...
UMPAMA MELUDAH KAHAK KELANGIT...
AKHIRNYA.... TERLEPAP ATAS BATANG HIDUNG SENDIRI.....

Anonymous said...

Pengkhianat bangsa dan negara tidak akan selamat didunia dan juga diakhirat. Oleh itu Awas Anwar, bertaubatlah sebelum terlambat, umur kamu pun dah menjangkau keangka tujuh puluh entah esok atau lusa maut menjenguk kamu dan ingat! ! !setiap insan didunia ini ADA TIGA KEKASIH. . . KEKASIH PERTAMA IALAH HARTA IA AKAN TINGGAL KITA SERTA MERTA APABILA NYAWA TERHENTI, KEKASIH KEDUA IALAH ISTERI DAN SANAK SAUDARA, DIA HANYA TEMANKAN KITA SEHINGGA KE PINTU KUBUR SAHAJA SELEPAS ITU TINGGALLAH KITA SEORANG DIRI TETAPI KEKASIH KETIGALAH YANG TERUS BERSAMA KITA HINGGA KEDALAM KUBUR IAITULAH SEGALA KEBAJIKAN DAN AMAL IBADAT YANG KITA TELAH KUMPULKAN SEMASA DIDUNIA.OLEH ITU, FIKIR-FIKIRLAH WAHAI ANWAR DAN YANG SERUPA DENGANMU TENTANG NASIHAT SAYA INI.

Anonymous said...

Wahai saudara saudari satu Malaysia, saya seru secara ikhlas, demi menyelamatkan negara tercinta ini dari jatuh ketangan Yahudi laknatullah! jangan undi sipengkhianat yang cukup pandai berpidato ini. Kalau tuan bijak cuba teka siapa sipengkhianat tu?

Anonymous said...

TUN M UR THE BEST!!!..DSAI UR THE WORSE..FULL STOP.

Anonymous said...

Kita semua pandai dan bijak tetapi mengakulah RAKYAT Malaysia semua TUN MAHATHIR paling bijak.
Untuk pengetahuan budak2 yg baru kering ingus.
Tun menjadi doktor semasa penjajah, dizaman serba kekurangan.
Kamu hidup dizaman serba mewah, apa kelebihan kalian?
Tun mengambil alih jawatan dari Tun Hussin didalam keadaan ekonomi negara yg amat terok.
Untuk pengetahuan budak2 yg baru nak dewasa Tun Mahathir yg membangunkan negara ini dengan PESAT tanpa bolih SESIAPA pun MENYANGKALNYA.
21 tahun beliau berjaya mengubahkan WAJAH Malaysia.
Tak terdaya saya nak nukilankan disini jasa2 Tun.Terlalu banyak.
Hanya mereka yg bersyukur dan pernah melalui zaman2 sukar yg dapat mengenang jasa Tun termasuk puak2 PAS berebut2 mempelawa TUN masuk PAS semasa beliau meninggalkan UMNO seketika.

Anonymous said...

Baik arh TUN!!!

Anwar Al- Juburi memang BABI perliharaan Zionis.

DAP menyokong BABI untuk memperalatkan BABI dan memudahkan peralihan kuasa Bangsa Cina dari Melayu.

Melayu PAS dan PKR Kuda Tunggangan Bangsat DAP, Pembelot Bangsa dan Agama semata2 kerana Kuasa dan Harta hingga sanggup menggadai Agama Islam dan Bangsa.

Pencacai2 PR pula adalah Melayu Islam yang tak Bermaruah dan Prinsip.

Mudah kan??

Aku sayang Tun M dulu, kini dan selama2nya...

Anonymous said...

Ini lah cebisan dari Mantan Pemimpin yang melonjakkan martabat Malaysia di mata Dunia.

Pemimpin yang melonjakkan PAS di mata Kelantan macam mana pula?? Kita sama2 nantikan komen merepek si Tua Kutuk tu.

Kopi Panas said...

Anwar harus mengakui perjalanan hukum karma yang kini menimpanya. Sejak sekian lama membohongi, menganiaya dan memfitnah TDM, kini semua itu kembali kepada beliau.

Pembebasan Anwar dalam kes Saiful itu sebenarnya mempunyai hikmah yang amat besar!!!

Anonymous said...

siolla aku nak share link che det kat facebook tak boleh pulak

Servant of God said...

Aku ingatkan penjilat2 anwar nak burukkan Tun M dengan menggunakan aura icon ahli politik mana... si nelson mandela kaa.. gorbachev kaa.. hatta margaret thatcher yang mengidap Alzheimer's tuh...

Rupanya si saifudin tuh... masya Allah.

Setakat peminum kencing anwar tuh.. bersama2 si fuziah yang sangat2 aku persoalkan kebolehnnya berfikir.

Beruk2 nih yang kau pilih sebagai sumber maklumat? Aduhh...

Anon February 14, 2012 10:20 PM kau pun sama peneguk air kencing anwar. Apa yang anwar pernah buat? Selain berpidato dengan penuh gaya, selain berhujah dengan lantang, selain daripada mengeluarkan kata2 untuk menyedapkan hati pendengar terpilih, apa dia pernah buat?

Kau sayang sangat dia kan anon? So kau mesti tau apa pencapaian dia selain dpd bercakap. So cerita laa kat aku apa dia pernah buat.

Cerita laa sini.

Anonymous said...

1.Satu pengajaran dan peringatan yang mesti diingat oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia mesti boikot PKR, DAP dan PAS. Jangan mengundi mereka.
2.Walau bagaimana pun, dahulu aku baca dari akhbar Straits Times jikalau anwar jadi PM, kemana hala-tuju Tun M ? Katanya beliau akan hidup merantau ke Mekah. Adakah ini betul? Aku rasa terharu dan gelisah jika ini betul-betul berlaku.

Anonymous said...

anwar tak salah, nik ajis tak salah, wall street journal pun tak salah. semua ni kerja umno dan utusan.

Anonymous said...

BESAR KEMUNGKINAN KITA AKAN SAMAN MEREKA...ERRR TERMASUK UTUSAN JUGA...

BILA TU DSAI..

KITA AKAN UMUMKAN PADA MASA YG SESUAI...

ULANG 10000000000000000000000x

Anonymous said...

Meskipun kalau ditakdirkan Anwar menang PRU13, apakah dia fikir dia sempat menjalin kerjasama dgn Israel? Apakah dia fikir ,dia sempat menjadi PM? wallahualam

Anonymous said...

Ada jugak puak2 murtad mencelah di sini membela penyokong zionist..

Anonymous said...

Anwar Ibrahim ,,hentikanlah kerja2 memperbodohkan rakyat,,,,, berapa lama lagi awak nak perbodohkan mereka? sudah-sudahlah ,,bawaklah mengucap dan bertaubat nasuha.. umur engkau bukan panjang lagi dah.. kat neraka tu ,ko tahan ker kepanasan apinya..

Anonymous said...

Apa? Anwar dan Wan Azizah sedang menunaikan umrah??/ kah kah kahkah ..berani ker Anwar pijak tanah haram ,kalau tak membara tapak kaki tu, saja laaa? kah kah kah

Anonymous said...

orang kafir dan murtad mana boleh pijak tanah haram?