Saturday, March 31, 2012

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN JATI.


 KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN  MOHAMED ALI ADUN GOMBAK SETIA MERANGKAP PRESIDEN JATI

Selaku Presiden JATI saya terpanggi luntuk memberi ulasan terhadap program TafaqquhIlmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.

 Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

 Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. 

Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. 

Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.

 Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalamkes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.

 Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

"Orang-orang Yahudi (Jews)  dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Taman TunDr Ismail
30 Mac 2012

7 comments:

Anak Jati Selangor said...

Syabas Dato dan GAP,

Jangan takut berkata benar.
Orang yang beriman hanya takut kepada ALLAH swt

Tun Teja said...

1. Inilah strategi yang didalangkan oleh puak-puak Kristian. Jikalau ramai orang Melayu dimurtadkan, ramai orang Melayu Kristian akan mengundi parti pembangkang, seperti DAP dan PKR. Akhirnya jumlah pengundain UMNO akan merosot.
2. Seterusnya dengan perlahan-lahan UMNO yang sudah memperjuangkan kedaulatan Negara Malaysia setengah abad akan kehilangan kuasa. Malaysia akan jatuh kepada pehak lawan. Siapakah pengundi pehak pembangkang? Mereka ini adalah puak-puak yang membiakkan dosa, jenayah, banduan, gangster, samseng Cina, India, Melayu pun ada juga.
3. 3 perjuangan JATI: Islam, Melayu dan kesultanan akan semakin susah untuk diperjuangkan.

Anonymous said...

apabila berkawan rapan dgn mereka kita takut melukakan hati mereka. tetapi mereka tdk takut melukakan hati kita bila mereka terang2 memisongkan akidah umat Islam

Anonymous said...

Nak buat macam mana orang yang beguling atas jalan sekarang semua dah buta dan pekak.Perjuangan islam cuma di mulut dalam hati hanya gila nak ke Putrajaya.Sanggup jilat punggung kafir laknat.

Anonymous said...

ISH MANA ADA...KHALID SAMAD DGN ABD RANI DAN SOLAHUDDIN DAN MAT SABU DAN NIK AZIZ KATA MANA ADA KRISTIAN NAK MURTADKAN ORG ISLAM..ISH ISH ISH PARTI ISLAM LA KONON

Anonymous said...

Hassan bravo...

Anonymous said...

MUSLIM: AWAS ANCAMAN VIRUS SEKULAR ZEO!

Agenda Barat Orientalist, Yahudi Zionist, Kristian Evangelist, USA & Barat yang dianuti oleh Muslim Sekular diseluruh dunia termasuk Melayu.... adalah PECAH BELAHKAN Islam mengikut mazhab/ aliran/ puak/ keturunan/ bangsa / kedaerahan/ kenegaraan masing2. Muslim sekular diajar supaya membesar2kan "perbezaan" mazhab/puak supaya BERMUSUHAN dan TIDAK BERSATU.... "DIVIDE & RULE POLICY" cukup berkesan untuk kuasai & jajah seluruh Umat Islam!

Muslim Iran berjaya melepasi jaringan ZIONIS & ORIENTALIS KUFFAR BARAT/USA ... maka mereka berusaha sedaya upaya MENGASINGKAN/MEMISAHKAN Muslim Iran dari komuniti Muslim seluruh dunia dengan memainkan isu perbezaan Mazhab SYIAH dan Mazhab SUNNAH!

Sebenarnya negara2 Muslim sekular yang telah sekian lama SESAT dari ajaran Islam sebenar yang mengambil ideologi Sekular dalam kehidupan harian & doktrin politik negara! Muslim Sekular telah MENOLAK SYARIAT ALLAH dan memaksa rakyatnya tunduk berkiblat kepada Kuffar USA/Barat yang dibayangi oleh Sekular Zionis, Evangelis & Orientalis (Sekular ZEO)!

Majoriti Ulamak lebih gemar melihat PERSAMAAN yang banyak daripada membesarkan PERBEZAAN yang sedikit antara mazhab/ golongan dalam komuniti Islam. Ulamak amat menekan kepada SOLIDARITI Ummah dan TOLERANSI antara mazhab yang perlu dipupuk dikalangan Umat Islam! Yang penting kita saling MEMBETUL & MEMBANTU satu sama lain terutama bila berdepan dengan ancaman Sekular ZEO Antarabangsa ini!

Jadi apa relevannya UMNO yang mengaku berjuang Islam terlalu memusuhi PAS yang berdiri atas prinsip Islam hakiki untuk bersilaturahim dengan Mazhab Syiah, Jamaah Ikhwanul Muslimin, Kerajaan AKP Turki pimpinan Erdogan, atau Gerakan Politik Islam Demokratik diseluruh dunia?

Melayu UMNO sepatutnya mendokong & meletakkan para ISLAMIS dalam partinya ditempat yang wajar, bukan disabotaj, dikhianati & diaibkan seperti yang dialami oleh Anwar Ibrahim sebelum ini!

UMNO juga sepatutnya MENYOKONG & MEMBANTU usaha PAS dalam menegakkan misi Islam, bukan menghalanh & menindas mereka!

Selepas 54 tahun merdeka, jujurkah atau tidak hipokritkah UMNO dengan perjuangan ISLAM sebenar??!