ts mahmod adam, KSU KDN dikabarkan akan bersara pada bulan mac 2012..
pengganti TSMA punyai tugas besar dalam memikul tanggungjawap selaku orang penting dalam kerajaan..
isu besar seperti penangguhan ops pembersihan PATI dan perjanjian bilateral mengenai pendatang asing dan para suaka politik dengan kerajaan australia harus diselesaikan dengan cara yang menguntungkan kerajaan.
pengganti TSMA wajar punyai ketegasan luar biasa dan tidak perlu gentar dengan desakan politik (terutamanya pembangkang) yang lebih gemar mensensasikan isu berlandaskan kepada game politik mereka.
aku mengharapkan kepada pengganti TSMA nanti untuk meperjelas dan memperkemaskan lagi isu perjanjian ekstradisi antara negara..
masalah kebanjiran pelajar asing yang melambak harus difikirkan noktahnya..noktah dalam ertikata bagaimana mereka ini tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk kegiatan yang lain.
baru-baru ini pengerusi tenaganita (irene fernandez seorang aktivis pkr) telah memfitnah proses perjalanan 6P yang didakwanya penuh dengan rasuah..kenyataan ini keluar dalam hrakahdaily pada 22 februari 2012.
hingga kini dakwaan jahat itu masih tidak dijawap dengan kemas..diharap pengganti TSMA wajar tampil dan memberikan penjelasan lengkap kepada mereka ini..
apapun tugas menjawat KSU KDN memerlukan calon yang berwibawa dan tegas..executive decision yang tegas amat diperlukan dalam jawatan yang sebegini..
10 comments:
Penggantinya perlu tegas dan keras, kerana menterinya tersangat laa lembek.
Menteri, Kak Sham dah le lemah lembut malas buta, dapat KSU baru lemah lembut huru hara negara. Siapa lagi tak mai dok kat Malaysia secara haram, bangla ada, Indo dah jadi rakyat malaysia, Awang hitam afrika ada, India ada, China ada, Iran ada, Pakistan ada, Nepal ada, Vietnam ada, Cambodia ada..... Bila KDN nak reform Jabatan Imigresen dan cuci negara dari PATI?
Coba ambil bekas Ketua Polis Negara jadi KSU KDN,Tan Sri Rahim Noor atau seumpama dengannya,kita tengok bagaimana perubahan berlaku,KP imegeren sudah,KP penjara pun sudah.KPN saja tak diberi peluang untuk menjawat KSU/KDN.Asyik PTD je nak bolot.
Kita dulukan dengan ucapa salam perpisahan kepada Dato KSU KDN yang akan bersara , jika tidak disambungkan lagi perkhidmatan nya.
Penganti nya harus mempunyai sifat-sifat sayangkan negara dan dapat menjaga hal ehwal dalaman dimana setiap jabatan dibawah jawatan ini selalu terpalit dengan isu dan gejala rasuah yang tidak berkesudahan.
Soalnya kita rakyat masih belum nampak siapa pun orang atasan yang boleh menggantikan tempat beliau kerana kerusi yang akan dikosongkan adalah terlalu panas malah jika KSN silap meletakkan pengganti maka keadaan lama akan kembali, penipuan dokumen (jika ada) rasuah (jika ada)malah banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan duit terutamanya melibatkan pendatang asing.
Dinasihatkan kepada siapa pun calun, jika berasakan diri anda kurang beriman, kurang percaya kepada tuhan masih berasakan wang gaji yang dapat setiap bulan masih belum cukup, jangan lah terima jawatan tersebut. Allah mengetahui setiap perbuatan kita
Kementerian Dalam Negeri perlu tegas dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang, sebagaimana yang dibuat oleh PDRM sebelum ini dalam operasi jalan raya Ops Sikap di mana PDRM tidak lagi nak bersikap 'mendidik' terhadap pesalah jalanraya, kerana sudah bertahun 'dididik' dengan sopan oleh PDRM, tapi pengguna jalanraya masih lagi ada yang tak reti bahasa, dan tak reti undang-undang.
Bukan saja pengganti Tan Sri Mahmood Adam yang perlu tegas, tapi menteri di Kementerian Dalam Negeri sendiri perlu tegas, bukannya asyik-asyik amaran terakhir yang tak berkesudahan. Kalau menteri berkenaan rasa tak sesuai di Kementerian Dalam Negeri, tukar sajalah, bagi kepada yang berkebolehan dan tegas dalam melindungi kepentingan negara dan masyarakat.
Pihak kerajaan juga perlu membela pasukan petugas keselamatan yang menyabung nyawa setiap hari menjaga keselamatan negara dan rakyat. Saya melihat isu hak asasi manusia menjadi batu penghalang kepada tugas pihak pasukan keselamatan, misalnya hak untuk berdiam diri ketika disoal oleh petugas penguatkuasa, kalau dasar penjenyah, tak ada maknanya nak berikan hak asasi manusia kepada orang sebegini, kerana dia sendiri mencabuli hak asasi orang lain bila buat jenayah. Oleh yang demikian, hak asasi manusia untuk penjenayah atau suspek jenayah perlu dikaji semula untuk memberi keadilan kepada petugas keselamatan, bukannya hendak dibiarkan penjenayah atau suspek itu dipukul tanpa belas ihsan oleh petugas keselamatan, tapi kurangkan 'hak asasi manusia' terhadap golongan ini, mereka mesti diwajibkan memberi kerjasama kepada pihak polis bila diperlukan berbuat demikian, barulah mudah dan lancar urusan keselamatan negara dan tidaklah kes tertangguh bertahun-tahun dan mungkin sampai suspek mati pun kes tak selesai-selesai kerana banyak sangat hak asasi manusia yang tidak layak diterima oleh penjenayah atau suspek jenayah itu.
Saya bukanlah anggota keselamatan, tapi saya melihat situasi di mana petugas keselamatan menjadi mangsa kepada penjenayah yang memanipulasikan undang-undang untuk mengelakkan dirinya ditangkap dan dihukum, banyak kes yang telah dilihat, bila nak gari kononnya dikasari, tapi bila diminta beri kerjasama tak nak pula, apa cerita ini semua? Malahan kerap sangat tuduhan melulu kepada pihak keselamatan kononnya kejam terhadap suspek dan sebagainya.
Pihak kerajaan perlu menilai isu hak asasi manusia untuk penjenayah dan suspek jenayah untuk mengelakkan pemanipulasian isu hak asasi manusia untuk mereka mengelakkan diri dari dihukum, yang jadi mangsa adalah petugas keselamatan, lihat saja isu Jenain Subi, tak pasal-pasal dipenjarakan walaupun dia hanya menjalankan tugas bila masyarakat dimomokkan kononnya petugas keselamatan itu bersalah dalam isu tembakkan terhadap pemandu juvana yang bukan saja tiada lesen, malahan ingkar pada arahan untuk berhenti untuk pemeriksaan oleh petugas keselamatan, harapnya isu ini dikaji untuk mengelakkan lebih ramai petugas keselamatan jadi mangsa keadaan walaupun mereka bertindak atas dasar menjalankan tugas.
Tan Sri Musa Hassan juga boleh dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan, semasa pentadbiran beliau di PDRM, beliau memang tegas dalam tindakan hinggakan PDRM dapat mencapai banyak kejayaan.
Malahan pihak pembangkang akan pening kepala memandangkan ketegasan Tan Sri Musa Hasan dalam menangani isu pihak yang suka membuat onar kekacauan seperti perhimpuan BERSIH, HINDRAF dan sebagainya.
Tan Sri Rahim Noor pun boleh juga dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan kerana beliau juga tegas dalam urusan kerja hinggakan Anwar pun kena 'ajar' sebab kurang ajar terhadap pasukan polis bila memaki pihak polis sebagai 'anjing kerajaan', akhirnya Anwar menjadi 'panda' seketika dek pembalasan dari Tan Sri Rahim Noor yang tidak tahan maki hamun Anwar yang mencabar kesabaran beliau.
Pihak pembangkan memang akan pening kepala dan tertekan kalau salah seorang dari mereka di atas menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kerana kedua-duanya bukan calang-calang orang, bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam memacu pasukan PDRM mencapai kejayaan.
Menteri Amaran perlu dikeluarkan dari Kementerian Dalam Negeri kerana hanya menjadi 'biawak hidup yang perlu didukung oleh kementerian saja', Menteri Amaran memang lembik dan tak boleh diharap, banyak onar yang dibuat oleh pihak pembangkang atau kuncu-kuncu mereka dibiarkan berleluasa, asyik-asyik amaran terakhir, amaran terakhir, sampai tak terkira amaran terakhir tapi tindakan langsung tak ada, kesannya menyusahkan kakitangan di agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang terpaksa berhadapan dengan 'kebengongan' Menteri Amaran dalam sesuatu isu.
Menteri Amaran, blah la, ko memang mengarut dan tak guna, ko pergilah jadi menteri lain yang sesuai dengan ko, merayulah pada PM untuk tukarkan ko ke kementerian lain.
Tan Sri Rahim atau Tan Sri Musa tidak layak menjawat jawatan KSU Kementerian Dalam Negeri kerana kedua mereka ini telah terlajak umur tetapi kedua mereka juga adalah pilihan tepat kerajaan untuk dijadikan Menteri Dalam Negeri.
kalau dikira , kalau di'hisab' segala kelembikan dan kesilapan KDN selama beberapa tahun kebelakangan ini , alamat boleh tulis dan muat dalam satu buku 500 mukasurat!
malangnya hanya beberapa kerat rakyat Malaysia yang sensitif dan mengingati, memendam dan menyimpan perasaan itu , kebanyakan rakyat malaysia hanya panas hangat2 tahi ayam , selang beberapa minggu dah lupa dan melupakan , akhirnya kerajaan juga yang dipandang lemah, PM Najib juga yang terpalit tahi !
KSU dan sang Menteri KDN itu seharusnya sudah lama digantikan dengan orang lain , sudah terlalu banyak keaiban dan kelemahan mereka terbukti , sudah terlalu banyak perkara pelik dan memalukan KDN hadapi , salah siapa ?
KSU , hang nak berhenti hari ni pun OK , tak ada yg sedih , tak ada yg menangisi keberambusanmu , yg suka ramai !! daripada cempadak baiklah nangka , daripada rosak baiklah tiada !!
ambil bekas panglima ATM , atau bekas KPN jadi menteri KDN !!
PM tolong pertimbangkan cadangan ini !!
Post a Comment