Thursday, April 19, 2012

AKHBAR BAHASA CINA YANG BIOL.


Penangan Radioaktif ARE:  Merungut Dari Syurga

Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.  

‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.  

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don’t want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.  

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.  

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.  

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.   

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.  

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”.  

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.  

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.  

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.  

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

4 comments:

Anonymous said...

Satu lagi bukti bahawa Penipu Rakyat tidak reti mentadbir negara dan hanyalah perosak negara, lihat ini:

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9689-pas-arah-semua-ke-bersih-30

Kalau sekadar demontrasi liar di sana sini hingga menjejaskan nama baik negara, menyusahkan masyarakat, menyebabkan peniaga kerugian, menyusahkan pengguna hendak membeli belah, menyebabkan pelancong rimas dan takut keluar bersiar-siar, menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyebabkan harta benda awam dirosakkan, menyebabkan pihak polis dan petugas keselamatan lain terpaksa berkawal mengawal keadaan hinggakan sepatutnya pihak polis menyiasat dan menangani jenayah pun terganggu.

Kepada tok guru dan ulamak politik PAS, saya nak tanyalah, dalam Islah ada ke dianjurkan berbuat sedemikian rupa? Berbuat khianat hingga merosakkan nama baik negara, malahan nama baik Islam terjejas kerana tok guru dan ulamak, walaupun ulamak dan tok guru politik saja, tapi sebab pakai serban dan jubah pun berdemontrasi liar, itu ajaran mazhab apa? Ada mazhab PAS yang diasaskan oleh Imam Syiekul Politik Nik Aziz Al-Nicky kah? Apakah berdemontrasi hingga mendatangkan mudarat itu ada dianjurkan dalam Al-Quran atau sekadar dikutip dari kitab Buku Jingga pegangan penganut PAS dan kuncu-kuncu mereka saja?

Dalam Al-Quran sendiri, Allah sendiri telah berpesan kepada manusia yang lebih kurang maksud firmanNya " Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu dan keluargamu ke kancah kebinasaan", apakah PAS tidak mengambil teladan akan peringatan dari Allah ini? Perbuatan PAS menggalakkan demontrasi liar ini adalah perbuatan yang tercela kerana bukan saja para pendemontrasi itu tercampak ke kancah kebinasaan kerana mereka kerugian dari segi masa, mendapat dosa kerana menyusahkan orang ramai, mendatangkan kerugian kepada negara, malahan orang ramai pun mendapat susah akibat demontrasi liar ini, apakah pimpinan PAS tidak berfikir akan perkara ini walaupun mereka itu menggelarkan diri mereka tok guru, ulamak, ustaz, ustazah dan sebagainya, apakah mereka tidak berfikir akan perkara ini?

Bersambung.............

Anonymous said...

Sambungan..............

Pimpinan PAS terlalu teruk dan melampau sekali, dalam Islam dianjurkan 'amar markruf nahi mungkar', tapi PAS sekarang pula menggalakkan 'amar mungkar nahi makruf', apa tidaknya berdemontrasi liar adalah perbuatan mungkar kerana bukan saja sia-sia kerana tak ada faedah pun, merugikan masa, malahan menyebabkan orang lain mendapat susah, malahan pelakunya pun boleh mendapat dosa kerana ini adalah perbuatan mungkar, apakah tok guru dan ulamak PAS mahukan orang ramai bergelumang dengan dosa dan perbuatan mungkar dengan menggalakkan aktiviti keji sedemikian rupa? Sungguh pelik sikap ulamak dan tok guru PAS yang suka buat kerja sia-sia dan mengarut, demontrasi liarlah, menghasut orang menentang pembangunan seperti Lynas, mengajarkan orang muda bersikap kurang ajar terhadap pemimpin negara, mempolitikkan khutbah jumaat hinggakan khutbah jumaat dah jadi ceramah politik, tok guru dan ulamak PAS ni tak rasa berdosa ke berbuat demikian, sebagaimana dalam Islam ada telah dinyatakan bahawa di akhirat kelak ada orang yang muflis walaupun beramal ibadat siang dan malam kerana tingkah lakunya didunia melakukan perbuatan yang menzalimi orang lain, perbuatan menghasut orang ramai hingga terpedaya melakukan demontrasi liar pun adalah perbuatan zalim dan nanti para pendemontrasi itu diakhirat kelak akan akan menuntut kepada ulamak dan tok guru PAS ini sekiranya mereka mendapat banyak dosa akibat hasutan oleh tok guru dan ulamak PAS ini.

Selain itu, sikap suka berpecah belah dan menghasut orang supaya berpecah belah dan melakukan perbuatan keji adalah dilarang keras oleh Islam, apakah ini pun tok guru dan ulamak PAS tak belajar kot? Kata ulamak dan tok guru, mestilah ada diajarkan perbuatan mazmumah (keji) yang wajib ditentang dan perbuatan mahmudah (baik) yang wajib/perlu dibuat. Mungkin kerana ajaran dalam Buku Jingga dah lain dan tok guru dan ulamak PAS pun terpengaruh dengan Buku Jingga hingga tidak peduli hal yang haram dan hal yang halal lagi, tapi biasalah, syurga dan neraka pun sanggup dipolitikkan, mungkin nanti kalau ada yang mati semasa demontrasi liar itu, maka tok guru PAS akan ishtiharkan mati syahid kot? Terpulanglah, ada otak dan fikiran fikirkanlah untuk kebaikan bersama.

Anonymous said...

Sikap bangang Pemuda PAS lihat ini:

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/9687-harga-sebuah-perjuangan

Kepada Nasruddin Ketua Pemuda PAS, apahal ko ni, dah bengong ke? Keganasan jadah apa pula yang dibuat oleh pihak FRU kepada mahasiswa yang bangang yang berdemontrasi secara kurang ajar itu? Ada berapa ramai mahasiswa yang demontrasi menentang PTPTN itu mati atau jadi cacat secara tragis? Ko jangan nak pembohonglah, dasar penipu, ustaz konon, ustaz apa kalau penipu macam ini?

PAS FRU menyuraikan penunjuk perasaan, selama ini ada tunjuk perasaan yang aman damai dan sejahterakah yang dibuat oleh Penipu Rakyat dan suku sakat mereka? Mana ada, lihat sajalah BERSIH 2.0, kerana nak memburukkan keadaan, seorang ahli PAS bernama Shuhardi Md. Isa talah sanggup menyamar kononnya beliau mati akibat tindakan pihak keselamatan sedangkan perbuatan pura-pura Shuhardi Md. Isa itu untuk memburukkan keadaan saja, itu ajaran apa yang dikutip oleh ahli dan pemimpin PAS yang sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka tanpa mempedulikan halal dan haram dalam agama?

Kepada Nasruddin, ko tak sebut pun pasal sikap kurang ajar peserta demontrasi yang memang kurang ajar tu menyerang dan melakukan provokasi kepada petugas keselamatan, masa BERSIH 2.0, ada seorang peserta BERSIH yang kurang ajar sanggup melawan dan bertindak kasar terhadap pihak polis, bila polis bertindak balas, ko tuduh zalim pula, ko ni fikir guna akal atau guna nafsu serakah? Kalau ko kena tendang di muka bila ko nak sekat kemungkaran, takkan ko akan tersenyum dengan gembira dan biarkan orang buat mungkar? Tapi ko pun sama buat mungkar, ustaz konon, ulamak konon, tok guru konon, jenis ustaz, ulama dan tok guru apanya kalau menggalakkan perbuatan mungkar seperti demontrasi liar ini? Korang memang penipu dan perosak masyrakat.

Kepada masyrakat Malaysia sekalian, jangan terpedaya dengan penipuan oleh golongan yang bertopengkan agama dengan jubah dan serban ini, kononnya alim sangat, tapi sanggup peralatkan agama untuk kepentingan peribadi, malahan mereka sanggup peralatkan agama untuk memperdayakan orang ramai supaya sama-sama buat mungkar seperti mereka. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, insaflah, demontrasi liar ini hanyalah perbuatan mungkar yang dicela oleh agama kerana Islam tidak membenarkan perbuatan yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, orang ramai, negara, haiwan, tumbuhan malahan alam sekitar pun. Perbuatan demontrasi liar adalah perbuatan mungkar yang boleh mendatangkan dosa kerana pelakunya telah menyusahkan orang ramai, mendatangkan kesusahan kepada peniaga, pembeli, pelancong, pemandu bas, pemandu teksi dan orang-orang lain yang berkaitan, tidak ada faedahnya demontrasi liar ini kerana ia hanyalah alat untuk digunakan untuk membentuk rasa benci terhadap kerajaan, itulah matlamat demontrasi liar ini, oleh itu janganlah terpedaya dengan lakonan golongan yang sanggup memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Sama-samalah kita menentang perbuatan mungkar ini untuk keamanan negara dan kesejahteraan negara.

Anonymous said...

...di selangor, UMNO pasti akan bertanding dgn kerusi terbanyak mewakili BN.

...tunjukkan pada cina2 MCA & DAP walaupun tanpa sokongan dari cina, kawasan majoriti melayu & campuran melayu + india, UMNO @ MELAYU MASIH BOLEH MEMERINTAH!

-nik ajis mahafiraun-