Buku “The ‘I’ Files: Lagi Pendedahan Mengenai Anwar
Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk “The “I” Files” tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4 boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan bacaan penulis, “I” pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau “Anwar Ibrahim” bagi orang Malaysia.
Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar. Setahu penulis, “John Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.
Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran. Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.
Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’ Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.
Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka.
Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim” menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.
Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.
Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.
Apa yang pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.
Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!
Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi - kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya.
Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!
Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama. Namun, ia tetap wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.
15 comments:
.
Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .
.
Mana boleh dpt buku ni?
Sekarang era kebebasan bersuara dan hak asasi maknusia,maka Anwar pun menjelmakan dirinya sebagai pejuang tegar dan pengamal tulin hak asasi tersebut,malangnya hanya dari sudut seks bebas.
tidak ada negara maju yang mahukan negara Isle ditadbir secara berhemah yang mana kehemahan pentadbiran akan memberikan persaingan kepada negara maju berkuasa besar.
persaingan adalah sihat tetapi persaingan bakal memecahkan monopoli negara maju dalam semua aspek keduniaan. atas sebab itu persaingan perlu dihalang dari sapai ke puncak.
jalan mudah dan berkesan ialah dengan menjadikan negara Isle ditadbir oleh para proksi dan tangan proksi dipulas dengan mudah kerana semua kelemahan proksi berada dalam poket mereka.
maka dengan itu berbahagialah negara kuasa besar kerana dapat terus menguasai semua aspek keduniaan sedangkan negara Isle hanya mampu terus bernostalgia dengan kegemilangan lampau.
ATAS PAGAR
GAP ada tengok utusan online tak ada gambar Shamsidar sebelah Assmin, bukan main senyum meleret dia, mata siap tengok Anugay,happy walhal Assmin dgn Jijah muka semcm je..
bukan sesuatu ya mustahil.anwar sememangnya telah dipantau, diasuh, direkrut tanpa sedar, dibela oleh satu pihak asing semenjak zaman anwar berada di universiti lagi. ..
jika tdk disekat alamat malaysia akan lahirksn seorang lagi didunia ini Mustafa at tarturk, biar dgn cara apa sekalipun anwar wajib dihentikan. ...titik! !!!!!!!
Tak sabar tunggu Chapter 5, 6 dan seterusnya. Nak tahu lebih lanjut peranan Hassan Merican (Petronas). Tak sangka ya, aku fikir dia ni teraniaya bila Najib tak teruskan jawatan CEOnya.
weiiiii mana aku nak beli buku ni weiii....
kat mana ada jual ....????
buku ni wajib ada dlm koleksi aku nih...huhu.....
otaii.
Negara barat khususnya memang mahukan negara Islam mengikut telunjuknya.
Sekadar mengambil contoh beberapa negara Islam, Iraq, Afghanistan, Yaman, Syiria, dll.
Jadi, adalah penting untuk mempunyai makhluk tali barut mcm anwar utk menyedia tali dan hidung bagi dicucuk.
Malaysia, seperti yg satu dunia maklum, menjadi modl dan contoh pembangunan bagi negara negara Islam yg miskin.
Malaysia jugaklah pelopor ekonomi beasaskan perbankan Islam. Yg sebelum ini 100% dikuasai oleh sistem ekonomi barat.
Jadi, jika negara ini dipegang, negara negara Islam yg miskin baru mula bertatih dan berjalan tidak akan dapat berlari laju.
Tujuannay, mereka mahu memerintah dunia ini secara proksi sampai kiamat.
Bayangkan jika umat Islam menyaingi mereka. Umat yg paling ramai seantero dunia. Itu yg mereka takutkan sebenarnya.
Anwar Ibrahim? Alat dan barua yahudi saja.
rasa-rasanya buku nie xada di pasaran...penulisnya cuma karang chapter by chapter...lebey kurang macam virtual book...baru siap smpai chapter 4...xsabar nk baca seterusnya...
Adakah John Smith menulis tentang peribadi Anwar ini sejak dia masih kecil? Semasa anwar belajar di sekolah rendah, menengah dan ke atas? Apahal dengan hobi si bapak homo ini semasa umur belasan tahunnya? Kalau dapat maklumat peribadi si anu war ini dari mulut keluarganya atau saudara dekat lebih kuat kita dapat kesimpulan akan tabia’t si keparat ni.
I-files bermakna Inteligence Files hasil riskikan perisik mungkin perisik Amerika, British, Russia ataupun negeri lain.
Selepas habis membaca sehingga Chapter 4, hati saya berkata...
Sebenarnya semua orang termasuk TDM, UMNO, orang Melayu, Cina, Yahudi dah tertipu dengan mainan pelakon hebat bernama Anwar Ibrahim. Semuanya digunakan oleh 'mangkok ayon' ni untuk mencapai cita-cita beliau.
https://ifilesjs.wordpress.com/
Dek kerana Tun Mahathir lah kita tahu siapa itu Anuar sebenarnya. Sekiranya Anuar dibiarkan terus dalam UMNO, kita akan terus tertipu olehnya dan jutaan rakyat serta negara ini akan tergadai.
Seandainya Tun Mahathir tidak mengambil Anuar, sudah tentu PAS akan merembatnya, cuba fikir apa akan jadi selepas itu, dengan PAS yg bodoh? Laagi lah bermahrajalela si Nuar tu.
Anwar akan beri komen : 'Ini semua konspirasi UMNO'. Apa lagi yamg boleh Anwar Ibrahim lakukan selain dari menuding jari kearah orang lain?
Post a Comment