KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD
ZIN MOHAMED MENGENAI ISU AIR SELANGOR.
Isu Air
Selangor
Seperti yang
semua maklum, Negeri Selangor kini mengalami masalah air yang genting
disebabkan kadar rizab air di negeri ini
hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20
peratus.
Masalah ini dikhuatiri akan berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri
pimpinan Khalid Ibrahim masih enggan memberi kebenaran supaya Projek Loji
Rawatan Air Langat 2 diteruskan seperti yang dirancang.
Kajian menunjukkan
Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha
bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang.
Pelbagai
kajian dilakukan bagi menangani perkara ini dan akhirnya keputusan untuk
menyalurkan air mentah dari Pahang diputuskan memandangkan ianya melibatkan kos
yang paling kompetetif.
Isu bekalan
air di negeri ini sangat serius hingga akan menyebabkan 129 kilang dengan nilai
pelaburan RM3.8 bilion dan menjana 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat
dijalankan. Sejumlah projek perumahan juga tidak dapat dilaksanakan kerana
dikhuatiri tidak dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi.
Masalah
melibatkan air merupakan sesuatu yang serius. Sebagai contoh, negara jiran kita
Singapura langsung tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana mereka
menganggap sumber air adalah satu keperluan asas yang penting sehingga
melibatkan ‘national security’.
Sebaliknya Kerajaan
Negeri Selangor sanggup berdolak dalih malah tergamak menahan kelulusan yang
telah diperolehi sebelum ini semata-mata kerana kepentingan politik sempit
mereka. Menteri Besar Selangor bukan sahaja sanggup membawa perkara ini ke
peringkat antarabangsa bagi meraih simpati malah menabur fitnah apabila menuduh
Syarikat yang mengendalikan operasi Air di Selangor sebagai tidak berkeupayaan.
Isu ini juga telah
mendapat teguran Tuanku Sultan Selangor. Baginda sendiri bertitah agar isu air
tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat Selangor. Masalah ini akan mengancam
masa depan Selangor jika tidak ditangani dengan baik. Ini bukan masanya kita
hendak bermain politik.
Kesanggupan
Kerajaan Selangor membatalkan kelulusan yang telah diperolehi sejurus selepas
menang PRU 2008 yang lalu menunjukkan sikap hipokrit Kerajaan Pakatan PKR-DAP
dan PAS.
Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang
hampir siap tidak dapat dinikmati hasilnya oleh Rakyat Selangor kerana kerajaan
Pakatan di Selangor mementingkan diri sendiri. Padahal ianya merupakan perkara
penting dan air sendiri merupakan sumber utama yang diperlukan oleh Rakyat
Selangor.
Kerajaan Pakatan lebih suka berpolitik dari memikirkan soal kebajikan
rakyat. Mereka lebih takut jika BN mendapat ‘milage’ hasil Loji Air ini
sehinggakan Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa mereka sanggup menggunakan
air lombong jika masalah air di Selangor berterusan.
Soalnya, bukankah untuk
merawat air lombong juga memerlukan kos yang tinggi? Dan, sanggupkah kita
menggunakan air lombong yang langsung tidak disalirkan dengan baik?
Tindakan
kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah.
Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di
Hulu Langat adalah isu yang berasingan.
Khalid Ibrahim memperjudikan nasib
penduduk Lembah Klang hanya untuk menunjukkan beliau kononnya prihatin masalah
rakyat tetapi sebenarnya menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air
bersih.
Soalnya kenapa projek penyaluran air
untuk rakyat Selangor di politikan oleh kerajaan Pakatan? Bukan kah rakyat Selangor
baik yang menyokong BN atau penyokong PR sama-sama mendapat menfaat dari projek
itu?
Pada saya,
sebab utama ialah kerana projek ini merupakan Projek Barisan Nasional. Jadi,
kerajaan Selangor tidak mahu meneruskan projek ini. Hasilnya, kerugian adalah
kepada Rakyat Selangor.
Saya juga
ingin mengambil kesempatan ini meminta kepada pihak media supaya membuat
penyelidikan dan temuramah dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi
mengetahui betapa seriusnya masalah air ini dan ianya bukan isu politik yang
sengaja dimainkan oleh pihak Barisan Nasional.
Ini melibatkan kepentingan orang awam dan Barisan Nasional Selangor
bersedia untuk memastikan masalah ini selesai jika kami kembali memerintah
Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Sayangi
Selangor, Yakini BN
Dato’ Sri Ir
Mohd Zin Mohamed
Koordinator
BN Selangor.
7 comments:
pemerintah negeri harus bentangkan pada rakyat secara telus masalah air yang digembar-gemburkan termasuklah perancangan yang akan dibuat. menganggap rakyat tak perlu tahu apa perancangan kerajaan negeri adalah kisah yang telah berlalu. rakyat telah bijak hasil dari pendidikan yang mereka terima selama ini maka tak mungkin rakyat tidak akan faham kalau isu air dibentangkan secara telus dan tulus.
kena pandai pujuk Khalid ni... Aku rasa dia sayangkan umno dan bukan sebulu dengan anwar n the gang pun... So orang UMNO janganla pulaukan dia... Jgn kutuk lebih2 Rupanya musa hasan pun pernah dipelawa masuk pembangkang... Bahaya betul ... Sapa lagi la dia dok pujuk...kot ketua ATM, ketua Bar council pun antara yang pernah dia pujuk...
.
Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .
.
Marilah kita semua menjadi manusia yang suka menghancurkan negara seperti anuar, yang tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan tidak aman .
tumbangnya empayar Ottoman satu masa dulu mungkin disebabkan ketidakupayaan pemerintah dalam memenuhi keperluan asasi rakyat seperti air dan makanan.
pemerintah yang bakal dikenang bukanlah pemerintah tahu menjanjikan kesenangan selepas mati tetapi terlupa tunaikan tanggungjawab memberikan rakyat kesenangan sebelum mati.
PEMERHATI
Aku merayu semua pekerja tak kira kolar puteh ke biru ke, berfikirlah masak2 sebelum membuang undi. Salah2 pilih takut kalau-kalau "periuk nasi" kita yg akan terancam nanti.
Agaknya rakyat Selamgor tak kisah kalau tak ada air agaknya ya......
Post a Comment