Friday, June 22, 2012

SINGAPURA MASUK CAMPUR POLITIK MALAYSIA KERANA VIDEO ANWAR !



Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?

Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.  

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi.  Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”. 

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini. 

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega.  Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet.

  Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.  

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.  

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan.  Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia. 

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara.  Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.  

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya.  Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih. 

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.  

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali.  Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.  

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan.  Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya. 

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini.  Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar.  Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.  

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya

17 comments:

Anonymous said...

.

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

.

paritjawa said...

i'm waiting 4 that moment..anwar sembunyi cepat

Anonymous said...

Bosanladgn Anuwar nih...xabis2 dgn citer salahlaku seks...

Penganut Anuwar yg totok, xbole guna akal barang seketika utk memikirkn kalo betol Anu tu suci dr sbrg noda, xkan sebegitu ramai yg mmpunyai fakta/bukti akan salahlaku seks beliau..

Pada penganut PAS, xkn nak tunggu Malaysia trgadai kat tangan Cibai2 Dapig baru nak sedar...woooiii ...contoh Allah Taala dah tunjukkn kat neg sbrg Tambak sana tuh...tgk camana nasib org Islam/Melayu disana yg kini mnjadi warga kelas ke2 ...melukut di tepi gantang di negara sendiri...

Puak yg xpernah brsyukur n brpuas ati nih, selagi Malaysia xjatoh dlm genggaman mrk xkan dok diamla..

Jalan paling mudah mndapatkn Malaysia melalui Melayu2 BAGHAL n BANGANG mcm Porky Nicky n penganut2nya juga Anuwar Aljuburi n kroni2 nye....syial
sungguh mrk ini...

RH said...

strategi s'pore hendak takluk m'sia yg tidak dipedulikan oleh melayu pkr & pas. Pabila sudah terjatuh baru hendak sedar? Nasi sudah menjadi bubur di ketika itu.

Anonymous said...

org melayu ahlul bahlol PAS & PKR mana faham cerita mcm ni....Allah dah butakan mata hati mereka...yg mereka nampak ialah mcm mana nak menjatuhkan melayu sesama saudara & se agama yg berada dlm UMNO...

gasing said...

Peliak amanah, pantat tanggungjawab, jujur pada buntot tempat buang taik. bertanggungjawab, jujur dan amanahlah pada diri sendiri! tak payah memperingati org lain.

Anonymous said...

SAYA BERANI POTONG JARI HANTU BAHAWA GOLONGAN HIJAU MESKIPUN NAMPAK LURUS TETAPI BILA SAMPAI BAB PEMILIHAN SIAPA PALING LAYAK DUDUK DI KERUSI PM, TONG GUAN ENG PASTI TERLOPONG. CUMA KALAU ADA LEBIH BANYAK PENDEDAHAN TENTANG PAPI DAPI AKAN LEBIH MEMBANTU GOLONGAN HIJAU AGAR LEBIH PEKA DAN WASPADA SELALU.

atas pagar

Anonymous said...

1. Penduduk Melayu di Singapura sudah berkurangan. Dari tahun 1990an, penduduk Melayu berada ke 14.1%, tetapi pada tahun 2010, sudah berkurangan kepada 13.4%. Cuba bayangkan orang macam mana yang banyak membiak di Singapura? Dari Negara ca ya nun alif lah.
2. Enam tahun yang lepas, seorang menteri perempuan yang bernama Grace Fu mahu naikkan penduduk Singapura ke 6.5 juta orang, tetapi mantan LKY cakap 6 juta sudah cukup.
3. Sekarang berapa penduduk orang Singapura ini? 5.5 juta! Dan yang banyak datang dari Negara ca ya nun alif yang di masukkan ke Negara ini. Aku menyampah dengan si GF tu.
Bekas jajahan tanah Melayu

Anonymous said...

jari telunjuk golongan hijau yang nampak lurus mungkin berkait dengan jari jemari squad merah apabila berdepan dengan UMNU

tetapi apabila berdepan dengan ancaman kebersihan maruah diri, tak mungkin golongan hijau sanggup berada dalam longkang terdalam, terkotor dan terbusuk.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

TAK ADA ISTILAH PERCUMA DALAM SOAL PERTOLONGAN ANTARA DUA PIHAK YANG SAMA SEKALI BERLAINAN.

CUMANYA, APAKAH YANG TIDAK PERCUMA ITU? DAN APAKAH BALASAN YANG DIMAHUKAN?

KALAU MASSA FAHAM DAN KENALPASTI ASPEK INI MAKANYA DAPATLAH MASSA MASUKKAN DALAM FAKTOR PRO/KON.

DAN DARI SITU DAPATLAH MASSA MEMILIH PIHAK MANA PALING SESUAI DIANGKAT SEBAGAI PENERAJU.

atas pagar

Uni Osagi said...

Anwar is just a dirty scumbag, without any credibility in higher discussions. How can a scum like Anwar be hailed as "prominent", "dato seri". He is just a dirty homosexual who also commit adultery with prostitutes. Homosexuals must be beheaded after Taubat. Adulterers must be stoned after Taubat.

Anonymous said...

alah sebenarnya LGE tu tunjuk kat LKY>>>>>>>lps pru13 nanti klu nak melawat saya dtg kat situ(tanah perkuburan)..saya dan rakan pakatan lain akan disemadikan oleh rakyat malaysia melalui undi mereka kepada UMNO/BN.........

hangkedee said...

"Are you ready to eat pork everyday in the ship"Cebisan dari singapork.juak juak hampas tolong terjemah ke bahasa kelate ambo tak pahe!

Anonymous said...

Oi atas pagar senang ckp ko ni bodoh bwh pagar..

mohd. natar said...

... Jangan lagi kita Melayu sama Melayu bertelagah.

Bersatu dan bertautlah kembali kedalam satu ikatan ikhwanul muslimin yang kukuh.

Buangkan prasangka buruk terhadap kaum bangsa kita.

Cukuplah dengan tindakan Hadi Awang memecahbelahkan orang orang Melayu dengan amanatnya dahulu.

Kepada penyokong penyokong PAS, bukalah mata dan hati anda jika Allah masih belum membutakannya lagi.

Pandanglah keliling dan berpijaklah dibumi yang nyata.

Tolak pemimpin yang tidak betul seperti Nik Aziz (kerana memperlekehkan kebesaran Nabi Muhammad SAW) dan Hadi Awang (kerana amanat sialnya itu) serta pemimpin lain yang terang terang menolak Islam.

Semoga Allah membuka hati kita semua untuk berbaik baik semula sesama Melayu ...

Anonymous said...

Aku kalau pkr menang pn tkpe..dlm pru13 ni..tpi pemimpin die bukan anwar yg kaki koner dn putar alam..
Aku kalau pembangkang menang pn takpe..dlm pru13 ni..tpi..bukan parti DAPig dlm majoriti parti kumpulan pakatan rakyat..
Aku tak kisah pembangkang memerintah akan datang pru13 ni..tpi...tolak anwar putar alam...tolak DAPig..yg kekal bangsa-bangsa aku yg aku sayangi yg beragama islam..dlm pkr dan pas tpi tolak bende2 sprti diatas dulu...

Tpi itu semua mungkin tidakkk...ksian bangsa AKU!

Anonymous said...

jom melayu bangkit... mulakan dgn ahli keluarga kita sendiri...lihat cina...banyak bidang mereka telah berada di hadapan... pastikan anak2 kita cemerlang dlm semua bidang...besarkan mereka dengan didikan agama yg sempurna...didik mereka dengan berpandukan alquran dan sunnah...itu jaminan Allah swt...mereka inshaAllah akan berjaya. InshaAllah mereka musuh2 Islam akan nampak Islam itu benar, Islam itu maju, Islam itu indah...sama2 kita mertabatkan Islam... semoga kita tak menjadi leka dgn arus politik semasa