Wednesday, June 13, 2012

UCAPAN PENGHARGAAN KHAS GAP KEPADA ZUL NORDIN.


aku ucapkan syabas dan tahniah di atas usaha keras ahli parlimen kulim bandar baharu, YB zul nordin yang tiap  malam tanpa henti bagi ceramah.

kepelbagaian dalam menyampaikan isu yang digunapakai oleh zul nordin adalah berada dalam kelasnya yang tersendiri.

semalam dalam sesi parlimen dia terus menerus menelanjangkan bar council.

apatahlagi anwar dan pakatan.malam dia bagi ceramah.

ada masa dia tolong kerajaan dalam sesi pendengaran umum isu lynas.

harapan besar aku, baik najib mahupun BN beri laluan khas kepada zul nordin untuk bertanding sekali lagi pada pru ke 13 nanti.

sayang beb.
dia pertahankan isu murtad tahap maksima.
dia pertahankan melayu dan islam tahap memberangsangkan.

harap najib dan BN faham kepentingan orang seperti zul nordin dalam parlimen.

aku ulang.

harap najib dan BN faham kepentingan orang seperti zul nordin diletakkan dalam parlimen.

sebenarnya zul nordin ini dalam kategori winnable candidate.

23 comments:

akubekaspkr said...

Perjuangan tetap kena teruskan. Calun mencalun bukan perkara dituntut, termasuk oleh Yb Zul, yang penting kesedaran rakyat, khususnya orang melayu

Anonymous said...

Ya,berilah laluan pada zul nordin.Orang macam zul ni tak ramai,amat rugi kalau dibiarkan begitu saja.Tak semestinya zul kena masuk umno,cukup sekadar diberi laluan bertanding atas tiket BN macam pas bagi ibrahim ali laluan di pasir mas.Zul tetap bebas tapi pro kerajaan.

Kalau zul bertanding tempat aku bila2 aku akan bagi undi aku pada dia biar siapa pun lawan dia.

Tukang Komen said...

YB Zul bakal bertanding di Selangor. Meriam,kereta kebal dan pesawat tempur BN perlu ada dalam parlimen. Mereka yg berjasa dengan cemerlang pada parti tidak akan dilupakan. Zul terbukti berkaliber dan berintegriti. Kredibilitinya mantap.

Anonymous said...

aku sangat sangat bersetuju zul dicalonkan dlm pru akan dtg. banyak sudah pengorbanan yang diberikan dan tidak mengenal waktu. memang betul perjuangan tetap akan diteruskan tapi kan kah lebih baik jika suara ini didengarkan dlm parlimen.

The Eugenist said...

Tidak dapat dinafikan Zul Nordin antara calon menyerlah kategori "winnable candidate" dan dilema yang bakal beliau hadapi ialah dilema "ditelan mati emak, diluah mati bapa" khususnya kepada dirinya dan kepada YAB PM sendiri.

Persoalannya, apakah dan dimanakah selayaknya beliau hendak ditempatkan untuk bertanding?

Selangor, mungkin..
Kelantan, amat sekali kemungkinannya,
Kedah, pasti..

Namun, yang menjadi tanda tanya besar ialah apakah warlords di dalam UMNO akan membenarkan perkara ini berlaku?

Anonymous said...

Betul bro tapi jangan lupa perpecahan org melayu yang disebabkan oleh beliau sebelum ini. beliau bertanggungjawap memperbaiki benda yang telah dirosakkan.

Anonymous said...

BACA GURILA ANWAR DI BLOG. "PERAKTODAY ""

Insafmulia said...

Anon 703
THAT IS WHAT HE IS DOING NOW.
DIA DAH REPENT.
LET US SUPPORT HIM.

Anonymous said...

Yup..aku setuju. Jaga org macam ni. Kasi dia 2nd chance.

Tukang Komen said...

Dari segi stratigi Zul sesuai bertanding dikawasan ahli parlimen yg dimenangi parasit pas. Kawasan Khalid Gereja paling cantik. Orang Umno terima saja jangan banyak songeh. Jangan buat perangai lama dengan ego bodoh. Zul insyallah berjaya disitu.

Anonymous said...

Ds Najib,
Letak Zul Nordin bertanding Parlimen Shah Alam sebagai calon BN.

Orang mcm ni yg kami nak sebagai wakil kami.

Warga Seksyen 2

Anonymous said...

Setuju, letak aje kat ampang - gerenti best...lawan mak lampir..amacam? Warga Ampang Jaya

Anonymous said...

hebattt YB zulll...

kene qada balik apa yg YB zul lakukan masa dlm kem nuar jubo dulu...

kasi balun jgn kasi muka sama peliwat....

cayaa lu bebb...

aris

Anonymous said...

Cikgu"S";
Teman dah lama terfikirkan mengenai keutamaan harus di beri kepada YB.Zul ini diberi lalauan bertanding dalam PRU13 nanti.Sudah tentu untuk BN.(Bebas dengan tikit BN)Kalau Zul masuk UMNO lagi bagus! Sebab perjuangan YB.Zul seiring dengan perjuangan UMNO.Okey lah tu ape lagi?
Kalau boleh Ustaz Hassan Ali pun diberi peluang yang same.Mereka adelah pejuang2 untuk Melayu,Islam dan Raja kita.So ,ape lagi yang kita harapkan.saya rasa mereka berdua ini akan banyak menyumbang dalam kemenangan BN.nanti.
Orang yang lantang macam mereka ini perlu ade dalam parlemen.Duduk dibarisan kerajaan.Kita lupakan hal2 yang telah menjadi sejarah ketika mereka tersilap langkah menyertai PR dulu itu.Lagi pun PR dah nak masuk kubur lepas PRU13 nanti.
Same2lah kita fikirkan demi bangsa ,negara dan agama kita.

Anonymous said...

Aku pengintai zul sejak dia jadi pembangkang besa dulu sampai skrg..

Anonymous said...

semua tak layak...zul nordin ke @ puak puak umno....pkr letak rafizi yg tumbangkan lembu sarizat

bebas said...

Betul,betul,hassan ali pun jangan diketepikan selain zul nordin,kami pengundi atas pagar yg pro umno mahukan calon2 yg berkualiti yg sayangkan agama,bangsa dan tanahair yg sejati.Bukan calon yg kejar kontrak dan duit yg masih banyak dalam umno.

Kita kasi saring dan tapis calon2 umno mata duitan yg merosakkan dan bagi nama buruk pada parti.KIta cari calon2 yg berkelyakan yg dekat di hati rakyat.Bukan calon gila jawatan.

Ingat pengundi umno bukan orang umno saja tapi rakyat Malaysia yg menyokong kerajaan.

Servant of God said...

Aku setuju.

Mana2 MP yang kurang memberansangkan, tak pernah nak tunjuk support pada kerajaan, macam tak reti buka mulut biarpun apa2 isu yang datang, wajarlah mengundur diri untuk insan2 yang tinggi semangat juang mereka.

Anonymous said...

mari gi ramai-ramai male ni

Anonymous said...

Setuju YB Zul bertanding di Parlimen Shah Alam..

Anonymous said...

pada think tank PM Najib , sila beritahu PM ..beri pertimbangan khusus kepada Yb Zul untuk bertanding atas tiket BN !

Yb Zul ini satu Malaysia dah kenal dan tahu siapa dan bagaimana dia , dia point besar untuk menelanjangkan anwar si peliwat tua !

please ...manusia sebegini amat rugi jika dilepaskan begitu saja , beri peluang pada Yb Zul untuk terus menabur bakti pada nusa bangsa dan agama tercinta !!

Anonymous said...

Bagi le orang-orang baru bertanding dlm PR13 ni.Zul ni nak bertanding atas tiket parti apa?BN kat Kulim tu dah ada pun calon.Zul leh la join Pak Brahim Ali kalu nak tanding nanti.Diorang ni kan ramai pengikut,pasti menang kalu tanding tapi bukan kat Malaysia le.

Anonymous said...

kami menyokong kenyataan tn zul mmg berani dan sesuai utk transformasi BN dan najib jgn ambil barua yg kepentingan tembolok tiada jatidiri.. wasalam hidup zul..hidup hasan alo hidup yb ezam hidup zaid md arip hidup ruslan kasim...