Tuesday, August 14, 2012

VIDEO PENGAKUAN MANGSA KRISTIANISASI.

29 comments:

Anonymous said...

bila lagi MB selangor nak declare agama rasmi selangor adalah kristian?

muahahaha....

Anonymous said...

agama Barat ini tak akan berhenti selagi mamat timur tak ikut depa.

kini sedar atau tidak bukan se-mamat malah hampir sekapal tunduk pada agenda agama Barat ini!

korang nampak ke kapal yang mana satu???

bayang-bayangkan

Anonymous said...

Dia bukan mangsa Kristianisasi, tapi mangsa kita umat Islam yang sentiasa bertelegah hingga abaikan kebajikan umat Islam yang lain. Berapa ramai antara kita yang bila lalu depan orang geledangan ada rasa simpati dalam hati atau sebalik terus bverlalu dengan pandangan jijik. Jangan salahkan orang Kristian kerana itu tugas mereka menyebarkan agama mereka, salahkan diri kita kerana gagal menjaga kebajikan umat Islam sendiri...

Anonymous said...

kalau anutan rasmi sesebuah negara boleh dispin oleh pengikut songsang ISA ke tahap umat sendiri jatuh percaya akan spinan berkenaan, apalah sangat untuk menyongsangkan kefahaman seorang hamba tuhan yang lemah lagi susah.

bayang-bayangkan

Anonymous said...

ustaz ustaz, ulamak ulamak dan bijak pandai islam di malaysia bukan nak menyatu padu kan umat islam tetapi mereka sibuk memecah belahkan ummah untuk kepentingan politik mereka

Anonymous said...

3.47,

bukan menyalahkan tetapi sekadar berkongsi info dan menaikan tahap kewaspadaan. tak salahkan? bukankah itu yang disebut dalam kitab suci?

Anonymous said...

Ini semua salah Pas. Banyak cakap pasal agama tapi tak buat keje. Kuat dakwah hal politik je. Sibuk kejar donia dan tak kisah akhirat. Harap nama je parti islam.

Anonymous said...

APA KOMEN DR MASZ LEE YANG EXTRA CERDIK. ,!
Yang BENAR tu PAHIT..

Anonymous said...

ini semua salah pas, sibuk bercakap siang mlm. ekonomi Islam entah kemana, hudud kemana. Last2 kena tipu pasal dinar Islam.

jenis muka tak malu tampal dgn kulit babi.

Anonymous said...

.
KALAU MAHUKAN DUNIA, PERLU ADA ILMU

kalau tak kenal dan tak faham teknik yang digunapakai oleh musuh, macam mana nak perkuatkan pertahanan diri? betulkan? atas sebab itu perlu ada tindakan proaktif.

proaktif dalam merisik kekuatan dan kelemahan di pihak musuh boleh digunakan untuk bukan saja perkuatkan pertahanan individu umat dan ummah,

tetapi lebih dari itu kalau dimodifikasi boleh ianya berubah jadi senjata yang mampu menarik individu lawan menjadi sebahagian dari komuniti umat.

FIKIR-FIKIRKAN

Anonymous said...

Para tok guru, ulamak, ustaz, dan orang-orang agamawan perlu mengambil iktibar, kepada yang berkecimpung dalam politik jangan hanya sibuk dengan politik saja, kepada yang berkerja di jabatan agama, baitulmal/pusat zakat dan juga penceramah-penceramah bebas, jangan hanya berada dalam kelompok anda saja hingga tidak mempedulikan masyarakat yang bukan sekelompok dengan anda.

Saya bukannya nak mengkritik golongan ulamak, tok guru, ustaz, ustazah, dan seangkatan dengannya ini, tapi selama ini saya lihat, kelompok ini seolah-olah terlalu ekslusif untuk kelompok mereka saja. Patutnya masuk ke dalam masyarakat terutama golongan muda. Seperti budak-budak muda main futsal, main bola sepak, bermain muzik, acara kebudayaan, berbasikal dan lain-lainnya, selalu dituduh melakukan perkara mungkar kerana golongan agamawan ini tidak suka dengan aktiviti sebegitu, takkanlah nak suruh semua muda mudi berceramah siang dan malam seperti golongan agamawan ini? Jangan terlalu memandang rendah kepada golongan muda sebegitu, aktiviti mereka itu pun bukannya maksiat kalau dibuat mengikut syariat dengan tunjuk ajar yang betul dari golongan agamawan, kalau asyik mengkritik dan memperkecilkan golongan muda itu, maka macam manalah golongan muda hendak mendekati program-program agama kerana seringkali mereka dihina, dicaci, dikritik dengan berat sebelah tanpa ada usaha dari golongan agamawan untuk membetulkan keadaan? Oleh itu jangan asyik mengkritik tak tentu arah, betulkan keadaan kalau ada kesilapan, biasalah manusia mana lepas dari kesilapan, jadi bila silap betulkan dengan berhemah, kalau dikutuk, dicaci, dihina dengan tak tentu pasal, maka payahlah nak tarik golongan muda mendekatkan diri dengan acara keagamaan.

Golongan agamawan perlu menyertai anak muda bermain futsal, bola sepak, sepak takraw dan sukan-sukan lain serta acara kebudayaan seperti tarian, nyanyian, bermain muzik dan betulkan keadaan supaya mengikut syariat, barulah keadaan dapat dibetulkan dengan berhemah. Jangan asyik nak berceramah pung pang pung pang saja, sedangkan sekadar itulah, masuk dalam kelompok sasaran dan betulkan keadaan, misalnya anak muda sibuk main bola hingga terlalai menunaikan solat, maka jika ada golongan agamawan turut main bola, maka dia boleh menunjukkan teladan dengan menunaikan solat, lama kelamaan akan mendatangkan kesan kepada pemain-pemain lain untuk berubah sama-sama menunaikan solat walaupun sibuk dengan aktiviti itu dan ini.

Dalam berdakwah, jangan terlalu ekslusif sangat, cuba contohi cara dakwah oleh golongan misionari agama lain, mereka mempraktikan dakwah secara berhemah dan menarik hingga menyebabkan orang suka dengan cara mereka. Jadi jangan salahkan pendakwah agama lain kerana mereka melaksanakan tanggungjawab mereka kepada agama mereka, tapi kita umat Islam yang perlu berubah dan mengamalkan dakwah secara berhemah dan berwawasan, bukannya berdakwah secara katak bawah tempurung, lebih-lebih lagi golongan agamawan yang berlagak sangat kononnya mereka golongan yang hebat kerana pandai agama hingga memperkecilkan golongan yang tidak satu grup dengan mereka, itu lagi teruk, menjauhkan masyarakat dari program keagamaan Islam.

Kepada para tok guru, ustaz, ulamak, ustazah, dan sebagainya termasuklah organisasi Islam, berubahlah cara berdakwah, jangan memandang rendah kepada golongan yang tidak satu grup dengan anda, malahan jangan memandang rendah kepada golongan muda yang kurang pengetahuan agama, jangan memandang hina aktiviti orang muda, cuba betulkan keadaan, jangan memanjang mengkritik hingga akhirnya merosakkan imej Islam bukan saja kepada orang bukan Islam, malahan anak muda Islam sendiri menjauhkan diri dari golongan agamawan dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti keagamaan kerana mereka rasa terhina dan terpinggir.

Kepada jabatan agama, pusat zakat, dan pusat bantuan lain berkaitan agama Islam, jangan banyak sangat karenah, cubalah membantu sedaya upaya, jangan bersikap sombong, sambil lewa dan lepas tangan hingga memberikan imej yang buruk kepada Islam pula. Berusahalah kerana anda punya tanggungjawab yang besar.

Anonymous said...

pemimpin no 2 pas, dlm ceramah, mata asyik jeling bini orang, lepa sikit tonyoh muka kat celah kelangkang.

zat said...

Anon 3:47 & 4:21

setuju komen ko org...jgn salahkan sapa2 tapi diri kita sendiri...

Anonymous said...

dia bukan setakat mangsa pertelagahan antara umat islam dlm aspek politik, tetapi adalah juga mangsa kepada sikap jabatan jabatan agama yg lebih suka menghukum dari membantu mencarikan jalan keluar untuk hamba allah yg di timpa masalah ...
cer baca komen mufti & timbalan mufti dlm Mastika keluaran terbaru...cerita yg lebih kurang sama ngan cerita hamba allah ni....

JABATAN AGAMA MAKAN GAJI BUTA!!!!

Anonymous said...

kakitangan pejabat agama majoriti beragama Pas, tu yg jd lagu tu.

Anonymous said...

Ini semua salah PASngok.

Aku ada visitor dari eropah bekrja di Uganda bercerita bagaimana misionary mengkristiankn orng Uganda di penempatan2 miskin.

Visitor ni tidak setuju dgn apa yng berlaku krn tlh menggugat hubungan sesama mereka.

Kemiskinan jalan kearah kekufuran.

Anonymous said...

bila lagi MB selangor nak declare agama rasmi selangor adalah kristian?
_______________________________
konfom bole...adun kafir kn lbh ramai dr muslim dlm adun kerajaan selangor skrg

Anonymous said...

LEPAS TENGOK DAN DENGAR VIDEO INI...............SHAME ON YOU DR MASZ LEE.....
WAJARKAH ABDULLAH SAMAAH DI SURUH TANGKAP.
HASAAN ALI DI PERLEKEH KERANA BERJUANG ANTI MURTAD........

SHAME ON YOU DR MASZ LEE...........

Anonymous said...

SI TAMRIN MASUK PAS. HA HA HA HA.........
SEBELUM TU ARTIS ARTIS MASUK PAS......
APA NAK JADI........
HASSAN ALI DI TENDANG.
NASHARUDDIN PUN TERIMA NASI SAMA...........
APA NAK JADI DENGAN PAS, PEJUANG ISLAM DI TERAJANG.........MASIH PARTI ISLAM KAH.
ESOK ADA RONGGENG DI PENTAS PAS, KEMUDIAN ARTISVARTIS AKAN MENARI DAN ERNYANYI....

PAS OH PIS OH PUS
PAS PS PUS.........

Anonymous said...

Ustaz2, ustazah2 la ni klu panggil ceramah agama ka atau ngajar agama ka mesti kena cas, klu free sorry la...tambah2 yg pernah kluaq kat radio-Tv lagi tinggi dia punya demand. Sebab tu banyak ceramah tapi takdak berkat sebab tak ikhlas. Bukan niat nak dakwah kerana Allah tapi kerna pulus. Dah jadi trend belajar ugama tinggi2 lepas jual balik agama untuk dpt habuan dunia. Sebab tu umat Islam skarang makin lemah...lemah selemah-lemahnya iman.

Anonymous said...

Ulamak, ustaz, ustazah, tok guru dan seangkatan dengannya perlu mengambil iktibar akan kejadian sekarang ini di mana umat Islam diasak oleh gerakan agama lain. Kita tidak boleh menyalah gerakan agama lain yang berhempas pulas untuk menarik orang ramai termasuk dari kalangan umat Islam sendiri menyertai mereka kerana itu adalah tugas mereka dan tanggungjawab mereka kepada agama mereka sendiri, apa yang menjadi persoalannya kini adalah sikap para alim ulamak, tok guru, ustaz, ustazah yang tidak mengambil inisiatif untuk mengekang perkara ini dengan berdakwah secara berkesan, kalau masih berdakwah secara katak bawah tempurung seperti sekarang ini, payahlah, bukan setakat nak mendakwah kepada penganut agama lain, malahan nak berdakwah kepada orang Islam sendiri pun sudah tidak sesuai. Jangan terlalu ekslusif, sertai masyarakat dan masuk ke dalam perkumpulan orang muda, selami jiwa mereka dan berdakwah secara berhemah, bukannya umpat keji kerana tidak sukakan perlakuan orang-orang muda. Misalnya mat rempit, tidak bolehkah para ustaz, ustazah, tok guru, dan laim ulamak ini membuat program keagamaan melibatkan mat rempit seperti kembara dakwah dengan berkonvoi sambil menyebarkan risalah Islam? Jangan terlalu ekslusif sangat, jangan kerana tak berjubah dan tak berserban maka tak bolehlah join dengan golongan muda ini, ini adalah suatu tindakan yang kurang tepat, kalau bersama anak-anak muda berkonvoi dari pagi hingga petang dengan melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan masjid, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, bukan saja membantu mengelakkan mat rempit tadi terjerumus ke kancah lumba haram yang membahayakan nyawa, malahan mat rempit itu akan dapat dibentuk dan dibimbing untuk menjadi insan yang berguna, menjadi sukarelawan yang berjasa untuk agama, bangsa dan tanah air. Libatkan sekali anak-anak muda yang suka main muzik, adakan program di rumah orang-orang tua, rumah kebajikan, rumah anak-anak yatim, di sekolah-sekolah, ini lebih mendatangkan kesan yang begitu baik berbanding dengan kaedah sekarang ini iaitu baca kitab di masjid dan hanya orang-orang tua saja yang mengikutinya, anak-anak muda nak bermain futsal, bola sepak, sepak takraw, bermain muzik. Kalau golongan agamawan masuk ke dalam kelompok anak muda ini, didik mereka dengan berhemah, keberangkalian yang sangat besar anak muda ini boleh dibentuk menjadi para daie yang akan meneruskan usaha dakwah mengikut cara mereka, dalam bermain bola sepak, futsal dan takraw pun boleh berdakwah, mungkin orang tanya macam mana, sebelum main berdoa, kemudian bila bermain masuk waktu, solat, habis main berdoa dan memberi nasihat untuk kebaikan, walaupun elemen keagamaan tidak besar dalam program sebegitu, tetapi ia memberi kesan yang besar kepada gerakan dakwah iaitu masyarakat terutama anak muda akan konsisten dengan beribadat, konsisten dengan kepercayaan kepada agama, mengamalkan perkara-perkara yang baik yang dianjurkan oleh agama, tidakkah itu suatu kejayaan yang besar?

Bersambung..................

Anonymous said...

Sambungan..............

Dalam bermain muzik misalnya, tak salah join dengan mereka, kerana alat muzik seperti gitar, piano, dram itu bukannya dibuat dari babi atau anjing, jangan terlalu jumud hingga menyebabkan anak muda berasa terpinggir, berasa tidak dihargai hingga akhirnya mereka menjauhkan diri dari kegiatan keagamaan.

Badan-badan Islam seperti pejabat agama, pusat zakat/baitulmal dan agensi-agensi dakwah Islam perlu memainkan peranan aktif, jangan diharapkan saja kepada duit zakat, sedekah, bantuan kerajaan, adakan kerjasama dengan swasta, dapatkan dana dari pihak swasta terutama melibatkan pengusaha muslim untuk digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan, tidak semestinya dari segi wang ringgit, mungkin dengan cara membantu mereka mendapatkan pekerjaan, pemberian modal untuk memula perniagaan dan sebagainya, jangan terlalu memandang rendah kepada golongan sebegini kerana mereka memerlukan, jika tidak dibantu, maka ada pendakwah agama lain akan beri bantuan dan tarik mereka ke agama tersebut, maka mulalah kita nak menyalahkan orang itu kononnya sesat, sedangkan pihak yang sepatutnya sendiri lepas tangan dan tidak bertanggungjawab. Berubahlah demi kepentingan Islam. Sebenarnya masalah ini terjadi disebabkan orang Islam sendiri yang lemah hingga tidak mampu membantu saudara seagama hingga saudara seagama disesatkan mengikut agama lain. Kelemahan ini bukanlah kerana tidak berupaya, tapi sebab lembab dalam tindakan dan tidak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu hingga akhirnya merosakkan umat Islam itu sendiri. Fikir-fikirnlah, dan berusahalah demi Allah dan Islam.

Ex Kristian K.Kinabalu Sabah said...

Di Indonesia dalam tahun tahun 60an dan 70an rusuhan hampir terjadi kerana aktiviti krstianisasi di kalangan orang Islam secara terbuka dan berani oleh pendakyah kristian. Mujurlah ketika itu Presiden Suharto telah mengeluarkan arahan yang melarang penyebaran agama lain di kalangan orang Islam demi 'memelihara kerukunan beragama'.

Anonymous said...

Anonymous said...

Ustaz2, ustazah2 la ni klu panggil ceramah agama ka atau ngajar agama ka mesti kena cas, klu free sorry la...tambah2 yg pernah kluaq kat radio-Tv lagi tinggi dia punya demand. Sebab tu banyak ceramah tapi takdak berkat sebab tak ikhlas. Bukan niat nak dakwah kerana Allah tapi kerna pulus. Dah jadi trend belajar ugama tinggi2 lepas jual balik agama untuk dpt habuan dunia. Sebab tu umat Islam skarang makin lemah...lemah selemah-lemahnya iman.

August 14, 2012 5:39 PM

------------------------------------------------------------------

Inilah masalah sekarang ini, wang ringgit menjadi keutamaan, ilmu Allah pun hendak dijual beli dengan wang ringgit. Saya tidak menyalahkan kalau hendak mengenakan caj tertentu, tapi janganlah tak munasabah seolah-olah wang ringgit lebih dipentingkan berbanding kemaslahatan ummah.

Kalaulah para pendakwah zaman silam bersikap seperti golongan alim ulama, ustaz, ustazah, tok guru sekarang ini, maka hingga kini mungkin orang Melayu adalah golongan penganut Buddha dan Hindu kerana sebelum penyebaran Islam ke rantau nusantara ini, orang Islam adalah penganut agama Buddha dan Hindu, tapi kerana keikhlasan para pendakwah zaman silam yang gigih, walaupun mempunyai ilmu agama yang tinggi, terpaksa belayar beribu-ribu batu dari negeri Arab, India dan China, tiada satu sen pun caj dikenakan di atas ilmu Allah mengenai Islam. Sebab itulah Islam berkembang pesat di rantau nusantara kerana ia disebarkan dengan keikhlasan, dengan kegigihan, tak payah pergi paksa dengan kekerasan pun, berduyun-duyun orang Melayu zaman silam datuk nenek kita semua menganut agama Islam yang suci ini.

Kepada golongan tok guru, alim ulama, ustaz, ustazah sama yang popular masuk televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan sebagainya serta yang sekadar terkenal di kampung saja pun, marilah sama-sama berjuang demi akidah umat Islam, saya percaya para tok guru, alim ulama yang tak terkenal yang tak masuk televisyen, surat khabar, radio ni berjuang dengan ikhlas, sebab itulah mereka tak terkenal sangat, mereka low profile, ikhlas, inilah yang diperlukan.

Sekali lagi, janganlah kita menyalahkan orang lain atas kegagalan kita menyelamatkan akidah umat Islam, kerana umat Islam sendirilah yang menyebabkan umat Islam menjadi porak peranda, masalah politik hingga berpolitik keterlaluan memperalatkan agama pun satu hal, tak pasal-pasal merosakkan akidah dengan hukum hakam yang entah apa-apa hingga mengelirukan masyarakat. Sudah-sudahlah, bertaubatlah, insaflah, fikirkan demi Islam, nak politik pun jangan sampai menjahanamkan umat Islam sendiri.

Ramai pihak suka menyalahkan pihak kerajaan, sedangkan saya lihat pihak kerajaan sudah sedaya upaya untuk memartabatkan Islam, peranan alim ulama, tok guru, ustaz, ustazahlah untuk membantu kerajaan, jangan terlalu ekslusif sangat dengan pemikiran korang, jangan kerana kerajaan buat program seperti karnival, korang kata sesat dan macam-macam tuduhan, berilah garis panduan yang munasabah kepada kerajaan untuk menjadikan suatu acara keramaian itu mengikut syariat, kalau dikritik tak tentu hala arah tujuan, maka tak datang manfaat pun, merosakkan sajalah adalah.


Bersambung...............

Anonymous said...

Sambungan................

Mungkin ramai akan tuduh saya ni penentang golongan agama, saya ini mungkin dianggap golongan sekular yang hendak mensekularkan masyarakat, tetapi sebelum menuduh, nilai dan kajilah tulisan saya dengan mendalam, Islam itu mudah dan tidak memberatkan penganutnya dengan perkara yang sia-sia, cuma segelintir pihak yang kononnya cerdik pandai agama yang suka mengadakan itu dan ini yang bidaah hingga mendatangkan masalah kepada masyarakat. Bila orang lain buat itu ini pandai pula tuduh bidaah, tapi mereka buat perkara yang menyusahkan masyarakat hingga menyusahkan pemahaman masyarakat terhadap Islam itu tak bidaah ke?

Kaedah dakwah perlu lebih berkesan, lebih komprehensif, bukannya dakwah macam katak bawah tempurung lagi, jangan ekslusif sangat dan bergaullah dengan semua kelompok masyarakat untuk membetulkan segala masalah dalam masyarakat kerana itu adalah kaedah yang sangat berkesan. Fikir-fikirkan dan berusaha demi agama, bangsa dan tanah air.

Anonymous said...

5:44 PM,

pihak pentadbiran rumah sembahan sebuah kumpulan kafir, di satu lokasi telah ambil inisiatif untuk buka kedai cuci kereta dan kesemua pekerjanya adalah pekerja sukarela. semua pungutan disalurkan pada rumah sembahan. bagaimana dengan komuniti ummah. ada siapa bolehkan berikan apa jua contoh selain dari memperalatkan kanak-kanak untuk pungut itu dan ini?

sekadar berkongsi info

Anonymous said...

Anonymous said...

5:44 PM,

pihak pentadbiran rumah sembahan sebuah kumpulan kafir, di satu lokasi telah ambil inisiatif untuk buka kedai cuci kereta dan kesemua pekerjanya adalah pekerja sukarela. semua pungutan disalurkan pada rumah sembahan. bagaimana dengan komuniti ummah. ada siapa bolehkan berikan apa jua contoh selain dari memperalatkan kanak-kanak untuk pungut itu dan ini?

sekadar berkongsi info
August 14, 2012 6:09 PM

-------------------------------------------------------------------

Sebab itulah, kerjasama agensi agama dengan pihak swasta milik orang Islam itu penting, lihatlah Yayasan Al-Bukhari yang diasaskan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhari, beliau banyak memberikan sumbangan demi kemaslahatan ummah, tetapi lihatlah agensi agama di negara ini, bersikap bodoh sombong, tidak mahu bekerjasama dengan pihak swasta, apa salahnya adakan program dengan pihak swasta? Pihak swasta pun ada promosi mereka sendiri, sambil promosi mereka boleh beramal dengan membantu umat Islam yang dalam kesusahan. Patutnya agensi agama di negara ini adakan kerjasama dengan swasta untuk memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang-orang tua, mengadakan kelas-kelas mengaji di syarikat swasta dengan percuma sebagai membalas budi bantuan yang dihulurkan oleh pihak swasta, ini adalah satu situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak kerana pihak swasta memberikan dana kepada agensi Islam untuk memperkasakan dakwah Islam, maka agensi Islam pula membantu memberi kuliah agama, kelas mengaji dan sebagainya kepada agensi swasa secara tidak langsung itu pun dakwah juga.

Banyak kaedah yang boleh digunakan oleh pihak agensi agama di negara ini, cuma mereka terlalu ekslusif, terlalu suka dengan cara sendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain hingga menjadikan dakwah Islam perlahan. Saya bukanlah hendak menghina, tetapi inilah realitinya.

Lihatlah agensi seperti Yayasan Islam Negeri-Negeri, kebanyakkan mereka mengalibabakan kemudahan yang diberikan kepada mereka oleh pihak kerajaan, jika kerajaan beri tanah mereka pajak kepada syarikat bukan bumiputera, kononnya tidak ada kepakaran untuk berniaga, kalau tak tau nak berniaga jangan ambik. Malahan apalah salahnya kalau adakan join venture dengan syarikat perladangan bumiputera seperti Tabung Haji dan sebagainya untuk mengusaha tanah itu dan ambik orang-orang Islam bekerja di sana? Begitu juga dengan perkara lain seperti tanah kuari, dipajakkan kepada bukan bumiputera, apa sudah jadi dengan agensi Islam di negara ini? Adakah kepakaran untuk berceramah pung pang pung pang di sana sini saja? Banyak daya usaha kerajaan untuk memajukan umat Islam, tapi pihak yang bertanggangun jawab nampaknya tidak betanggungjawab menguruskannya dengan betul. Kebanyakkanya yang dilihat adalah seperti pendedahan saudara di atas, mempergunakan kanak-kanak untuk mengemis dan menjual itu dan ini, kononnya untuk dakwah, sedangkan bantuan lain korang pajak ke pada syarikat bukan bumiputera.

Kalau tidak puas hati dengan komen saya ini, mana-mana golongan agama boleh komplen, nak makin dan caci saya pun ikut sukalah, tapi adakah itu cara Islam? Fikir-fikirkan, dan berusahalah demi agama, bangsa dan tanah air.

Anti PR said...

He..he..spesis suka menyondol & menyonyot..

Anti PR said...

Skrg ni offer sesiapa saja ada nama. Maklumlah nak jaga kebajikan. Pakai kopiah terus ada lesen menyumpah & mengkafirkan org lain.