Sunday, September 9, 2012

TUANKU SULTAN JOHOR MEMANG TEGAS !



MERSING 8 Sept. - Projek mega, Mersing Laguna di sini yang dilancarkan April lalu dibatalkan berikutan kegagalan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sendiri telah memantau kemajuan projek berkenaan dan pihak pemaju didapati gagal memenuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani 25 Februari lalu.

"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta namun sehingga ke hari ini, selepas tamat tempoh enam bulan, pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.

"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," titah baginda pada Majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar Mersing di sini hari ini.

9 comments:

Anonymous said...

Tepat tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor.

Tak ikut prosedur ,batal terus bagi mengelakkan projek gajah putih.

Anonymous said...

Sejak bila pulak Sultan ada kuasa executive ?

Anonymous said...

Setuju dengan tindakan tuanku .Kerajaan johor kena lebih tegas ,mana mana projek yang memingirkan rayaat setempat mesti dihentikan ....sultan johor adalah tuan punya negeri johor dan rayaat johor sayangkan bahginda .Walaupun bahginda tidak campor urusan politik tapi kedudukan dan kuasa mengatasi semua .Iskandar Malaysia ,Apa manafaat kepada penduduk kampong kampong disekitarnya .

Anonymous said...

Apakah sebabnya menjadi begitu? Apakah masalah pemaju.. Rakyat Mersing dahagakan pembanguman..

Anonymous said...

Pemaju gagal meyediakan cagaran 200juta seperti yg dipersetujui.Kalau tak ada duit yang cukupjangan gatal gatal nak buat projek .Kalau setakat nak dapatkan duit modal dari menjual atau mencagarkan tanah orang kampong itu merompak namanya .saya sokong tuanku ambil tau soal negeri .....tidaklah membiarkan segala urusankepada menteri besar ja .....Tengok kat selangor nak bina logi air langat pun susah ......

Anonymous said...

Tanah negeri dia....dia punya hal la...apahal plak nak kuasa2 excutive....

Anonymous said...

Betul. Tanah negeri baginda. Cuma manusia berotak beruk yg sibuk2 nak pertikai. Ini masa kena tunjuk kuasa cara yg betul.

Anonymous said...

Ya betul..rakyat Mersing dh lama ketinggalan dan harapkan pembangunan mcm daerah2 lain gak.. Dh lama di diskriminasikan.. Dh lama jd bandar nelayan je...

Klu syarikat pemaju hadapi masalah bantulah mereka..klu tk mampu gak cr lah pemaju lain yg lebih kredible..

Jangan dibiarkan bumi Mersing terus ketinggalan walaupun punyai aset semulajadi yg tak ternilai harganya..

Anonymous said...

Tuanku batalkan projek sebab MB gi cuti ke Luar Negara.....Utusan kata mereka tidak dapat menghubungi MB JOhor Dato Seri Abdul Ghani......
Jadi siapa berani tentang Sultan JOhor di negerinya???