Thursday, October 18, 2012

JOM BELAJAR MENIPU GAYA PAS.


Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah.

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita?

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan.

Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul.

Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya.

Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut.

Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu.

Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.

Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan.

Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini.

Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan.

25 comments:

Anonymous said...

NIK AZIZ DAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS YANG DIPILIH DI MUKTAMAR TERAKHIR INI SEMUANYA PENIPU. PEMBOHONG. PEMBELIT DAN PENYANGAK. MEREKA SEPATUTNYA DIHUMBAN KENERAKA JAHANAM.

Anonymous said...

NIK AZIZ SUDAH LAMA SEPATUTNYA BERSARA DARI POLITIK TETAPI BAHANA UJUB DAN TAKABBUR MASIH LAGI GILAKAN KUASA. JAHANAM PUNYA PEMIMPIN. KONON ULAMAK. TETAPI RUPA RUPANYA ULAMAK SUUK.

Anonymous said...

Mana ada pegawai SPRM nak siasat benda macamni, depa takut kena doa pecah perut......lagipun kat dalam SPRM tu penuh dengan penyokong tegar PAS

Anonymous said...

Laporan Ketua Audit Negara hanya betul apabila ianya mendedahkan kepincangan dipihak kerajaan BN tetapi ianya adalah tidak betul/fitnah/konspirasi jahat umno apabila ia mendedahkan kepincangan kerajaan pas/PR. husam musa...amacam?

Anonymous said...

Hudud dilaksana 1.2 juta hilang pekerjaan.. Dahsyat kenyataan menteri mentor umno ni.. Bercakap seolah olah dia tuhan..nmpaknya peluang bn nak terus kekal semakin nipis... Ada baiknya menteri2 dari luar umno diam sehingga pru13..

Biar najib n muhyuddin saja beraksi

Anonymous said...

cuba pejamkan mata... pasti nampak projek kat situ semuanya dah siap mendahului jadual, kat Kelate mane ade kroni-kroni ni... rasuah jauh sekali, semua projek termasuk Lebuhraya Rakyat, Keretapi Laju, Stadium Baru bakal siap mendahului jadual yang ditetapkan.... akan datang bangunan tertinggi dunia akan dibina di sana berkat kepimpinan Tok Guru.... BN jeles sangat la tuh... cer cuba pejam kejap... nampak tak..??

Anonymous said...

Anonymous said...
Hudud dilaksana 1.2 juta hilang pekerjaan.. Dahsyat kenyataan menteri mentor umno ni.. Bercakap seolah olah dia tuhan..nmpaknya peluang bn nak terus kekal semakin nipis... Ada baiknya menteri2 dari luar umno diam sehingga pru13..

Biar najib n muhyuddin saja beraksi

October 18, 2012 8:08 PM

---------------------------------

Betul tu, sebelum hudud alagaPAS dilaksanakna pun, takde pekerjaan baru kat Kelantan tu.... terpaksa la berhijrah keluar dari Kelantan demi sesuap nasi, lepas tu dapat gaji, derma pada projek yang takkan siap-siap.... hasil kelicikan pemimpin hamPAS....

Anonymous said...

Siapa menteri mentor??? Tak pernah dengar pun.... Lee Kuan Yew yang dapat tanda bagus dari Pork Nick tu ke???

Anonymous said...

Sebab hudud yang dilaksanakan oleh pas bukan hudud sebenar dalam Al quran.

Anonymous said...

Aiseymen alasan projek tu saje nak gelapkan mata rakyat apa yang penting.. tanah kasi gadai! Inilah akibat diperintah MB yang terlampau cerdik sampai dah kena kencing pun masih tak sedar.

Anonymous said...

toksah mimpi ler SPRM nak siasat....kalau siasat pun sambil lewa, sekadar melepas kentot di tangga jer...tu pun kalau ada yg bising la...pi buat aduan....tapi kalau projek UMNO/BN....sebelum ayam berkokok,,sebelum subuh SPRM akan serbu rumah org tu...siap pakai UTK lagi...

Anonymous said...

Tak buat terus pon takpo. Saja je tu nak serah tanah kasi kroni.

Anonymous said...

Hudud dilaksana 1.2 juta hilang pekerjaan.. Dahsyat kenyataan menteri mentor umno ni.. Bercakap seolah olah dia tuhan..nmpaknya peluang bn nak terus kekal semakin nipis... Ada baiknya menteri2 dari luar umno diam sehingga pru13..

Biar najib n muhyuddin saja beraksi

Anonymous said...

Hudud dilaksana 1.2 juta hilang pekerjaan.. Dahsyat kenyataan menteri mentor umno ni.. Bercakap seolah olah dia tuhan..nmpaknya peluang bn nak terus kekal semakin nipis... Ada baiknya menteri2 dari luar umno diam sehingga pru13..

Biar najib n muhyuddin saja beraksi

Anonymous said...

SPRM

ooi....

Anonymous said...

sprm
inai masih merah dijari.....

nurul hafizah said...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan, termasuk di resort judi Genting Highlands dan rumah urut, sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia....bagus lagi presiden DAP

Anonymous said...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan, termasuk di resort judi Genting Highlands dan rumah urut, sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Anonymous said...

Patut ar penyokong PAS senang kena tipu mereka melihat semua proek yng dijanjikan sukses, hanya dgn memejamkan mata.Perasaan halusinasi ini yng membawa apayng di tawarkan seperti keretapilaju walau pun baru di peringkat perkataan menjadi real.

Sekarag baru aku faham kenapa mereka saggup melakukan perkara2 extrem seperti baring di tengah jalanraya pd hari panas ketika kereta lalu rupanya didorong oleh faktor halusinasi.

Nakke Putra Jaya punya pasal sampai sakit jiwa!

Anonymous said...

bahlul PAS

Anonymous said...

Ustaz Umno Chua Soi Lek keluar kenyataan yg berkhasiat demi agama bangsa dan negara..Mana pegi ustaz Umno yang lain?Senyap lagi sepi ajer atau redho ajer ler.

Anonymous said...

Apo kono nyo jang..komen den tak ponah kelua.Tak cun la camni.Bagi paneh skit GAP ni.Kasi cedok ajo.

Anonymous said...

Syabas UMNO mempunyai pakar-pakar agama seperti Ustaz Chua Soi Lek..Terus membisu ustaz-ustaz yang lain.Dasar lembu.

Anonymous said...

Apa ke bangang pencacai hamPAS bagi komen keluar tajuk nih?
Klu tak boleh jwb isu korup kjaan N Ajis ni... duk diam2.

Anonymous said...

jawab jgn tak jawab. kalau ngato dan hino oghe lain mu yg terhebat. sekarang keno atah bate hidung mu..mu jawablah sendiri tapi jange main puto alam. jawab sebagai seoghe isle...