Wednesday, January 23, 2013

TUN M BAGI SATU LAGI PUKULAN MAUT.


PILIHANRAYA
1. Kemana sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar Negara, saya akan ditanya bila pilihanraya akan diadakan.
2. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh 5 tahun hayat Parlimen.
3. Soalan seterusnya ialah samada Barisan Nasional akan menang. Jawapan saya ia akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung Parliament) atau sebuah Kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
4. Ramai yang berkata Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh digunapakai untuk semua keadaan.
5. Ini kerana alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ia menyertai UMNO dan bukan PAS. Sekarang saya faham. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, ia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO ia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
6. Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka ia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
7. Sekarang ia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri”, turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.

8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.
9. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
10. Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional.
11. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
12. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
13. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke !3 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
14. Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
15. Ia terbuka kepada innovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi Kerajaan BN.
16. Ini bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
17. Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya. PAS kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan Barisan Nasional dan menubuh Kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
18. Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 Barisan Nasional kehilangan lima buah Negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99%. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
19. Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan Barisan Nasional memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti Kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demoratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan system dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan system dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan Kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
20. Barak Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi ia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Ia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
21. Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan LDP. Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan Kerajaan tidak meningkat kemajuan Jepun.
22. Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
23. Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Ia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
24. Terdapat Kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding Kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
25. Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakkannya tiada perubahan yang berlaku hasil darinya. Amat sedikit contoh menunjuk apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Sepertimana dikatakan oleh orang Perancis “Plus ca change, plus c’est la meme chose” (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
26. Tidak perlu menukar Kerajaan semata-mata untuk menegak system dwi-parti. Negara yang mempunyai system dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis kekonomi dan kewangan, mereka mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
27. Saya telah nyatakan sebelum ini “better the devil you know than the angel you don’t.” Barisan Nasional bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bila kejayaan tidak berlaku, Barisan cepat menukar pemimpin yang gagal.
28. Pilihanraya memberi kita peluang untuk menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
29. Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjuk kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
30. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
31. Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.
32. Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.

69 comments:

Anonymous said...

Kerakyatan Palsu - Kenapa Mahathir Takut Sangat Dengan Suruhanjaya DiRaja?
RCI tidak akan membuahkan hasil, kata Dr M
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pembentukan Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) berkenaan pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah tidak akan memberikan sebarang perubahan yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Menurut bekas perdana menteri itu lagi, pembentukan RCI itu juga hanya akan merumitkan keadaan kerana ia akan menjurus kepada perkara lain dan tidak fokus kepada membincangkan permasalahan.


“RCI ini tidak akan hasilkan apa-apa yang boleh selesaikan masalah. Bila ada RCI nanti ia akan bawa kepada perkara lain,” kata bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini.

Anonymous said...


PAS+PKR+DAP= Anjing Yang Tersepit specially DAP
Who let the dogs out? DAP! DAP! DAP!
Who let the dogs out? Tot! Tot! Tot!
Who let the dogs out? PAS! PAS! PAS!
Mari nyanyi sama2 sambil takebeer hehehehe

p/s: Ada yang panas hati woo nyanyi lagu ni, takpe janji kita enjoy dulu hahahahaha nak sejuk minta sama itu bro Assmin dalam Jamban
amacam bro ada berani lawan vokal sama gua nyanyi lagu ni hahahaha...VOKAL BUKAN SEKADAR JAMBAN ASSMIN hehehehe..

Anonymous said...

JOM TUKAR !!!
KITA TUKAR BN MENTADBIR KELANTAN.

JOM 2/3 !!
KITA BAGI BN KUASA 2/3 KEMBALI AGAR LGBT,KOMUNIC,CINA RACIST,PENJUAL AGAMA, PETUALANG BANGSA DIKAPANKAN !!!

gen2felda

Anonymous said...

Yang terbaik pemimpin Pakatan adalah yang terburuk jika dibandingkan dengan BN.

Anonymous said...

jawaban mudah kita lawan cari bersih baru tau sapa dpt memerintah.bila kita setiap ulasan org2 kuat umno memang sukar utk mempertahankan BN.riaksi sgt ketara dikalangan pemimpin BN bahawa PRU13 bukan sebarang pilihan raya.nampak sgt cemas.jika tidak manakan bubar parlimen sehingga cukut tempoh.jarang berlaku sebelum ini.ini bermakna BN percaya pakatan ada kekuatan utk menumbangkan BN.saya harap sgt kerajaan bertukar tgn insyaalah.apa2 pun saya sokong sgt kerajaan baru dibawah pakatan.selamat tggal dr mahathir

Anonymous said...

Pok-pok caii ni ..di suruh baca berkali-kali pun bukannya faham

taraf ,buta perut..tuli bertingkat-tingkat...hati di tutup

sebab menganggap diri mereka yg terbaik/tahap

'maksum',org lain macam binatang..

ala-ala konsep syiah,dah dekat-dekat macam ideologi yahudi

jgn marah haaa...fakta tu..

-Kalau sanggup tukar pendirian dok ikut cakap karpalll sink-; MEMANG KAU NI JENIS BANGS.TTTT

LEBIH TAKUTKAN SI SINK DARI ALLAH.

Anonymous said...

Terbaik...

Anonymous said...

Ya Ayahanda Tun....krn marahkn pak tiDOLah..Selangor yg indah kini terburai di ratah oleh pakatan 'lanun'...

Pengalaman mmberi pengajaran yg amat menyakitkn...namun kami redo..itula hikmahnya..kalo x, ramai yg berasa terbuai2 dgn dodoian janji2 bergula puak pakatan..bila dah trkena batang idong sendiri..

melihat sndiri ke'baculan' PAS yg menyalak sblm ini akan menerapkn pntadbiran Islam di Selangor..tapi hny omongan kosong...

Melihat rakusnya pakatan mengaup hasil dan harta yg ada di Selangor amat mnjengkelkn..

KRONI DI UTAMAKN , RAKYAT DI BIARKAN...itu yg trjadi..sedangkn mmrintan 4 ngr pon pakatan lebeh 'dahsyat' kemungkaran .jadi kalo mntadbir Malaysia maunya nnt Malaysia akan mnjadi HUB maksiat/kemungkaran yg trsohor..

Yg penting...org Melayu akan terpinggir krn dlm pakatan Melayu hny diperlukan utk UNDI shj .....SO SEDAR2LAH WAHAI MELAYU/ISLAM

Anonymous said...

apabila firaun berkata kata,
terserlah sifat ke Qarunnanya..

wénkt said...

Kalau baca dgn hati yang terbuka, kita akan faham

Anonymous said...

Tun Mahathir selalu mengigatkan dan memberi idea yg memberi nasihat.renungkanlah dan fikirkan.jangan bila leputusan pru13 dah dpt kita akan ditindas dan akan kecewa oleh parti yg mmg x layak utk memerintah.

raismazzadam said...

ayahanda terlupa satu perkara..dahulu bangsa lain tak berani bersuara..pasal polisi ayahanda tapi kini bangsa melayu terpaksa LISTEN pada bangsa lain..BODOH PUNYA AL-JUBURI..INGAT INILAH TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..SELAMANYA MALAYSIA..

raismazzadam said...

ayahanda terlupa satu perkara..dahulu bangsa lain tak berani bersuara..pasal polisi ayahanda tapi kini bangsa melayu terpaksa LISTEN pada bangsa lain..BODOH PUNYA AL-JUBURI..INGAT INILAH TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..SELAMANYA MALAYSIA..

Anonymous said...

Walaupun usianya dah melangkaui 80 tahun namun ketajaman fikiran dan daya ingatannya masih tetap utuh....semoga Tun M dikurniakan kesiahatan yang baik dan keimanan yang kukuh hingga ke akhir hayat

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada Tun Mahathir, dengan kupasan isu yang begitu dinamik sesuai dengan Tun yang sangat low profile serta `wise man'. Segalanya berserta fakta, dan bukan `auta' seperti setengah pihak yang tak tahu bersyukur dan berterima kasih.
Terima kasih Tun, atas jasa-jasa Tun membangunkan Malaysia berserta teman seperjuangan.
Terima kasih.

Anonymous said...

TAKKAN NAK PILIH ALJUBURRI SBG PM.
HABIS NANTI SEMUA DI JUBURRRR.

Anonymous said...

Aku pun heran kenapa masih ada orang percaya kat anwar..
Dah berapa kali dia kelentong..orang masih menaruh harapan kat dia..
Aku harap ada orang kaji pemikiran org malaysia ni..
Dgn kata2 tun ni..harap org malaysia pikirla sikit mana satu reality..mana satu fantasi
Aku dah lama tak caya kat nuar ni..sejak dia jadi menteri pelajaran lagi..
Rahsianya hanya guru2 veteran je tahu apa mamat ni dah buat..

Anonymous said...

Apa yang Tun nyatakan adalah kebenaran walaupun ada sesetengah pihak terasa pahit untuk menelannya.....
I will vote for the BN in the coming election.

Anonymous said...

Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji

Anonymous said...

SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI PAKATAN KERANA ..MASA MASALAH SAMPAH SI SELANGOR, TERDAPAT SIGNAGE..."DILALANG BUANG SAMPAH" & "DILADANG BUANG SAMPAH" DIPACAK OLEH KONTRAKTOR SAMPAH DI SEKSYEN 28 SHAH ALAM NI..
-UNDI PAKATAN, DAP KENYANG.

Anonymous said...

Masalahnya PR tkde pengalaman.........cukup la pentadbiran PAS di trengganu 1999..selama 5thn.....rakyat dh nampak kelemahan kerajaan negeri trengganu yg ditadbir oleh pas.......skrg 2008 selangor kedah penang Dan kelantan.....semuanya bermasalah oleh pentadbiran kerajaan negeri oleh PR......manifesto yg tk tertunai.....apakah yg diharap kan oleh rakyat sedangkan pentadbiran kerajaan negeri yg ditadbir oleh PR byk kelemahan. ...skrg ada hati nak jadi kerajaan.......cukupla penipuan kerajaan negeri PR.......

Aku Sayang Tun Mahathir said...

..tidak ada satu ayat pun dari Tun yang saya setuju..MELAINKAN..amat amat setuju belaka...terima kasih Tun.....

Anonymous said...

Dulu orang Jepun pun cuba menukar parti yang telah lama memerintah iaitu LDP. Last2 orang Jepun mengundi semula LDP untuk memegang tampuh pemerintahan Jepun kerana parti yang telah lama memerintah Jepun lebih dominan dan berwibawa. Parti Pembangkang tal berkesan bayk bawa masalah ekonomi Jepun yang semakin tepu. So kita jangan sekali pun untuk membiar negara Malaysia di bawah pakatan haramjadah PR. Pakatan Haramjadah banyak bawa kehancuran ekonomi dan kemakmuran Malaysia. Kerajaan BN terbukti berjaya membawa Malaysia cemerlang dalam pelbagai aspek ekonomi, politik, sosial dll.a

So janganlah menggadai negara ni kepada Pakatan Haramjadah !!!

HANAFI VALE. Fire!! K.O. DAP... Fire !! K.O.PAS.. Fire !! K.O. PKR..

Anonymous said...

terbaik dari ayahanda Tun M.

Otak geliga said...

Pandangan TM ni memang betul2 buat cai2 pembangkang menggelupur kepanasan, telinga bernanah, hidung berdarah...malah mungkin tercirit2 sekarang.....hahahaha

pandangan JELAS,PADAT & MUDAH DIFAHAMI.

selepas menonton DIALOG TV1, jelas ramai rakyat Malaysia yg MALAS mencari sumber...tapi RAJIN memberi komen. Malangnya komen memperlihatkan betapa CETEK pandangan yg mengomen....sori kalau ada yg terasa...hehe

cara pemikiran DANGKAL, KERING SUMBER TEPAT & LARI TAJUK adalah JELAS seperti pemikiran cai2 pembangkang.....hehehe

Good bye PKR!
Get lost biaDAPigs!
Shooh!..shooh!....PAS!
tau kenapa PAS dishoohkan?...lu pk la sendiri....hahaha

Anonymous said...

Kelas babe!

Anonymous said...

berhati hatilah kita terhadap Pakatan Haramjadah. jangan biarkan negara jatuh ketangan pengkhianat negara yang dok dalam Pakatan Haramjadah. Kerajaan BN terbukti berkesan sepanajang pemrintahan 55 tahun. Seluruh dunia sudah maklum bahawa pemerintahan BN berjaya menaikkan mertabat warga Malaysia di luar negara contohnya keupayaan rakyat dan syarikat2 Malaysia di Timur Tengah, India, Singapore dan dll negara. BN mencorak pemikiran rakyat supaya berjaya dalam plebagai bidang dgn slogan Malaysia Boleh !!

HANAFI VALE. Fire !! Pakatan Haramjadah !!!

Langsi said...

GAP betul2 dah tak berteloq mcm TokNajisNazak... dah tak berani nak buat open komen lagi dah! Sian kat KoMandul Melayu...

Ndul... nko nak merayau ke mana skrg, aku nak ikut ni!

aloya said...

Terbaiklah Tun.. Penangan maut untuk Pakatan Ahzab.

KO PR KO PR, PR KO PR KO!!!

Anonymous said...

Dap guna pas, pas guna pkr dan pkr guna dap. Mereka saling guna menggunai. Tapi yg sebenarnya mereka ni semua tak guna!

Tukang Komen said...

Memang ada yg tidak senang dgn apa yg dikatakan oleh Tun M. Namun ianya adalah yg terbaik bagi mereka yang berakal. Tidak ada gunanya menukar kerajaan semata2 kerana 'sudah lama' memerintah. Rekod perkhidmatan kerajaan Umno/BN sudah cukup sebagai bukti bahawa pembangkang yg tiada pengelaman dan keikhlasan bakal menghancurkan pembangunan dan ekonomi negara. KERAJAAN BN MENEPATI JANJI.

warisan tmk said...

Tahniah Tun Mahathir. Tun Mahathir adalah sebenar-benarnya ANUGERAH ALLAH swt kepada umat Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia.

Anonymous said...

LIKE 'fakta' no 8 ni

8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.

Terima kasih Tun M..

Zaeydee said...

Pembangkang ni cukup menyampah dengan TM..para pengikutnya lagilah..itulah hasil mahsul pembangkang...50 tahun kat Malaysia...kerjanya dok bencikan para pemimpin...dah tak kenal antara emas dan permata...cakap lagumanapun baik pas, pkr lebih2 lagi dap semua nya hampas...low class punya pembangkang..dok gitu

Anonymous said...

anwar ibrahim janji klu menang akan turunkan harga minyak...hehehe bijak anwar...berapa byk anwar nak turun rakyat yg bijak mcm aku jer terfikir agak2 berapala dia nk turun mgkin 1sen mgkin 2sen...turun byk tu....mmg patut org kata anwar kaki kencing....cukupla16 sept dia kencing klu harga minyak dia turun 1sen....mmg dia turunkan tapi 1sen je...hehehe klu setakat 1sen.....baik aku jentik telur dia so...jgn la percaya mamat anwar kaki kencing.......

Anonymous said...

mb selangor khalid ibrahim pening kepala skrg...mana mau cari duit baya saman mahkamah. padan muka ko khalid..klu tk mampu nak tunaikan janji2 manifesto PR jgn berjanji..........blm menang dh janji mcm2 bila dh menang buat2 lupa....ini pun ada hati nk rampas putrajaya....giler punya org

Anonymous said...

mb selangor khalid ibrahim pening kepala skrg...mana mau cari duit baya saman mahkamah. padan muka ko khalid..klu tk mampu nak tunaikan janji2 manifesto PR jgn berjanji..........blm menang dh janji mcm2 bila dh menang buat2 lupa....ini pun ada hati nk rampas putrajaya....giler punya org

Anonymous said...

Ada lg kepercayaan kurafat d msia yg kata bn saja yg bleh perintah malang nasib melayu ok cai2 umno cuba ko kira kerusi bkn melayu bn ada berapa utk d tanding rasa aku la lebih bnyk dari pr jd sapa yg nak gadai melayu ni dan berapa dh pertambahan kerusi yg d tanding oleh bkn melayu bn dari tahun 1990 hingga sekarang sape yg gadai kerusi melayu ni pr ke bn ko tnya la mahafiraun tu hidup dia keja kacau pm je start dari tun hussin dia kacau pak lah dia kacau najib pun dia. Kacau pentadbiran apa lg yg dia nak atas dunia ni harap2 dia ganggu najib utk tentukan calon bn mampus mahafiraun

Anonymous said...

Hanya yang bijak pandai sahaja dapatmentafsir kenyattan yang Tun M hujahkan...yang bodoh bahalol bangang dan baghal kebanyakannya jadi pencacai kepada Nuar Jubo, Nkki Najis dan Lim Kit Sial... Jenis pencacai seperti ini malas untuk menggunakan otak untuk mentafsir apa yang tersirat dan tersurat.... Tetapi menggunakan kepada lutut yang takberotak tu untuk berfikir... Sebab itu setiap kenyataan balas yang dikeluarkan adalah bertaraf sampah jer....

Anonymous said...

Tengok ketua PKR menari kelakar jugak...PM pergi GAZA dia sibuk menari je..

Anonymous said...

"Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.".... Dr. M

Benar sekali..... Dulu aku buta hati sokong semborono tapi sekarang sudah celik dan.......... Selamat tinggal sokongan aku pada PAS selama hamper 30 tahun. Ptuiiiiiiii

komandomelayu said...

langsipondanmulutbabi

KAU TAK PAYAH MASUK BLOG GAP NI KALAU TAK DE TELOR NAK HUJAH DAH TU NAK SPAM PLAK!

OTAK BODOH AKAL LETAK KAT JUBOR!

Anonymous said...

kami sekelaurga dah nekad. menyesal undi PR sebelum ini. takde kualiti langsung!

komandomelayu said...

langsipondanmulutbabi

KAU TAK PAYAH MASUK BLOG GAP NI KALAU TAK DE TELOR NAK HUJAH DAH TU NAK SPAM PLAK!

OTAK BODOH AKAL LETAK KAT JUBOR!

Anonymous said...

Hujjah Tun sangat bernas. Terima kasih Tun.

Anonymous said...

terbaik dan tahniah tun. komen dari negarawan ulung yg sayang kepada negara yg pernah dibinanya lebih 22 thn.

Anonymous said...

Satu lagi contoh manusia bongok.

Anonymous said...

Anuar tu dajal. Menjanjikan bulan dan bintang.

Anonymous said...

Eee takutnya,tak rela i.

Anonymous said...

Biasalah bro, na i muhamad saw yang telah membuktikan kerasulan beliau pun masih ada yang tak beriman dengan nya. Biarlah ,Mereka dalam kesesatan termasuk golongan orang yang ikut PR. Apa nak di hairankan.
Insaallah allah bersama pemerintah yang adil, Bukan parti keadilan.

Anonymous said...

Me two,go go BN, die die PR.

Anonymous said...

Saya pun tak akan mengundi PR dari apa yang mereka buat dari bangun tidur sampai tidur. Parti dajal.

Anonymous said...

Bro, tun M tu otai, bukan anuar barai.

Anonymous said...

Kenapa kau nak ikut, nak liwat komando melayu tu ke, aku rasa dia pun tak selera tengok kau.

Anonymous said...

Gue setuju bangat, saya rasa banyak betui, Tun M rombu nalle, Tun M ho lang. Tun M very good person, Tun M
Kun Di. Tun M otama ee nee.Tun M hou ren. Tun M biskosvt hern.

Anonymous said...

Kenapa kau nak ikut, nak liwat komando melayu tu ke, aku rasa dia pun tak selera tengok kau.

Anonymous said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ............. igaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuu ??????????????????????????????????

pruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 13 .................... tsuuuuuuuuuuuuu ................ naaaaaaaaaaaaaaaaa...... miiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 2.....OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOHHHHHHHHHHHHHHHHHH apala nasi ku?!

Anonymous said...

mantap! sentiasa sokong tun... semoga tun sentiasa dirahmati Allah swt

Anonymous said...



Bagaimana pula penindasan ekonomi yang telah dilakukan oleh kaum pendatang terhadap kaum bumiputra ini selama beratus tahun???

Penindasan Ekonomi yang dimaksudkan disini adalah penyelewengan, penipuan, rasuah dan perkauman yang amat tebal.

sebagai contoh,
sudah pasti kamu iaitu kaum bumiputra di negara mungkin pernah tertipu dengan mereka ini melalui perniagaan yang mereka laku kan, cuba perhatikan dan fikirkan betul2, pernah tak kamu tertipu membeli barang pada harga yang tidak sepatutnya.

itu satu contoh yang amat kecil.

terlalu banyak penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka disekeliling kita.

Dan penipuan dan penyelewengan pendatang ini mereka lakukan berulang-ulang, setiap saat, minit, jam hari dan berminggu-minggu.

Dah beratus tahun mereka lakukan...

dan kita kaum bumiputra dinegara ini masih boleh bertolak ansur dengan mereka apabila agama dan kedudukan kita dipertikaikan oleh kaum pendatang ini???

mereka juga bijak dengan melaga-lagakan antara kita.

Ceramah politik dalam bahasa ibunda pula, penuh dengan kebencian, perkauman dan menuduh kaum bumiputra menindas mereka.

Adakah kamu sedar atas apa yang telah mereka lakukan terhadap kamu semua???

sekali lagi saya ulang,

Adakah kamu sedar atas apa yang telah mereka lakukan terhadap kamu semua???

Anonymous said...

Asalamualaikum....
bangun bangun bangun....
setiap org yg berugama islam mesti pastikan ketua negara kita beragam islam yg menjaga kepentingan umat islam bkn utk diri sendiri...tgk lah org rohingya susahnyer depa nak beribadat walo di rumah sendiri....jgn leka dan jgn hanya
memandang ringgit sahaja....

Pak Dee said...

kenyataan no. 5 & 6 adalah pengakuan Tun M tentang apa yg dilakukan kpd Anwar..rupa2nya bukan lah sbb isu moral...sbb Perdana menteri tak mau undur...huhuhu...kantoii

Tun M kini mmmg nampak dlm keresahan..dia lupa kedudukan Anwar dari bawah hingga ke No. 2 dlm UMNO adalah kerana restu dia...kalu dia tak mau Anwar sbg No. 2 bende tak kan berlaku...tak caya tanya Tengku Razaleigh & Musa Hitam...Ghafar baba plak dh tak ada utk mengesahkan nya...

sama mcm perbandingan dgn Tunku dlm isu kerakyatan Tun M cuba menutup kesilapan dia dgn berbohong...kalu aku org UMNO ini tanda2 yg merisaukan...

otai Jb said...

Bagus la gitu, lu nak bertuankan gay , berimankan lgbt. Pas dimana?? pas haya jadi jurucakap @ pak angguk je..... BONGGOK bangkai ni, ada otak tak mahu pikir

Anonymous said...

Terima kasih Tun. Suatu penjelasan yang berilmu tinggi dan berakademik. Hanya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja dapat memahami penjelasan Tun.

Semoga Tun sentiasa di dalam kesihatan dan rahmatNya agar dapat terus berjihad kerana Allah sehingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

Asalamualaikum....
sob sob sob...haku duk tertunggu2
pengiktirafan rakyat/pemimpin m`sia utk baba tun m....mcm dlm maulid kew maal hijrah kew...yu yu mmg dah bg tp ni negara n rakyat m`sia....cewdih nii.....

Anonymous said...

Rakyat Malaysia tidak takut BN tombang.
Rakyat Malaysia tidak takut PM bertukat tangan.
Rakyat Malaysia tidak takut semua pempin BN tersungkur.
Yang pasti Rakyat Malaysia takut PM adalah dari Golongan LBGT.
Yang pasti Rakyat Malaysia takut PM adalah dari Golongan MUNAFIK.
Yang pasti Rakyat Malaysia takut PM adalah dari Golongan Pencacai Yahudi.

Unknown said...

anon 8:54 PM,

kenapa nak ucap selamat tinggal kpd Tun?

Tun bukannya PM atau menteri apa2 pun?

kamu rasa Tun mcm lim kit sial, karpal ngn pok nik ka? tak reti nak turun2?...

hmmmph...butamatahati nampaknya!!

Unknown said...

anon 8:54 PM,

kenapa nak ucap selamat tinggal kpd Tun?

Tun bukannya PM atau menteri apa2 pun?

kamu rasa Tun mcm lim kit sial, karpal ngn pok nik ka? tak reti nak turun2?...

hmmmph...butamatahati nampaknya!!

Unknown said...

Terbaekkk dari Tun!

Tun dah lama pencen tp...

yg dah berlumut duk tunggu jugak atas kerusi tertinggi parti2 pembangkang!!!

Allah Maha Kaya! apa yg mrk kutuk2 kpd pemimpin2 UMNO kini semua terhempap atas hidung mrk sendiri!!!

masih nak salahkan Tun walau pun Tun dah lama tak jd PM????

Anonymous said...

Ya