Thursday, February 14, 2013

ARTIKEL TUN M : POK NIK RUPANYA MAT LEBONG !


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

33 comments:

Jijan Mali.... said...

Pork Nik'U-Turn'Ajis ni tak layak langsung dipanggil ulamak. Ula'r'mak lagi sesuai. Menyimpan dendam kesumat, peribadi yang cukup hina....udahlah tu, sebab dendam pun dah salah. Sendiri gadoh, UMNO jugak yang disalahkan.

Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang
bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

Anonymous said...

Sebagai orang Islam kita ingin umat kita bersatu. Tapi oleh kerana banyak Syaitan(Alujub) & iblis berkeliran, sifat mudah dipengaruhi hasutan jahat,dengki,kianat,dendam, tamak haloba & kuasa, orang Islam mudah bertelagah & berpecah. Jika pun PAS & Umno bersatu, hanya tuhan saja yg tahu bila ianya boleh bertahan...tengok saja Fatah & Hamas..negara kena tindas dgn Israel pun masih nak bertelagah, jgn cakap pasal negara Islam yg lain, Syria, Irag, Yeman, Afghan.Libya...wal wa hu'alam..

Anonymous said...

Namapun parti ajaran sesat, berdamai dengan kafir harbi boleh tapi berdamai dengan islam tak boleh. Biar jadi alat pkr dan dap boleh tapi memperjuangkan islam sesama umno tak boleh

Anonymous said...

Nik aziz makin lama makin nyanyuk dan makin jd penipu.....tunggu jelah penbalasan tuhan seperti hj hadi terima sewaktu pas terengganu jatuh ke bn...

usin said...

bekas cikgu kemas yg tak reti2 tobat walau dh bnyk sgt lebongnya. sudah2 la tu aji, tua sgt dh kamu utk berpolitik. huduh sgt kalau org tua kaki bohong.
#tok2 guru sekolah pondok kelantan dh sebut undi pas haram sbb bersekongkol dgn dap yg anti islam.

Xpas said...

Itulah, bila asyik cari dan dok cerita salah org aje, salah sendiri tak nampak !

Anonymous said...

Lihatlah betapa buruknya karakter kepimpinan Nik Aziz, berbanding Tun yang jelas dengan fakta dan menepati ciri-ciri pemimpin besar dan ikhlas.

Anonymous said...

You are so interesting! I don't suppose I've truly read through something like
this before. So great to find somebody with
a few unique thoughts on this topic. Seriously.

. thanks for starting this up. This site is one thing that's needed on the web, someone with some originality!

Feel free to surf to my weblog ... my payday loan

Anonymous said...

Tun Mahathir kata UMNO itu parti syaitan.

Anonymous said...

Tok guru pondok kata undi pas itu haram,

Anonymous said...

Nik Aziz, Bapa kepada segala Syaitan....

Anonymous said...

dulu era 70an dan 80an masyarakat felda aman damai..terutama masa haraga sawit jatuh teruk tahun 80an..masa tu tak nampak pon bayang pas.

sekarang bila peneroka dah senang,,tetiba pas datang kata peneroka dizalimi dan ditipu..haramjadah punya pas khawarij!!

gen2felda
p/s: CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR
15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Anonymous said...

Nik Aziz ni ulamak ke???

perpaduan sesama Islam ditolak.

Tapi, dgn DAP yg terang terang menentang islam dan menolak hukum hudud dan negara islam di sokong dan bermatian melindungi parti ni.

Inilah akibat menolak ajaran islam yg sbenarnya, maka hati telah dimatikan oleh allah..

Semoha Nik aziz diberi taufik dan hidayah oleh Allah sebelum nyawa berpisah dr badan..amin

Anonymous said...

Aku sejak dolu xprnh terpikat dgn Paspisspus ni. Kecik2 cam xbahaya, dpt kuasa jd taliban. Dlm otak xpikir pun psl mcmana nk bangunkan negara, psl ekonomi, nk sngkan rkyat etc . Dia ingat tuhan bg rezki dr langit. Ada plak ularmak khawarij sewel & nyanyok cm N.ajis ni lg ler hancuss...pelik, ada gak dungu yg sokong org cmni. Patut ler Ktan mundur wp dh lebih 20thn diperintahnya

Anonymous said...

Yang menulis tu syaitan maghrib kot.....

Anonymous said...

pok nik dah serupa bamgkai babi reput.

Anonymous said...

Yang pasti dalam PAS masih ada yg mahukan perpaduan. Tapi hasrat murni ini dihalang oleh org yg bergelar Tok Guru yg kononnya pewaris Nabi. Nabi sentiasa menganjurkan supaya sesama manusia lebih2 lagi sesama Islam bersatu. Tapi apa jadi dgn Nik Aziz ni????
Inilah salah satu sifat beliau yg membuatkan saya betul2 benci untuk menganggap beliau ini sebagai ulama.
Tapi malangnya masih ada org yg melihat beliau sebagai ulama. Entahlah susah benar untuk difahami apa sebenarnya yg ada pada Nik Aziz ini untuk terus disanjungi oleh pengikutnya.

Anonymous said...

are u ready 4 BN ....no...
are u ready 4 BEE END...NO
ARE U READY 4 BEE END...NO

Anonymous said...

bro....pas yg kata boleh kawe dgn syaite...

Anonymous said...

Anon 7.15
Apa yang ko cakap tu salah.
Yang sebenarnya: PAS/PAKATAN itu parti syaitan. he he he

Pekong Pondan said...

Sometimes I think You Malaysians handle the scumbag Anwar "Homo" Ibrahim as a game.

I guarentee that he can throw Malaysia to Jahannah, like happened to Sodom.

The pig-eaters are waiting to control the government, change the constitution and makan Malaysia.

Malays will have to cow-tow as the Malays in Singapore.

Anonymous said...

7:15 PM

Tun Mahathir menggunakan idiom bahasa Inggeris dan maksudnya dalam bentuk seni kiasan bukannya UMNO tu parti syaitan.
Itulah hang dah ketinggalan jauh suruh ngaji betul2 hang pulun Harakah tiap2 hari tu yang syaitan bertandang dalam hotak tak putuih2 tu. Takpa pintu taubat masih terbuka bawalah sekali dengan kawan2 hang yang lain yang belum ngaji bahasa Inggeris lagi tu ye!

Hanif bin Hashim said...

To
Anonymous said...

Tun Mahathir kata UMNO itu parti syaitan.

February 14, 2013 at 7:15 PM

Ada lagi mangkuk tingkat yang tak paham peribahasa.
Yang Tun M cakap tu gunakan peribahasa Inggeris. Jadi kenalah paham maksud yang tersirat.

Dalam Peribahasa Melayu pun ada yang mempunyai maksud tersirat. contoh:
"Kalau MENGGENGGAM BARA API, biar sampai jadi Arang" maksud tersiratnya ialah ia menunjukkan betapa kita kena betul-betul berusaha untuk berjaya.

So, kalau orang guna peribahasa ni, adakah orang tu betul-betul GENGGAM BARA API????

Jadi, banyakkan pembacaan dari semua sumber dan gunakanlah akal fikiran untuk menganalisis terlebih dahulu setiap sesuatu perkara yang kita dapat. Janganlah menerima pakai secara membuta tuli sahaja.

Wassalam.

Anonymous said...

Anon7:15 pm

Ramai yang kata PAS pula parti ajaran sesat.

Anonymous said...

Terus terang lah, kami da x caya dgn PAS sejak berkawan dgn DaP dan Puki R, memecahkan bangsa melayu dan hancurkan ekonomi dan pembangunan negara, BN tolong lah tengok kem tentera, polis, perumahan dan peralatan pejabat da lusuh kena beli sendiri, terutama d Sabah dan Sarawak, jgn nak undi kebajikan meka di amabilan sebab tu ramai dari meka pro pekatan ,,,if not kita ajar mcm zaman paklah,,undi rosak, keluarga dan kekawan meka ramai ckp meka masih laku,,,,

Anonymous said...

Madey lebih lebong dari Tok Guru, sebab dia lebih putar alam, PAS sebenarnya ditendang keluar dari BN, lepas tu UMNO taja Berjasa untuk pecahkan lagi orang Melayu untuk lawan PAS di Kelantan, UMNO nak lawan sendirian dengan PAS dia tak mampu, lepas tu wujud undi tak percaya pada Dato' Muhamad Nasir sebagai MB yang tak ada parti walaupun dia menang atas tiket PAS pada PRU 1974 semasa PAS dalam BN. Kekecohan dalam PAS serta BN UMNO yang mendalanginya sehingga MAGERAN dan darurat dikuatkuasakan di Kelantan. PAS ditendang keluar dr BN pada tahun 1977, 8 Mac 1978 Pilihan Raya KHas Kelantan di adakan, hasilnya PAS hanya menang di 2 kerusi DUN sahaja, UMNO-BN-Berjasa dapat tubuhkan Kerajaan Negeri pada tahun 1978 sehingga dikalahkan pada 1990 hasil kerjasama PAS dan Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan UMMah(APU). Itu baru betul..kaji sejarah berdasarkan Arkib Negara Malaysia dan laporan akhbar perdana baru betul. Ini Madeiy nak tutup kelemahan dia, pakai main hhentam je..menjatuhkan sebagai seorang niagawan bukan negarawan.

Anonymous said...

Kau orang kata PAS itu parti sayitan...ini ayat safei pedal kau tu lah ye dan dikongsi dengan mat said negeri minyak. UMNO ape cerita parti tu sesat san parti syaitan ke...Allah suruh tutup aurat, tapi para pemimpin UMNO tak tutup aurat, sesat juga kan...Al-Quran diturunkan untuk panduan manusia Muslim supaya kita ikut ajaran dan panduannya. Bila kita tak ikut...tak sesat ke? Atau dikira tak apa sebab dia UMNO? Sila jawab wahai otak karat UMNO-BN. Jawab jangan tak jawab...jawab dengan hujjah bukan dengan emosi dan perlu berpijak di bumi nyata.

Anonymous said...

Kamu kata kafir harbi pada DAP, bagaimana dengan MCA, Gerakan dan MIC, mereka tu kafir harbi juga ke atau kafir zimmi sebab sokong UMNO dan BN. Saya nak cakap pada tukang komen di atas. Kafir Harbi dan kafir zimmi hanya wujud dalam negara yang diperintah oleh orang Islam yang dalam negara tersebut pemerintahannya pula berdasarkan undang-undang Islam. Ini kata Yusoff Al-Qaradhawi, bukan safei bedal. Nak tanya, di Malaysia ni dah laksanakan hukum Islam ke walaupunpemerintahnya adalah Islam yang sedap kamu menggolongkan orang bukan Islam DAP sebagai kafir harbi. Ini emosi kan. Kafir harbi adalah golongan kafir yang terang-terang menentan pemerintah dan undang-undang Islam secara terang-terangan. Ok nak tanya tak pernah ke pemimpin dan ahli Gerakan dan MCA mengeluarkan kenyataan mengguris hati orang Islam. Ingat tak lagi Chua Soi Lek kata jika hukum Islam yang dilaksanakan di negara-negara umat Islam menjadi negara itu semakin mundur dari segi ekonomi....baik ke tu pemimpin yang kamu kata kafir zimmi tu?

Anonymous said...

Dulu K.O BN, terbaru NO BN alamat memang nak kena hanyut ke laut dah BN, kalau semua bangsa dah tak nak pada BN. Seingat aku semasa MB Kelantan Tan Sri Muhamad Yaakub memasuki Stadium Sultan Muhd IV dulu bila diumumkan ketibaannya pada tahu 1990 sebelum PRU 1990 dulu, kebanyakkan hadirin dalam stadium mem'boo'kan beliau. Aku rasa BN nak kalah, rupanya BN kalah di Kelantan selepas PRU 1990 dan sehingga hari ini setiap majlis bersama pemimpin BN pun orang datang dengan sistem kerahan je, dapat habuan nasi bungkus dan air mineral RM1.00. Bukannnya mereka ikhlas tapi terpaksa kerana atas nama jabatan kerajaan. Itulah kalau kita tidak menghormati rakyat...tiba pilihan raya, tau la rakyat nak hargakan semula maruah mereka melalui peti undi.Harap-harap BN hari ini tak jadi macam tu.Tapi sejarah boleh berulangkan dengan izin Allah. Dari Rakyat Kepada Rakyat Demi Rakyat..Suara Rakyat Suara Keramat.

Anonymous said...

Nabi dah pesan umat Islam tak boleh dipatuk dua kali dalam lubang yang sama. Islam UMNO tolak hudud, Islam PAS perjuangkan hudud, Mahathir tolak. Adakah kita perlu berpadu dengan parti yang jelas menolak hukum Islam/Undang-Undang Islam dengan pelbagai ugutan. Saya tak nak bersekongkol dengan parti macam ni. Kita akan ditanya di akhirat kelak. Tahaluf Siyasi dibolehkan walaupun dengan bukan Islam demi menegakkan keadilan demi kemaslahatan rakyat terbanyak. Nabi SAW pun bertahaluf siyasi semasa menegakkan negara Islam Madinah ribuan tahun dahulu asalkanmereka bersetuju dengan undang-pundang Islam melalui Piagam Madinah. Lagipun Majlis Syura Ulamak PAS pun berstuju untuk menjalankan tahaluf siyasi. Majlis Syura Ulamak PAS bukannya terdiri daripada peminum arak, penzina, pemyeleweng, perasuah, tapi mereka terdiri daripada ilmuan Islan yang berlatar pendidikan agama yang hebat dan bukannya pelulus lesenjudi.

Anonymous said...

Lіnk exchаnge is nothing else hoωever it is just placing the other person's website link on your page at proper place and other person will also do same for you.

Here is my blog post ... raspberry ketone uk

Anonymous said...

Hi cοlleаgues, its wonderful article regardіng
educatiοnand fully еxρlained, keep it up all the time.


My weblog ... vitamin shoppe locations nj

Anonymous said...

Hi there mаteѕ, how is the whole thing, and what yοu want to sау on the topіc of thiѕ рost, in my viеω itѕ гeаlly remarkable for mе.


Ηere iѕ my web-sіte; vistaprint coupon