IKLAN BERBAYAR

Tuesday, February 19, 2013

KENAPA MONYET NI GELAK ?



IDCNews – 18/02/13 – Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng didakwa menjadi dalang mensabotaj Pakatan Rakyat di negeri itu, lapor Malaysian Insider yang memetik kenyataan Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor, kata Dr Boo hari ini, dan dalam masa sama juga turut menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri pimpinan Chua.
“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ ke atas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor,” kata Boo.
“Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.”
Pengerusi DAP negeri itu mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP ” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”
Menurutnya kemelut DAP-PKR mula berlaku semenjak Chua dilantik Ketua PKR Johor pada tahun 2009.
“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP dilabel sebagai “bongkak”.
“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.
Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah Chua mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walhal pembahagian kerusi masih dalam rundingan.
“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi di antara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.
“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.
Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.
“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri seperti Johor ini,” ujar Boo lagi.
Dalam Pilihan Raya 2008, calon PKR Zaliha Binti Mustafa tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng di kawasan parlimen Gelang Patah dengan mendapat undi sebanyak 33,630.
PKR dilihat mengintai untuk bertanding semula dikawasan parlimen Gelang Patah pada pilihan raya tahun ini namun Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai secara terbuka telah mengatakan Liew akan diletak sebagai calon mereka.
Sementara itu, portal itu turut menyiarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berjanji akan menyiasat dakwaan tersebut.
“DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau.
“Sebuah siasatan menyeluruh akan ditubuhkan untuk mencari individu di belakang ‘serangan hebat tidak dikenali’ keatas DAP dan mencari individu ‘di belakang tabir’ sebalik serangan ini,” kata Karpal .
Menurut Karpal, tuduhan oleh Dr Boo tidak boleh dipandang ringan malahan menyifatkan kredibiliti bekas timbalan menteri tersebut masih lagi diragui memandangkan pengalamannya bersama parti lawan MCA dan sikap terburu-burunya untuk menawan kerusi parlimen.
“Dakwaan Dr Boo tidak boleh dinafikan demi kepentingan Pakatan Rakyat.
“Penglibatan lama bersama MCA dan Barisan Nasional, kegagalan cubaan dalam perebutan jawatan presiden MCA pada 2004 dan keghairahan untuk mendapat kerusi Parlimen secara jelas mencerminkan masalah kredibilitinya,” kata beliau lagi.

13 comments:

Anonymous said...

eleh.. muslihat anuwar la tu. lepas dia buang jui meng, nanti dia umumkan yg dia nak bertanding kat gelang patah. nak test water la tu.

Anonymous said...

mungkinkah chua jui meng spy BN?.adakah Chua jui meng dihantar utk memporak perandakan PR di Johor?...
adakah Dr Boo dibayar pkr utk menghancurkan kedudukan chua jui meng?...
adakah PR johor akan kalah teruk di johor?.
aku tikam belakang ko..ko tikam plak belakang dia...dia plak tikam aku...keluarga 69.

Anonymous said...

patut la...berul tu gelak sakan...

Anonymous said...

patut la beruk tu ketawa sakan...

Anonymous said...

patut la beruk tu ketawa sakan...

Anonymous said...

ini adalah petikan Rakan FB saya pada 18feb(mlm): tmptnya di pasar mlm taman teratai/tmn pulai perdana:

tengah rushing melayan kerenah hero nak beli makanan di pasar malam sebelum ke kelas tuition...tetiba ada orang hulur limau...baru nak angkat tangan tanda ucap terima kasih...ehhh...Datuk Chua Jui Meng la...hihihi...

sempat la ucap Happy New Year kat Datuk...pembantu Datuk kata...'jangan lupa undi BN ye'...hehehe... ye la ye la...tapi UNDI ITU RAHSIA!!!

Anonymous said...


MU MALAY UNITE

Anonymous said...

nak tawan johor? wakakakakakaka

penganot fuckatoon patut lebih dulu suruh wally nickky kemas bilik MB dia bagi persediaan upacara serah kuasa bila pas hilang kelantan kepada BN..Takbiirrrr!!!

gen2felda

darkjustice said...

Chua dgn anu war al juburi ni muka dekat2 nak sama ...

Biarlah mereka bertelagah, malah mengapi apikan pertelagahan di kalangan musuh adalah digalak dan dibenarkan oleh Islam sebagai mana maksud sebahagian dua terhadap tentera al ahzab ..

Yang penting melayu Islam harus bersatu dalam menentukan halatuju ummat !!

Anonymous said...

Chua jui meng tu kan darah BN ..korang DAP baru sedar ke? padan muka.

Anonymous said...

nak harapkan pr yang tunggang-langgang tu perintah malaysia?

PiiiiRaaaaaa!!!

Anonymous said...

bingai...

Anonymous said...

Macam kamu..itu berok bingai