Wednesday, April 10, 2013

BIAR NAJIB YANG TENTUKAN CALON.


Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat.

Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. 

Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah.  Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati.....

Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. 

Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya. 

Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam.   Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya. 

Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’.  Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi. 

Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP.   

Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR. 

Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita. 

Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR.    Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka. 

Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya.  

Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon.   Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan.   

Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya. 

Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan.  Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti

Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti.

Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon.  

Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya.   Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda.  

Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita.

Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik.  

Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya...?

6 comments:

Jijan Mali.... said...

Sokong calun dari DS Nagib SAHAJA!! Jangan yang ada cah keting.

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

Di Jitra ni, ada sepanduk kecil diletakkan di depan Sekolah Men Bandar Baru DArulaman yg bertulis, Kaduk naik junjung. Kami tak mahu Mukhriz di mana mana Adun di KEdah. Aku tak taula sapa yang letak di situ. Puak UMNO ka puak PR ka. Yang pasti, kalau letak Mukhriz sbg calon Adun merangkap calon Menteri Besar, Kedah nak menang ke UMNO mmg lagi besar. Family aku yg sokong BN pun kalau boleh nak puak Mahadir Kalid and the gang tu berambus terus dari Kedah. Saad Man tu, bila nak pilihanraya baru tunjuk muka. Kalau Najib baca ni... ini adalah catitan tulus ikhlas dari akar umbi

Anonymous said...

Kami tolak calon MAMAK. cukup2 lah MAMAK buat hal kat Penang.

celana biru said...

Biar siapa jadi calon, BN tetap BN.
Percayalah bahawa pilihan Najib adalah orang-orang yang boleh bekerja dan mendengar keluhan rakyat.
PRU 12 telah membuktikan bagaimana PR, samada PKR,PAS,DAP menganiaya rakyat dengan penipuan-penipuan yang mengelirukan semua.
Cukuplah: Pisang tidak akan berbuah dua kali.

Langsi said...

PR dah umum hampir 100 calon kerusi Parlimen. UMNgOk Be-eNd sampai skrg dok sengap membisu tak umum-umum lagi calon mcm juga masa nak bubar Parlimen. Kata nak umum hari ni... tup2 kata dlm minggu ni plak!

Tak mungkin... mananye berteloq si NajisNazak nak umum calon!

Sebaik je si NajisNazak umum calon maka akan bertempio la puak2 UMNgOk Be-eNd mencari bahan untuk cah keting! Meraong-meratap-merayu la mike-mike yg tak tersenarai... msg2 bersusun tunggu giliran nak panjat pokok - terjun bunuh diri!

Terpaksa la pulak puak2 KATAK berebut gi IKEA atau COURTS sbb teringin sgt kerusi! Yg dengki kat KATAK terpilih...mula la cari ular nak suruh makan katak...

Gini la gamaknye ketakutan puak2 UMNgOk Be-eNd ni...

ABU - Asalkan Bukan UMNgOk...Be-eNd!
ABU - Anything But UMNgOk...Be-eNd!
ABCD - Asalkan Bukan Calon Dacing!

Pembubaran Parlimen hari RABU...
RABU - Rakyat Akan Buang UMNgOk!
Kalo PRU13 jatuh hari SABTU...
SABTU - Saya Akan Buang Terus UMNgOk!

Tapi PRU13 konpom pada hari AHAD!
AHAD - Alamat HANCUR Ahli Dacing!

Anonymous said...

sokong sape saje calon bn. klo mkriz xjadi mb kedah pon dia xrugi.. yg rugi ko berpecah belah.. kn xcerdik nmanya...rezeki Allah yg tentukan.. apa hak kita nk pertikai... rapatkn saf perjuangan dulu... ada faham kah..