Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan. Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat. Saya juga tahu ke tahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.
Saya faham perasaan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka. Siapakah kebanyakan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah. Kebanyakan masyarakat India sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi. Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini? Rata-rata akan menjawab lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain.
Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain. Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi-apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?
Saya ingin bertanya kepada semua, pernah anda terdengar nama V. Divendran yang berumur 25 tahun? Dia adalah seorang pegawai polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dibunuh kerana DENDAM. Siapa yang bunuh? Seorang lain berbangsa India yang bernama KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY.
KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY, pembunuh V. Divendran.
Adakah sesiapa daripada pembangkang atau masyarakat India sanggup turun ke jalan berdemo untuk mendapatkan keadilan kepada mendiang pegawai polis India muda itu? Tidak. Bahkan semua lupa dan ada yang tidak mahu mengambil tahu akan apa yang berlaku kepada pegawai polis dan keluarganya!
Yang anda tahu ialah menyalah dan mendapatkan publisiti kepada pembangkang dimana mereka tahu isu kematian dalam lokap boleh menaikkan lagi kemarahan masyarakat India supaya membenci polis dan lambat laun pembangkang akan mengaitkan Kerajaan Barisan Nasional.
Contoh publisiti yang dicari oleh pembangkang dalam kematian Kugen.
Bagi mereka yang separa tahu isu dan aktif dalam media sosial, akan terus berfikir secara emotional daripada rasional akan terus membedil pihak Polis dan Barisan Nasional sampai mereka akan gambarkan seolah-olah Barisan Nasional yang mengarahkan penjenayah itu untuk dipukul sehingga mati.
Saya nak tanya sedikit kepada semua. Apakah jawapan anda kepada keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi?
Apa jawapan anda kepada tangisan bapa yang kehilangan anaknya disebabkan seorang penjenayah?
Mayat Pengawai Polis Divendran yang mati dibunuh oleh Karu.
Keluarga mangsa yang menangis di tengah jalan. Apakah perasaan anda jika anda di tempat mereka?
Jadi janganlah terlalu taksub menyokong kematian penjenayah kerana kematian mereka adalah kecil berbanding kadar jenayah dan pembunuhan yang mereka lakukan. Tetapi saya tahu ini tidak akan menjustifikasikan keadaan sebenar dan saya akui pihak polis tidak seharusnya mengambil undang – undang ditangan mereka sendiri.
Kadang-kala jika darah daging kita sendiri dibunuh oleh salah seorang penjenayah, dan lambat laun kita mendapat tahu bahawa dia telah mati dipukul pihak polis atau mati dalam lokap, Apakah perasaan kita pada ketika itu? Adakah kita akan bergembira kerana keadilan terjawab akhirnya atau sedih kerana dia mati dalam lokap? Something to ponder
15 comments:
Jenayah-jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia, terutamanya oleh orang asing, adalah "modus operandi" PENGGANAS penjajah Barat-Zionis, untuk menimbulkan ketakutan, kebencian pada polis dan kerajaan (terutamanya yang diterajui Melayu/Bumiputera lain dan yang beragama Islam) dan huru-hara. Ini termasuklah sindiket-sindiket dadah dan pornografi/pelacuran terutamanya yang asing, yang kemudian menyebarkan secara berleluasa kepada rakyat terutamanya dari jenerasi muda yang miskin (dari semua bangsa) atau yang Melayu dan Bumiputera lain, serta yang beragama Islam. Jadi hancurlah tamadun Melayu dan Bumiputera lain, dan yang beragama Islam, dan Malaysia terus porak peranda. Selain dari itu, DAP/PKR durjana dari pengikut Kristian Zionis lagi berupaya menghasut dengan mudah kebencian melampau kepada kerajaan yang diterajui Bumiputera dan yang Islam.
Juga apabila mengambil dadah, lebih mudah direkrut jadi perompa k, pembunuh dan perogol – jadi senanglah nak menjajah apabila jenerasi mudanya telah rosak minda dan jiwanya, agama dan adat tradisi pun teruslah melayang. Bahkan ini juga berlaku kepada negara-negara di Amerika Utara, Australia, Amerika Selatan seperti Guatamela, Honduras dan El Salvador (sekarang Venezuela, Brazil) disasarkan kerana amat anti CIA-US)dan Mexico, dan kepulauan Carribean seperti Haiti dan Afrika seperti Republik Congo, Ghana, Nigeria dan Afrika Selatan, yang telah dihancurkan dengan sindiket dadah dan fornografi/pelacuran – di mana tamadun Bumiputeranya telah semakin jatuh. Lepas itu sindiket PENGGANAS dadah dan fornografi/pelacuran tajaan penjajah Barat-Zionis makin bertumpu sekarang secara agresiv ke negara-negara Islam yang kaya minyak-gas, termasuklah sekarang Malaysia dan Indonesia.
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).
Bunuh bisnis cina
Tuan GAP..kesilapan polis adalah kematian penjenayah di dlm lokap polis...jika kematian di lokasi di tempat lain pasti tiada berbunyi...alah penjenayah / suspek islam mati takde cakap apapun....india je yg suka mati kat lokap...sama mcm dalam filem...OH INDIA..
TOLONGLAH..TOLONGLAH WAHAI PIHAK POLIS. SETIAP HARI ADA SAJE KES TEMBAK BUNOH. MENGALAHKAN NEGARA JIRAN THAILAND. BANYAK NYA SENJATA API DINEGARA INI.
SATU SARANAN SAYA. KENAL PASTI PENJENAYAH. CUKUP BUKTI. TEMBAK SAMPAI MATI.
PEDULI SAMA PARTI POLITIK SONGSANG. PKR DAN DAP INILAH YANG MEMANJAKAN PENJENAYAH INI SEMUA.
UTAMAKAN RAKYAT LAH WAHAI PIHAK POLIS.
Remember COOPERHEAD OPS dulu? 0perasi ini berjaya mencantss banyak nama2 besar underground..Do it nne more time PDRM!!!
jangan simpan penyamun. buat habis beras je bagi makan dalam penjara. semua pakai duit rakyat. eloklah dibelasah je pesalah tu.
Elok pun mati dalam lopkap penjenayah yang betul sabitkesalahan ni dari dibawa ke mahkamah untuk pengadilan , buat menyusahkan je
Kes jenayah berat macam ni buat apa dilambatkan , cukup bukti hukum je
Patutnya unsur politik cuba nak dikaitkan ni jangan dilayan dan usah di siarkan di media langsung
Semua orang tau ahli politik nak ambil kesempatan , kes baru ni terpingir , jangan layan sangat
Paparkanlah gambar IGP Tan Sri Khalid yang baru. Gambar tu semasa beliau Timbalan IGP. Kena up-to-date...
Assalam brooo ..........
sementara kaum cina dgn akhbar cinanya .....
kaum india dgn akhbar indianya ......
tetapi org melayu x pandai bc paper depa .......
alangkah bagusnya kalau entry sebegini ada dlm paper deps ......translate kpd bahasa depa .....
sekurangnya depa faham ......
aku rasa depa tak amik tahu perkars ini kerana dlm byk perkara ....kalau akhbar depa rasis .....yg mungkin wujud rasa percays passl entry ini .....sure org melayu dan org yg bijak berpk .....bagaimans pula org yg seharian membaca akhbar cina,india dll ......depa hsnya dpt input sebelah pihak shj .....,jd info yg bagus spt entry ini .....hanya berlegar kpd individu tertentu dan tdk kpd masyarakat lain .........
SOP.?...confirm penjenayah aje tembak..!
Nak simpan buat hapa..?
Jika majoriti pilih utk hidup dlm keadaan damai dan harmoni...perlu ke perjuang nyawa yg. bawa
mudarat pd orang lain..
Human rights are for wise man not criminals..
Byk kes tembak sekarang ni,mcm ada satu group yg sama plak yg amik upah utk tembak org..
Pembangkang mmg lah kerja nye membangkang jeh, wlpn memang mereka yg xbetul..
Sbb suara barua2 tu masuk media..
Kalau lah gap dan lain2 slalu hentam parasit2 yg konon nya mnjaga hak asasi tu dlm media yg didengari ramai,xmustahil kera2 dan monyet2 tu akan kena belacan..
Saya pernah cadangkan artikel dari GAP di tabloidkan...macam Harakah, Roket, Keadilan..
Tapi kena ada struktur organisasi dan sokongan dana untuk didaftarkan sebagai sebuah pengamal media bebas..dan berani tegur pemimpin tetapi masih berpaksikan Islam, Melayu & Raja.
Kalau dikumpulkan artikel dari bloggers yang turut menyumbangkan sudut pandang..ramai yg berkaliber. Paling tidak boleh bersaing dgn Harakah yg. berjaya mendoktrinkan Melayu yg malas nak berfikir.
HAM penjenayah dibela. HAM polis HAM org baik tak dibela...mungkin dap biak mafia..kongsi gelap..pengedar dadah...jadi yg dibela HAM penjenayah
Tak kan pas ikut bela penjenayah????? Tunggu jawaban ulamak pas....
Dia mati masa soal siasat kn?.. Tapi yang kene dakwa sarjan n koperal. Takkan sarjan n koperal yang handle soat siasat.. Bukan inspektor ke yang patut menyoal siasat?
Ada idea tak?
Trend jenayah yang semakin meningkat sekarang ini adalah disebabkan oleh masyarakat kita sendiri. Itu kehendak masyarakat kita. Mereka yang membela dan mengagongkan penjenayah. Pihak polis tidak lagi mahu mengambil resiko membuat kerja lebih semata-mata untuk menyelesaikan kes yang mereka sendiri tidak mendapat faedah. Apa guna bersusah payah menyoalsiasat hingga menyebabkan kematian atau kecederaan. Soal dengan ala kadar sudah memadai dan peduli apa jika kes tidak dapat diselesaikan. Kejayaan menyelesaikan kes bukan merit untuk dinaikkan pangkat, malahan jika bonus diberikan semua penjawat awam akan memperolehinya asalkan bebas tindakan tatatertib. Apaguna lagi bekerja keras.
Post a Comment