Wednesday, January 15, 2014

BACA MOOD KAT BAWAH.. JANGAN TERLALU STIM DENGAN KEPUTUSAN KONSULTAN.


aku gesa pemimpin BN hati-hati.

jangan terlalu obses dengan angka dan teori ekonomi konsultan yang membahayakan.

mudah aku cerita, mood bawahan ini dah mula macam sama seperti tahun 2007.

harap BN faham..

tadi BN kata nak buat makmal KAJI KESAN DAN KOS SARA HIDUP...

orang bagi undi pada parti..
orang tak bagi undi pada makmal..
orang bagi undi pada parti..
orang tak bagi undi pada pemandu...

selama kempen pru kenapa boleh turun kempen jumpa rakyat.. la ni masa suara rakyat tengah hingar bingar mengeluh ....kenapa suara makmal dan pemandu pulak yang didengar ?

BUKANKAH PATUT TERUS DENGAR KELUH RAKYAT..

kami menegur bukan membenci, tapi nak bagitau suara kesan langsung keluhan rakyat bawahan...


15 comments:

Anonymous said...

Comango akan tekan ekonomi malaysia. Dajjal bagi amaran tak mau dengar cakap makan pasir . Lihat balik isu syarikat malaysia jual komponen senjata nuklier. Tahun kitol dibebaskan. Cina kedai perabot mengeluh barang tak laku. Cina bakar kedai la gap. Nabi yusof nasihat berjimat 7 tahun jangan berhutang bank. Be carepol.

Anonymous said...

pilihanraya umum lama lagi,ni baru penat PAU,kasilah pemandu2 & ahli laboratori buat kerja,sia2 gaji mahal kerja yilekkkk,tak gitu rakyat2 semua(koook koook kooookkkkkk) heshh diamlah ko ayam jantan,aku bagi makan kangkung baaru kau tau

Anonymous said...

sblm pru 13 yg hampir tiba, jalan-jalan di jln TAR, pegi makan bersama keluarga, berjumpa rakyat, mengayuh basikal dan berbagai lagi bersama rakyat. sekarang masa untuk kerja kot. tak ada masa lagi dengan rakyat. cukupla dengan kpi dan data yg makmal perolehi dan maklumkan. 4 tahun lagi kot baru nak dengar dan turun kepada rakyat. masa tu baru nak selesaikan masalah rakyat. sekarang waktu pm nak kerja agar menjadi populis

Anonymous said...

Jenis Kena Bagi DS Najib KALAH kat Parlimen PEKAN baru dia dengar suara Pengundi Sekarang telinga sudah tersumbat oleh suara PEMANDU dan MAKMAL. Biar Presiden UMNO tidak ada Kerusi masa tu lah PADAN MUKA.. Sekarang suara Rakyat tidak berguna lah....Tunggu PRU14...!

Anonymous said...

My advise to PM Najib: Kalau nak guna consultant guna lah untuk kaji projek-projek pembangunan kebangsanaan. Guna akal sendiri dan juga jentera kerajaan dan pemimpin rakyat untuk hal ehwal rakyat. Jangan bazir duit rakyat untuk nak kayakan consultant. Zaman sekarang banyak consultant adalah con(man)-sultan

Anonymous said...

Budak budak konsultan punahsihat nak buat duit masa najib ni pun.. dapat sepenggal kudakan najib, kembong perut sampai mati..

Ghazali said...

NEVER TRUST THE CHINESE.....

Aku masih sayang melayu said...

Sepatutnya pemandu tu buang terus.. buat apa simpan. Perlu ke makmal2 utk kaji kos sara hidup ni? Bakata Tun pun, apesal naik semua serentak?

Suruh menteri rasa macam mana bawak kereta sendiri, bayar tol sendiri, pakai minyak sendiri, bayar sewa rumah, anak2 sekolah, makanan, pakaian semua pakai duit poket dengan nilai gaji bulanan rakyat marhaen baru tau. Aku kasi undi rosak jugak PRU 14 ni kalau menteri2 sekarang tak faham2 bahasa. Orang tak marah dan faham kalau kerajaan juga berjimat. Setakat 11 langkah penjimatan yang PM umum tu belum cukup bagi aku kalau rosmah jalan sana-sini naik siap naik kerajaan punya private jet, berceramah kalahkan menteri, skrg yg terbaru gaji menteri nak naik, rakyat suruh berjimat. AKu ni pengundi tegar UMNO-BN. Aku bukan RBA. Tapi tak tau la PRU 14 ni. Aku rasa tak nak pergi ngundi je la.. nak bagi undi kat PAS-DAP-PKR jiwa aku tak sanggup.

usin said...

seingat aku, makmal ni hanya ada kt sekolah atau kt universiti. rupa2nya makmal ni ada jugak kt putrajaya. cara perintah negara sekarang semua nak dimakmalkan. rakyat susah, makmal. harga barang naik, makmal. kos hidup meningkat, makmal. untuk menambah makmal, aku cadang makmalkan fungsi pemandu itu sendiri. adakah pemandu bertindak balas dengan baik kepada CO2 atau berfungsi membantu pembakaran hati dan jiwa rakyat. harap cadangan aku ini dapat dipanjangkan kpd pm dan jemaah menteri...

melayu Tganu said...

heh korang jangan bedal orang umno tau! nanti tak pasal2 orang umno NAIK HANGIN! Tengok aku bedal sikit aje, berduyun kata aku "tak tau apa citer baek ko diam"..
Orang politik umno kebal korang tau tak? Sentiasa rajin dengar suara rakyat..Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..(itu yang aku dengar mereka berkokok masa PRU13 haritu) sekarang dah tukar kot??..
Apa nak buat..kita dah bagi diorang menang maka kita relakanlah makan kangkung cicah budu..

hangkedee said...

Sebelum PRU.saya Dengar denyut nadi rakyat.lepas menang saya Dengar denyut nadu pemandu Mabuk todi.Rakyat Di dahulukan makan sayur kangkong selalu.Tranformasi ah jib gor. Lebih teruk dari kuat tiduri.

Unknown said...

Berikut adalah berita dicatitkan oleh Straits Times Singapura pada hari Selasa, 15/01/2014. Nama wartawan tidak dicatitkan.

“Minister ‘punched over transfer request’.

Seorang guru juga ahli Pemuda Umno dituduh menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P.Kamalanathan selepas permohonan isterinya, juga seorang guru dipindahkan dari sekolah di Johor ke Selangor tidak ditunaikan.

1. Ketua polis Hulu Selangor Supritendent Shukri Yaacob berkata kumpulan nya sedang menyiasat perkara itu selepas kes Kamalanathan, seorang ahli parlimen membuat laporan polis terhadap kes dirinya dipukul pada hari Ahad, mengikut laporan akhbar The Star.

2. Kejadian itu memalukan kerajaan BN kerana kedua Umno dan MIC adalah parti komponen BN. Kata A.Shanker Raj, ketua pemuda MIC di Selangor di akhbar Malay Mail online, Pemuda BN mesti ambil tindakan terhadap individu yang beremosi tidak terkawal. Beliau juga mendesak guru itu membuat “Mohon ma’af terbuka” kepada Kamalanathan, yang ditumbuk di leher dan terpaksa mendapatkan rawatan.

3. Akhbar The Star melaporkan bapa guru lelaki itu telah berjumpa dengan Kamalanathan untuk mendapatkan pertolongan pemindahan sekolah isteri anak lelakinya. Tetapi apabila bapa guru itu diberitahu perkara itu terlalu rumit diselesaikan, dia pun kembali memberi tahu anak lelakinya. Kemudian si guru ini pergi ke pusat perkhidmatan dan menumbuk Kamalanathan.

Apakah informasi dari The Star terhadap hukuman begini ?
Denda RM 2,000 atau penjara tak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.
Tidak semestinya guru yang menumbuk ahli parlimen itu disalahkan, ahli parlimen pun mesti bijak memerintah kementerian masing-masing.

Persoalannya :
Apakah iktibar yang boleh di pelajari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ? Kenapa permohonan perpindahan sekolah amat sukar dijalankan?
Cadangan:
KPM mesti bentuk satu organisasi supaya pemindahan guru-guru ke sekolah yang berdekatan dengan daerah tempat tinggal masing-masing dapat diselesaikan secara professional.

Di Singapura, setiap tahun ramai guru-guru yang mengajar dapat permohonan pemindahan mengajar sekolah dekat daerah mereka tinggal diluluskan. Ini mengurangkan banyak masa’alah guru-guru yang mengajar sekolah yang jauh dari rumah mereka.

Anonymous said...

Al-i-’Imran ayat 118

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Anonymous said...

yes...konsultan yang sebnar nya ialah raayat..bukan bermcam2 analysis, makmal, dan lain2 yang raayat tak nak pikir. so tak payah lah membazir masa dan uang raayat. Yng peting jaga hati raayat JANGAN ADA AYAT2 RETORIK...DAH MUAK. SO PERCAYA LAH.....PAU14 DAH DEKAT WALAUPUN JAUH. Jgn pulak raayat akan menderhaka......jgn salah kan raayat. ok semua..
orang tua 1957

Anonymous said...

Bodo punya pemuda umno. Elok digantung ahli... Ni mentaliti normal melayu batak,, camno masuk pemuda aku pon x tau la