Monday, February 3, 2014

BLOG GAP GESA KERAJAAN FOKUS KEPADA PENYELESAIAN ISU KOS RAKYAT SECARA KONSISTEN.

BN kalau layan anwar ianya takkan menyelesaikan masalah rakyat.

baru baru ini kerajaan dah mula turun ke bawah melihat kebimbangan rakyat mengenai pelbagai barangan pengguna yang tinggi harganya.

jurus selepas itu, kerajaan cuba mengawal 'control barangan oleh pemborong' dengan cara mengadakan stok penimbal.

rakyat nak melihat keberkesanan kuasa stok penimbal kerajaan itu yang akhirnya akan menjatuhkan semula harga barangan pengguna di pasaran.

minggu lepas, kerajaan umum 12 pasaraya terkemuka akan menurunkan harga barangan.

konsisten dalam memahami masalah rakyat bakal membawa keuntungan besar untuk BN dalam jangka masa panjang.

anwar tak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menimbulkan banyak lagi reka fitnah pada waktu berkempen nanti.

KONSISTEN DAN FOKUS PENTING.
KONSISTEN PADA ISU RAKYAT PENTING.
FOKUS PADA ISU RAKYAT PENTING.

4 comments:

Anonymous said...

DALAM KERAJAAN CUBA MENANGANI MASALAH KENAIKAN KOS HARGA BARANG...TUP2 PEMBANGANG PULAK ALIH ISU DENGAN PERLETAKAN JAWATAN ADUN KAJANG. MACAM ADA JER YANG TAK KENA. MACAM SABOTAJ JER...MACAM SABOTAJ JER...

Anonymous said...

ok, kerajaan perlu fokus. tapi mulai bila? sudah berlambak masalah yang saban hari bertambah. kerajaan memang telah lama hilang fokus. entah apalah jenis ubat yang tertelan oleh kabinet ds najib menyebabkan sejak pru13, macam kehilangan arah. janji sebelum pru13 macam2. kos sara hidup terutamanya disamping kemudahan awam. satu persatu isu yang berkait dengan pencabulan perlembagaan, provokasi melampau, isu mahkamah, penghinaan agama dan sebagainya dibiarkan tumbuh subur tanpa ada usaha tegas membenteras. biarlah, biarlah, biarlah menggambarkan kabinet ds najib dilihat semakin layu di mata rakyat. para pengkhianat demokrasi bertepuk sorak kerana usaha jahat mereka mendapat lesen. so, mana satu yang perlu diberi fokus? ekonomi dulukah atau hal2 berkait ketenteraman dan keamanan hidup rakyat? aku agak gusar dengan rata2 menteri dalam kabinet ds najib ketika ini. ketika mana ds najib diserang kiri kanan seolah tiada yang mahu bersilat membela. apa ini? adakah bila diri sendiri diserang baru membuka silat? contoh terbaik ialah menteri kpdnkk. bila dilaporkan beliau akan letak jawatan, belum sampai esok beliau terus menafikan. itulah tahap keberanian kabinet ds najib, berani hanya bila tembolok terganggu. sebelum pau tempohari, bagaimana hebatnya menteri kdn bersilat? isu syiahlah, ops cantaslah dll sehingga mencipta persepsi rakyat jelata jika tiada ds najib, beliaulah paling layak memegang jawatan pm! namun sebaik beliau diumumkan mendapat undian 'solid', kemana fokus beliau? syiah kemana, saman lahad datu kemana, isu kalimah Allah kemana, ingkar perintah mahkamah kemana dan entah berapa banyak lagi, semua entah kemana. ok, dah banyak aku membebel. so, sekarang ds najib and the gang kena fokus kepada perut dan poket rakyat dulu. jangan biar perut rakyat lapar dan jangan biar kocek rakyat kering. bukan bermakna bagi duit saja2 kepada rakyat. fokus kepada kamaslahatan rakyat supaya rakyat mendapat sesuatu yang berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. itu sahaja dulu. persetan dengan permainan politik de facto pkr. jembalang politik itu tak perlu dilayan. biarkan dia meracau dan sawan ikut cara dia. lama kelamaan dia akan lemau dan berkulat jika kerajaan tak layan.
sekian terima kasih.

JohnDoe said...

Aku baca Utusan Malaysia topik panas melayu kena buli dengan ah long!

Masalah ni tak akan selesai sampai bila2 apabila orang2 kerja kerajaan masih buat duit kerajaan(baca: duit rakyat) macam duit mereka sendiri.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab susah teramat payah nak pinjam dana kerajaan. Terlalu banyak 'procedure' dan proses untuk pinjam dana kerajaan. Ini termasuklah nak pinjam dengan Amanah Ikhtiar mahupun TEKUN (kami bukan ah long kami cuma nak tolong konon!) yang kononnya kerajaan kata MUDAH!

Melayu yang pinjam duit ah long ni rata2nya dan kebiasaannya nak buat modal pusingan meniaga. Orang meniaga selalu kena ada duit ditangan untuk modal pusingan. Manakala bangsa2 lain pinjam ah long semata2 untuk berhibur (judi, arak, dadah, pelacur dsbnya). Jadi jumlah bangsa lain yang pinjam ah long ni tak ramai.

Satu lagi, yang meminjam ah long rata2nya usahawan yang cuba untuk terus kekal berniaga walaupun mereka telah disenaraihitamkan/dimufliskan oleh institusi kewangan.

Pemimpin kerajaan kena turun padang tengok orang bawah buat kerja atau pun tak. Kenapa nak pinjam begitu banyak procedure, proses dan mengambil tempoh yang lama? Mengapa yang disenaraihitam (disebabkan tidak pandai mengurus kewangan syarikat) tidak boleh meminjam ?

Selagi perkara ini tidak diselesaikan ekonomi melayu akan hanya berada di tahap "hidup segan mati tak mahu".

Masalah ini juga berkait sama dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan dan juga kenaikan kos2 perniagaan seperti cukai barangan/perkhidmatan, tenaga (baca: elektrik), gaji minimum dan sebagainya yang dilaksanakan secara membabi buta tanpa melihat kesan dan akibatnya.

Gaji minimum RM900 memang nampak bagus. Tetapi banyak syarikat tidak mampu membayar gaji minimum beserta dengan caruman KWSP & PERKESO yang meningkat seiring dengan kenaikan gaji minimum tersebut. Ini menyebabkan kos syarikat meningkat dan mungkin pekerja terpaksa dikurangkan. Hanya bekerja yang betul2 mahir sahaja dikekalkan. Manakala pekerja tidak mahir dibuang kerja. Maka akan ada ramai penganggur dan makin ramailah nak hidup kena pinjam ah long....

Aku bukan anti kerajaan tapi apabila satu sistem hendak dilaksanakan hendaklah difikir sebab dan akibat jangka panjang.

Gunalah otak Dr M sekali sekala. Berfikir dengan pandangan yang luas.