Saturday, April 5, 2014

BERITA GEMBIRA : TAHNIAH NAJIB, MUHYIDIN,ZAHID DAN TERUTAMA SEKALI...KETUA POLIS NEGARA !


DEWAN Negara akhirnya meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 seterusnya mengembalikan kuasa mencegah aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang kepada pasukan polis.

Pindaan itu membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah khususnya ketika jenayah berat semakin berleluasa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Inilah yang dinanti-nantikan rakyat yang rata-ratanya mahu 'taring' polis dikembalikan tetapi tanpa campur tangan individu atau parti politik dalam keputusan penahanan individu yang dianggap berbahaya kepada anggota masyarakat.

Namun, seperti biasa masih ada suara-suara sumbang segelintir manusia yang selama ini memang gemar 'mempertahankan' penjenayah daripada orang awam mahupun anggota polis yang menjadi mangsa, dengan cuba menidakkan keperluan pindaan akta tersebut atas alasan menyekat hak asasi manusia.

Jelas sekali satu lagi permainan politik, pihak terbabit juga berulang kali menuduh pindaan itu akan digunakan terhadap ahli politik mahupun mereka yang tidak sependapat dengan kerajaan sedangkan keputusan penahanan dibuat badan kehakiman bebas dan bukannya menteri.

Seperti cuba mendapatkan imuniti kepada ahli politik daripada sebarang tindakan undang-undang, rakyat mula mempersoal mungkinkah benar ura-ura terdapat segelintir ahli politik negara yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

Apakah motif menyekat kuasa untuk polis bertindak, sedangkan selama ini 'puak' yang sama juga yang menuduh polis tidak membuat kerja dengan baik sehinggakan kes tembak menembak berleluasa dan Malaysia digelar 'negara koboi'?

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri melihat langkah meluluskan pindaan PCA membawa perbezaan kerana polis lebih yakin untuk bertindak dan rakyat pula berasa lebih selamat.
"Dengan adanya kuasa-kuasa tertentu yang boleh digunakan, bukan sahaja memberi kesan besar dalam tugas-tugas polis malahan meninggalkan impak terhadap penjenayah.

"Bila-bila masa sahaja mereka boleh diambil tindakan daripada membawa ancaman terhadap orang ramai," katanya.

Menurut beliau, pencegahan jenayah yang dimaksudkan lebih kepada jenayah berat seperti samun, dadah, perdagangan manusia, gangsterisme dan lain-lain jenayah yang berbahaya kepada rakyat khususnya golongan wanita, pelajar dan belia muda.

Tambahnya, penjenayah yang disasarkan turut memberi impak kepada ekonomi dengan menguasai pengedaran dadah, penyeludupan, penjualan barang tiruan, mengugut pelabur mahupun meminta duit perlindungan.

"Tiada rasional untuk terus katakan PCA itu serupa dengan ISA kerana ia disasarkan kepada jenayah kekerasan yang ketara dan menakutkan orang ramai. Latar belakang ISA pula berkaitan keselamatan negara seperti ancaman komunis, itu beza PCA dan ISA.

"Tidak wajarlah untuk gembar-gembur kedua-duanya sama sedangkan jelas berbeza. Mungkin ahli politik terbabit juga terlibat dengan dunia jenayah atau mungkin kerana mahu mencari populariti," jelasnya.
Beliau merasakan ahli politik yang menolak pindaan PCA mahu dilihat sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi dengan menuduh pindaan itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan kononnya usaha menghidupkan kembali ISA.

"Mereka ini perlu lihat sama kepentingan negara dalam jangka panjang, pindaan sedemikian perlu dilaksanakan untuk mengawal jenayah khususnya jika kita mahu menjadi negara maju. Setidak-tidaknya fikirkanlah ancaman penjenayah terbabit terhadap anak-anak kita," ujarnya.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim pula berpendapat pihak yang masih menuduh pindaan PCA sama seperti ISA patut berasa malu kerana jelas mereka sendiri tidak tahu apa yang mahu ditentang itu.
"Yang masih melawan ini 'tidak baca punya orang'. Mereka ini kena tahu cara bekerja, janganlah tahu bercakap sahaja, tengok dahulu apa dia (pindaan PCA) dan apa kelebihannya.

"Anggota masyarakat juga kena baca dahulu bagi faham, kenapa bergaduh dalam alam siber tetapi tidak boleh pula untuk buat carian tentang PCA, bukannya susah pun," tegasnya.

Beliau melihat ramai yang salah sangka tentang PCA sebagai suatu akta baharu sedangkan ia wujud sejak 1958 dengan skop terhadap beberapa kategori suspek jenayah, bukannya untuk tangkap semua orang mahupun penjenayah biasa.

Tambahnya, akta itu melihat kepada mereka yang pernah melakukan jenayah, pernah ditahan atau dibuang daerah tetapi khusus kepada kategori tertentu sahaja dan mereka yang tidak termasuk dalam kriteria tersebut tidak boleh ditahan di bawah PCA.

"Selepas pindaan PCA diluluskan, ia boleh menjadi perkakasan penting untuk polis memastikan keadaan selamat untuk anggota masyarakat.

"Bagaimanapun, PCA untuk orang tertentu sahaja, akta umum pencegahan lain seperti Perihal Ketenteraman Awam juga perlu penambahbaikan untuk menjaga keamanan," ujarnya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada mereka yang terus berusaha menjaga keamanan orang ramai khususnya dalam memberi kekuatan undang-undang di tangan polis.

"Anggota masyarakat yang merasakan ada perkara-perkara baharu perlu diberi perhatian (aspek keselamatan) juga boleh sampaikan kepada kerajaan, agar kita semua sama-sama dapat terus menikmati keamanan hidup di negara ini," ujarnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 comments:

Anonymous said...

sokong

sokong

sokong

Unknown said...

Channel News Asia Singapura mesti disaman oleh kerajaan Malaysia. Glenda Chong adalah dalang mengedarkan berita palsu elemen kebencian kerajaan Malaysia.

Sial keparat Channel News Asia yang menaikkan kebencian terhadap kerajaan Malaysia. Mempablishkan kenyataan bapak homo yang tidak puas-puas menghentam kerajaan Malaysia.

Channel News Asia semalam melapurkan 2 kenyataan bahwa :

(i) “Pemimpin pembangkang anwar ibrahim menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta trajedi pesawat MH370.”
(ii) “Cina memeras kerajaan Malaysia supaya menyelamatkan pelancong cina yang diculik oleh pengikut Abu Sayap.”

• Aku harap pehak tertentu seperti KLN atau duta Malaysia di Singapura tidak tidur menikmati kerusi empuk di pejabat dan dalam rumah kedutaan mewah makan minum mewah berdiam diri sahaja. Apatah lagi sudah di bagi pangkat datuk seri oleh Sultan Pahang baru-baru ini.

• Aku harap kedutaan di Singapura mengambil tindakan terhadap kenyataan datuk seri sial jahanam homo ini. Datuk seri sial jahanam homo ini dayus kerana meneruskan perbuatan belut atau treacherous kepada negaranya sendiri dari luar Malaysia.

• Sial Glenda Chong yang selalu membaca dan menyampaikan berita kehilangan pesawat MH370 selalu menikam dari belakang tentang kerajaan Malaysia. Semalam dia melibatkan kes kidnap pelancong cina dengan trajedi kehilangan pesawat MH370. Katanya ini menaikkan kelemahan kerajaan Malaysia.

Unknown said...

IGP Khalid Ibrahim cepat-cepatlah masukkan bapak sodomi homo masuk penjara!!!

Anonymous said...

teringat masa undang2 ni mau diterbitkan...hari2 s/kbr ada cerita org kena bunuh...headlines lagi...pas tu tak brp lama sentap...musim bunuh dh mcm musim buah...itulah the power of media...

anti-LGBT,DAPpigs, PR dan Ad-Dajjal said...

TAhniah aku ucapkan pada Dewan Negara, PDRM, KDN dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Aku harapkan Malaysia akan bertambah makmur dengan kuka dan taring polis dikembalikan pada pihak yang berwajib. Persetankan puak2 LGBT dan penyokong abarki ni. Kalau depa tak suka, depa semua boleh BELAH dari bumi Melaya ni....

Unknown said...

Beginilah pendapat Ravi Veloor, pengedit Luar Negara dalam akhbar Straits Times Singapura pada 05/04/2014, Sabtu.

Mungkin Kapten Zaharie berdukacita kerana:
1. Mahkamah menghukum pemimpin pkr anwar ibrahim keatas kes sodominya.
2. Fikirannya terganggu terhadap kemelesetan kebahgiaan keluarganya.
3. Alat simulator untuk peribadi yang dipunyai di rumah menimbulkan kesangsian mencipta mudharat dengan sengaja.

• Aku harap pembaca dan orang ramai dapat mentafsirkan dengan serious sindiran fakta nombor satu.

• Aku harap masyarakat dapat menilai pengkhianatan pemimpin pkr yang disebut namanya membiakkan ahli-ahlinya terutama Kapten Zaharie memarakkan kebencian terhadap Umno sehingga mengambil tindakan menghukum kerajaan Malaysia dengan mengkhianati penumpang-penumpang kapalterbang yang di pandu.

• Baru tepat fakta ini dapat menyalahkan kepemimpinan datuk seri homo sudah sampai ke taraf memupuk pengganas negara.

• PDRM diharapkan tidak abaikan fakta-fakta ini, mungkin banyak lagi.

Anonymous said...

Ex-con & Convict 2.0 still free in London? HR & his lackeys over in UK too meeting some significant power-figure (omputeh).

These people are planning assault from multiple fronts, so don't let your guard down fellow muslims-melayu-bumiputera.

OM

Anonymous said...

Bukan khalid ibrahim.
Kalid abu bakar bro.

Unknown said...

Kata Khalid Abu Bakar dalam akhbar Straits Times Singapura bertarikh 5 April 2014, Sabtu:

“Investigation may go on and on and on. At the end of the investigation, we may not even know the real cause.” – April 2

Satu pengajaran yang dapat disimpulkan disini.

1. Ketua Polis Negara Malaysia Khalid Abu Bakar menunjukkan pendirian yang tidak tegas. Dia sepatutnya berkata, “Kita mesti cari si penjenayah pesawat MH370 sampai ke lubang cacing dan ke lubang kubur.”

2. Khalid Abu Bakar tidak optimistic.
Sebagai ketua polis Negara dia mesti bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan mencapai visi ETP Negara menentang penjenayah besar pesawat MH370.

3. Beliau tidak seterusnya lekas putus asa,keengganan meneruskan penyiasatan dan memutuskan kegagalan menangani penjenayah pesawat MH370 seperti ini memberi peluang gembira kepada dalang kehilangan pesawat MH370.

4. Akhirnya Negara jiran dan dunia amnya menganggap kenyataan dan pendirian KPN Khalid A Bakar adalah tidak bijak dan PDRM tidak efficient.

Unknown said...

Berikut adalah undang-undang pembayar cukai kereta bagi rakyat Singapura.

Cukai bagi 1 penghuni kereta tahunan (1500cc) : $ 470.00 (SG)

Denda lambat bayar:
Lambat bayar sehari kena bayar tambahan: $20.00 (SG) Jumlah: $490.00
Lambat bayar sebulan kena bayar tambahan: $70.00 (SG) Jumlah: $540.00
Lambat bayar dua bulan kena bayar tambahan :$85.00 (SG) Jumlah: $555.00
Lambat bayar tiga bulan kena bayar tambahan : $235.00 (SG) Jumlah : $705.00

Lebih dari 3 bulan lambat bayar : Warrant arrest, masuk mahkamah atau penjara.

Adalah satu jenayah mengelakkan bayar cukai kereta.
Apakah tujuannya mengenakan denda kelambatan bayar cukai kereta?

Supaya setiap rakyat berkereta bayar cukai kereta tepat masanya atau sebelum lambat takhir pembayaran.

Kesimpulan pengajaran yang dipelajari :

1. Satu-satunya yang setiap rakyat menunjukkan kesetiaan kepada Negara sendiri .
2. Menunaikan tanggung jawab seseorang rakyat Singapura mempunyai ketegasan patuh kepada undang-undang Negara.
3. Mencegah bebanan kerugian ekonomi kepada Negara sendiri.

Aku tak pernah bayar cukai kereta lambat. Aku juga kena bayar parking kereta tahunan ($800) tempat tinggal flat aku sendiri. Bukan senang ada kereta seperti tinggal dikampung, parking percuma.

Aku harap KDM ( Zahid Hamidi) dapat pengajaran dari undang-undang di Singapura, walau pun ketat, tetapi nampaknya berkesan. Rakyat Singapura tak mau masuk penjara atau mahkamah kerana tidak bayar cukai kereta.