Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin hari ini, menyarankan agar Perdana Menteri tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan bagi menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan ekonomi negara.
“Jika Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, maka kita akan ada tempat mengadu jika Menteri Kewangan buat silap. Sekarang ia dipegang oleh orang yang sama menyebabkan kita tiada lagi tempat mengadu jika ada sesuatu yang kita rasakan tidak kena.”
Selain itu, Tun Daim juga menyarankan dilantik seorang Menteri bagi menjaga kepentingan usahawan Melayu dan ia mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan.
“Kita lantik orang yang tiada pengalaman dalam perniagaan untuk membantu usahawan Melayu maka ia akan menyebabkan mereka tidak faham apa yang perlu dilakukan. Akhirnya Menteri bergantung kepada teks ucapan dan polisi pegawai semata-mata.”
“Kita ada banyak agensi – Uda, Dara, Teraju, Pemandu… tapi apakah pencapaian usahawan bumiputera hari ini? Selain Syed Mokhtar dan Azman Hashim siapa lagi yang tinggal? Lihat sahaja senarai 40 orang terkaya di Malaysia, berapa Melayu yang ada hari ini?”
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainnuddin: “Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu.” anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).
Tun Daim turut menimbulkan persoalan sama ada Kementerian Pembangunan Usahawan perlu diwujudkan semula bagi membolehkan usaha membantu usahawan bumiputera lebih tersusun dan lebih baik.
Dalam ucapan ringkas itu juga Tun Daim menegaskan beliau bukan anti kerajaan mahu pun UMNO, namun mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan Melayu dengan lebih teliti dan melantik mereka yang berpengalaman mengendalikannya.
“Memang saya ada mengkritik kerajaan, tapi saya tetap UMNO dan akan terus menyokong UMNO. Saya mengkritik kerana mahukan orang Melayu terus mendapat peluang yang lebih baik.”
Pentingkan Kejayaan
Ketika menjawab soalan khalayak, Tun Daim mengingatkan orang Melayu bahawa jangan terlalu hendak kaya cepat. Apa yang lebih penting ialah berjaya dalam hidup.
“Orang Melayu harus utamakan kejayaan bukan kekayaan. Kekayaan akan datang dengan kejayaan yang kita dapat. Jika mahu melakukan sesuatu lakukan sehingga betul-betul berjaya.”
Ketika menjawab soalan oleh wartawan veteran Datuk Azman Ujang, Daim menyatakan kebanyakan orang Melayu mahu cepat kaya bukannya berjaya.
Datuk Azman sebelum itu bertanya apakah kerajaan tidak boleh berbuat sesuatu untuk menukar status tanah di kampung Baru dari Simpanan Melayu kepada “Terbuka”. Menurut Azman penukaran ini akan meningkatkan nilai hartanah hingga berbilion ringgit. Ini akan mewujudkan lebih ramai Melayu yang kaya.
Mengulas soalan tersebut Daim berkata,
“nasib baik Kampung Baru dengan Sungai Penchala “malay reserved” kalau tidak habis dijual. Lihat sahaja apa terjadi di Langkawi dan di banyak tempat. Orang Melayu hanya jadi jutawan sekejap tapi akhirnya kembali ke asal kerana duit telah habis, tanah pun sudah habis.”
Petikan Mykmu.net
5 comments:
Kebanyakan orang melayu tiada ilmu untuk menjadi kaya . Ramai orang melayu yang menabung dalam ASB tetapi setiap tahun keluar duit ASB kerana nak cat rumah atau nak beli perabut baru . Bukan kah membazir namanya itu . Orang cina mempunyai sikap berjimat cermat . Duit yang berlebihan di labur dalam saham . Itu sebab orang cina kaya . Orang melayu baru dapat gaji RM 5,000 sebulan dah ada hati nak beli Toyota Camry .
Orang melayu miskin kerana sikap . Orang cina kaya juga kerana sikap . Jadi orang melayu kalau nak kaya kena lah berubah sikap .
Assalamualaikum. Betul apa kata Tun Daim itu, utamakan orang Melayu dalam semua bidang. Utamakan perniagaan sebagai langkah memajukan Melayu setaraf dgn peniaga luar negara didunia ini. Apa yang membuatkan UMNO nampak lemah adalah kerana kedudukan Orang Melayu terasa tergugat dan kurang mendapat perhatian dari Kerajaan.
mungkin saya tak kenal benar siapa bekas menteri ini tp apa yang disampaikan GAP ini saya sokong penuh. Yang benar tetap disokong, yang salah tetap ditolak walaupun Nampak tidak menyebelahi. Tidak semestinya membantah itu melawan, lihat dari sudut lain kerana idea idea bernas tidak seharusnya dibiarkan merugikan Negara khasnya bangsa melayu sendiri. Tidak jatuhnya standard PM kalau memandang serius perkara ini.
true! the malays need someone who can teach them to catch a fish bukan bagi mereka makan ikan...all da time.
Tabik Daim!
Mana dia hapuskan orang tengah? Sistem ekonomi kita masih menindas usahawan bumiputra.
Cina beli harga murah, boleh kredit. Melayu beli harga mahal, tak boleh kredit.
Cina sewa kedai murah, Melayu sewa mahal. Bila ada aje Melayu maju, harga sewa dinaikkan.
Cina senang dapat lessen; takde lessen pun bisnes jalan. Takde orang nak kacau. Pendatang asing pun takde orang nak kacua. Melayu nak dapat lesen susah, terpaksa juga buat bisnes untuk hidup walau takde lesen. Sudahya kena kompaun dengan alat-alat meniaga kena angkut; gerai kena roboh.
Bila tiba pada pelanggan Melayu; betul la cina jual lagi murah daripada Melayu! Beli kat cina la; Melayu jual mahal.
Mana la usahawan Melayu nak tahan kalau asyik didiskriminasi dan ditindas di semua sudut. Pihak berkuasa pun sama memilih.
Satu tips, kalau ada perniagaan haram yang tak diusik berhampiran dengan pejabat pihak berkuasa, boleh agak la ada yang tak kena. Malangnya SPRM hanya tunggu aduan untuk bertindak.
Post a Comment