Saturday, April 12, 2014

PRESIDEN FAM BERUNDUR ? SATU KEPUTUSAN HEROIC DAN LEBIH HEROIC LAGI JIKA PENGURUSAN FAM JUGA BERUNDUR.


sultan ahmad shah dikabarkan berundur daripada menjadi presiden FAM.

selama 30 tahun tuanku menjadi presiden FAM.

kalau 30 tahun ini bermakna tuanku telah menjawat kerusi presiden sejak tahun 1984.

1984, zainal dan dollah masih bermain lagi.
arwah mokhtar dahari pun masih bermain lagi..

sebut nasir yusof, ahmad yusof, khan hun meng, lim hung nung, serbegeth, razali alias ini semua player sezaman itu.

azizol abu hanifah dilahirkan daripada skuad harimau..

azman adnan, mubin mokhtar adalah skuad projek olimpik..kalau tak silap aku.

zaman jatuh bolasepak negara bilamana kita mula kalah di tangan filipina, 1-0 waktu sea games..

dari situ bermulalah kejatuhan demi kejatuhan.

tahun lepas, SKUAD BANGLADESH SERI 1-1 DENGAN SKUAD RAJAGOPAL.

hakikat ini dah tak boleh diterima oleh kebanyakan penyokong, terutamanya ultras.. 

apa yang berlaku sewaktu kegemilangan eksperimentasi rajogapal adalah lebih banyak mendatangkan sakit hati penyokong daripada suka..

dalam ruangan utusan hari ini, tuanku sultan ahmad shah dikabarkan bakal melepaskan jawatan.

kita sebagai penyokong setia skuad malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala lelah tuanku sultan sepanjang kariernya menjadi presiden.

2 hari lepas menteri besar N9 ada mengeluarkan kenyataan.. FAM perlu perubahan.

peter vellapan pun bercakap benda yang sama.

mamat gila bola kat kampung pun cakap benda yang sama...

JELAS PERUBAHAN TOTAL DALAM FAM DIPERLUKAN UNTUK MEMBERIKAN KEPUASAN KEPADA PEMINAT.

seeloknya, yang dah terlalu lama dalam FAM perlu bermuhasabah diri.

FAM perlukan satu pengurusan total yang baru...

semalam najib dalam merasmikan akedemi bola yang diberikan belanja RM10juta ada menyebut, mengenai RANKING BOLA yang terlalu jauh teruk daripada filipina.

RANKING BOLASEPAK MALAYSIA TIDAK SEPADAN DENGAN FASILITI BOLASEPAK IVORY COAST...

FAM perlu perubahan total, bukan sekadar kerusi presidensi sahaja..

PS : sultan ahmad shah, satu perkara yang rakyat malaysia CUKUP KAGUM DENGAN TUANKU adalah bab perihatin tuanku kalau rakyat pahang ditimpa bencana..

salut !

10 comments:

Anonymous said...

Akhirnya. Daulat tuanku. Inilah yg dinanti selama ini. Perubahan luar & dalsm FAM.

waz said...

dan JANGAN lagi masih ada TANGAN TANGAN GHAIB yang boleh merubah keputusan jurulatih dalam pemilihan pemain.(sekiranya ada)

Anonymous said...

Institusi Raja berhenti menerajui pertubuhan sukan !!!

Kami tak mahu sultan kami dimaki dan dihina kerana sukan kerana bidang sukan penuh emosi dan cacian.

gen2felda

Anonymous said...

Di semua agensi..jabatan terlalu byk tangan ghaib..sejak 2menjak..mcm consultan...punahsihat lagaknya...

Shamsul said...

Kementerian PALING Bangang ialah KKLW. Slow dn langsung tidak ada sikap dn amanah bertanggung jawab.

Anonymous said...


Apa jaminan bolasepak Malaysia maju lepas tukar pengurusan???

Anonymous said...

Tukar ganti 'baton' dari bapak kpd anak apa ke bendanya!!. Macam PKR lah pulak, laki lawan bini rebut jawatan Presiden.

Anonymous said...

bodo...ko pegi servis kereta ada jaminan ke kereta tak rosak?

Anonymous said...

Salam Bro,walaupun tukar pemimpin,belum tentu bolasepak Malaysia boleh maju.Yang penting ialah sikap setiap individu yang terlibat di dalam bolasepak baik dari segi pengurusan,pentadbiran,pegawai dan pemain.

Anonymous said...

Salam Bro,walaupun tukar pemimpin,belum tentu bolasepak Malaysia boleh maju.Yang penting ialah sikap setiap individu yang terlibat di dalam bolasepak baik dari segi pengurusan,pentadbiran,pegawai dan pemain.