BERIKUT KATA NIK ABDUH..Siapa Pengkhianat?
Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.
Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;
1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala’ dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.
Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri. Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri. Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.
Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;
1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.
2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.
Presiden telah memilih pilihan kedua.
Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).
Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.
Malang tak berbau!
Keputusan ‘emas’ itu hanya mampu bertahan 5 jam!
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.
Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.
Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.
Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.
2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.
Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?
Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.
Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.
13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.
Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.
Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.
Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!
PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.
Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.
Sekarang, mari kita lihat;
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?
Mari melihat kesimpulan saya..
Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi.
Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..
Saksikan..
Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more
Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more
Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.
Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..
Selamat bertarung di ‘KuborMove’.. Jumpa di sana.
10 comments:
48 hari lagi ke penjara sg buluh
Masih ramai puak ini tidak merungkai masaalah asas timbul nya pergolakan di Selangor. Persepsi mereka di pesongkan, anwarinas itu suci, MSU itu sesat !
Maka menyembah 'lembu suci' itu lebih utama berbanding merujuk panel MSU...
Nota : Dulu golongan ini berjiwa fitnah. Sekarang fitnah dan wala' mereka satu 'bala' dalam kontek tahaluf siasi mereka mengagongkan musyrikun dan kafirun.
Juga dosa-dosa besar MSU, agak nya...
wau wau komen yang berapi!syabasss
Mamat berdua tu takde wala' pd pimpinan PAS menandakan tak dpt tarbiyah yg betul. Lain kali nak pilih calon, pastikan yg dpt tarbiyah yg sempurna. Ni ramai dlm JPP sendiri yg tak mendpt tarbiyah yg sempurna, jelas tergambar bila keputusan MSU disanggah dan tak dihirau.
Tak payah jelaska panjang lebar.
Kesimpulan nya senang.
DAP/PAS/PKR PARTI BANGSAT KAKI MAIN BELAKANG PUJAAN RAKYAT SELANGOR/PENANG/KELANTAN YANG GEMAR DI MAIN BELAKANG.
Saifudin & Azmi Shahrom adalah SAMPAH yang cuba mewujudkan variasi SAMPAH yang baru dalam pemikiran MELAYU bagi menunjuk hero kepada CINABENG..
Tak ada apa2 nilai intelek pada mereka cuma bakul sampah yang cuba mengangkat diri mereka menjadi beg plastik Cinabeng, yang bakal dibuang selepas digunakan.
Perkataan "khianat" pun puak parasit PasMA ni tak paham. Boleh tanya pula"apa yang saya khianat?"..
Khianat daris egi tak patuhi arahan parti, Presiden parti dan majlis syura parti. Lebih buruk bila lompat ke kem PKR sedangkan parti tak setuju..
Kita hidup berkelompok, nerorganisasi hendaklah patuth pada ketua parti/kelompok/organisasi..
Kalau semua ahli buat mcm pengkhianat PasMA ni, maka hancur parti tu..
Tu semua maksud Nik Abduh..
kata orang padan muka mu PAS, PANDAI tak cerdik, BOODOH makin sombong.
HAMPas dengan kaum sebangsa seagama bukkan main gila babi, UMNO ditabalkan musuh dunia akhirat. hari ini pas tukang cuci taik parti sekutu dengan pkr dan dap. bertambahnya ADUN / MP gerombolan pembangkang kerana tangan munafik pas.
HAMPas sedia jadi baruah dan kuda kayu disebabkan niat sebenar pas hari ini adalah gila kuasa dan jauh menyimpang dari memperjuangkan islam melayu dan raja, mana slogan negara islam, mana hudud yg disebuk2, kenapa bersekongkol dengan kafir, munafik, LGBT dan yg serupa wajahnya.
ADUN pas jadi pembelot kita tak heran, kerana ikut perangai kepimpinan pas yg hari ini tuhan bagi kifarah diatas semua DOSA-DOSA-DOSA memporak puranda umat islam, mimpilah jika tuhan makbulkan doa untuk meruntuhkan UMNO, DISEBABKAN pemimpin pas sendiri serupa kaum jahaliah.
Ada orang kata emak Azmi Sharom tu bukan Melayu, sebab tu dia tak ada semangat Melayu dan cuba tunjuk dia kononnya pandai. Biasalah orang-orang macam ni, ada Phd, rasa dah hebat sangat. Padahal bahasa Inggeris pun tak berapa betul. Belajar tinggi tak semestinya pandai dan bukan tiket untuk tunjuk juara. Cubalah amalkan pepatah Melayu, Ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk! Orang berilmu dan beriman selalunya tidak riak!
PAS berdirilah atas kaki sendiri.
Kembali kepada Islam sejati.
Kembali kepada Majlis Syura.
Hukum Allah ditegakkan walau ditentang.
Allah yang jadikan manusia tahulah Dia menentukan hukum yang sesuai untuk kita.
Yang jadi bala ialah apabila semua mengikut hukum akal manusia tapi menolak hukum Allah Taala.
Jangan bantah hukum Allah. Kalau kita merasakan ada hukum lain yang lebih baik dari hukum Allah itu ditakuti sudah jatuh syirik.
Wallahualam.
Post a Comment