Sunday, October 19, 2014

ANJING BUKAN UNTUK JADI PET UMAT ISLAM.

"I Want to Touch a Dog"

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa'ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam

* kredit DFB

Sumber: http://goo.gl/SN3gsS

22 comments:

Anonymous said...

Setuju bro, Ada agenda lain tu

Anonymous said...

AllahAkbar mereka Semakin melampau....dan akan terus melampau...sejak wujudnya PR !

Anonymous said...

BETUL BRO....LEPAS NI PUAK LIBERAL NI BUAT PULAK KEMPEN SENTUH BABI PULAK.

Anonymous said...

Ada puak puak nak mengelirukan Islam....

Orang islam yg cetek Ilmu akan salah faham....


Anonymous said...

Ada agenda tersirat....

Anonymous said...

Sapa pulak penganjurnya...Melayu Islam & Kafir Harbi...??? Fikir2 la...

Anonymous said...

yang organize tu orang Melayu

mae said...

betul. apabila seseorang digelar sebagai anjing kpd seseorang lain, ini bukan bermakna orang itu pet atau kesayangan orang lain itu tapi bermakna orang suruhan untuk disuruh buat itu ini. istilah 'dog' kpd seseorang digunakan dlm masyarakat bukan islam kerana mereka tahu apa fungsi anjing.

mat13 said...

Tanda2 dunia akhir zaman. Beringatlah kita

Anonymous said...

Memang agenda jahat untuk mempengaruhi anak muda islam untk menerima anjing sebagai pet.Sedih ada yang bawak anak 2 ke kempen bodoh ni selepas ni ramai la yang perasan maju dan moden jadikan anjing pet mereka.

Anonymous said...

Orang2 MUDA yg kononnya libral ini lah yg mereka belajar...kalaulah berani sangat balik kampong or masa balik rumah org TUA kamu bawa ANJING2 KESAYANGAN tuu..aku nak tegok sejauh mana LIBRALnya mak babak kamu nanti........ADA BRAN KAAAAAAAAA???

Anonymous said...

yang bangangnye penganjur melayu plak tu. apa nak jadi melayu islam ni? inilah masalahnya bila anak2 muda bodoh mengagungkan pemimpin2 songsang dalam pkr. tengok dalam gambar2 tu banyak melayu islam tudung litup yg muda2. tp hukum pegang anjing pun x tahu. mungkin role model dia janda bernama nurul izzah sapot maka percayalah mereka. pathetic betul generasi melayu kita ni.

jentayu

Anonymous said...

Masuk gereja ikut Nabi
Lantik crony menantu di MBI pun ikut Nabi
Main bontot ikut Anwar
Sekarang isu anjing ikut siapa pulak

Anonymous said...

senangnya Melayu diperHANJINGkan oleh dapigs & pgayr..

Anonymous said...

Aku cadang kan kita ramai2 bawak rotan kalau jumpa puak2 melayu Liberal yang tak sodar diri ni, kita rotan saja kao2.

Anonymous said...

jJangan main-main, Malaikat tak menjenguk rumah yg ada anjing di dalam kawasannya. Penganjur tu tak cerita pulak bab-bab yg mustahak mcm ni?

Unknown said...

TANGKAP DAN DAKWA PENGANJUR NYA YG BERNIAT JAHAT MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM.NAMPAK MACAM ACARA FUN AJA.TAPI ADA AGENDA JAHAT DISEBALIK TU.KALAU PIHAK BERKUASA MASIH TAK SEDAR DAN BERLEMBUT TERIMA LAH PADAH NYA SATU HARI NANTI.TAK MENGEJUTKAN KALAU ACARA INI DI DALANGI PUAK PUAK MISSIONARI AGAMA BUKAN ISLAM.LANGKAH AWAL MENGKRISTIAN KAN UMAT ISLAM,ATAU PALING TIDAK PUN MELIBERALKAN PEMIKIRAN MEREKA

Anonymous said...

Lepas ni apa plak yg bole sentuh haduhhhh

Anonymous said...

Lepas ni kempen makan taik, sebab taik berasal dr makanan yg halal..

Anonymous said...

Orang islam yg mengajur dan turut menyokong tak sedar bahawa mereka telah d Dog kan oleh pihak yg mempunyai agenda melemahkan akidah islam haram tetap haram.

Anonymous said...

Agenda dan strateji halus supaya org melayu MUDAH utk terima DAP kelak...AWAS!

Anonymous said...

Tahniah juga kepada si najib liberal yang buang I.S.A.Sejak tu Islam semakin dipijak.JATUHKAN NAJIB DENGAN APA CARA SEKALI PUN.