KUALA LUMPUR 8 Nov. - Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah SWT.
Beliau berkata, lelaki berpakaian seperti perempuan atau sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru perlu disekat.
“Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat oleh Allah SWT.
“Tindakan Mahkamah Rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.
Tegas Harussani, perkara tersebut merupakan kehendak dan hukum agama Islam bukannya adat untuk mana-mana pihak sesuka hati membuat keputusan sama ada halal atau haram.
“Saya amat sedih, undang-undang diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan agama malangnya sekarang seperti dihalalkan.
“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala,” katanya.
Harussani turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.
“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah SWT serta hukum-hukumnya.
“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukum-Nya,” ujar beliau.
Sementara itu di Tanah Merah, Kelantan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, apabila ada individu mencabar undang-undang syariah dan berjaya mengetepikan keputusannya, tidak mustahil pesalah bagi kes seumpama itu di negeri lain akan turut melakukan perkara sama.
Sehubungan itu tegas beliau, sebelum membuat keputusan bagi kes tersebut, mana-mana pihak sepatutnya merujuk dan mendapatkan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu bagi memastikan hukum Allah SWT dan kesucian agama Islam tidak diperlekehkan oleh sesiapa pun.
“Saya rasa pihak yang hendak membatalkan (Perkara 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan) perlu mendapatkan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan sebab perkara berkaitan hukum Islam ini tidak boleh guna akal sangat, kena rujuk,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-cabar-hukum-allah-8211-harussani-1.22542#sthash.5QCewyyG.dpuf
18 comments:
Hakim yang sudah menjadi tuhan.... terimalah laknat Allah SWT kelak !
aku amat tidak faham mengapa JAINS membiarkan Perkara 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan dibiarkan dirayu di mahkamah sivil? amat tidak munasabah dan sangat janggal. apakah pihak terbabit tidak memandang kepada implikasinya? perkara2 berkaitan syarak hanya sesuai dibicarakan di mahkamah syariah. jika ada pesalah yang memfailkan rayuan di mahkamah sivil, perkara ini wajib dicabar. namun JAINS gagal berbuat demikian. kini menjadi tanggungjawab JAINS untuk mencabar keputusan tersebut dan memfailkan rayuan bagi semakan keputusan.
Minta hakim yang beragama Islam dapat menjalankan tugas dengan berlandaskan hukum Islam.
Sepatutnya makamah sivil tidak boleh melakaui keputusan makamah syariah kerana islam agama persekutuan. Puterajaya wajib memperbetulkan hal ni.
1.betul tu!!!tapi jangan dok pilih kes pulak!!
2.cuba pi nasihat rosmah pakai tudong!!tutup aurat!!itu juga hukum Allah!!ada berani!!!
3.kemudian pi tarbiah puak umno supaya jangan makan rasuah!!boleh!!!!!
Bro bukak srcrip apa cerita menteri setengah mati depend org positif dadah ni..ada tk kena tu..bodoh sgt lak srg menteri dpend camtu sekali..dia ingat juara badminton dunia cam main badminton liga rembau ke...
Ini lah yang diTAKUTI SANGAT .. BILA POMEN BASIKAL .. JATUH HUKUM DALAM BIDANG BUAT ROTI CANAI ..
HUKUMAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT..
IKUT LOGIK AKAL SAJA .. TAK TAHU NAK JADI GAPO DOH NEGARA MALAYSIA ..
Rakyat M'sia beragama Islam renungkan lah kata ² Mufti Perak ini.
Ya, jgn mengundang bala!.
Yang haram tetap haram yang halal tetap halal.
Saya harap pihak legal MAINS dapat kan stay of execution dan terus submit ke mahkamah persekutuan. Kali ni mintak tolong TS Shafiee dan majlis Ulama' Malaysia. Jangan dok harapkan kat lawyer2 jabatan yang baru keluaq sekolah tu saja....
Kot dia suka kat pondan....
Lelaki yg bersubang, berantai, beraksesori juga dalam kategori menyerupai wanita. Menyerupai itu tidak semestinya mereka yg berpakaian wanita. Mohon budi bicara Tuan mndalami defininasi transgender ini..jgn kesimpulan Tuan hanya dibuat secara mata kasar tanpa melihat hasil kajian sains tentang transgender.
Apabila Hakim berugama Islam membenarkan pondan-pond an memakai baju perempuan Hakim ini sudah menanggung dosa paling besar. Seluruh negara Malaysia akan dilanda mala pet aka kerana dosa hakim dan pondan-pondan adalah puak kifayah.
Engkau suma benda nk kait politik. Cuba nasihat rakan sebantal ko dulu si zairil & dysna dulu....boleh ataupun ank si ketum jgn memfitnsh
Anon 11.35
Anon 2.36
Anon 4.30
Kalau berbahas atau memberi komen, tolonglah jangan keluar tajuk.
1. Betul tu! Hang pun jangan dok mengutuk orang Islam lain.
2. Cuba pi nasihat Anwar taubat & mengaku salah segera! Pintu syurga haram masuk pada peliwat. Ada berani!
3. Kemudian pi tarbiah puak Pakatan rakyat yang makan duit rasuah kafir DAP. Boleh!!!!
APA yg kau merepek ni bahlul!!!!!!!!!!!
Aku pernah dengar ceramah ustaz ismail kamus...katanya antara ahli neraka ialah para hakim dan peguam..wallahuaqlam
Bahlol..
Post a Comment