Tuesday, June 23, 2009

BANGSA MELAYU SUDAH BERSEDIA MELAKUKAN TSUNAMI POLITIK KE 2 !

Keputusan pilihanraya ke 12 pada maca 2008 sudah menjadi sejarah. ombak kebangkitan rakyat melakukan undi protes telah melanda ke seluruh negara. kenaikan harga barang dan harga petrol antara pemangkin utama protes pilihanraya.

pakatan pkr,pas dan dap menang bukan kerna mereka hebat. rakyat tiada pilihan, melakukan undi protes kepada BN dianggap sebagai pengajaran. hari ini semakin jelas gabungan pakatan sebenarnya tiada sekukuh mana.

persepsi meluat rakyat melihatkan gelagat flip flop pas semakin kuat. kiranya ini wadah pimpinan pakatan akan datang, maka difikirkan mereka hancurlah bangsa hancurlah islam dan hancurlah negara.

pas menghina ALLAH bila hudud perlu mendapat kebenaran karpal dan dap !
pas menghina ALLAH apa senantiasa persendakan matlamat penubuhan negara islam di waktu kempen pilihanraya !
semalam ALLAH telah mempersendakan pas pulak, apabila ludah yang mereka keluarkan, dijilat-jilat-jilat sejilat jilatnya semula.

pesana sms dan email gap semakin menimbun. menyatakan kekesalan melihatkan gelagat permainan politikal pas. mana pergi kredibiliti ? mana pergi konsistensi perjuangan ? hilang dilambung angan, angan yang dipasang oleh anwar attaturk .

pas kini mejadi kambing gembalaan anwar dan dap. taat dan patuh pas kepada anwar attaturk dan dap melebihi segalanya.

orang melayu menggeleng kepala dan janji mereka akan dikota, pas akan terlingkup dalam pilihanraya akan datang. bangsa melayu merasa cukup kecewa dan benarlah pendapat sesetengah para komentar, PAS TIDAK MEWAKILI ISLAM DAN ISLAM BUKAN MILIK PAS.

pas sedang menggalikan kuburnya pada pilihanraya akan datang.rakyat sila teruskan serangan untuk kita menghapuskan pkr/pas dan dap kemas-kemas !

PAS SECARA SUKARELA MENGKAPANKAN MAYAT MEREKA SENDIRI !

sebelum ini ramai yang bertanya kenapa gap n gang secara terbuka menyokong nasarudin mat isa dalam perebutan jawatan timbalan presiden pas.komen-komen sebegini tidak kami publishkan didalam blog kerana takut menggangu game politikal kami.

kami memasang perangkap, memilih jalan terbaik untuk membuktikan secara live kepada audience akan sikap flip flop parti pas. maka ustaz nasarudin dijadikan modal kempen tegar, husam diletakkan sebagai calon favourite mangsa hentaman dari pihak kami.

perkara yang kami kaji dan lakukan adalah..
1) mewujudkan persepsi baru kpd masyarakat bahawa pas tiada pernah tetap pendiriannya dalam politik.
2) melagakan calon . gap mengambil tanggungjawap menghentam husam secara konsisten dan pada masa yang sama menyokong nasa.
3) mahu mewujudkan projection imej kepada public bahawa pas sebagai parti flip flop.matlamatnya mewujudkan persepsi baru bangsa melayu betapa pas sememangnya tiada pendirian politik yang tetap.

idea serangannya mudah. hudud dan negara islam sudah tiada dalam perjuangan pas, jadi kami perlu mewujudkan keraguan maha hebat ke atas pengundi/pemerhati atas pagar. maka satu bentuk modal politik baru perlu dilahirkan.

masa serangan adalah pada muktamar pas. 2 fraksi berbeza berebut kuasa. satu kumpulan ulamak manakala satu lagi kumpulan attaturk pas. memilih husam sebagai calon akan memberikan ruang besar kepada anwar attaturk menguasai parti pas. husam harus di berikan serangan, damage berterusan harus dikenakan...

anda harus faham, selain permainan blog pihak kami juga sudah berhabisan menghantar sms bertalu-talu kepada beberapa pimpinan/perwakilan pas . tujuannya supaya operasi kecil ini berjaya.. pada petang pemilihan hampir tercetus pergaduhan besar di stadium malawati di antara penyokong pas kedah yang menwakili nasa dan penyokong pas kelantan yang pro kepada husam..namun cerita ini tidak dikeluarkan oleh harakahdaily .

bloger ruang bicara faisal (yang bakal berentap dengan zaid ibrahim di kota baharu) dan medan info telah menyumbangkan masa dan beberapa perkara dalam proses propaganda ini. kami punyai database yang agak lengkap senarai no hp perwakilan memandangkan kami 'pernah' bekerjasama dengan mereka tidak lama dahulu.tambahan pula dengan bantuan rakan-rakan lama dalam parti pas sendiri telah memudahkan kerja kami.

nasa menang, husam tewas. harus kita fahamkan sekali lagi hudud dan negara islam sudah hilang dari perjuangan parti pas. unity govt di war-warkan.

membina imej pas sebagai parti mempermainkan islam hari ini telah berhasil. hasil sikap flip flop mereka, dalam masa tak sampai seminggu unity government yang dicadangkan telah ditarik balik. lebih menggembirakan apabila umno pula disalahkan dalam hal ini.

hari ini rakyat malaysia dan bangsa melayu khasnya telah di pamerkan oleh tuhan akan sikap sebenar pas. pas lupa melayu sudah bangkit, pas lupa melayu semakin cerdik menilai helah politik. sms yang kami terima sungguh teruja dan mengujakan.ramai melayu sudah menggelengkan kepala.

percayalah dalam hati pemimpin pas sudah terdetik rasa kegusaran, pilihanraya ke 13 kawasan majoriti melayu umno dan pas akan berentap. anwar tahu bahawa pakatan tiada lagi mampu memenangi kawasan seat majoriti melayu. gelombang kebangkitan umat melayu terhadap politik lacur pakatan sudah tidak dapat dibendung.... hari ini pas telah mengkapankan mayat mereka sendiri tanpa mereka sedari !

ps:- sekarang fokuskan serangan kepada anwar attaturk !

Monday, June 22, 2009

ANWAR ATTATURK YANG SEPATUTNYA MINTA MAAF PADA PAS ! INI BUKTINYA..




KRISIS IRAN : MOUSAVI DAN ANWAR ATTATURK BONEKA ISLAM PELIHARAAN BARAT !



kudeta politik semakin menghampiri iran. siapa sangka negara yang punyai kekuatan jiwa luar biasa membidas amarika dan sekutunya kini berada di dalam keadaan yang sangat genting. samada puak yang bertentangan iaitu kumpulan kerajaan ahmedinijad dan mousavi berdamai atau mereka memulakan langkah baru mencetuskan konflik perang saudara.

mana mungkin sebuah negara yang stabil politikalnya selepas 30 tahun pasca revolusi, kini semakin goyah. gegaran konflik tiada mungkin muncul kiranya tiada 2 elemen penting menjalar, talibarut dan pusat operasi talibarut.

hari ini ahmedinijad dan ayatollah ali khomeini mendakwa konflik huru hara ini didalangi oleh amerika dan british. sejarah iran telah memaktubkan cerita dan peristiwa kebanyakan konflik yang berlaku selalunya didalangi oleh negara yang memusuhinya.

krisis hari ini memerlukan kita menghurai sejarah lampau dan dicantumkan dengan keadaan politikal semasa. hampir seluruh negara-negara arab kecuali iran dan syria merupakan sekutu kuat washington. dua negara penentang yang pernah digelar bush sebagai antara negara paksi kejahatan ini merupakan negara yang punyai kemampuan militer yang hebat, mampu menggugat negara anak emas washington , israel.

kejatuhan saddam membuka lembaran baru sengketa sunah dan syiah berulang. tumbangnya saddam telah digantikan dengan iran. palestin merupakan isu duri dalam daging dunia arab. matinya saddam pada hari raya pertama aidiladha, telah mewujudkan fraksi baru ketumbukan tentera syiah yang kuat di dunia arab.

hamas telah mengambil alih peranan PLO di palestin, hassan nasrallah telah berjaya menewaskan tentera israel sewaktu perang 3 minggu hezbollah dan israel di sempadan lebanon. di iraq kekuatan tentera mehdi pimpinan moqtada as sadr di selatan tanah air cukup menggerunkan amarika.

tentera hezbollah di lebanon,mehdi di iraq,hamas di palestin sebenarnya telah mendapat bantuan kewangan dan kelengkapan ketenteraan yang cukup dari tehran. keadaan ini bukan sahaja membimbangkan israel malah keseluruhan raja-raja arab di timur tengah. bimbang mereka hanya satu, gerombolan ketumbukan tentera syiah ini jika tidak dibendung maka emas hitam pasti akan beralih tangan.

maka, untuk mewujudkan ketidakstablian di iran, amerika tidak boleh melakukan serangan militer kerana ia hanya akan mendatangkan simpati terhadap tehran. sejarah di iraq dan bumi afghan telah memberikan pengajaran. jalan kedua telah diambil, mewujudkan kumpulan pro pembaharuan atau reformis.

mousavi adalah boneka barat mendapat sokongan luar biasa daripada kalangan pelajar universitas iran,golongan pertengahan dan pendokong pembaharuan. manakala ahmedinijad masih mengekalkan status quo kumpulan penyokong yang pro ulamak.

dalam piliahnraya ini, mousavi telah membakar semangat rakyat untuk melakukan pembaharuan. kenyataan ayatollah ali khomeini bahawa tiada penipuan dalam keputusan pilihanraya telah disanggah, amat mengejutkan lagi apabila makam suci ayatollah khomeini telah berani di serang. ini menunjukkan agenda kebencian melampau telah berjaya ditanam oleh mousavi bagi membakar semangat penentangan terhadap kumpulan ayatollah.

harus diingat, iran punyai sejarah lampau dengan CIA. agen boneka dan talibarut barat pernah mendapat bantuan istimewa sewaktu konforantasi di iran.

pada tahun 1953, mohamed mossadegh yang telah memenangi pilihanraya presiden di iran telah digulingkan oleh tentera dengan bantuan amerika. mossadegh tersungkur kerana cuba mengambil alih/memilik negarakan syarikat minyak milik british di iran. mohamed mossadegh telah digantikan dengan regim boneka shah iran.keselamatan boneka barat shah iran ini dibiayai sepenuhnya oleh amerika dengan penubuhan tentera savak.

namun pada tahun 1979 shah iran ini tumbang sewaktu pemberontakan revolusi yang diketuai oleh ayatollah khomeini. puncanya kerana apa gap ? kerana rasuah yang teruk berlaku di majlis perbandaran tehran dan dakwaan kononnya shah iran dikatakan punyai tandas bersalut emas !

hari ini mousavi mengulangi sejarah shah iran, menjadi boneka kehormat barat demi gila kuasa. modus operandi yang dibawa oleh mousavi dan anwar attaturk dalam kaedah menggulingkan kerajaan adalah sama. mencipta fikiran pembaharuan yang baru,agenda lama digantikan dengan agenda politik baru, suara demokrasi dan liberalisme di julang dan akhirnya boneka bangsat ini akan diangkat menjadi memanda menteri !

GAP MENUNGGU MASA, KIRANYA IRAN DISERANG MAKA PIHAK GAP AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN DARIPADA JOURNAL INTELLIGENT ANTARABANGSA AKAN PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG ANWAR ATTATURK DALAM PERSEKONGKOLAN DENGAN AMERIKA UNTUK MENYERANG IRAN...ANWAR ADALAH TALIBARUT BARAT DI ASIA !

sila klik video menggemparkan ini. penglibatan amerika dalam krisis di iran !

Saturday, June 20, 2009

SEMANGAT JUANG PAKATAN SEMAKIN LUNTUR !


jangan kita leka dengan kelemahan moral juang mereka. ya memang benar analatikal rayauan aku hampir ke seluruhan portal dan bloger popular pembangkang.mereka saling bercakaran,tikam dan menikam, terjahan serangan di palu kompangkan. pas trengganu,kedah,penang,selangor kini berentap dengan pasukan kalahan dari kelantan.

nyata sikap pendirian aku jelas, seperti kamu dan seperti tun mahathir. perpaduan dan kerjasama ini harus-harusan disegerakan bagi menyelesaikan permaslahan AGAMA ISLAM.kumpulan perpaduan harus diberi sokongan.BICARA PERPADUAN ISLAM ADALAH LIDAH SUNNATULLAH, maka apa yang memberi saat cuba menjulang islam harus di sahut dengan genggaman !

bicara mereka antai perpaduan menggambarkan kelesuan berpolitikal maha sempit lagi dangkal, agak disesalkan apabila mereka diangakt menjadi jagoan agama, nauzubillah. harus kita fahami, serangan kepada kumpulan antai perpaduan harus dilipatgandakan. serang kerana dibelakang mereka pengkhianat agama anwar attaturk,khalid gereja ,husam hati busuk dan seangkatan dengannya.

moral semakin hilang, gapaian matlamat perjuangan ketuanan rakyat tampak semakin hancur dan lebur. bermula dengan satu titik di cerminan indah, bertukar menjadi cabang-cabang menjalar ke seluruhan wadah. 1 julai ini dikhuatiri retakan yang satu menjelmakan kisah terburai dan hancur leleh berderai ke muka bumi.

Allah swt maha agung, yakin akan perjuangan maka dibalasnya kebahagiaan. teori perbualan muslimin kita menghampiri nyatanya, di dunia yang fana ini juga tuhan rabbullalamin memberikan cash kepada sesiapa yang dikehendakinya. moral kiasan ini mudah, jahat kelakuan,angkuh peribadi,gadai islam maka ketemulah kamu dengan balasan maha mengejutkan.

nizar bintang 3 memercikkan api kemarahan umat. angkuh manusia ini tiada terkata hebatnya, wajah sombong lagi bongkak antara kriteria utama, lacurkan islam dan melayu matlamat perjuangannya senantiasa.

bermain dengan negara islam, kemudian dinafikan manifesto negara islam merupakan penghinaan maha agung kepada Allah swt. nizar ini berani persendakan hukuman tuhannya, akhir anekdot dia kini ke putus an wayar di akal nya. gila meroyan senantiasa,meraung-raung mahukan kuasa... inilah wajah cerminan pas yang kononnya islamik di muka, di bawah mereka cerca dan hina bagai nak gila. qada dan qadar bukan lagi pegangan utama.

nik ajis sekadar manusia biasa. diangkat setaksub mungkin mejadi wali dan mursidul am penyokong fanatikal mereka. ucapan yang melanggar konsep dakwah di puja, tuhan mencarut maha belaka,perokok lebih hina dari lembu di kandangan,kelantan negeri tadahan wahyu dan pelbagai terma diucapkan dimulutnya diterima maha belaka.

nik ajis melayu mudah lupa. hina bangsa seagama kini ditempik semula oleh tuhan maha pencipta. boomerang yang dilontarkan untuk mengkafirkan keseluruhan melayu yang bukan pas kini berpusing mengenai kepalanya. terhantuk dan terngadah memanggil rakan sekutunya sebagai sampah, satu dakwah paling songsang pernah didengarkan umat.

pas menuju titik kehancuran. nik ajis melayu mudah lupa, islam bukan milik pas dan pas bukan milikan total nik ajis. hati berdetik berdebar di sekalian pendokongnya. tak ku sangka pas menjadi parah sebegini akhirnya.

puncanya kerana apa ? tiada lain hasil sentuhan kecundang anwar attaturk dan sekutu penjilatnya yang cuba berkuasa di dalam pas. husam,khalid samad,kamarudin jaafar,hatta,mahfuz,zulkifli ahmad dll akan dikenang sebagai pemain terakhir yang menjaringkan gol sendiri .

anwar attaturk meniti hari-hari terakhir. di jendela singgahsana tersergam indah di segambut dia memandang ke langit. penuh hampa dan kuciwa kerna segala sentuhannya menemui kecundang namun kita jangan terleka, manusia yang lemas ini bisa menarik menggapai sahaja untuk bernafas semula. terus lawan dan lawan sampai reda kemenangan menjelma semula. lawan dan terus lawan !

Friday, June 19, 2009

RAKYAT MAHU ANWAR HADIR 1 JULAI DI MAHKAMAH !


sebarkan maklumat ini.

ANWAR SUDAH MASUK PERANGKAP KITA

alhamdulillah, berita ini sangat menggembirakan. anwar attaturk sudah menari mengikut paluan gendang kita. dia makin kelemasan dan kelihatan cukup cuak..

debaran jantung makin laju,moga anwar tidak pergi awal menghadap ILLAHI sebelum hadir ke mahkamah. perhatikan kemas-kemas ayat-ayat yang dikeluarkan.

'SAYA SEDIA BERHADAPAN DENGAN SAIFUL'.
'SAYA YAKIN BAIL OUT TIDAK DISAMBUNG,MAKA KE SUNGAI BULOH AKAN AKU SINGGAHI'.

anda tafsirkan sendiri. pihak kami sudah meyediakan contigency plan agar 'kehendak' kita senantiasa dipatuhi oleh anwar n co.

SEBARKAN GAMBAR DAN KLIP VIDEO LIWAT INI !






kompilasi 9 klip video liwat dan mangsa fitnah anwar attaturki !
klik di sini...

Thursday, June 18, 2009

ANWAR KATA TIADA BUKTI SAIFUL DILIWAT ?

korang baca betul-betul petikan artikel malaysia kini.

cerita 1 malaysiakini
Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

hujah gap senang, jangan cerita banyak . kalau anwar yakin dia betul maka haruslah dia tampil di mahkamah pada 1 julai nanti. tak perlu kau mintak mahkamah batalkan prosiding liwat tu,tak perlu kau suruh anak pompuan kau jumpa tamil nesan atau sinar harian beri damage kepada kerajaan !

cerita 2 malaysiakini
Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

hujah gap. kenapa sebahagian sahaja laporan itu dikeluarkan kepada pihak media ? laporan lain kasi keluarlah,kenapa takut ke ?

tarikh laporan 13 julai... saiful kena liwat kabarnya beberapa kali sebelum tarikh 13 julai. memanglah dah takde kesan sebab dubur mangsa dah beberapa kena tusuk sebelum tarikh 13 julai..

tak perlu cerita banyak nuar, 1 julai mari mahkamah biar saiful keluarkan pula KESELURUHAN BUKTINYA !

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA HAMIDZUN

kenal siapa dia saudara hamidzun ? dialah bloger dialah lawyer . sahabat lama gap dalam zaman kebangkitan reformasi. kiranya anda bertemu bual dengannya maka akan kedapatan pada dirinya manusia melayu islam yang cukup lantang berbicara. namun kepada wanita harus berhati-hati,salah pertemuan hati bisa terpaut kerana lirikan mata dan senyumannya bisa menggoncangkan jiwa gadis dan mak dara !

hari ini dia menulis tentang GAP. aku merakamkan penghargaan kepada beliau kerana memahami jiwa memberontak aku mahu meletakkan islam dan melayu di tempatnya semula.

namun satu perkara harus kita faham, batang lidi yang satu tiada kuatnya menyapu kotoran tetapi seberkas batang lidi jika diikat, maka anjing dan hantu pun bisa kira terjah. hantu malaun badigol melayu di depan kita adalah anwar dan kumpulan erdogan. inilah barisan sang petaka yang gila melacurkan islam dan melayu seadanya.

jadi tunggu apa lagi, sebarkan sahaja seluruh maklumat yang dalam dalam kumpulan bloger antai anwar samada dalam bentuk artikel,poster lucuan hatta youtube. kita serang mereka sampai mereka kembali bertaubat ! takbir takbir takbir

klik di sini ya pak...

SELANGOR BANGKIT : CERAMAH PERDANA


TAJUK CERAMAH: PIDATO PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
TARIKH : 19 hb JUN 2009 (JUMAAT)
MASA : 9 MALAM (SELEPAS ISYAK)
LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI, KG SG TERAP KUALA SELANGOR
PENCERAMAH 1 : YBHG USTAZ KAMAL SAIDIN (PEGAWAI KHAS AGAMA MB T'GANU)
PENCERAMAH 2: YBHG DATO' PADUKA HJ BADRUDDIN AMIRULDIN (P/T UMNO)

sebarkan maklumat ini kepada seluruh rakan-rakan pas/umno dan pkr.

9 KOMPILASI KLIP VIDEO PENGAKUAN MANGSA LIWAT DAN FITNAH ANWAR

Apa yang anda harus lakukan setelah menonton klip video ini ? copy paste artikel ini dan sebarkan kepada seluruh rangkaian email anda. SAIFUL BUKHARI harus dibantu oleh seluruh rakyat terutamanya umat islam. dia mangsa liwat, dan anwar ibrahim hari ini semakin desperate untuk meminta mahkamah membatalkan prosiding liwat ! kalau anwar itu benar, kenapa dia begitu takut untuk berhadapan dengan saiful pada i julai ini ?

Gap ada jawapannya, kerana 1julai adalah HARI KEBENARAN untuk saiful bukhari !

KLIP VIDEO PERTAMA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT DI DEPAN BEKAS IMAM MASJID NEGARA YANG KINI AHLI PARLIMEN PAS.

KLIP VIDEO KEDUA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT BERNAMA HAIRANY PENSYARAH UNIVERSITI

KLIP VIDEO KE TIGA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT ISMAIL HARUN, SEORANG PENGANGGUR

KLIP VIDEO KE EMPAT :
SUMPAH SAIFUL BUKHARI DI MASJID

KLIP VIDEO KE LIMA :
SUMPAH SAIFUL -uncut-

KLIP VIDEO KE ENAM :
ANWAR CAKAP DIA SEDIA BERSUMPAH,,BILA TAK TAHU ? PASAL APA ? PASAL DIA TAHU DIA MELIWAT !

KLIP VIDEO KE TUJUH:
NAJIB BERSUMPAH DI MASJID MENAFIKAN FITNAH ANWAR.

KLIP VIDEO KE LAPAN:
TUN MAHATHIR JUGAK MENCABAR ANWAR BERSUMPAH

MAKA SECARA KONKLUSINYA ANWAR SEMEMANGNYA PENAKUT,PEMBOHONG DAN MUNAFIK. KITA SAKSIKAN LAGI PEMBOHONGAN MEGA ANWAR KEPADA PENYOKONGNYA.

Wednesday, June 17, 2009

SAMBIL BELASAH NIK AJIS, KITA JANGAN LUPA ANWAR.

this monkey senyap-senyap hantar permohonan kepada pendaftar mahkamah untuk membatalkan dakwaan liwat jika seluruh dokumen asal tidak diberi.

aku tak berapa peduli mengenai isu divert permainan anwar ini, dia suka bermain persoalan teknikaliti untuk menutup aib skandal liwatnya sendiri.

persoalan yang perlu kita fahamkan kepada seluruh rakyat, KENAPA ANWAR LANGSUNG TIDAK BERANI UNTUK BERDEPAN DENGAN SAIFUL BUKHARI DI MAHAKAMAH NANTI ?

why why and why anwar, you mader faker !

maaf menyebut kasar, kerana bahasa kasarlah yang sesuai ditujukan kepada bangsat melayu dari permatang pauh ini ! sesudah kau hancurkan kseluruhan hak islam dan melayu, kini kau tiada punyai telur di celah kangkangmu untuk face 2 face dengan mangsa liwatmu sendiri !

anwar, kamu jangan bermain politikal anjing, aku berjanji untuk menentang kamu sampai habis nyawa aku ini !hey bangsat, berani berdepanlah dengan saiful bukhari !

nik ajis...insyaallah keinginan kau untuk tidak melihat islam dan melayu tidak akan berjaya. kau akan dilihatkan oleh rabbullalamin akan pada saat kau hidup juga, islam dan melayu kembali bersatu !

NIK AJIS TELAH TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN

SURAT TERBUKA UNTUK NASHARUDIN MAT ISA

salam saudara ku yang di kasihi semoga senantiasa berada di dalam perlindungan dan kebahagian daripada tuhan yang maha esa.

tujuan aku menulis surat terbuka ini, sekadar mahu menyampaikan keluhan isi hati aku, sebagai seorang bloger yang beragama islam dan berdarah melayu.

nampaknya kamu semakin di uji dengan begitu hebat oleh tuhan. harus kau dan aku ingat, bahawa setiap yang datang kepada diri kita ini samada ia berupa kenikmatan,kesakitan,kebahagiaan dan seluruhnya adalah datang daripada tuhan yang maha mencipta.

saudaraku, kamu melancarkan konsep perpaduan islam dan melayu, satu usaha mulia yang perlu diwujudkan bagi menyelesaikan permaslahan umat. dulu aku memberikan sokongan kepada kamu dalam perebutan kerusi timbalan presiden kerana aku tidak nampak akan WAJAH ISLAM DAN MELAYU pada muka husam.

aku sudah lama melihat kamu dari jauh wahai nasa. rapatnya kamu dengan almarhum dato fadhil telah memberikan harapan untuk kami melihatkan pergeseran berterusan antara umno dan pas dapat di minimakan.

api marah dan dendam kesumat adalah hasutan syaitan, maka nik ajis hari ini telah tersungkur di kaki syaitan. sayang manusia tua yang kuat sembahyang ini tiada punyai jiwa besar untuk menyelesaikan permaslahan islam dan melayu.

orang tua yang tersungkur di kaki syaitan ini walaupun dia adalah mursidul am pas dan dianggap wali oleh sayuti namun jawatan ini belum tentu untuk menjaminkan kedudukannya di dalam sorga. kita harus tidak lupa bahawa pelacur yang hina pun sewaktu menegukkan air ke dalam mulut anjing telah mendapat jaminan sorga. maknanya walau setinggi mana gelaran dunia,jika hati busuk ia tiada guna di sisi agama.

saudara ku nasa, islam bukan milik total pas dan pas bukan milikan total nik ajis. yang ada pada kau aku dan seluruh umat adalah kalimah agung yang akan dinilai di padang mahsyar kelak.

saudaraku nasa, kamu telah membuka ruang untuk islam dan melayu kembali bersatu. tiada mungkin kami meminta untuk pas membubarkan parti dan umno menjadi pas, sekadar mahu melihatkan kesepakatan 2 kelompok besar melayu ini duduk dan berbincang menyelesaikan masalah umat.

nik ajis telah tersungkur di kaki syaitan, api amarah dendam kesumat iblis telah menguasai dirinya. rasulullah saw sewaktu di taif pun pernah di hina dan dibaling batu hingga berdarah, namun baginda junjungan tiada menaruh dendam kepada penduduk taif walaupun telah ditawarkan oleh jibrail untuk menghempapkan bukit taif ke atas penduduk nya. rasulullah saw hanya mendoakan agar anak cucu taif diberi hidayah dan menjadi pejuang islam.

inilah contoh jiwa besar nabi junjungan umat, janganlah kita memberikan taraf istimewa kepada seorang tua di kelantan yang telah lama tersungkur di kaki syaitan .nik ajis harus bertaubat.percayalah bahawa sejarah akan menukilkan nik ajis sebagai penghasut nombor satu pemecah belah umat muhammad saw !

saudaraku nasa, teruskan usaha mulia mu untuk menyatukan umat. insyaallah kami tiada akan berhenti walau sedetik untuk menyokongmu demi islam demi melayu demi negara.mulakan permuafakatan dengan isu murtad.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

HISHAMUDIN TUN HUSSEIN, SILA TAHAN PASPORT ANWAR IBRAHIM !

artikel aku ini dimulakan dengan soalan ?

PETRA CABUT LARI
mana pergi raja petra ? kenapa sampai ke hari ini dia tak dapat dikesan ? umum mengetahui bahawa petra adalah pelacur politik murahan yang berulang kali melakukan damage kepada najib mengenai isu altantuya. hingga ke hari ini dia tidak dijumpai dan damage kepada najib berterusan tiada noktah henti. yang pasti arahan lari ini datang dari anwar sendiri.


HILMY CABUT LARI
kes hilmy, anak muda melayu yang bersekedudukan dengan elizabeth wong masih senyap dan sunyi. mengapa begitu mudah dia memboloskan diri. telahan aku mudah, anwar yang arahkan hilmy cabut lari supaya kes elizabeth wong tidak meletup bagaikan katastrophi.

ADUN BUKIT SELAMBAU MELARIKAN DIRI
ingat lagi cerita bekas adun bebas bukit selambau v arumugam ? kes nya bermula dengan skandal berpoligami tanpa surat kebenaran pejabat kadi. bila kes nak meletup, anwar cepat-cepat sorok dia di sentul kemudian membawanya lari ke india .

FAIRUZ JUGA HAMPIR CABUT LARI
fairuz bekas adun penanti tatkala disabitkan kesalahan dakwaan rasuah, telah ditahan di johor bahru. buat apa beliau berada di sana sedangkan pada ketika itu beliau begitu lantang untuk menyerang pkr kerana mendakwa ada usaha sabotaj untuk menjatuhkan beliau.

POINT AKU, 4 DAH LARI MAKA BERKEMUNGKINAN ANWAR PASTI LARI !

bukankah ini indikasi teknik melarikan diri yang anwar kerap guna pakai.

4 perkara di atas adalah indikasi skandal yang di alami oleh pkr sendiri. tindakan refleksi anwar mudah, sebelum kes meletup bagai gunung berapi dia akan arahkan player yang terlibat untuk melarikan diri.

SOALAN AKU, APAKAH BENAR ANWAR JUGA AKAN CABUT LARI ?

apa jaminan untuk anwar al attaturki tidak cabut lari dalam perbicaraan liwat yang akan berlangsung pada 1 julai nanti. jika 4 orang di atas pun anwar sanggup melakukan adegan lari, inikan pula anwar yang empunya diri !

berdasarkan maklumat saiful bukhari,anwar akan ke washington pada 25 jun nanti dan akan tiba disana pada pagi 27 jun. mengikut kiraan matematikal anwar hanya memerlukan 4-5 jam sahaja untuk beliau berada di sana dan kemudiannya pulang secepat mungkin sebelum tarikh 1 julai menjelma.

orang gila saje yang sanggup buat kerja tak berfaedah seperti ini.

SOLUTION GAP

jadi saranan aku untuk kali ke 2, kerajaan haruslah berani untuk melayan anwar sama seperti konvikti kriminal yang lain juga. SILA TAHAN PASPORT ANWAR IBRAHIM bagi memastikan beliau tidak cabut lari dalam berhadapan dengan saiful bukhari.

takkan ide sebegini nak kena ajar dalam penulisan blog wahai pak menteri ?

ALASAN PENAHAN PASPORT, GAP SEDIAKAN JAWAPAN UNTUK PAK MENTERI YANG DI KASIHI

tahanlah pasport anwar dari 1 julai sampai 24 julai sahaja, lepas itu pulangkan balik pasport tu pada mangkuk hayun sekor ni. tolonglah jalankan kewajipan sebagai pemerintah, yakni memberikan keadilan untuk saiful bukhari dalam membela diri .

saiful sudah menunggu begitu lama,maruah nya cukup tercemar dengan tohmahan pihak anwar. sampai bila pihak kerajaan perlu memberikan privillage yang tinggi kepada si tuduh, sedangkan mangsa terus menerus dibiarkan mati .

hisham oh hisham ... sekali lagi aku ulangi..sila tahan pasport anwar attaturki bermula dari 1 julai sampai 24 julai nanti. berikan keadilan untuk saiful mempertahankan maruah diri. selepas habis perbicaraan nanti, pulangkan semula pasport anwar attaturki.

kalau hisham atau kerajaan tak buat kerja.... nantilah aku ?