semalam merupakan perbincangan yang paling panjang. bermula dari jam 2.30 pagi dan berlarutan ke 5 pagi. kumpulan gap telah bertemu dengan rakan-rakan lama dalam pkr.
peluk dan salaman erat tanda persahabatan. kami saling menepuk bahu, suara salam cukup kuat tanda keseronokan bertemu sahabat lama. 2 tahun kebelakangan ini kami hanya berkiriman salam dan ber sms, ditakdirkan tuhan tanpa perancangan kami bertemu.
2 diantara sahabat ini sudah bergelar yb dan yang lain bekerja bekerja bersama mereka, namun apa yang pasti mereka tiada ketahuan bahawa aku adalah GAP.
lawak jenaka kutuk mengutuk menjadi bahan seloka. manakan tidak, kumpulan persahabatan inilah yang pernah satu ketika bikin kacau di jalan raya, memori indah bersama.antara klimaknya adalah perhimpunan 100 ribu rakyat di lebuhraya kesas tahun 2001. 100 orang telah ditangkap dan dilokap termasuk kumpulan kami.
itu sudah menjadi sejarah, 2 kumpulan besar ini kini beraliran arah. satu masih kekal dengan pkr manakala tanpa mereka ketahui, secara maya kumpulan gap menongkah arus menentang jagoan pkr anwar ibrahim, satu perkara yang tidak pernah terlintas di hati kami.
menongkah kerana apa ? kerna anwar yang ada di depan mata sudah menjadi pengkhianat bangsa,mejual kesyumulan agama. kami tiada pernah kompromi jika 2 perkara penting ini menjadi taruhan politikal murahan.
harus rakyat mengetahui kumpulan gap tidak menyertai umno, tetapi pembawaan kami lebih menjuruskan kepada perjuangan melayu perjuangan islam. islam bukan milik pas dan melayu bukan milik umno, maka seharusnya seluruh umat yang punyai otak dan iman harus meletakkan segala permaslahan dan kebertanggungjawapan membela hak islam dan bangsa di atas pundak bahu masing-masing.
sahabat pkr mula membuka bicara, mereka sudah ketahuan akan bala yang bakal menimpa kiranya politikal game yang pimpinan mereka laungkan diteruskan juga. bala apa ? bala memperjudikan nasib agama dan bangsa. indikasi penolakan bangsa melayu sudah semakin ketara, bermula dengan kemerosotan undi melayu di wakaf mempelam di kuala trengganu,bukit gantang dan protes melayu di penanti meropakan satu signal, PKR HARUS KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL.
untuk artikel ini biarlah hanya satu aku dedahkan. azmin ali akan mengepalai satu gerakan memulihkan semula perjuangan pkr di mata orang melayu.. agenda pemantapan kuasa melayu dan islam sedang dalam perancangan.
politik itu seni, ia boleh bertukar mengikut kehendak semasa. game politikal pkr adalah permainan populis, mereka mampu berubah-rubah demi mengekalkan status quo yang ada, walaupun ia melawan arus asal perjuangan..
audience pengundi melayu mudah di lentur dan azmin ali sudah menghidu 'lauk' politik yang diminta oleh melayu, manakala umno boleh teruskan 'perjuangan' di dalam lena yang panjang.












.jpg)


.jpg)
.jpg)
