Saturday, July 11, 2009

AZMIN ALI SUDAH MENGHIDU

semalam merupakan perbincangan yang paling panjang. bermula dari jam 2.30 pagi dan berlarutan ke 5 pagi. kumpulan gap telah bertemu dengan rakan-rakan lama dalam pkr.

peluk dan salaman erat tanda persahabatan. kami saling menepuk bahu, suara salam cukup kuat tanda keseronokan bertemu sahabat lama. 2 tahun kebelakangan ini kami hanya berkiriman salam dan ber sms, ditakdirkan tuhan tanpa perancangan kami bertemu.

2 diantara sahabat ini sudah bergelar yb dan yang lain bekerja bekerja bersama mereka, namun apa yang pasti mereka tiada ketahuan bahawa aku adalah GAP.

lawak jenaka kutuk mengutuk menjadi bahan seloka. manakan tidak, kumpulan persahabatan inilah yang pernah satu ketika bikin kacau di jalan raya, memori indah bersama.antara klimaknya adalah perhimpunan 100 ribu rakyat di lebuhraya kesas tahun 2001. 100 orang telah ditangkap dan dilokap termasuk kumpulan kami.

itu sudah menjadi sejarah, 2 kumpulan besar ini kini beraliran arah. satu masih kekal dengan pkr manakala tanpa mereka ketahui, secara maya kumpulan gap menongkah arus menentang jagoan pkr anwar ibrahim, satu perkara yang tidak pernah terlintas di hati kami.

menongkah kerana apa ? kerna anwar yang ada di depan mata sudah menjadi pengkhianat bangsa,mejual kesyumulan agama. kami tiada pernah kompromi jika 2 perkara penting ini menjadi taruhan politikal murahan.

harus rakyat mengetahui kumpulan gap tidak menyertai umno, tetapi pembawaan kami lebih menjuruskan kepada perjuangan melayu perjuangan islam. islam bukan milik pas dan melayu bukan milik umno, maka seharusnya seluruh umat yang punyai otak dan iman harus meletakkan segala permaslahan dan kebertanggungjawapan membela hak islam dan bangsa di atas pundak bahu masing-masing.

sahabat pkr mula membuka bicara, mereka sudah ketahuan akan bala yang bakal menimpa kiranya politikal game yang pimpinan mereka laungkan diteruskan juga. bala apa ? bala memperjudikan nasib agama dan bangsa. indikasi penolakan bangsa melayu sudah semakin ketara, bermula dengan kemerosotan undi melayu di wakaf mempelam di kuala trengganu,bukit gantang dan protes melayu di penanti meropakan satu signal, PKR HARUS KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL.

untuk artikel ini biarlah hanya satu aku dedahkan. azmin ali akan mengepalai satu gerakan memulihkan semula perjuangan pkr di mata orang melayu.. agenda pemantapan kuasa melayu dan islam sedang dalam perancangan.

politik itu seni, ia boleh bertukar mengikut kehendak semasa. game politikal pkr adalah permainan populis, mereka mampu berubah-rubah demi mengekalkan status quo yang ada, walaupun ia melawan arus asal perjuangan..

audience pengundi melayu mudah di lentur dan azmin ali sudah menghidu 'lauk' politik yang diminta oleh melayu, manakala umno boleh teruskan 'perjuangan' di dalam lena yang panjang.

SYYYY..( JANGAN BISING ) UMNO SELANGOR TENGAH TIDOR TU !






ini gambar terbaru, program pidato pelajar UNISEL bersama anwar dan beberapa pimpinan pkr...point2 menarik yang telah gap kumpulkan.
1) anwar sengaja memprovoke student samada mahu mengekalkan rosmah mansor sebagai big bos UNISEL, pelajar setuju (lihat pada gambar seluruh pelajar angkat )
2) mengikut maklumat risikan yang gap terima, sehingga kini khalid jaafar melalui pengalamannya dalam IKD (ins kajian dasar) telah mengadakan 8 program bersama pelajar UNISEL ini. setiap program akan disertai oleh 40 pelajar . mereka akan mengadakan kursus
3d2n di melaka. pelajar-pelaar ini akan dijadikan soldadu baru untuk mempromosikan anwar dan pkr .. mereka di ajar untuk menjadi propagandis pkr sebgai bloger,twitter,you tube player,face book.kursus ini dibiayai sepenuhnya....
3) di mana khalid ibrahim ?
4) apa yang umno selangor buat ?

Thursday, July 9, 2009

TULISAN TERBARU SAIFUL BUKHARI

2 KERANDOT DAN 1 KONEK TUAN HAKIM.

kerandot ? kamu tau apa itu kerandot ? dalam kamus dewan dimaksudkan perkataan buah kerandot adalah 2 biji telor lelaki, berlokasi di celah kangkang antara dua kaki . 2 buah kerandot ini tiada lengkap tanpa disertai dengan satu objek panjang dikenali sebagai zakar atau bahasa sainsnya konek.

aku bukan nak cerita pasal 2 kerandot dan satu konek ini dalam cabang perubatan. ilmu kiasan bangsa melayu cukup luas dan hebat. 2 kerandot dan satu konek ini boleh dipelbagaikan maksud dan tujuannya dalam cabang ilmu bidalan.

kecut telor bukan bermaksud telor lelaki itu kecot dan meloyot, tetapi kiasannya lebih menjuruskan kepada maksud ketidak beranian lelaki dalam menghadapi isu.

pada zaman tun razak, seorang hakim telah berani menjatuhkan hukuman 13 pertuduhan rasuah terhadap menteri besar selangor dato haron. beliau didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh biro siasatan awam (BSA) . dato haron, pada tika itu merupakan pejuang melayu paling hebat telah disumbatkan ke penjara kerana tuduhan rasuah.

perlu kita ingat, dato haron dibicara dan ditahan penjara walaupun pada saat itu dia berada di zaman kemuncaknya selepas era 13may...

pada 1987, 5 hakim besar yang diketuai oleh tun salleh abas telah mengharamkan umno.

aku bagi 2 contoh besar kes berprofail tinggi di atas sebagai rujukan dan fakta. betapa perlunya kita punyai barisan-barisan hakim yang punyai jiwa luar biasa untuk melaksanakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman.

semalam kes liwat yang melibatkan anwar attaturk dan saiful ditangguh sekali lagi. tangguhan ini telah berlaku sejak enam bulan yang lepas. bulan ini sahaja, 3 kali pertangguhan dilakukan. 1 julai, 8 julai dan terakhir 15 julai.

alasan penangguhan kerna lawyer anwar attaturk sakit. minggu depan siapa pula yang sakit kita tak pasti.

itu adalah helah politikal anwar attaturk. aku cukup hairan dengan sikap hakim kes liwat saiful ini. 8 lawyer anwar menentang seorang lawyer saiful , tidakkah itu mencukupi untuk menjadi benteng pembelaan anwar ?

apa isitimewanya anwar bedebah ini ? mana kredibiliti hakim yang membicarakan kes liwat ini ? mengapa perlu keistimewaan luar biasa diberikan kepada anwar, sedangkan mangsa yang sekian lama menantikan peluang bicara, telah dinafikan hak ?

2 contoh kes keberanian hakim yang aku tulis pada awal artikel membabitkan judgement terhadap parti umno dan pemimpin paling kanan umno.

2 contoh ketegasan hakim di atas dan sikap hakim semalam membuktikan sesuatu, HAKIM PERLU PUNYAI 2 BUAH KERANDUT DAN SATU KONEK YANG BERFUNSI UNTUK MENJALANKAN PERBICARAAN, KALAU KERANDOTNYA MELOYOT MAKA LEBIH BAIK HAKIM INI DITUKAR... 15 HB JULAI JAWAPANNYA, SAMA KERANDOT NYA BERFUNGSI ATAU MELOYOT .
KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL TERBARU SAIFUL

Wednesday, July 8, 2009

KALAU TAKUT PADA RISIKO, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN !

perbualan pertama aku dengan saiful tidak dirancang. bertemu dengan ayah dan uncle pet di mahkamah pagi tadi telah mencernakan satu gambaran.. keluarga mereka semakin bersemangat untuk menegakkan keadilan.

saiful , kamu bukan sahaja disokong oleh keluarga mu, sebaliknya seluruh rakyat kini semakin yakin akan perjuangan mu untuk menentang anwar attaturk.

sikap anwar yang berdolak dalik tanpa disedari telah memakan diri sendiri. di nasihati oleh pakar strategik keturunan batak saifudin nasution, anwar kini menuju kepada saat-saat kehancuran maruah diri.

siapa sangka, portal malaysiakini yang selama ini menjadi talibarut paling kuat kepada anwar, sudah mula memperkecilkan kewibawaan maruah tokoh bedebah ini. hari ini portal tajaan soh chee wen itu telah menghentam anwar. katanya 10 tahun lalu demonstrasi skandal liwat berjaya menarik puluhan ribu rakyat turun berdemontrasi di depan dataran merdeka, hari ini mereka menempelak hendak mengumpulkan seratus orang pun cukup payah.

saranan bloger parpu punyai kebenarannya, kiranya anwar tidak mahu ke mahkamah ayuh usahakan sumpah lahanat di masjid ! tapi bertelurkah anwar untuk melakukan perkara itu ?

moral juang mereka telah hancur...hancur kerana ada segelintir anak-anak muda yang mahu mempertahankan islam dan maruah bangsanya daripada dilacur dan dihina oleh anwar dan pas ! teruskan lawan dan terus lawan, KALAU TAKUT PADA RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN !

ANWAR YANG BACUL !

1) BARISAN PEGUAM.
anwar telah membariskan 9 peguam handalan dalam kes liwat menentang saiful. sementara saiful bukhari hanya menggunakan seorang sahaja lawyer untuk defend dia. sulaiman abdullah sakit dan tak dapat datang maka baki 8 orang peguam dipunyai oleh anwar. takkan lah 8 lawyer hebat ini tak mampu untu berdepan dengan SATU lawyer saiful ? 8 lawyer ni bodoh sangat ke sampai takut untuk berdepan dengan sorang je lawyer saiful ?

2) 5000 RAKYAT ? TAK YANG SEBENARNYA 5 JUTA !
memang betul, anwar berjaya mengumpulkan penyokongnya di mahkamah jalan duta. dianggarkan hampir 5 juta penyokongnya telah berhimpun menyatakan solidariti kepada anwar ..

cet podahhh.. mana ada 5 ribu , yang ada lebih kurang 150 orang je. 150 orang ini termasuk press,sb,kakitangan mahkamah,sekuriti guard,cleaner,pekerja kantin dan bakinya penyokong anwar. penyokong pulak datangnya dari gopeng dan penang, diangkut dengan bas .

3) TIADA PEMIMPIN PAS DAN TIADA PENYOKONG PAS.
jelas dan nyata, kumpulan yang hadir itu tiada nampak kelibat orang pas . boikot ? lantak pi.

4) PENGHARGAAN
aku tujukan kepada semua

5) SAIFUL
aku berpeluang bercakap dengan saiful bukhari sebentar tadi..bapanya dan uncle pet turut hadir.

6) KALAU 15 HB TANGGUH LAGI..
maka aku harapkan agar seluruh rakyat sedar dengan ketiadaan telur oleh anwar. sahlah dia ni peliwat. berani kerana benar takut kerana salah.

7) GAMBAR 5OOO PENYOKONG ANWAR ?
dalam sedikit masa aku pamerkan.

INSYAALLAH..GAP BERSIARAN LANGSUNG DARI JALAN DUTA !

hari ini penentuannya ! pada saat aku menulis artikel ini jam sudah menunjukkan detik 2.30 pagi. tinggal beberapa jam sahaja lagi kami akan bergerak ke jalan duta.

insyaallah GAP AKAN MEMBAWAKAN BERITA TERKINI secara langsung dari mahkamah jalan duta. dengan bantuan bloger medan info kita yang sudah bersedia mengemaskini updated news dari gap......gap akan mengirim sms ke hp medan info dan beliau akan terus update berita.

apa yang perlu anda lakukan ? sila klik pada link dibawah setiap masa. berita live ini akan berlangsung jam 8.30 pagi...insyaallah

KLIK DI SINI

http://medan-info-kita.blogspot.com/

Tuesday, July 7, 2009

8 JULAI : BRIDGET WELSH AGEN CIA MULA CAMPURTANGAN DALAM KES LIWAT !

kes liwat anwar attaturk terhadap saiful bukhari sudah memasuki fasa ke 2,iaitu cubaan campur tangan CIA dalam menjatuhkan kredibiliti sistem kehakiman malaysia.

maklumat ini gap terima sebentar tadi. datangnya dari 'orang kuat' anwar sendiri.mesyuarat yang dihadiri oleh 4 orang.. 1pimpinan tertinggi pkr,xxxx, xxxxxx dan kumpulan gap di petaling jaya.

siapa bridget welsh ? beliau merupakan pembantu profesor di southeast asia studies program,john hopkins university school of advance international studies di washington. anwar attaturk pernah di jemput untuk menjadi profesor kangkung jemputan di john hopkins.

daripada kerjasama inilah maka bridget welsh pernah diberikan ruang untuk menulis di beberapa web pembangkang antaranya malaysiakini,malaysian insider,malaysia today selain punyai kolum khas dalam guardian uk dan AP.tujuannya untuk melakukan karektor assasination kepada pemimpin negara terutamanya najib.

berdasarkan maklumat yang kami terima, bridget welsh adalah seorang agen CIA yang bertugas sebagai master spinner kepada pelajar-pelajar luar yang datang belajar di john hopkins. nurul izah yang sedang menyambung pengajian master nya di john hopkins juga mendapat layanan istimewa di sana.

perhatikan artikel-artikel tulisan bridget welsh yang sempat gap kumpulkan, serangan lebih menjurus kepada melakukan politikal damage kepada najib dan senantiasa mewar-warkan anwar sebagai pemimpin muslim liberal.

kenapa KDN membiarkan bridget welsh bermaharajalela memburukkan negara ?

7 jul 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31490-anwar-heads-for-court-again

15 april 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/23352-najibs-disappointing-start--bridget-welsh-

27 mar 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/21453-unknown-najib-ready-to-lead-malaysia

29 aug 2008
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8248-a-blogger-takes-office-in-malaysia

29 aug 2008
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8245-sodomy-and-the-backlash

8 JULAI : DOA DARI RAKYAT UNTUK ANWAR ATTATURK

http://khairulryezal.blogspot.com/2009/07/keadilan-buat-saiful.html

8 JULAI : FINAL COUNTDOWN !


sekarang kita mahu anwar attaturk dan saiful bukhari menghabiskan pertarungan mereka berdua di dalam kandang mahkamah.

maklum balas berpuluh email dan sms yang gap terima meminta agar saiful bukhari diberikan ruang seluas-luasnya untuk mempertahankan diri dan mengeluarkan SEGALA BUKTI diliwat.

rakyat membidas anwar attaturk kerana terlalu banyak bermain helah, melompat lompat retorika alasan gampangan yang diberikan cukup memualkan. rakyat sudah jemu dengan helah bodoh anwar attaturk, bicaranya hebat sayang punyai sikap bacul sebagai lambang pemimpin.

anwar attaturk bisa memperbodoh dan merendahkan intelek penyokongnya, namun dia tidak bisa untuk menghina status keintelektualan seluruh rakyat. rakyat bisa meneka mana satu jauhari dan siapa manikam nya.

ayuh sang petaka bangsa, pergi habiskan pertarungan kamu dengan saiful bukhari dengan segera. berhenti dari menari-nari tarian fikiran munafik, senantiasa mencari helah demi helah mengelakkan bicara di kandang mahkamah.

rakyat sudi mendengar hujah saiful bukhari maka seharusnya anwar attaturk berani berubah untuk menjadi jantan semula.


Monday, July 6, 2009

BLOG RAKAN KITA KENA SABOTAJ.

gap menerima kiriman sms daripada bloger pedangsrikandi. dia bagitahu bahawa blog dia telah di sabotaj . mohon seluruh rakan-rakan bloger untuk linkkan blog baru beliau.




8 JULAI : KEJAM LAWAN REJAM !


nuar buka seluar...........

pperrgh..makin hebat . bergentayangan serangan-serangan ke udara maya. misil misil dilancarkan tiada kira masanya.

semalam ketua AMK shamsul iskandar (yang pernah terkencing dalam seluar) telah melancarkan kempen KEJAM..yang bermaksud KENAPA EJEN JAHAT ASYIK MELIWAT ..apa punya bengong la si shamsul ni, dia tak sedar ke kempen tu memalukan bos dia ?

MAKA..

kami juga telah melancarkan kempen yang sama dalam isu hebat ini. REJAM adalah singkatan kepada maksud RANCANGAN EJEN JAHAT ASYIK MELIWAT.

insyaallah selepas anwar attaturk didapati bersalah, maka kita minta pas dan nik ajis melaksanakan janjinya untuk menegakkan hudud di malaysia..sila rejam anwar !

8 JULAI : OOOO..GGAPP TAKUT LAAA..EEEEEE


DARI AGENDADAILY

Bahang menjelang mulanya bicara kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual Rabu ini semakin terasa.

Dicelah-celah usaha Anwar mencari jalan menerusi proses mahkamah untuk membatalkan kes itu media PKR sudahpun memainkan peranan sebagai hakim istihar beliau tidak bersalah.

Kalau mengikut aturan undang-undang tindak tanduk itu nyata contempt of court.

Anwar pula yang akan berdepan dengan bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan dalam gelanggang mahkamah juga sudah rancak main ayat-ayat untuk menarik simpati orangramai pada kes itu dalam ceramah-ceramah politiknya.

Ia dikatakan naluri biasa pada sesiapa pun jika kena berdepan dengan lawan yang ‘ tahu banyak’.

Siapa tahu mungkin ada ‘cerita-cerita meletup’ yang bakal terbongkar dalam keterangan Saiful di mahkamah kelak.

Seperti diduga PKR akan memperhebatkan perang sarafnya ketika perbicaraan berlangsung untuk mempengaruhi pemikiran orangramai bahawa kes itu satu konspirasi politik.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin Ahad melancarkan KEJAM,singkatan pada Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sebagai tanda solidariti pada Anwar.

Katanya gerakan itu antara lain akan menyebar fakta-fakta untuk mendakwa kes itu satu konspirasi.

Menurut Shamsul Iskandar mereka juga rancang nak bawa 5,000 penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur masa perbicaraan Rabu ini.

Baginya itu bukan perhimpunan haram kerana perbicaraan di mahkamah terbuka dihadiri sesiapapun dan mereka datang bukan nak buat huru hara.

Soalnya mampukah Ketua Pemuda parti yang sentiasa menggangap apa jua yang tidak menyebelahinya sebagai tidak adil itu... jamin tiada kekecohan akan timbul?

Juga apakah keadilan hanya penting bagi Anwar tapi tidak bagi Saiful ?

8 JULAI : APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?


-hadirkan diri anda memakai pakaian putih.
-tiba di sana kita berkumpul dengan aman.
-nampak saiful bukhari kita lambaikan tangan tanda sokongan.
-nampak anwar attaturk, kita cakap kat dia 'JANGAN LARI'
-selawat beramai-ramai.
-tiada caci maki kepada pihak sana.
-sebarang provokatif bermakna si pelaku itu adalah dari pihak anwar.(kami akan tahan)
-bawalah kertas A4 atau manilla kad yang ada slogan..RAKYAT SOKONG SAIFUL,ANWAR JANGAN LARI LAGI,JUSTICE 4 SAIFUL.


Sunday, July 5, 2009

8 JULAI : GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT MENOLAK ANWAR ATTATURK SEMAKIN KUAT!




ayuh gerakkan seluruh usaha , kita bakal menyaksikan satu gelombang kebangkitan rakyat menentang anwar attaturk ! gap menyeru atas nama persaudaraan,persahabatan sesama manusia maka wajarlah seorang anak muda bernama saiful bukhari bin azlan diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk mempertahankan maruah diri atas dakwaan diliwat anwar attaturk !

aku merayu sekali lagi, sebarkan email sebarkan melalui twitter,facebook dan hantarkan sms kepada seluruh kenalan anda, ajak mereka untuk hadir memberikan sokongan luar biasa kepada saiful bukhari !

ayuh bersama KAMI, jadikan dirianda sebahagian daripada sejarah negara apabila anda bangun dan bangkit menentang seorang manusia yang cuba memporak perandakan ISLAM BANGSA DAN NEGARA demi kemaruk kuasa !!!

ayuh sebarkan maklumat penting ini, GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT MENENTANG PENGKHIANAT AGUNG ANWAR ATTATURK AKAN BERLAKU DI PERHIMPUNAN RAKYAT MENYOKONG SAIFUL BUKHARI, 8 JULAI RABU JAM 8.30 PAGI DI MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA !