Monday, November 9, 2009

LAGI PEMBONGKARAN XAVIER DALAM MASJID !

3 hari kami memerhati tindakbalas mereka. siapa mereka ? pas kota raja yang bersetubuh melakukan zina politik dengan xavier jayakumar, penggerak utama agenda IFC selangor.

kontoversi yang kami lakarkan, mengundang gundah gulana keseluruhan pimpinan pakatan haram kota raja. mana kan tidak, jawapan balas yang dilakukan ekoran kontroversi xavier didalam ruang dewan masjid itu pun dilakukan oleh AJK masjid sendiri .yang lain cabut lari !

mana pergi nazir dan timbalan nazir ? menyorok atau takut.

lihat gambar di atas betul-betul. dalam bulatan itu adalah YDP pas kota raja,cikgu jafar. dia ada didalam masjid dan duduk bersebelahan dengan pailang IFC si xavier. kenapa YDP pas kota raja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ?

nak tahu kerana apa ? kerana dia kabarnya menjawat jawatan timbalan nazir di masjid kontroversi tersebut dan merupakan seorang guru sekolah menengah di sekitar selangor. dia tahu dia sudah melakukan kesalahan besar kerana melanggar tata etika yang menyebut seorang guru tidak boleh aktif berpolitik.

patutlah YDP pas kota raja tu senyap menikus. kalau di mengeluarkan kenyataan dalam media, sudah pasti dia akan terjebak dan terkantoi. alahai pas pas..

ts muhyidin yasin , kami dah buat kerja ni. apa lagi ts, amik aje tindakan disiplin.biar ia menjadi contoh betapa guru-guru kerajaan sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat dan kemudahan yang telah kerajaan sediakan. bukannya mejadi petualang .

aku yakin, diluar sana ada ribuan lagi guru-guru yang aktif menyokong gerakan kerja pembangkang seperti diatas..hai lah manusia, gaji tinggi,elaun ada,bonus dapat lagi tak nak jadi umat yang bersyukur.

lainlah macam 'kami'.

email yang aku dapat penuh dengan maki hamun .mungkin daripada pas kota raja. ada yang nak cari aku,ajak 'jumpa' dll.. yang baik pulak dok tanya siapa yang bagi gambar xavier dalam masjid kat aku ? orang pkr kota raja ke ? aku cakap kat dia kadang-kadang 'kawan boleh jadi lawan' terutama seat sri andalas memang menjadi idaman pas.dulu xavier kan bertanding kat ampang ! aku tambah lagi, bodoh la pas ni pi percaya kat pkr !

Saturday, November 7, 2009

KUMPULAN ATTATURK DALAM PAS.

ada beberapa perkara yang menarik berlaku sepanjang minggu ini. aku membawa aksi menarik politik melayu.

anwar attaturk semakin menghampiri ajal politiknya. hari ini dia menepuk dahi di atas keputusan mahkamah yang tidak membenarkan beliau 'mengetahui' bukti dan senjata daripada saiful. mangsa semakin ganteng beraksi. kehadirannya semakin digeruni, anwar kini banyak-banyak lari.

pas pula mengalami permaslahan yang berlainan. hasil daripada kolobrasi 'zina politiknya' dengan sang peliwat, pas menuju kehancuran. ini adalah manifestasi keterbukaan melampau, yang antara player didalam pas semakin galak dan rakus mengejar kuasa pangkat dan harta.

anwar attaturk manusia durjana. kemana sahaja dia pergi, akan mengakibatkan durjana pada teman-teman. hari ini pas merasai kenikmatan syahwat politik palsu yang dihidangkan oleh anwar attaturk.

apa syahwat politiknya ? tiada lain menjanjikan bulan dan bintang kepada segelintir bintang-bintang malap pas sebagai penyambung lidah perjuangan maha songsang anwar attaturk.

kumpulan ini digelar erdogan, aku menyanggah gelaran ini. sepatutnya mereka digelar kumpulan attaturk pas.

mahfuz omar,kalid gereja samad,nizar bintang 3,dr zulkifli,dr lolo,dr hatta dan husam balak antara petualang durjana dalam partai pas. ini adalah barisan GRO dan pelacur politik dalam pas.

mereka adalah soldadu taraf pelacur yang mulai bersinar bintangnya apabila sanggup melanggar status quo partai pas demi mengejar bayang-bayang pangkat dalam agenda 16 september mainan politikal anwar attaturk.

kumpulan attaturk pas ini diangkat dan dijulang oleh propagandis liberalisme dan penghancur islam. kamu nyatakan tapak berita mana, asalkan ia melanggar status quo perjuangan asal pas mereka akan dijulang.

nizar bintang 3,husam balak dan kalid gereja antara attaturk popular dalam arena maya malaysiakini dan malaysiatoday. hari ini mereka dilambung-lambung untuk kesekian kali.

profesor kangkung aziz bari dan joceline tan antara kaki bakar terbaru dalam senarai kumpulan attaturk partai pas. kaki bakar, yang secara terang-terangan menghina presiden pas hj hadi.


pas sudah tidak seperti dulu. pertentangan yang biasanya berada di dalam kelambu sudah dianjak keluar dari gelanggang biasa. jelas aku perhatikan hj hadi umpama 'bangkai' yang semakin galak diserang dubok atau hayeena oleh peyangak anwar dalam dan luar pas. tanpa rasa malu dan segan, seorang yang pernah mengangkat pas sezaman dengan almarhum dato fadhil, boleh digelar sebagai liabiliti oleh manusia-manusia upahan di luar lingkungan pas. aziz bari dan joceline bukan ahli pas.

mereka diangkat sebagai agen propagandis, merosakkan kredibiliti presiden pas hingga ketahap yang tidak pernah berlaku sepanjang partai pas wujud.

aku yakin semangat melawan status quo ini akhirnya akan menghancurkan parti mereka sendiri.ucapan tahniah untuk anwar attaturk kerana berjaya menghancurkan pas !

Friday, November 6, 2009

JAIS GAP ISTIHAR SOKONG KAMU !

point aku banyak dalam menjelaskan hal dr xavier masuk dalam dewan solat. hari ini pengarah JAIS dibidas oleh dr asri kerana kenyataan beliau membantah dr vaxier sebagai cakap menyempitkan islam.

dr asri kata orang bukan islam (xavier) boleh dibenarkan masuk masjid selagi ia tidak berniat untuk menghancurkan islam ?

dr asri tau ke si xavier ni siapa ? dia ni salah seorang kepala IFC yang terang-terang melancarkan serang halus menghancurkan imej dan kredibel islam.

tak perlu aku mengomel banyak tentang IFC. buat carian di google, taip IFC nanti kamu ketemu bahaya sebenar kumpulan IFC yang antara player kuatnya adalah dr xavier.

hmmm...dato pengarah JAIS, aku tetap bersama kamu dalam mempertahankan kesucian masjid.

aku cabar dr asri, kalau dia benarkan xavier masuk jugak masjid, insyaallah akan akan sediakan beberapa lagi insiden seperti ini. aku akan bawak ketua pkr yang merupakan pengembala babi skala IKS dan ajak dia masuk dalam masjid. aku nak dengar komen dr asri ?

nada dr asri dalam temubual dalam mstar online nampak agak 'geram' dengan JAIS.sabar dr, jangan terbawak emosi lama.ini cerita lain. hey lah dr, tak dapat bezakan antara xavier sebagai adun dan xavier sebagai pejuang laknat IFC !

klik sini
dan sini

Thursday, November 5, 2009

LAPORAN JAIS TERHADAP EXCO PKR SELANGOR DR XAVIER !




klik dibawah
bersahut, insyaallah ia akan bersahutan selepas ini. maklumat informer dari dalam pkr memberitahu aku bahawa exco pakatan selangor, dr xavier menafikan beliau memberikan ceramah di dalam masjid ar rahimiah klang seperti yang aku laporkan beberap hari lepas.

xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu di kupas surah al baqarah ayat 112 ke atau mengulas maksud hadis sampai separuh daripada audience ternganga mulutnya ?

xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu dia nyanyi lagu ahmad jais ke atau memberikan berita terkini keputusan champions league ?

xavier, adalah adun sri andalas juga bertindak sebagai exco kerajaan negeri selangor. jadi samada xavier memberikan sumbangan walaupun hanya sebatang pen sekalipun, ia tetap punyai motif politik. menggunakan dewan suci dalam masjid sebagai lokasi propaganda politik.

kalau nak bagi sumbangan , sila ikut contoh theresa kok. berada di luar perkarangan masjid walaupun dia datang dengan berpakaian skirt.

xavier, kamu kena faham isu. dalam masjid mestilah bersih dan suci. 10 hari aku pernah ke masjid biru di istanbul, walaupun masjid bersejarah itu menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, namun di dalam dewan solat non muslim enggak bisa masuk paham !

xavier telah menghina perintah sultan. maka dengan itu dia wajar menerima tindakan. kejadian berlaku di kawasan parlimen kota raja, maka pemuda umno kota raja telah mengambil langkah berani membuat laporan di pejabat JAIS terhadap xavier.JIKA PERKARA INI TIDAK DIHENTIKAN, AKU TAKUT ATAS DASAR HAK SAMARATA DAN PAS FOR ALL, TOWKEY KHINZIR DARI PKR PUN MUNGKIN BOLEH KELUAR MASUK DALAM DEWAN SOLAT MASJID !

tahniah ! minggu depan pasti bergegar lagi !

GAMBAR APA NI ?

KRISIS SELANGOR : HASAN ALI HILANG JAWATAN EXCO ?



klik di bawah

KRISIS SELANGOR :DUN SEPAKAT TENDANG HASAN ALI

klik disini

KRISIS SELANGOR : SIDANG DUN AKAN BUAT KEJUTAN ?

ini berita yang baru aku terima. minggu depan sidang dun selangor akan bermula. dikatakan oleh sumber dalaman SUK (orang pkr) bahawa sejurus sahaja selesai ucapan pembukaan oleh kebawah duli sultan selangor , maka satu agenda besar akan berlaku.

seorang adun senior daripada DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap exco kerajaan negeri selangor, dato hasan ali !

alasan mengusulkan undi tidak percaya ini kerana mendakwa kelakuan hasan ali menyukarkan flow pentadbiran negeri. hasan ali bakal dipecat dari jawatan exco nya dan akan dipersetujui oleh hampir seluruh exco/adun dari pkr dan dap !

kabaran juga diterima bahawa adun pas iskandar juga akan menerima tempias yang sama. caranya akan didedahkan kemudian.

jelas disini, bila hilangnya hasan ali dari senarai kabinet negeri, maka beberapa dasar autokratik/kuku besi yang lebih ke arah mengkuatkan KUASA SPEAKER (teng chang kim) akan dilakukan.

sumber menyebut teng chang kim akan diberi absolute power (kuasa menggila) apabila usul DUN diperbadan dibentangkan ! apa maksud DUN diperbadankan ? apa kuasanya ? siapa lebih 'raja' bila usul ini diterima, sultan , mb atau teng chang kim ?apakah benar ada agenda besar pakatan haram selangor untuk membawa negeri bersultan ke arah sistem republik ?

kita di sini takkan berdiam diri !

Wednesday, November 4, 2009

KALID PREFER SNAP ELECTION DI SELANGOR ?

minum dan lepak malam tadi agak special. kami bersama rakan-rakan lama dalam parti keadilan nasional kini pkr. sebahagiannya kini menjadi pegawai khas adun pkr selangor.4 orang merupakan ahli majlis. kebanyakan mereka adalah 'bekas budak ezam'..dek kerana kuatnya sayang mereka pada bekas bos, mereka sudi bertemu.nama dan pegawai khas adun pkr mana...tak perlu diberitahu.

aku tanya pada mereka tentang 2 artikel yang disiarkan oleh kepala dajal pkr, raja petra. isunya berkenaan desas desus cerita kerajaan pakatan selangor bakal tumbang januari 2010. argument petra dikuatkan dengan nasihat beliau yang pernah diajukan kepada kepala pengkhianat anwar attaturk dan kit siang,sebelum perak tumbang.apa nasihat petra ? bubarkan dun perak sebelum adun melompat. anwar dan kit siang memandang enteng saranan ini..

banyak cerita yang agak sensitif dan belum tiba masa untuk dikeluarkan, namun dari segi lenggok bahasa dan gaya badan, jelas kebanyakan pegawai khas adun pkr selangor ini membayangkan jika sekiranya keadaan politik pakatan selangor semakin genting, maka anwar berkemungkinan mengarahkan kalid untuk membubarkan dun sekaligus mengadakan snap election di selangor.

hujah mereka masuk akal juga walaupun selama memerintah ini akal selalu diletakkan di kepala lutut. jika berlaku insiden hasan ali 'dicabut' jawatannya sebagai exco, berkemungkinan hasan ali menjadi bebas dan ada beberapa adun pas juga akan menurut jejak langkah beliau. disitu signal sudah semakin kuat, untuk bekas-bekas anak didik ezam akan berjumpa dengan beliau seterusnya mengistiharkan diri menjadi adun bebas. harus diingat, hampir 3/4 adun pkr merupakan bekas budak ezam.

sebelum keadaan ini benar-benar berlaku, anwar akan mengarahkan kalid untuk membubarkan dun selangor. sekaligus pakatan dapat meletakkan calon-calon yang betul-betul loyalist pada paksi perjuangan hampas mereka, bagi mengelakkan calon melompat lagi.

aku sengaja provoke pegawai khas adun pkr ini. pas sebenarnya memandang enteng kredibiliti kamu untuk menjawat jawatan adun sekali lagi, kerana bagi mereka kamu (pkr) tiada stand politik yang kukuh dan vulnerable.. apa jaminan adun pkr tidak melompat akan dijadikan persoalan utama waktu snap election nanti.

tambahan ..kamu tahu perangai pas waktu dalam mesyuarat pemilihan kerusi dun nanti. sudah pasti cerita lama diulang. berapa banyak cawangan pkr dalam dun,berapa ramai ahli, komposisi jumlah pengundi. pas sudah memerangkap kamu dalam mainan seat campuran. dia sudah ada kelab penyokong pas, maka argument kamu yang selama ini meletakkan pkr punyai hak mutlak dalam seat campuran sudah tak boleh dipakai lagi..apatahlagi jika dun tersebut 70%nya adalah melayu..lagilah pkr tak boleh bertanding..jadi kamu yakin setelah apa yang terjadi sewaktu pemerintahan kalid, pas dan dap akan membenarkan pkr mempunyai lebihan jumlah kerusi yang dipertandingkan waktu snap election nanti ? sudah tentu tidak..itu sebab kit siang kata pakatan memerlukan 20 tahun lagi untuk 'bersetuju' dalam perkara dasar manakala tun m pulak kata lagi 100 tahun mungkin boleh lah !

cerita simple ini membuatkan mereka kedu seketika. belum lagi kami membuka isu dan dasar politik yang selama ini mereka tidak dapat tunaikan/lacurkan sewaktu memerintah.

dalam keadaan senyap mendengar argument kami, mereka menambah cerita sensasi tampak untuk cuba lari tajuk..betullah juga kata kamu,dalam pkr selangor sendiri sudah ada tiga fraksi. satu kumpulan adun menyokong kalid sementara yang lagi satu menyokong azmin. lebih parah ada satu lagi kumpulan pakatan sedang cuba mengangkat zaid ibrahim untuk dijadikan kepala terbaru dalam pimpinan pkr selangor.dalam hati intonasi aku mudah, samada tumbang atau bubar, aku dan rakan2 lain tetap akan menghancurkan kredibel kamu wahai pakatan selangor !

http://mt.m2day.org/2008/content/view/28304/84/
http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/

LAGI GAMBAR KONTROVERSI BAKAL DIKELUARKAN !?

kalau sebelum ini aku mengeluarkan gambar pas bersekongkol dengan dr xavier menghina kesucian masjid, dalam masa terdekat aku akan mengeluarkan gambar adun selangor bersekongkol dengan xxxxxxxxx menghina melayu dan islam !
MAHU SELANGOR TUMBANG BUKAN ? INSYAALLAH KITA AKAN TUMBANGKAN !

SULTAN SELANGOR DAH BERI AMARAN, UMNO BUATLAH LAPORAN POLIS !




dah 2 hari gambar ini dikeluarkan. mana pergi utusan,tv3,berita harian dll yang kononnya perjuangkan hak keadilan ? jika dr asri dijadikan bahan utama kempen berita, kenapa tidak kamu gemburkan cerita dalam gambar ini.

gambar ini diambil pada 31/8/09 bersamaan dengan 10 ramadhan. lokasi ceramah tanpa tauliah ini di dalam masjid (saf ke2). masjid bernama masjid rahimiah . kenapa masjid ini dinamakan masjid ar rahimiah ? kerana bersempena nama almarhum bonda sultan selangor pada ketika ini.sultan selangor tidak pernah lepas solat tarawih di masjid ini pada setiap tahun.

hari itu kebawah duli sultan dah menegur agar MASJID JANGAN DIJADIKAN MEDAN POLITIK.jelas di dalam gambar ini, pas telah melanggar titah sultan !

gambar di atas menjelaskan segalanya. dr xavier adalah kristian tegar, adakah ceramah barua ini tujuannya menyampaikan khubah agama ? sudah tentu tidak sebaliknya ia pasti digunakan sebagai salah satu instrumen propaganda politik..

MANA PERGI UMNO SELANGOR ? MANA PERGI PEMUDA UMNO SELANGOR ? BANGUN DAN BUATLAH LAPORAN POLIS !!

ANWAR MARAH LAGI !!?


anwar attaturk marah lagi bila wartawan tanya dia 'apasal lu lebihkan azmin'.. anwar ataturk kata 'lu siapa'...aiseyman ini macam punya de facto pun ada ka. kasi lebih-lebihkan sayang kepada seorang lelaki/jantan bernama azmin ali.kasihan ajijah menahan rona derita.

anwar attaturk sayangkan azmin macam ibu bagi susu dumex infagrow kat bayinya.anwar lagi bertambah panas bila ts muhyidin buat program mengejut di shah alam semalam..selangor nak dapat MB baru kot ? nantikan cerita panas lagi terhangat dari konti GAP @ HOTFM ! macam-macam gosip terhangat aku terima ...pandai dato nawawi sakat anwar yaaa...

Tuesday, November 3, 2009

ANWAR ATTATURK MENDENDAMI DR ASRI ?



ini berita terbaru. terjahan video klip dari dr asri ini dikatakan antara sebab dr asri dimalukan semalam ! kumpulan pkr menghubungi kami , menyatakan bahawa video 'cabaran bersumpah' oleh dr asri ini telah menyakitkan hati anwar attaturk. hai nuar, hati kau makin resah gelisah, gundah gulana ya menunggu 23 nov nanti. sampai bila nak jadi ketua umum partai tangguh pak nuar oooii ! ingat bait-bait kata pak nuar masa petang kat masjid negara 10 september 98..'KKITAA AKAN LAWAN,MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH' ! sekarang boleh tukar skrip la ekk 'KITA AKAN TANGGUH, SAIFUL LALU AKU LARI LINTANG PUKANG' !!

SABAR SAIFUL ! KAMI AKAN SERANG 'MEREKA'

tanggu lagi ?! saiful ini janji kami. kami akan serang 'mereka'.