malam tadi di hulu yam aku hadir di program pengistiharan dr halili menyerahkan borang menjadi ahli umno kepada ts muhyidin.
hampir separuh daripada ajk bahagian (cabang) pkr hulu selangor telah hadir dan memberikan sokongan kepada dr halili. ini tanda protes mereka kepada anwar attaturk.
dikabarkan cabang pkr hulu selangor akan lumpuh secara total dalam masa terdekat.
tahniah kepada dr halili dan rakan-rakan pkr hulu selangor, anda telah menemui jalan kebenaran ! anwar attaturk bisa pening dengan kemasukan dr halili ke dalam umno.
dr halili bukan sembarangan orang, dia melayu cerdik pandai punyai talian keluarga dan pengikut yang cukup ramai di hulu selangor . menafikan pengaruh dr halili berbanding dengan zaid drunkenmaster meropakan satu perhitungan yang silap !
zaid ibrahim dalam satu forum artikel 11 telah menempelak sebilangan peguam muslim sebagai mereng kerana menentang isu lina joy. kamu tahu insiden dan aksi zaid dalam meliberalisasikan agenda halus yang mahu merosakkan akidah umat.
cabaran aku kepada zaid ibrahim.
aku cabar zaid istihar kan diri kepada seluruh rakyat bahawa dia bersedia menjadi peguam terhebat islam dalam membela maruah agama dalam isu murtad !
zaid harus bersama zulkifli nordin dan seluruh umat yang membantah pemurtadan lina joy dan puluhan lagi melayu yang terpesong !
zaid ibrahim aku cabar kamu untuk membantah mana-mana gerakan NGO yang cuba menyama ratakan islam dan kepercayaan lain.
zaid ibrahim , aku cabar kamu untuk menyanggah gerakan halus kontroversi penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible sepertimana yang telah diperjuangkan oleh anwar attaturk dan kalid samad !
zaid ibrahim aku cabar kamu untuk berani mendesak pas agar tidak tunduk kepada arahan DAP yang membantah perlaksanaan pembentukan negara islam dan undang-undang hudud !
zaid ibrahim, adakah kamu berani untuk menyahut cabaran aku ?
maha dahsyat. semalam hari isnin hits blog aku hampir mencecah 30 ribu pembaca..average pembaca aku sebelum ini berlegar sekitar 5-7 ribu sehari. namun dek kerana 'cuit' aku kat pakatan,tiba-tiba hits aku melonjak naik.
ini peluang aku mendedahkan segala dokumen,artikel dan youtube penting kepada satu kelompok besar pembaca baru blog aku. aku anggarkan sekitar 25 ribu pembaca baru !
anwar mengimplementasi kaedah sun tzu the art of war.aku pulak bekas pengikut dia yang telah kena tipu sepanjang 10 tahun sejak 2 september 1998 !
anwar attaturk telah bertemu buku dengan ruas ! hari ini aku mempunyai puluhan ribu pembaca baru, kali ini anwar akan terkantoi !
aku istihar untuk dedahkan segala bukti tentang pembohongan tahap dewa oleh anwar kepada rakyat ! aku sekadar bloger jalanan,sepertimana aku pernah berada di jalanan berdemo sepanjang 10 tahun dalam parti keadilan memperjuangkan satu agenda anwar attaturk yang maha palsu !
ini peluang terbaik aku menebus kesilapan ! tuhan maha kaya. benar ! sebelum ini aku pening pasal achivement penetrasi ke atas pembaca aku sekadar berlegar kepada kelompok yang sama sahaja !
tuhan menunjukkan jalan, sebagaimana anwar bisa mencetus kontroversi demi kontroversi aku jugak mengulangi kaedah yang sama..
market besar pembaca baru akan aku gunakan sepenuhnya untuk mendedahkan segala pembohongan anwar kepada rakyat .
jika pakar neurologi,pakar bedah anak melayu paling hebat seperti dr halili pun dah tinggalkan anwar dan pakatan, APA PULAK HALNYA KITA MASIH LAGI MAHU TERUS DILIWAT PEMIKIRANNYA OLEH SI RAJA PEMBOHONG ANWAR ATTATURK ?
aku arahkan kesemua bloger jalanan agar dedahkan segala kebobrokan pakatan rakyat. kita sudah ada satu kelompok pembaca yang baru,lebih ramai dan nilainya puluhan ribu !
gunakan peluang yang tuhan berikan ini ! ayuh serang pakatan ! sepanjang tempoh berkempen ini, aku insyaallah akan bersiaran 24 jam !
aku dapat tahu kelompok kepimpinan pkr tengah bengang sesama mereka kerana mereka tahu jika gap diberikan publisiti meluas dalam web ,maka gap akan mengoptimamkan segala peluang yang ada untuk mendedahkan segala kepincangan pkr dan pakatan ! dakwaan mereka aku sahkan benar, aku sudah punyai puluhan ribu pembaca yang baru dan memang plan aku untuk dedahkan segala artikel,dokumen dan youtube kebobrokan anwar untuk tatapan rakyat ! terima kasih anwar :)
Penggunaan kuasa dan paksaan tidak akan dapat menyelesaikan isu-isu agama, kata Zaid Ibrahim satu masa dahulu, semasa masih wakil rakyat mewakili Kota Bharu.
"Kuasa, kekerasan dan paksaan tidak selesaikan apa-apa ... Anda boleh letakkan mereka (yang murtad) dalam penjara. Tetapi perkara berkaitan kepercayaan dan akidah, bagaimana mengubahnya?" tanya Zaid dalam sebuah forum anjuran Suhakam, sempena Hari Hak Asasi Manusia Malaysia.
Zaid yang merupakan penceramah dalam forum Article 11 mengenai hak perlembagaan pernah berkata bahwa dia cukup bimbang terhadap perkembangan mutakhir mengenai isu-isu agama dalam negara.
Dalam ceramahnya bertajuk "Freedom of Religion and the Federal Constitution" (Kebebasan beragama dan Perlembagaan Persekutuan), dia menempelak sesetengah pihak, termasuk beberapa peguam Muslim, yang mendakwa Islam sedang diancam.
Zaid pernah berkata bahawa "Islam tidak terancam. Otak anda yang mereng yang terancam,".
Memberi dua contoh kes mahkamah berprofil tinggi – kes Lina Joy dan S. Shamala - Zaid, yang juga seorang peguam berkata, kes-kes tersebut patut dianggap sebagai situasi perundangan sahaja.
"Kita tidak boleh bercakap mengenainya kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan Islam lagi, jadi Tuhan akan pasti hukum dia?
"Tetapi adakah kita mahu main peranan Tuhan pula? Bagaimana anda tahu Tuhan tidak akan maafkannya? Bagaimana anda tahu?" dia bertanya.
"Saya fikir dia hanya mahu dapatkan kad pengenalannya ditukarkan. Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan. Tidak perlu mengatakan Islam sedang diancam," kata Zaid.
Lina Joy, seorang Muslim yang murtad kepada Kristian, telah merayu dikeluarkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya, mencetuskan perbahasan mengenai kebebasan beragama di negara ini.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang telah menghadiri perbicaraan bagi pihak Majlis Peguam dalam kes Lina, pernah menerima ugutan mati kerana menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang mengenai isu berkaitan.
Menurut Zaid, dalam ajaran Islam, jika seseorang terpesong dari jalan yang lurus, lebih belas kasihan dan persefahaman patut diberikan kepadanya.
"Kita patut merasa cukup yakin. Tidak perlu bimbang. Mahkamah sivil bukan musuh kita. Sistem kehakiman kita menegakkan undang-undang negara ini."
Zaid berkata, kerajaan wajar menjelaskan isu-isu agama kepada orang awam bagi mengelakkan ketegangan yang tidak diperlukan.
Dia juga menuduh ketegangan wujud disebabkan ada ahli-ahli politik yang menggunakan agama untuk mendapat kelebihan politik.
"Tiada (ahli politik) yang mahu menerangkan isu berkaitan agama kerana terdapat risiko politik di situ ... Memang mudah untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan apabila anda membangkitkan isu-isu agama dan kaum."
Zaid pada masa ini sedang berhadapan dengan PRK Hulu Selangor mewakili PKR. Banyak blog menulis mengenai latar belakang Zaid, terutama kegemarannya kepada kuda dan minuman keras. Zaid tidak menafikan itu semua, malah mengakuinya, dan konon pada masa ini telahpun meninggalkan kegemarannya itu.
Apa kah serangan pribadi kepada Zaid akan mempengaruhi pola pengundian di Hulu Selangor? Pada PRK Pematang Pauh, isu liwat dan angkat sumpah Saiful tidakpun mempengaruhi pola pengundian masa itu.
Sekiranya para pengundi Hulu Selangor mahu diwakili BN, apapun isu yang akan di bawa tidak akan mempengaruhi pola pengundian, demikian juga jika para pengundi di situ masih mahu mengekalkan PKR, apapun serangan pribadi kepada Zaid, tidak akan mengubah pola pengundian. Namun ini, hanya pandangan.. sama-sama kita tunggu keputusan pada 25 April ini.
Namun pandangan Zaid mengenai islam perlu diberi perhatian, kerana pola berfikir begini boleh merosakkan kefahaman penganut islam negara ini.KLIK SINI UNTUK LAGI KISAH PAKATAN PEROSAK !
kerana gambar ini, najib bersumpah menafikan tohmahan fitnah dari anwar attaturk dan gambar superimpose tian chua.
semalam zaid ibrahim mengaku dia peminum arak. sebelum ini pun sudah banyak gambar-gambar kelakar berlatarbelakangkan 'situasi' zaid sedang minum arak. bukan sekadar dia peminum arak,dia jugak kepala liberalis dalam pakatan.
najib sudah bersumpah dia tidak terlibat dengan altantuya.zaid ibrahim mengaku dia peminum arak tegar.
TAPI SAYANG ANWAR MASIH TIDAK DAPAT BUKTIKAN KAITAN ALTANTUYA DENGAN NAJIB ! TAPI SAYANG ANWAR MASIH TAK DAPAT BUKTIKAN KAITAN KONSPIRASI LIWAT ITU AGENDA PEMIMPIN UMNO !
ini gambar super impose jugak ke ?selepas zaid ibrahim mengaku minum arak aka air kencing syaiton,kini timbul pulak kisah zaid ibrahim kaki judi klik sini
bila tiba masanya, anwar dan pakatan akan kami kuburkan. segalanya sudah ada dalam genggaman.insyaallah hulu selangor adalah pemangkin kepada kebangkitan BN !
ingat syarat-syarat sah penamaan calon nanti. bila keluar rumah baca doa selamat.keluar dengan kaki kanan.
bila memandu kenderaan bacalah ayat surah naiki kenderaan.
tapi sehari sebelum penamaan calon pada hari sabtu,seelok-eloknya sediakan beberapa keperluan barang dan kata-kata mujarab.mentera ajaib untuk hari penamaan calon telah kami sediakan.
contoh,bawaklah gambar ky jelly.kemudian print kan gambar karipap kegemaran anwar.jangan lupa bawak sekali tuala putih, yang kecik pun takpe tapi jangan curi tuala orang,berdosa.
bila tiba di tempat penamaan calon, kita hendaklah membahagikan rakyat kepada 2 kumpulan.satu kumpulan tukang tanya 'APA PASSWORD' manakala satu lagi kumpulan jawap "MOKTAR" !
kita laungkan soalan password ni berulang kali, kalau pemimpin pas dan pkr lalu KITA KUATKAN LAGI VOLUME ! ingat , kalau kita nampak anwar kita laungkan password moktar sekuat mungkin...biar sampai muka dia merah padam ! jangan sampai padam dah la...
jangan lupa barang yang perlu dibawa.jangan lupa kata laluannya juga.insyaallah mujarab !
dalam sibuk aku membelek balik artikel lama, aku terjumpa cerita tentang saiful. cerita tentang pelancaran kempen facebook 'keadilan untuk saiful'..
waktu ini macam-macam kisah saiful melayang bergentayangan masuk kedalam kepala otak aku. kukuhnya dia menentang anwar,mempertahankan maruah. paling sedih bila aku belek artikel lama aku tentang saiful nekad dan hadirkan diri ke masjid wilayah semata-mata mahu solat terawih sepertimana orang lain lakukan..subhanallah..
aku dapat rasakan keinginan dia untuk hidup seperimana anak muda melayu lakukan sekarang. dia nakkan juga berkerja,mesti nak lepak tengok bola dengan gang-gang atau bloger,nak jugak pergi kenduri kendara,nak jugak tengok bola tottenham kalahkan MU..macam orang lain..
saiful bukhari,aku tahu kau membaca blog aku...biar aku berterus terang dengan kamu.selama ini kamu tidak pernah kami tinggalkan,tidak pernah kami pinggirkan dalam ceritera arus perdana.
percayalah saiful,semua orang akan senantiasa bersama kau.yang pangkatnya .mak,ibu,ayah,kakak,pakcik,manager,pekerja kilang,budak universiti,tok imam,pak siak...kami senantiasa mendoakan kebaikan untuk diri kau..
biarlah orang pkr menghina kamu,biarlah pemimpin pas menghina kamu, namun indikasi manusia yang menyokong kamu lebih besar jumlahnya daripada melayu-melayu hipokrit dalam pakatan.
kalau aku ni kaya,dah lama aku bawak kau jumpa yusof qardhawi bersumpah depan ulamak tersebut..apa jugak cara sanggup aku lakukan,namun kamu pun tahu akan keterbatasan aku..
hati aku sebenarnya makin kuat memberontak nak menghapuskan si dajal anwar attaturk ni. dia adalah tertuduh boleh lepas bebas,boleh keluar ke sana kemari,namun pada realiti nya seolah-olah kau pulak yang terpenjara...
aku tak tahu la saiful bagaimana caranya untuk kita konklusi kan masalah ini. kalau kau tanya aku lah saiful, sudah tentu aku temu kan kau dengan yusof qardhawi,kau bersumpah depan dia..kat situ akan kita tengok kesinambungan aksi-aksi beruk akan anwar attaturk lakukan demi mempertahankan 'kebenaran yang palsu' !aku yakin cara itu mampu mematikan langkah si penyambung lidah dajjal ini !
kepada pembaca yang disayangi,untuk permulaan ayuh kita war-warkan kelab facebook 'keadilan untuk saiful' dikalangan rakan-rakan kita.bukan susah pun, jadi member dan support dia...klik sini untuk facebook 'kempen keadilan untuk saiful'..
siapa-siapa yang ada reje-ki pergi umrah, doakanlah supaya kes liwat ini habis cepat.doakanlah depan kaabah supaya saiful terus tabah,kuat dan dapat habiskan pertarungan ini dengan si manusia keparat anwar attaturk..
jika panjang umur aku, sebolehnya aku taknak lagi melihat pada bulan ramadhan tahun ni saiful masih lagi 'mencuri-curi' masa untuk solat terawih sepertimana yang telah dia lakukan bulan ramadhan lepas..saiful punyai hak untuk hidup seperti kita ! aku ulang, saiful punyai hak untuk menikmati hidup seperti kita !
kepada tuan hakim yang budiman,letakkanlah keadilan itu di tempat yang sebenarnya ! janganlah tanguh-tangguhkan kes ini lagi. tuan hakim seorang islam,jadi sebagai seorang islam janganlah kerana derajat manusia haprak anwar attaturk dan derajat anak muda seperti saiful kamu jadikan alasan mengenepikan HAK anak muda yang mahu mendapatkan keadilan !
kepada saiful, kami doakan yang terbaik untuk kamu !
ini anwar akan kami hancurkan tanpa mengenal erti lelah. tak hari ini minggu depan.tak minggu depan bulan depan..namun yang pasti lawan tetap lawan !
apa lagi yang lebih menggembirakan kekasih hati anwar iaitu azmin ali apabila zaid ibrahim akhirnya dipilih menjadi calon pkr untuk prk hulu selangor.
sah, anwar tetap dan akan senantiasa menuruti desakan kekasih hati si azmin ali. azmin tahu zaid bakal terkubur di hulu selangor.
azmin ali tahu zaid punyai latar belakang dan masalah yang cukup besar. zaid pernah menyaman kerajaan pas kelantan kerana isu hudud dan negara islam,zaid kaki hik hik hik,dia kepala liberalisme,penyokong bar council yang pro murtad dll..
dengan kelemahan ketara zaid ibrahim, azmin ali mengarahkan anwar untuk memilih zaid sebagai calon. azmin tahu kawasan melayu di hulu selangor punyai latar belakang islam yang cukup kuat..jika kredibel zaid diketahui orang melayu hulu selangor,maka kemungkinan besar zaid akan kehilangan undi melayu.
azmin tahu bloger pro umno akan memanipulasi dan mengoptimakan semaksima mungkin kelemahan zaid ibrahim.
dengan tewasnya zaid ibrahim, maka perancangan anwar dan azmin dalam menguasai pemilihan tertinggi pkr akan terlaksana. anwar masuk penjara dan azmin menjadi timbalan presiden.