Monday, May 24, 2010

JUDI, TAHNIAH KETUA PEMUDA UMNO SEPUTEH !

razlan, nama ketua pemuda umno bahagian seputeh ni namanya razlan. ahli parlimennya adalah mother theresa kok.

dia tak kenal aku tapi dia tak tahu bahawa aku senantiasa memerhatikan gerakan halatujunya. hari ini razlan dan seluruh jawatankuasa pemuda bahagian umno harus diberi ucapan tahniah. mereka telah menghantar memorandum kepada awang adek membantah isu judi.

lebih berani apabila pemimpin muda ini berani menghantar memorandum secara terus kepada awang adek. ini lonjakan paradigma corak pemikiran politik baru pemimpin pelapis dalam umno.

bila aku membaca isi kandungan memorandum pemuda umno bahagian seputeh ini jelas, mereka bercakap mengenai isu yang berpaksikan agama dan mahu mengelak masyarakat umum daripada terjebak dalam permaslahan sosial.

razlan sepertimana pemimpin pemuda umno yang lain,seperti dr novandri dari penang. dr novandri juga membantah isu judi ini.berkata yang hak dan berani menegur pemimpin. teguran ini jangan disalahtafsirkan sebagai proses untuk menentang.

ini keterbukaan mencernakan politik baru dalam umno. teguran mereka membawa hala, hala yang mahu kerajaan dan umno ke arah yang lebih faham akan protes umat islam dan protes rakyat, hala mereka membawa kebaikan.

samada razlan,dr novandri atau pimpinan umno yang lain mereka mahukan kebaikan untuk rakyat dan kebaikan untuk imej kepimpinan kerajaan.

keberanian mereka ini aku nostalgiakan kepada cerita pemimpin umno lama. aziz ishak adalah bekas pemimpin terbilang umno. abangnya adalah yusof ishak,bekas wartawan utusan dan bekas presiden pertama republik singapura.

aziz ishak pernah membawa isu rakyat. pernah tidak bersetuju dengan tunku berkenaan dengan isu monopoli pembekalan arang syarikat british di seremban.

sewajarnya, tindakan positif daripada2 anak muda ini diikuti juga dengan protes kesemua ketua bahagian umno. bangkang bukan bererti membenci. rakyat semakin menolak pakatan. 1malaysia bakal diangkat menjadi platform politik kesukaan rakyat apabila, isu judi ini permintaan rakyat didahulukan.

KLIK SINI untuk membaca memorandum ketua pemuda umno bahagian seputeh, dan KLIK SINI untuk membaca artikel bantahan judi oleh dr novandri.

KALID GAGAP VS YBK. SEKTSA BERMULA


KLIK SINI

GAP ISTIHAR TUMBANGKAN SAMY VELU !

aku bukan partisan. sekadar anak muda yang sekarang menyokong umno dan bn. tapi tak masuk umno dan takkan masuk politik.aku mewakili puluhan ribu suara pengundi atas pagar, pengundi muda dan pengundi yang berani untuk menegur.

aku lihat samy velu sudah menjadi liabiliti kepada mic dan barisan. kehendak pakatan,sebenarnya mereka mahu entiti samy velu itu wujud dan terus aktif dalam pimpinan barisan nasional. dengan kekalnya samy, maka akan mudahlah pakatan menyerang barisan. samy adalah punching bag kepada pakatan.

hari ini samy menongkah arus buat kesekian kali. memecat orang yang tidak sependapat dengannya.bagi aku, samy velu sudah melangkaui adab gentleman seorang politician. samy velu harus sedar dia sudah menjadi warisan purba dalam mic dan barisan.

samy velu harus disimpan dalam arkib negara atau sewajarnya menjadi bahan sejarah untuk skrip terbaru filem negara malaysia. samy velu dan nik ajis sama akidah politiknya, mahu mengekalkan jawatan sampai mati.

jadi mematikan satu watak politik bernama samy velu adalah lebih mulia daripada kita terpaksa kehilangan puluhan ribu lagi undi protes yang tidak menyokong bn pada pru ke 13 nanti.

jika samy velu berundur, sasaran aku sepertimana yang aku pernah nukilkan dalam artikel selepas prk hulu selangor mampu tercapai. apa sasaran aku ? umno/bn harus fokus untuk mendapatkan maksima undi india pada pru ke 13 nanti. sekurang-kurang 85% daripada total pengundi india.

jadi, aku akan melaksanakan salah satu daripada matlamat aku ini.samy velu harus di undurkan dengan kadar segera.

no no no. ini bukan arahan sesiapa. ini suara rakyat,suara politikal baru dari rakyat. ini politik baru. suara rakyat yang mahukan kerajaan tidak melakukan silly mistake sekali lagi. rakyat mahukan umno/bn bebas daripada mempunyai pemimpin yang punyai liabiliti. takde kes rasuah,kes moral,kes penyapu dll.

jadi, GAP akan memulakan langkah pembersihan pemimpin yang punyai liabiliti dalam barisan dan ia bermula dengan entiti yang bernama samy velu ,adakah kamu bersama aku ?

JUDI : BERKEMUNGKINAN DITARIK BALIK

ada tanda-tanda positif daripada pimpinan kerajaan untuk mengkaji semula kelulusan pemberian lesen judi dalam pertandingan bola sepak piala dunia nanti.

aku pandang kenyataan balas daripada pihak kerajaan ini sebagai tanda positif. cukup positif.

tiada ruginya untuk kerajaan menarik balik kelulusan judi. ini bukan tanda mengalah pada desakan,tetapi ia mirip kepada sikap prihatin pimpinan kerajaan untuk lebih paham erti 'sifat amir' dalam islam.

jika ditarik balik, penilaian semula pemikiran rakyat terhadap respon kerajaan yang mendahulukan kehendak rakyat akan bertambah kukuh. kerajaan ini akan dilihat lebih banyak bertindak berdasarkan keputusan faktual dan logik. mainan persepsi politik bersifat populis sepertimana yang dimainkan oleh pakatan akan dinilai dengan mutu yang rendah oleh rakyat.

kamu mahu mengadakan demonstrasi anti judi,bercakap laksana kamu lah jagoan politik yang mampu membawa perubahan. tapi sayang pakatan lebih mementingkan konsep politikal populis,tanpa menyedari di negeri pemerintahan mereka sendiri punyai cerita judi yang sama.

kadang-kadang aku terfikir adakah kerajaan sengaja melontarkan isu ini ? atau mungkin ia sengaja dilontarkan untuk check mate pakatan pada penghujung perlawanan nanti ?

sekali lagi, ketua pemuda pas tan-taik bakal terkantoi .

Sunday, May 23, 2010

SAMY VELU ,INDIA MUDAH LUPA .

politik ada circulation nya, ada pusingannya. adakala kamu di atas adakala kamu dibawah.adakala musuh boleh menjadi kawan, dan kawan boleh menjadi lawan.

samy velu ada sindrom denial, menafikan bahawa dirinya sudah tidak diperlukan dikalangan masyarakat india yang marhaen. protes masyarakat india bukan saja berlegar dikalangan pimpinan mic,malah merebak ke hampir seluruh susuk tubuh orang yang bernama india.

parti IPF, hasil pertama samy velu menghancurkan musuh politik, hasil pertama samy memecahkan mic kepada kumpulan katolik dan protestan. pandithan sudah pulang, namun penentangan ipf masih berterusan.

ipf mewakili rakyat bawahan maysarakat india. tugas penentangan di dalam mic telah diambil alih oleh subramaniam, namun dia jugak tumbang.

ramai perwira mic yang punyai kredibel dan personaliti pemimpin masa depan telah dipancung oleh samy velu. gobalakrishnan ahli parlimen pkr merupakan mantan setiausaha pemuda mic pusat, anak emas samy velu sothinathan bekas ahli parlimen teluk kemang sudah menjadi sejarah,vikneswaran mantan ketua pemuda mic sudah jadi sejarah.

hari ini legasi penentangan terhadap mursidul am mic samy velu diteruskan oleh v mugilan. nampaknya protes penentangan orde baru (kumpulan muda) menentang orde lama (kumpulan tua) masih gah berterusan dalam sejarah penubuhan mic.

adakah v mugilan punyai juang konsistensi yang teguh ? hanya masa akan menentukan.

sejarah penentangan dalam politik ini bukan perkara baru. bukan sekadar pernah melanda mic, malah hampir kesemua parti dalam malaysia.

tun mahathir pernah bergabong dengan tun razak,ghazalie shafie dan dato haron dalam kumpulan orde baru menentang tunku abdul rahman,jaafar albar.

lim ah lek pernah menentang presiden ling liong sik. chua jui meng pernah mencabar ong ka ting. chua soi lek pernah mencabar ong tee keat.

dato fadhil nor,haron taib,hasan shukri (bekas peseuruhjaya pas selangor) pernah mengetuai kumpulan pemuda pas menumbangkan dato asri, pada petang sekitar tahun 1981 di dewan bahasa dan pustaka.

abdul rahman othman,bekas bendahari parti keadilan nasional pernah cuba mencabar jawatan presiden parti dalam kongres mereka di seremban.

dr syed husin ali bekas presiden parti rakyat malaysia (PRM) pernah dicabar oleh dr nasir (adun kota damansara sekarang ) dalam perebutan jawatan PRM. hasilnya PRM berpecah dua, dr nasir nasir menubuhkan parti sosialis rakyat malaysia.

kerk kim hock bekas setiausaha agung DAP pernah dicabar oleh lim guan eng. kit siang pernah dicabar oleh teng chang kim (speaker dun pakatan selangor) beberapa tahun lepas.

kerk choo ting pernah mencabar lim keng yaik dalam perebutan kerusi presidensi parti gerakan.

jadi, lawan melawan ini adalah proses biasa dalam politik.adakah v mugilan akan menjadi katalist sebenar proses meng nyah kan samy velu ? atau samy velu akan mengikuti jejak langkah nik ajis, memegang jawatan sampai mati !

Saturday, May 22, 2010

GAP JUMPA GAS !


haha..mugilan lancarkan gerakan anti samy (GAS) untuk jatuhkan samy. minggu depan GAS akan mengumpulkan seramai 7 ribu pengikut yang anti samy.

mugilan harus bekerjasama dengan beberapa gerakan lain untuk menjatuhkan samy. contohnya GAP..

siapa ada no handphone mugilan. pasal GAP nak hubungi GAS untuk menjatuhkan samy !

samy satu entiti yang mudah ditumbangkan. macamana zaid hik hik kena masa hulu selangor !

JUDI : PANDANGAN PROF MADYA DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KLIK SINI untuk baca dengan lebih detail pandangan prof madya dr asyraf dusuki ,naib presiden perkasa. artikel ini punyai konklusi hujahan lengkap akan bahayanya judi.

PROSES KRISTIANISASI PAS BERMULA !





lihatkan pada gambar di atas. nik ajis menyokong dap menggunakan ALLAH seminggu yang lepas.2 hari lepas nizar pula mengadakan kerjasama dengan seluruh paderi kristus perak dalam usaha mendapatkan sokongan. sokongan ini sebenarnya akan membawakan pas lebih pantas menuju liberalisasi agama.

sepertimana yang dikehendaki oleh anwar attaturk, yang mengadaptasikan corak pemikiran gusdur dalam pembawaan politikalnya.

apa stand akidah kita ?

masih lagi mahu menyokong anwar attaturk ?
masih lagi mahu menyokong pas ?
masih lagi mahu mengkultuskan nik ajis ?

ya ALLAH, jauhkan kami daripada tipudaya syaitan yang bertopengkan manusia,yang setiap saat mahu menyesatkan kami dari landasan agama Mu ...hancorkanlah mereka !

tahniah kepada AIDC (anwaribrahim dotcom) kerana sekali lagi berjaya dalam membawakan kisah pendedahan menggemparkan dalam konsep mudah, audio video.

Friday, May 21, 2010

NYAWA POLITIK KALID GAGAP AKAN BERAKHIR ?

KLIK SINI

RASIS DALAM PKR ! INDIA GADUH DENGAN MELAYU DALAM PKR !


oh rupanya rasis, dan mereka semakin rasis.
oh rupanya masih ada lagi konsep 'melayu' dan 'india' dalam pkr !

rasis dalam pkr semakin kuat menebal. pegawai khas xavier jayakumar, razak seorang melayu telah menghantar komen rasis kepada manikavasagam,ahli parlimen kapar..

kah kah kah..KLIK SINI

BLOG BARU DAN KEPADA BLOGER BARU !

BLOG 1
blog rasmi pejuang anti rasuah nombor satu negara. ezam. (matilah lu nuar ) KLIK SINI

BLOG 2
kisah benar ybk.blogspot akan mengambil alih serangan terhadap segala niat jahat pakatan selangor yang diketuai oleh khalid gagap terhadap ybk.pendedahan maklumat akan dilakukan bagi menerangkan kisah sebenar. KLIK SINI

BLOG 3
lifeisnotafairytaledude.blogspot seorang pengkomen tegar.melayu kategori rasis.KLIK SINI

pengumuman gap.
aku tahu ada blog baru lagi yang aku terlepas daripada pandangan.maafkan aku. tolong letakkan komen dalam artikel ini.aku akan update dan linkkan blog kamu. ayuh kita kongsi ilmu,kongi maklumat dan padukan serangan terhadap anwar,pas dan dap.

KHALIFAH PAS YANG KULOP KONEK NYA.


err..tengok betul betul gambar ni. mamat ni namanya lim guan eng,ketua menteri penang. pas gelarkan dia sebagai jelmaan khalifar umar abdul aziz. pasal apa ?

pasal khalifah palsu ciptaan pas ni suka sebut perkataan amar maruf nahi mungkar.

memberikan gelaran dan branding adalah budaya sesat pas. lim guan eng cepat-cepat digelar sebagai khalifah umar abdul aziz sebab pas nak menutup kelemahan dan kesundalan guan eng/dap yang pernah menghina pas sebelum ini.

dengan memberikan gelaran ini, ia akan menutup segala ruang kritikan terhadap guan eng. pasal apa ? pasal sekarang ini guan eng sudah menjadi saudara sepepet pas.


tidak menghairankan jika selepas ini salman rushdie penulis buku satanic verses dan taslima nasren penulis buku lajja (shame) memuji pas, maka sepantas kilat pas akan menggelarkan mereka dengan pelbagai branding yang baik.

typical pas, maha hipokrit tahap gila . jika pas bersetuju lim guan eng dianugerahkan dengan gelaran khalifah umar abdul aziz, mungkin pas jugak tak marah jika orang melayu gelarkan nik ajis sebagai pope jis ? kan samarata,samarasa depan belakang sama saja.

hishamudin rais pasti gelak bila aku kutuk pas. hishamudin rais kata suruh guan eng potong konek dia dulu la...konek kulop mana boleh panggil khalifah !


gap gelak je kah kah kah
hishamudin rais pun gelak kah kah kah
gap dan hishamudin rasi gelak kah kah kah

Thursday, May 20, 2010

SENATOR EZAM BELASAH KHALID GAGAP !

aku dihubungi oleh rakan bloger medan info kita. mohon agar kenyataan senator ezam yang membelasah gejala rasuah pasir kerajaan negeri selangor dan pembantaian di atas kuasa SELCAT di publishkan dalam blog rakan bloger.

bila aku periksa, senator ezam sudah ada blog. blog kepunyaan beliau. tahniah senator ezam. nampaknya media internet akan menjadi platform terhangat untuk kesemua ahli politik menyatakan dasar dan pandangan mereka.

KLIK SINI untuk baca kenyataan keras senator ezam. jom linkkan blog beliau.

AWANG ADEK SABOTAJ UMNO/BN ?

ini beban. beban dan beban. dikala umat melayu semakin berbondong menyokong semula umno, timbul pula satu penyakit. penyakit yang sengaja dicari untuk mencetuskan luka lama.

kadang-kadang aku memerhati. memerhati siapa ? memerhati gerakan kerajaan.

mereka suka melakukan silly mistake . disengajakan atau ada unsur sabotaj daripada punah-sihat ekonomi negara ?

aku akan terus pertahankan hak islam,hak melayu dan hak rakyat.

rakyat mahukan lesen judi bolasepak di batalkan dengan segera . dulu kerajaan buat silap,menaikkan harga petrol tanpa memandang langsung kesusahan ekonomi dan poket rakyat. impak politiknya ? 5 negeri tumbang !

awang adek kamu bertanggungjawap terhadap isu ini. kalau kamu tidak boleh lagi memikirkan cara lain yang halal untuk kerajaan dapatkan sumber, lebih baik letak jawatan.

jamil khir kenapa senyap ? pusat islam tidor ke ? ketua perhubungan umno kenapa senyap ? ketua wanita kenapa senyap ? ketua puteri kenapa senyap ? ketua pemuda kenapa senyap ? ketua bahagian umno kenapa senyap ? mt umno kenapa senyap, tidakkan kamu semua dapat berfikir bahawasanya tindakan meluluskan lesen ini adalah haram dan ia boleh menjadi pemangkin kepada kejatuhan umno/bn pada pru ke 13 nanti ?

tanah melayu ni kaya dengan sumber alam. geografinya cukup hebat. galilah segala hasil bumi yang ada ,cari alternatif baru untuk memberikan rezeki halal kepada perbelanjaan kerajaan. judi ini akan menghancorkan sistem sosial rakyat, tak kira melayu cina dan india.

untuk isu ini aku terpaksa mengambil pendekatan kontra dan berlainan. aku takkan berhenti melakukan usaha selagi lesen judi ini tidak dibatalkan .

KERAJAAN SILA BATALKAN LESEN JUDI INI !! MASIH BELUM TERLAMBAT LAGI ,MELULUSKAN LESEN JUDI INI AKAN MENGHANCORKAN KREDIBILITI UMNO/BN PADA PRU KE 13 NANTI !

Wednesday, May 19, 2010

JUDI BOLA PIALA DUNIA ! APA KATA GAP ?

gap taknak kata banyak.

mohon kerajaan malaysia BATALKAN SAHAJA PERMIT lesen judi !

yang haram tetap haram,yang halal tetap halal.judi bola ini akan menghancurkan sistem masyarakat malaysia, tak kisah ia kena pada melayu cina dan india.

aku takut pada azab ALLAH. aku yakin ramai rakyat malaysia akan sanggup berhutang dengan bank dan along jika judi bola ini dilaksanakan. sebagaimana arak,judi boleh menghancurkan sistem masyarakat malaysia.

pemimpin kerajaan, aku arahkan kamu batalkan lesen judi ini !