razlan, nama ketua pemuda umno bahagian seputeh ni namanya razlan. ahli parlimennya adalah mother theresa kok.dia tak kenal aku tapi dia tak tahu bahawa aku senantiasa memerhatikan gerakan halatujunya. hari ini razlan dan seluruh jawatankuasa pemuda bahagian umno harus diberi ucapan tahniah. mereka telah menghantar memorandum kepada awang adek membantah isu judi.
lebih berani apabila pemimpin muda ini berani menghantar memorandum secara terus kepada awang adek. ini lonjakan paradigma corak pemikiran politik baru pemimpin pelapis dalam umno.
bila aku membaca isi kandungan memorandum pemuda umno bahagian seputeh ini jelas, mereka bercakap mengenai isu yang berpaksikan agama dan mahu mengelak masyarakat umum daripada terjebak dalam permaslahan sosial.
razlan sepertimana pemimpin pemuda umno yang lain,seperti dr novandri dari penang. dr novandri juga membantah isu judi ini.berkata yang hak dan berani menegur pemimpin. teguran ini jangan disalahtafsirkan sebagai proses untuk menentang.
ini keterbukaan mencernakan politik baru dalam umno. teguran mereka membawa hala, hala yang mahu kerajaan dan umno ke arah yang lebih faham akan protes umat islam dan protes rakyat, hala mereka membawa kebaikan.
samada razlan,dr novandri atau pimpinan umno yang lain mereka mahukan kebaikan untuk rakyat dan kebaikan untuk imej kepimpinan kerajaan.
keberanian mereka ini aku nostalgiakan kepada cerita pemimpin umno lama. aziz ishak adalah bekas pemimpin terbilang umno. abangnya adalah yusof ishak,bekas wartawan utusan dan bekas presiden pertama republik singapura.
aziz ishak pernah membawa isu rakyat. pernah tidak bersetuju dengan tunku berkenaan dengan isu monopoli pembekalan arang syarikat british di seremban.
sewajarnya, tindakan positif daripada2 anak muda ini diikuti juga dengan protes kesemua ketua bahagian umno. bangkang bukan bererti membenci. rakyat semakin menolak pakatan. 1malaysia bakal diangkat menjadi platform politik kesukaan rakyat apabila, isu judi ini permintaan rakyat didahulukan.
KLIK SINI untuk membaca memorandum ketua pemuda umno bahagian seputeh, dan KLIK SINI untuk membaca artikel bantahan judi oleh dr novandri.














