Seorang mantan Panglima salah satu unit dalam Tentera Darat diberitakan meneyrtai PKR. Dipercayai, mengenai satu perniagaan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia yang gagal.
Pada 1030hrs 24 November 2011 bertempat di pejabat ADUN Port Dickson, Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdullah Bin Mohamed dipercayai telah menyerahkan borang menyertai PKR dengan membayar yuran RM200 (Keahlian seumur hidup).
Pengumuman penyertaan Abdullah, 67, bersama 50 bekas pegawai dan anggota ATM lain akan dibuat semasa program ceramah Ketua Umum di Teluk Kemang selama lawatan Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ke Port Dickson pada 25 Disember bermula 2030hrs.
Penyertaan Brig. Jen. Abdullah dan 50 pegawai dan anggota ATM adalah susulan daripada penyertaan yang dibuat oleh seorang Brigadier Jeneral (Bersara) lain yang telah menyerahkan penyertaan PKR kepada Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dibilik gerakan Bukit Antarabangsa.
Penyertaan beliau ini dipercayai akibat isu kehilangan enjen jet pejuang yang mana beliau dipertanggungjawabkan atas kes tersebut.
Manakala penyertaan Dato Abdullah bersama 50 pegawai dan anggota ATM yang lain atas alasan isu audit pembelian kereta perisai yang dikatakan lebih tujuh kali ganda daripada harga asal, dan berkemungkinan kumpulan ini akan dipertanggungjawabkan.
Dipercayai buat masa ini, siasatan masih diteruskan.
Sekiranya benar penyelewengan ini berlaku dan apabila siasatan dimulakan dan amat aktif untuk mencari mereka yang bersalah, maka tindakan mereka untuk menyertai Pembangkang wajar dilihat hanya untuk kepentingan sendiri semata mata.
Ada juga kemungkinan besar mereka yang disasat ini akan menggunakan pengetahuan dalam isu pembelian tersebut sebagai modal Pembangkang untuk terus dijadikan bahan kempen ‘Politik Kebencian’.
Sebelum ini, pemimpin Pembangkang seperti MP Lembah PantaiNurul Izzah (yang juga Naib Presiden PKR) telah berbohong mengenai keupayaan operasi kapal selam Perdana Class Scorpene dan MP PJ Utara Tony Pua pula telah memberikan analisa yang meleset berdasarkan fakta yang salah atas cadangan pembelian Littoral Combat Ships untuk TLDM.
Ini merupakan strategi mreka untuk memperkecilkan kemampuan ATM dengan penggunaan asset strategik, sekaligus memberikan gambaran yang lemah mengenai peranan Kerajaan mempertahankan rakyat.
sumber bigdogdotcom











