Wednesday, February 22, 2012

RAKYAT KELANTAN TAGIH JANJI KAT POK NIK !

rakyat kelantan dah mula tuntut janji.
detail KLIK SINI

BAIAH CELAKA..HJ HADI MENCELAKAKAN PAS ?

baiah celaka dunia akhirat keluar lagi.
dikeluar dan dinyatakan oleh presiden pas.
justifikasi baiah celaka ni bagi mengelakkan calon pas tidak menyeleweng dari landasan dasar islam...

dasar islam ? dasar islam atau dasar pas ?

baiah celaka dunia akhirat ini akan KENA kepada calon yang menyeleweng dari landasan parti.

hadi jelas menampakkan kelemahan dan sikap autokratik maha kuku besi dalam hal ini.

baiah ugutan ini melambangkan kelemahan hadi selaku presiden pas dalam mengawal tadbir perilaku ahlinya.

dengan mengutarakan dekri baiah celaka ini maka hadi setidak-tidaknya dapat menutup kelemahan kualiti dirinya selaku presiden pas yang semakin teruk merudum sejak kebelakangan ini.

sejak 2009, atau lebih tepat pada 8 siri pilihanraya kecil pas mengalami banyak kekalahan. 

lebih membimbangkan tatkala siri kelemahan pas mula dihidu oleh pengikut parti bilamana hasan ali mulai dipecat hanya kerana dekri yang dilontarkan oleh azmin ali.

hadi sudah lemah. hadi semakin lemah mencengkam.. pas di bawah pimpinan hadi ternyata gagal dalam meneruskan misi dato fadhil noor.

baiah celaka dunia akhirat katanya bagi mengelakkan calon pas dari menyeleweng.

CALON MENYELEWENG..?

bagaimana pula jika parti pas itu sendiri yang menyeleweng ?
bagaimana pula jika hadi itu sendiri yang meyeleweng ?

LIHAT FAKTA DI BAWAH..

pada 1 oktober 2011, hadi keluarkan kenyataan bahawasanya pas akan terus membawa dasar islam dan tidak akan ubah pendirian. ( rujuk dasar negara islam dan hudud).

namun pada 11 disember 2011 pas melalui kenyataan hadi telah keluarkan kenyataan hudud tiada lagi dalam agenda pas.
melihatkan 2 perbezaan kenyataan di atas, adakah wajar untuk hj hadi menyatakan bahawasanya hj hadi juga boleh dicelakakan dunia dan akhirat ?

ANWAR ELOK BERDEBAT DENGAN NIK SURYANI !

kecoh bila diperkatakan akan isu debat.
anwar nak cabar najib untuk berdebat.
kata anwar ia proses demokrasi.
implementasi debat adalah membicarakan isu.
implementasi debat adalah setiap seorang dibenar menyoal.

SOALAN ?

boleh ke anwar di soal ?
dengan nik suryani wartawan TV3 pun dia menggigil nak jawap..

ps; tak dapat bayangkan kalau najib masa debat dengan anwar, dia tanya.. 'nuar mana jam omega hang ?' adakah pada waktu itu anwar akan tanya you (najib) reporter mana .... :)

tengok tu..baru tanya soalan bab jam omega muka dah jadi....

HARAKAHDAILY : LOGO JATI MACAM LOGO SETAN ?

kesian kepada pas. mungkin aku boleh ucapkan belasungkawa kepada seluruh jentera media pas.

logo JATI NGO pimpinan hasan ali dijadikan bahan serangan web yang menjadi rujukan utama pembaca dari kalangan ahli pas.

selama 2 bulan ini hasan ali telah menyenaraikan pelbagai permaslahan dalam pas.

selama itu jugalah hasan ali menyatakan akan fakta  apa yang sebenarnya masalah dalam pas dan pakatan.

hasan ali juga membentangkan isu penting, tentang bagaimana pas ini menjadi kuda tunggangan kepada parti pkr dan dap.

jelas pembentangan fakta dan isu yang hasan ali lakukan dalam hampir berpuluh roadshownya gagal dijawap oleh pas.

harakahdaily juga dilihat GAGAL untuk menjawap bagi pihak pas akan bentangan hujah yang hasan berikan.

jadi pada hari semalam terpaksalah mereka melakukan dalam apa yang dipanggil LOW CLASS PSYWAR.

logo JATI dijadikan bahan serangan. dikaitkan pula dengan lambang setan.

elok harakahdaily tanya pimpinan pas, siapa diantara mereka yang telah dirasuk syaitan sampai sanggup menggadaikan kalimah ALLAH lalu taat pada perintah anwar dan dap ?

jawaplah pada setiap isu yang hasan ali bentang wahai harakahdaily... dah berbulan pengikut pas tunggu..

Tuesday, February 21, 2012

FOTO DAN ARTIKEL INI KHAS UNTUK PENYOKONG ANWAR.


dua tokoh lama di zaman anwar.
bersongkok adalah prof dr sidiq baba.
berkopiah pula adalah ustaz ismail mina.

mereka adalah rakan lama anwar di zaman ABIM.
prof sidiq baba adalah setiausaha agung ABIM di saat anwar menjadi presiden ABIM.
manakala ustaz ismail mina pula antara penggerak utama ABIM.

hari ini mereka bertemu kembali di waktu pelancaran JATI, ngo islam melayu raja.
mereka kembali kerana mahu memperbetulkan semula akidah perjuangan anwar.
mereka terpaksa kembali kerana mahu memperbetulkan semula akidah ribuan penyokong yang disesatkan anwar.

mereka ini adalah tokoh ilmuan.
terpaksa memasuki gelanggang politik kerana sudah tidak tertahan dengan agenda kerosakan yang anwar bawa.

prof dr sidiq baba merupakan orang kuat UIA.
dia pernah dimasukkan ke dalam ISA di zaman reformasi.
jika orang sebegini sudah hadir dan menyatakan kesediaan mahu menentang anwar, anda bagaimana ?

anda yang aku maksudkan adalah penyokong anwar.
sudahlah. anwar sudah melampau dalam berpolitik.
dia sudah menginjak kepala melayu, islam dan negara.

kepada seluruh penyokong anwar, baik dalam pkr mahupun yang atas pagar..hentikanlah sokongan kamu terhadap anwar. sokongan ini adalah jaluran yang bakal meranapkan hak islam ,melayu dan negara !

ayuh bersama kami untuk lakukan serangan semula terhadap perjuangan pakatan.

ps; foto pelancaran JATI akan diupload nanti.

AYUH BANTU ANAK KECIL NI !






Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Ihsan Blogg Mazidul Akmal 

APA BLOGER PAPAHEBAT KATA ?..

sori pembaca..aku tak sempat nak update blog pagi tadi.. nak kongsi satu cerita. DUN parasit di klang dah kena ceroboh malam tadi.. KLIK SINI

Monday, February 20, 2012

CERAMAH BALUN PARASIT MALAM NI !


SELANGOR DIDESAK TUBUH SURUHAJAYA DIRAJA !



Skandal pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah Kumpulan Semesta Sdn Bhd,  syarikat yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

“KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

“Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Di manakah nasib dan masa depan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Di manakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini,” tambahnya lagi.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.

DEBAT MCA/DAP :MEREKA HILANG PUNCA.

mereka pening bila soi lek belasah guan eng kaw-kaw masa debat sabtu lepas.
siapa mereka ?
mereka yang dimaksudkan adalah web malaysianinsider dan malaysiakini.
sejarah dah termaktub, guan eng telah ditelanjangkan oleh soi lek.


pelbagai alasan dan justifikasi nak sedapkan hati dikeluarkan.
paling kelakar bila malaysianinsider kata debat chua/lim tak bawak apa apa.
lebih pilu bila malaysianinsider sekali lagi tulis debat itu bukan realiti politik.
malaysiakini kata juara debat sebenar masih belum kedapatan.


tajuk dan penceritaan artikel mereka jelas menampakkkan signal  celaru.
mereka mengharapkan agar guan eng tampil memberikan tamparan maksima.
sayang kredibel guan eng sepertimana dalam ceramah tidak sejantan dalam debat.
guan eng dilihat banyak terkedu dengan kias dan faktual yang soi lek berikan.
mereka tak dapat menerima kelemahan guan eng pertahan dan membentang hujah.


dek kerana itulah tajuk yang disiarkan oleh mereka adalah gambaran penyokong kecewa.
CUBA BAYANGKAN JIKA SITUASI SEMALAM ITU TERBALIK.




MERAH PADAM GUAN ENG KENA TAJI DENGAN JESSIE OOI !



Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Pohmenggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.


DOA YANG BERBEZA.

KISAH 1

Pada awal kerasulan Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ke Taif semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah yang telah diamanahkan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Baginda dengan penuh ketaqwaan seorang diri telah ke sana tanpa sebarang ketakutan terhadap makhluknya. Cuba anda bayangkan, seorang manusia yang paling mulia disisi ALLAH seorang diri terpaksa telah berjalan seorang diri berbatu-batu tanpa ada sebarang perasaan su3uzzahn (bersangka buruk) kepada ALLAH s.w.t.


dalam perjalanan Rasulullah yang berbatu-batu dari Makkah ke Taif itu. Rasulullah s.a.w. telah terserempak dengan sekumpulan penduduk Taif itu dari kalangan kanak-kanak dan orang tua(wallahu a'lam). Kerana mereka telah mengetahui bahawa Rasulullah akan datang ke Taif untuk berdakwah, jadi mereka membuat perancangan untuk menyekat Rasulullah daripada sampai ke Taif.



Mereka telah berkumpul dan melemparkan batu kepada kekasih ALLAH yang amat kita cintai ini hingga berdarah. Diriwayatkan bahawa Darah Rasulullah s.a.w. mengalir terlalu banyak sehingga bertakung dalam sepatu baginda.



Baginda dengan sedihnya kemudian bergerak pulang ke Makkah dengan kesedihan yang amat sangat kerana dakwahnya kali ini disekat begitu sahaja oleh penduduk Taif. Dan dalam perjalanan baginda dengan kesedihan yang begitu sekali, Baginda telah terserempak dengan malaikat. Malaikat telah menawarkan untuk menterbalikkan bukit yang ada disitu lalu ditimpakan ke atas mereka.



Rasulullah dengan tegasnya berkata "Tidak, sesungguhnya jika mereka tidak mahu beriman, mungkin anak2 atau cucu-cucu atau keturunan mereka suatu hari akan beriman ".


KISAH 2.

kemudian datangnya cerita nik ajis sakit.
dia sakit lalu najib (sewaktu itu TPM) datang dan melawatnya di HUSM kubang kerian.

pakar perubatan memberitahu najib bahawasanya pok nik wajar diberikan rawatan rapi. lalu nik ajis diterbangkan dengan penerbangan ehsan oleh TUDM ke subang..

sihatlah kemudiannya pok nik.
teka lepas insiden najib tolong nik ajis, apa nik ajis balas ?



Sunday, February 19, 2012

MASYAALLAH..AHLI PAS MULA TOLAK PAS !

YAYASAN SELANGOR..

GUAN ENG SEKADAR POLITIKAL ENTERTAINER SAHAJA.



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.

Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.

"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.

Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.

"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya.