Monday, December 24, 2012
KENAPA ST SINGAPURA SANGGUP TURUN KE CAMERON HIGHLAND ?
pertama
kerana peniaga di situ menjual seluruh hasil kepada singapura.
kedua
singapura perlukan hasil tanaman yang fresh setiap bulan kerana mahu memenuhi pasaran singapura.
ketiga
desakan peniaga yang menceroboh tanah boleh menyebabkan banyak pencemaran dan tanah runtuh berlaku.
keempat
peniaga tamak ini ENGGAN mengikut kata pihak kerajaan dan NGO untuk melaksanakan tanaman secara teknikal yang baru tanpa mengganggu tanah baru yang lain.
kelima
kerana takut pasaran makanan mereka (singapura) terjejaslah, maka ST SINGAPURA menyerang kerajaan negeri sambil mempertahankan peniaga yang tamak haloba tu !
ABANG LONG NAN ( mb pahang ) wajib untuk tidak tunduk pada desakan peniaga yang tamak haloba ni.
Singapore Straits Times accelerates the concerns by several farmers’ complaint in Cameron Highlands.
Malaysian government was blamed for refusing to grant issue of new land licences to farmers, reported by Lester Kong.
Vegetables from Cameron Highlands are harvested a year round to meet the demand by Singaporeans. Mr Chay Ee Meng, the secretary of Cameron Highlands Vegetable Growers Association, added the transport to reach stores in Singapore takes an overnight trip by lorries. NTUC FairPrice is the main importers from Singapore, which totalled one-third of its 1,000 tons of tomatoes monthly.
- Farmers reiterated that they are restricted to expand their farm sizes.
Mr Chay Ee Meng said that farmers need extra 1, 200 ha (3,000 acres) for vegetables but they expressed hopelessness to obtain permits for new lands.
- When farmers cannot expand their land sizes it means they cannot apply for new loans in order to modernise their farms for higher yields. During the tour of Singapore ST journalist in Kampung Raja, they were told that farmers cannot afford to buy equipment that cost RM 600,000 (S $240,000) sorting machines for tomatoes.
- Therefore, farmers were compelled to enlarge their lands illegally for vegetable and fruit farms. This has caused the encroachment into state lands on the slope that had caused landslides and silt flows into the Pahang’s 136 rivers.
According to L.K., the Star reported that district officer, Datuk Ahmad Daud, expressed difficulty guiding farmers how to create buffer zones between their farms and rivers with the co-operation of Drainage and Irrigation Department. Regional Environment Awareness of Cameron Highlands group also claimed that illegal land clearing was considerable.
- The group’s chief, Ramakrishnan Ramasamy, remarked that farmers unheeded the effort of teaching by government and non-government on how to grow high yields farming techniques without expanding their lands.
Stern actions must be reinforced by relevant authorities to prevent from further stealing of new lands.
Lester Kong must think otherwise; farmers aspiring for big scale business to meet their conflict of interest could affect the supply from all farmers in Cameron Highlands.
Malaysian government should ignore these vegetables and fruit farmers’ complaints as those who aim for huge profits will never get satisfied with their wealth.
H.S.
Sunday, December 23, 2012
Saturday, December 22, 2012
ISU PENGERANG : INI ADALAH ARTIKEL TERBAIK AGENDADAILY !
LAPORAN KHAS Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura. Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.
Sejak Komplek Petrokimia di Jurong Singapura siap pada awal tahun 70-an. Deretan kapal tersebut merupakan pemandangan biasa bagi penduduk Pengerang, kawasan hujung paling Selatan Semenanjung Malaysia.
Ketika Malaysia hanya menikmati caj murah dari ratusan kapal yang menunggu giliran membeli dan mengangkut minyak dari Jurong Singapura, beberapa tahun lagi semuanya akan berubah.
Malaysia akan membina sendiri Komplek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Pengerang dan mengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan paling besar.
Angka pelaburan meningkat dari hari ke hari, yang terakhir pada 17 Disember lalu RM170 bilion. Tiga hari Agendadaily di kawasan tersebut dalam misi khas mencari jawapan kenapa pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam soal pelaburan besar kerajaan di Pengerang.
Jika dalam kes-kes lain pembangkang sepakat menentang, tapi di Pengerang, jika ikut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jung Men mula-mula kenyataannya Pakatan Rakyat (PR) akan hapuskan projek Pengerang jika berjaya tawan Putrajaya dalam PRU-13.
Tak berapa lama, bos Chua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pembangkang bukan nak hapuskan tetapi tangguhkan perlaksanaannya, yang kemudian ditambah oleh Chua Jung Men dengan kata hendak pindah projek tersebut ke Kerteh Terengganu.
Hu-ha pembangkang tidak selesai di situ sahaja, ketika PKR dan DAP seperti sepakat hendak hapus, tangguh atau pindah lokasi projek tersebut, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga anak Johor, keluar kenyataan tidak akan pindah projek itu dari negerinya.
Kecelaruan kenyataan pemimpin PR itu buat ramai orang tertanya-tanya, projek apa sebenarnya yang dirancang kerajaan di Pengerang.
Projek tersebut, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi sumber kekayaan baru negara.
"Apabila ia siap sepenuhnya kelak, 40 peratus dari KDNK negara adalah dari perlaburan di Pengerang,"katanya kepada Agendadaily.
Bukan itu sahaja, pelaburan dengan nilai ratusan bilion sudah tentu akan membawa rahmat kepada penduduk Pengerang bayangkan dalam proses pembinaannya RAPID akan menawarkan 40,000 pekerjaan yang menurut Azalina,"Anak-anak muda Pengerang tidak perlu berhijrah lagi untuk mencari rezeki."
Dan sudah tentu kehadiran tenaga kerja bagi menjayakan projek itu bakal membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor perkhidmatan, yang boleh dimanfaatkan penduduk dan syarikat tempatan.

Bayangkan begini, Pembangunan yang dirancang PETRONAS di Pengerang ini adalah pada skala lebih besar daripada yang sudah dilaksanakan di Tangga Batu, Melaka; Kerteh, Terengganu atau Gebeng, Pahang dihimpunkan sekali.
RAPID dijangka siap pada 2016, akan lebih besar, moden, canggih, dan strategik dari Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Komplek Petrokimia di Jurong itu dibina pada awal tahun 70-an, dan kekal menjadi salah satu pendapatan teras negara tanpa hasil bumi itu.
Lebih 40 peratus pendapatan eksport perlabuhan Singapura adalah dari hasil minyak dan gas berasal dari industri yang dibangunkan oleh republik tersebut sejak 40 tahun lalu.
Ketika itu, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada mengurus dan menjual hasil bumi yang terdapat di perairan negara dengan mewujudkan PETRONAS pada 1974.
Kini, seiring dengan pembangunan negara, kerajaan perlu memikirkan pelaburan baru berimpak tinggi, seperti fasa kedua, selepas PETRONAS mampu bersaing di peringkat global sebagai pengeluar minyak utama dunia.
Kerajaan pimpinan Najib, ingin mengulangi, kecemerlangan ayahandanya, Tun Abdul Razak (pencetus idea PETRONAS) untuk membawa negara ke tahap yang lebih gemilang.
Mencipta pelaburan berskala besar dan peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Untuk tujuan tersebut, fasa pertama, projek ratusan bilion ini dibangunkan oleh Dialog Group Bhd, adalah tempat simpanan minyak atau nama lengkapnya Terminal Tangki Laut Dalam Bebas.

Proses pembinaannya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2014 yang digambarkan secara mudah oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Ngau Boon Keat (gambar kiri) mereka sedang membina Singapura kedua di Pengerang.
"Jika mereka boleh membinanya, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?" ujar individu awal yang pernah bekerja dengan PETRONAS ketika awal penubuhannya dulu.
Menurut beliau, industri minyak dan gas merupakan pelaburan strategik yang akan mewujudkan peluang perkerjaan dengan gaji lumayan yang sudah pasti akan menarik minat 'the best brain' ke Malaysia seperti 'the best brain' ini beramai-ramai ke Singapura pada tahun 70-an.
"Sekarang ini pun, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, Qatar ataupun Arab Saudi di mana terdapat pekerjaan dalam industri minyak dan gas yang memberikan pendapatan lumayan,"kata tokoh industri minyak dan gas yang cukup berpengalaman itu.
Betapa ruginya Malaysia, jika hanya menjual minyak sahaja tanpa mengambil kesempatan untuk mencipta pelaburan dan peluang pekerjaan bergaji lumayan di dalam industri ini.
Lihat saja deretan kapal-kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Jurong itu, bukan puluhan, bahkan ratusan setiap masa sepanjang tahun.

Sebab itu dalam pertemuan dengan penduduk Pengerang Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kerajaan membina hub minyak dan gas di Pengerang adalah satu rahmat.
"Kebetulan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan strategik dari Pengerang untuk Malaysia memulakan langkah menjadi pemain utama industri hab minyak dan gas di Asia Pasifik kecuali di Pengerang.
"Ia anugerah Allah SWT kepada rakyat Pengerang, Johor dan Malaysia," kata Muhyiddin.
Rahmat itu bagi penduduk Pengerang, ada yang jangka pendek dan panjang, jangka pendeknya, untuk proses pengambilan 22,000 hektar tanah yang ditebus semula oleh kerajaan.
Setiap kaki persegi tanah yang sah pemiliknya, ada yang dibayar sehingga RM8.30 sekaki persegi bergantung kepada lokaliti.

"Saya tahu ramai depan saja ini Orang Kaya Baru," gurau Muhyiddin, ketika berucap di hadapan kira-kira 5000 penduduk Pengerang di Dataran Sungai Rengit -tempat yang sama pembangkang buat himpunan Hijau bantah RAPID September lalu.
Ketika himpunan Hijau itu kehadiran 1500, dengan 80 peratusnya, kata sumber keselamatan, adalah orang luar.
Juak-juak pembangkang tidak ada isu untuk bangkitkan di Pengerang, mereka gunakan penyokong taksub untuk berkempen atas nama HIJAU iaitu takut projek tersebut menjejaskan alam sekitar.
"Mereka kena tipu... Komplek Petrokimia di Jurong Singapura itu dibuat ditengah-tengah bandar, pernah kita dengar soal pencemaran?" soal Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman ketika berucap bersama TPM di Sungai Rengit.
Ada sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek berskala besar ini. Selain kedudukan yang strategik iaitu laluan laut paling sibuk di Selat Melaka.

Perairan di Pengerang juga antara yang paling dalam, 24 meter, (tidak ada pelabuhan lain di Malaysia sedalam itu) membolehkan ratusan kapal berlabuh hanya pada jarak 2 kilometer dari dataran.
Di Jurong, kedudukannya 8 kilometer dari daratan dengan kedalaman 18 meter.
Kedalaman perairan dan jarak dengan dataran adalah penting ketika bercakap tentang pembinaan Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi industri simpanan minyak mentah.
Lebih dalam perairan dan lebih dekat jarak dengan dataran adalah lebih strategik ketika proses pengisian minyak dan gas ke kapal-kapal yang berlabuh.
"Pengerang mempunyai ciri-ciri semula jadi sebagai pelabuhan terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan kedalaman 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers (VLCCs) atau Ultra Large Crude Carrierss (ULCCSs).
"Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah seperti Perlabuhan Rotterdam di Belanda, sekaligus mampu beroperasi sebagai Rotterdam Asia,"kata Ngau Boon Keat.-21/12/2012
Siri pertama dari lima siri berhubung pembangunan berkepentingan nasional di Pengerang. Wartawan Helme Hanafi ke sana pada 16 hingga 18 Disember bagi mengumpul maklumat mengenai projek tersebut yang akan disiarkan setiap minggu oleh Agendadaily. Siri kedua akan menjawab segala tohmahan pembangkang mengenai aspek kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE).
Friday, December 21, 2012
AMANAT HJ HADI : MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN SAHKAN HADI SAKIT OTAK !?
Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :-
Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.
Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)
2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.
3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).
6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.
7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat
orang Pas.
8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
tuhan amalan itu daripada mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-
1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
Iman Besat Masjid Muhammadi.
8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.
KREDIT JAWABER6
ANWAR FIKIR INDONESIA BOLEH MEMBANTUNYA.
Adalah suatu perhitungan politik yang silap jika Pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengharapkan persekongkolannya dengan nama-nama besar Indonesia dan juga media Indonesia akan mendatangkan sokongan rakyat Malaysia kepadanya.
Dia lupa betapa sentimen marah rakyat Malaysia dan betapa jauhnya hati mereka terhadap ketidaksanggupan rakyat Indonesia menerima kekalahan bola sepak dengan Malaysia, betapa penganiayaan terhadap seorang dua pembantu rumah Indonesia digambarkan sebagai sikap seluruh rakyat Malaysia termasuk orang Melayu.
Ketua Hakim Negara (Hakim Suffian) dan pegawai tinggi polis telah dirompak. Seorang pegawai polis kanan telah dibunuh di Johor lama dahulu. Mereka tidak sahaja melakukan rompakan tetapi juga merogol dan mencederakan mangsa, tetapi semua ini yang kerap berlaku di Malaysia tidak disiarkan oleh akhbar atau media Indonesia.
Betapa penerimaan sihat seni budaya Indonesia oleh rakyat Malaysia dianggap sebagai pencurian dan rompakan walaupun perbuatan itu boleh membantu mengembangkan budaya Indonesia, betapa isu-isu tertentu sampai membawa kepada demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta sehingga ke peringkat membaling najis manusia (tahi) ke Kedutaan Malaysia dan membakar bendera Malaysia.
Zam hanya membaling kata-kata dan bukan membaling tahi. Itu pun sudah menggemparkan Indonesia. Apakah Zam harus meminta maaf atau media Indonesia yang sewajarnya meminta maaf bagi pihak sesetengah rakyat Indonesia yang mengganas dari semasa ke semasa, membaling najis manusia dan membakar bendera Malaysia dan membantu import reformasi Indonesia ke Malaysia.
Rakyat Malaysia amat jauh hati dengan perbuatan-perbuatan yang tidak berperadaban dan tidak beperikemanusiaan ini, tetapi Anwar mahu mencari populariti atas sentimen rakyat Indonesia memarahi Zam kerana dia mahu menghalalkan import reformasi Indonesia ke Malaysia.
Orang Cina Singapura tidak akan melupakan sindiran Habibie ketika menjadi Presiden Indonesia terhadap Singapore “Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia,” bila Perdana Menteri Singapore mensifatkan teknologi Habibie sebagai “high technology and high cost.”
Orang Cina Malaysia dalam kegilaan hendak menguasai Malaysia, lupa apakah matlamat persekongkolan dengan pemimpin-pemimpin Indonesia. Asal usul Anwar adalah seorang revolusioner yang mahu menegakkan negara Islam secara kekerasan di Malaysia.
Orang Cina Malaysia harus memikirkan apakah matlamat Anwar Ibrahim dalam bersubahat dengan Indonesia untuk melakukan reformasi di Malaysia. Sekurang-kurangnnya mereka telah dapat melihat demonstrasi ganas di sebalik bersih sebagai suatu petanda buruk.
SATU LAGI HADIAH PAKATAN KEPADA RAKYAT SELANGOR.
DAH 2 hari dah isu cukai pintu naik mendadak di Selangor ni. 80 orang penduduk, mewakili beribu yang terjejas dah mengadakan demonstrasi di depan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), merujuk penjelasan dan meminta di kaji balik keputusan tersebut.
Sepanjang 48 jam ini, macai pembangkang semua pakat-pakat tutup mulut dan keraskan jari sebab tak reti nak membalas macam mana. Walhal dalam waktu-waktu lain, inilah binatangnya yang sibuk bercakap tentang kebajikan rakyat , kesusahan rakyat dan apa rakyat yang lain.
Nampak sangat itu semua hanya propa, sebetulnya main politik tak habis-habis.
Isu cukai pintu ini menarik sebab dulu (‘tawaran istimewa’ 2008) dijanjikan nak dipotong 20%, tapi yang itu pun tak terlaksana, sebaliknya dinaikkannya pula sehingga 10 kali ganda.
Itu di Shah Alam, sementara di tempat-tempat lain dalam negeri Selangor, premium tanah dinaikkan sehingga berlipat kali ganda. Akhirnya, kadar cukai yang nampak tetap dari segi peratus tapi sebenarnya naik dari segi jumlah wang rakyat yang keluar untuk membayar.
Contoh, dulu 2% sama dengan RM 40, sekarang (selepas premium tanah dinaikkan), 2% sudah sama dengan RM 100. Macam itulah cara puak-puak ini menipu rakyat.
Macamlah perkhidmatan yang diberikan semakin berkualiti. Cakap sampah saja cukuplah. Umum macam nak rak beli lori sampah obsolete dari China, tapi tetap yang penulis nampak hari-hari digunakan ialah lori satu tan itu juga. Campak pulak bukan di tapak pembuangan sampah, tapi di sungai.
Kutip pun selepas seminggu.
Itu yang hujan sikit, air naik macam nak rak. Macam itupun masih tak malu lagi nak membebankan rakyat dengan menaikkan cukai pintu?
Adakah ini yang kita nak lihat berlaku di peringkat persekutuan kalau puak-puak ini dibenarkan mengambil alih Putrajaya? 10 dari 11 orang yang ditanyakan soalan ini akan jawab tidak, pengecualian kepada seorang sebab dia budak 18 tahun, mengundi pun tidak lagi, cukai pintu pun mak bapak dia yang bayar.
Dalam masa yang sama, ini peluang UMNO untuk gunakan isu ini dan raih sokongan rakyat – pendekatan sama digunakan puak ini dalam banyak hal berkaitan kerajaan persekutuan seperti pinjaman PTPTN, AES dan sebagainya. Apa kata sekarang kita promosi rakyat Selangor jangan bayar cukai pintu, nak tengok dia mengelabah macam mana.
Toksah gebanglah nak hapus sana hapus sini, murah sana murah sini. Parking pun tak boleh nak bagi percuma, lagi mau gebang besar. Kata FDI berpuluh bilion masuk negeri tapi rakyat tetap ditindas dengan kenaikan cukai yang dia juga janji nak turunkan dulu.
MYKMU
MYKMU
TERBAIK : ANWAR KATA PAS KELANTAN BODOH !
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu.
Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam.
Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun.
“Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka,” katanya pada sidang media hari ini.
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.
Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.
“PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan. Mereka mesti menjadi sanggup menerima,” kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai “niat buruk” apabila memberi respon mengenai isu tersebut.
ANTARAPOS
Thursday, December 20, 2012
ARTIKEL TERBARU TUN M.. LAMBUNG-LAMBUNG LEPAS TU LIBAS ! ADEHH PEDIH TELINGA WEI !
BOKO HARAM
1. Di Nigeria hari ini terdapat kononnya gerakan Islam yang bernama “Boko Haram”. Saya tidak pasti makna “Boko” tetapi bunyinya semacam dengan “Buku” dalam Bahasa Melayu. Mungkin yang dimaksudkan dengan “Boko” ialah Kitab Injil.
2. Walau apa pun maknanya yang jelas ialah kumpulan “Boko Haram” ini sedang membunuh orang Kristian dan menyerang gereja mereka. Tetapi mereka juga membunuh ramai orang Islam, bahkan lebih ramai orang Islam yang dibunuh dari orang bukan Islam.
3. Inilah yang sering berlaku apabila sekumpulan orang Islam anggap hanya mereka sahaja yang betul-betul Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan boleh dibunuh.
4. Kita orang Melayu di Malaysia semuanya terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berimam dengan Imam Shafie. Sepatutnya kita tidak menghadapi apa-apa masalah fahaman Islam yang berbeza-beza. Malangnya Islam diperalatkan oleh segolongan politikus sehingga berlaku tuduhan bahawa orang yang tidak bersama dengan parti mereka tidak Islam dan murtad. Walaupun mereka tidak ganas seperti “Boko Haram” tetapi permusuhan oleh orang yang anggap mereka sahaja yang Islam dengan orang yang tidak bersama dengan mereka yang didakwa tidak Islam berjaya memecah-belah dan melemahkan orang Islam di negara ini. Apabila lemah maka mudahlah orang Islam diperkosa oleh orang lain.
5. Kita sering dengar tokoh-tokoh agama mendakwa bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi ayat Al Quran ini hanya dibibir mulut sahaja. Amalannya berlainan.
6. Kata pihak yang memurtadkan seteru politik mereka, mereka memurtadkan seteru politik kerana tidak melaksanakan syariat Islam. Benarkah? Apa yang dilakukan oleh kita dilakukan juga oleh negara-negara lain yang diiktiraf sebagai negara Islam dengan penduduk yang diterima sebagai penganut agama Islam. Jika kita murtad maka kebanyakkan orang Islam didunia ini tentulah murtad juga. Kenapakah yang mendakwa tiga juta orang UMNO murtad tidak pula mendakwa umat Islam di negara-negara yang kononnya tidak laksana syariat Islam adalah murtad? Sebabnya ialah kerana tidak menguntungkan politik mereka.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan syariat Islam? Ada yang berpendapat bahawa oleh kerana penyanyi dibenarkan menyanyi di Malaysia maka ini bermakna Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan syariat Islam. Kalau ini bermakna tidak mengikut syariat Islam maka hampir semua negara Islam tidak mengikut syariat Islam.
8. Kita harus ingat di Malaysia bukan sahaja ada orang Islam tetapi 40% dari penduduk Malaysia terdiri dari bukan Islam. Sesuatu yang tidak disukai oleh Allat SWT yang disebut dalam Al Quran ialah mereka yang mencetus huru-hara. Dalam melaksanakan syariat Islam di Malaysia cara yang sesuai ialah dengan tidak mencetuskan huru-hara. Kelonggaran yang diberi dalam perlaksanaan syariat Islam membolehkan kita bertindak dengan mengambilkira keadaan dalam melaksanakan hukum-hukum Islam. Yang suka menjadikan Islam agama yang keras dan tidak bertimbangrasa serta tidak berperikemanusian ialah pentafsir yang berkepentingan. Demikian ada orang Islam yang menganggap orang tidak berjanggut tidak Islam dan perlu disembelih. Demikian juga gerakan Boko Haram yang membuat syarat-syarat tersendiri untuk diterima sebagai orang Islam dan membunuh orang yang tidak patuh pada syariat ciptaan mereka.
9. Pelaksanaan syariat Islam di Malaysia mungkin berlainan dari penguatkuasaan syariat Islam di negara yang penduduknya semuanya Islam. Kita tidak ambil kisah dengan amalan dan budaya orang bukan Islam. Kita tahu apabila percubaan dibuat untuk memaksa bukan Islam amal nilai hidup Islam seperti tidak membenar lelaki potong rambut wanita dan sebaliknya, akhirnya ia hanya memalukan orang Islam dan Islam apabila terpaksa dibatalkan. Demikian juga dengan tuduhan khalwat yang dilakukan oleh orang bukan Islam.
10. Sebaliknya apabila syariat Islam dibuat dengan menyediakan bank Islam yang bebas dari riba, Universiti Islam, Pengurusan Tabung Haji bagi menentukan amalan ini lebih sempurna, perkembangan ajaran Islam dengan mengadakan sekolah-sekolah agama, pengurusan zakat yang lebih tertib dan berbagai lagi, tidak ada huru-hara yang berlaku. Demikian dengan penguatkuasaan undang-undang Islam di kalangan orang Islam dan penentuan undang-undang yang terpaksa dikenakan kepada penganut-penganut agama yang berlainan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
11. Menggalakan gerakan seperti Boko Haram atau memurtadkan orang Islam tanpa usul periksa bukan cara kita, bahkan bukan cara Islam pun.
12. Janganlah sesiapa cuba menghalalkan perbuatan salah mereka dengan menyalahguna undang-undang Islam. Mereka yang berbuat demikian perlu bertaubat. Sudah tentu mereka wajib tarik balik dakwaan kononnya ahli UMNO murtad. Ingatlah bagaimana dahulu PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam. Seperti yang dijanji dalam Al Quran tuduhan ini kembali kepada yang menuduh kerana mereka sekarang bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir, bahkan sanggup mati mempertahankan pemimpin orang kafir…….perbuatan mereka mengikut mereka sendiri menjadikan mereka kafir.
13. Janganlah hendaknya dakwaan oleh mereka bahawa orang UMNO murtad akan kembali kepada mereka. Orang Islam tidak perlu berlaku ganas kerana agama Islam tidak menyuruh kita melaku ganas atau ketidakadilan kepada sesiapa.
Agama Islam adalah agama keamanan, agama yang mengajar kita supaya melaku adil dan tidak mencetuskan huru-hara.
Subscribe to:
Posts (Atom)















