Tuesday, May 20, 2014

KIT SIANG AKUI DYANA MAKIN MENYUSAHKAN KEMPEN !


kit siang terpaksa jawap SOALAN YANG DIAJUKAN KEPADA DYANA.
sejak beberapa hari lepas dyana makin gelojoh dalam membalas jawapan.
jawapan pulak tak menguntungkan kempen dap.

tengok muka minah ni.. nampak blur dan biol je..

RAYUAN GAP : MOHON DYANA KERAP KELUARKAN KENYATAAN.. MAKIN LAMA MAKIN LAUK MINAH NI !


tamsilan ayat minah ni lebih kurang macamni lah ayat nya..

SAYA SEMBAHYANG TAPI SAYA PERTIKAI KAEDAH AMIK WUDUK SEMBAHYANG..!

kenapa bukan kaki dulu ?
kenapa 3 kali ?
kenapa amik wuduk sembahyang lepas tu solat..kenapa tak solat dulu baru amik wuduk sembahyang ?

bila justifikasi akal digunakan untuk memperlekehkan ALLAH SWT yang memberikan akal kepadanya..

pengundi pas, minah ni dah terang terang perlekeh iltizam parti pas nak laksana hudud..

nak ngundi ke idak mike ni seme ?


DONG ZHONG DAN PEPERIKSAAN UEC : DYANA DICABAR PERSOAL KESETIAAN CINA TERHADAP NEGARA MALAYSIA !


Seruan kepada penulis tahyul, pelakon video dan ulama oportunis
Sejarah membuktikan bahawa tidak ada satu kaum yang begitu toleran di dunia ini melainkan kaum Melayu. Lihat saja fakta ketika kemerdekaan dicapai :
-        980,000 bangsa Cina dan India secara en-bloc telah diberikan kerakyatan percuma oleh kerajaan.
-        Insiden ini telah merubah struktur negara daripada sebuah tanah yang berpusatkan kepada orang Melayu tetapi akhirnya bertukar menjadi negara komuniti (berbilang kaum).
-        Raja-raja Melayu sanggup memberikan kuasa mereka demi menjaga hati rakyat bangsa lain.
-        Lebih hebat daripada itu setiap mereka ini telah diberikan 10 ekar tanah secara percuma oleh kerajaan.

Inilah pengorbanan yang dibuat oleh orang Melayu. Maka menyedari pengorbanan yang begitu besar oleh Raja-raja Melayu inilah maka pihak British telah memperuntukkan Fasa 153 Hak Keistimewaan Melayu dalam perlembagaan. Inilah Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama oleh semua kaum ketika itu. Alhamdulillah negara telah berjalan begitu aman sehinggalah peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan beberapa perubahan dasar termasuklah Dasar Ekonomi Baru dan Pengujudan Sekolah Kebangsaan. Semuanya bertujuan untuk mencapai keharmonian kaum.
Orang Melayu tidak pernah menentang hak agama lain, mahupun kemewahan yang orang lain perolehi. Malah orang Melayulah yang menjadi kuli bangsa lain, orang Melayulah yang menjadi pelanggan utama di kedai-kedai bangsa lain, orang Melayulah yang rela menjadi Ali Baba dalam banyak bidang perniagaan. Orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberikan pelbagai kemudahan kepada bangsa lain. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai begitu banyak cuti demi merayakan pelbagai perayaan agama lain. Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai aliran sekolah mengikut bangsa. Semuanya ini atas dasar ingin menjaga hati bangsa lain. Ringkasnya orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka mencari pergaduhan tetapi sangat cinta pada perdamaian jauh sekali rasis.
Namun kebaikan orang Melayu ini telah diambil kesempatan oleh bangsa lain untuk dimanipulasi demi kepentingan kaum mereka sendiri. Mereka bukan saja mempertikaikan hak orang Melayu malah lebih ganas lagi apabila mereka mempertikaikan dan menggugat perlembagaan negara dan kemuliaan agama Islam. Kepada yang lupa atau yang sengaja mahu lupa, saya senaraikan sikap bangsa lain ini yang saya anggap sudah keterlaluan. Antaranya :-
  1. Slogan Malaysian Malaysia yang jelas menggugat Fasa 153 Perlembagaan Negara. Inilah cubaan halus untuk menghapuskan identiti bangsa Melayu dengan bertopengkan slogan keadilan dan hak sama rata. Mereka tahu jika semuanya diberikan sama rata maka nescaya orang Melayu yang masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek akan akhirnya mudah diketepikan.
  1. Menidakkan Perkara 3 Perlembagaan Negara yang mengatakan Islam adalah agama negara. Sebaliknya mereka mendakwa negara ini adalah negara sekular supaya senang mereka membuat apa saja yang melanggar ajaran Islam tanpa boleh diganggu-gugat oleh pihak berkuasa agama Islam.
  1. Menentang Perkara 11 (4) berkenaan dengan penyebaran agama lain kepada orang Islam. Mereka mahu agama lain juga diberikan hak seperti agama Islam supaya senang untuk memurtadkan umat Islam. Mereka mendakwa agama lain tidak diberi layanan sepatutnya sedangkan mereka tahu di Kuala Lumpur saja bilangan rumah ibadat agama lain lebih dari 1,000 buah sedangkan surau dan masjid hanya berjumlah 277 buah. Adakah itu masih tidak adil?
  1. Menghina institusi Raja yang merupakan penaung agama Islam dinegara ini supaya lahir rasa benci rakyat kepada Raja walaupun Raja telah berkorban dengan memberikan kuasa mereka kepada rakyat.
  1. Menghina acara korban sedangkan itu adalah ajaran umat Islam.
  1. Menentang pelaksanaan hudud.
  2. Menentang bahasa kebangsaan dan menuntut bahasa lain juga diberi status yang sama.
  3. Menyokong 14 tuntutan IFC yang jelas mencabar kedaulatan Islam yang antara lainnya menuntut bahawa semua kanak-kanak yang baru lahir tidak mempunyai agama sehingga umur 18 tahun.
  4.  Mengatakan bahawa Melayu juga adalah kaum pendatang sedangkan negara ini (termasuk Indonesia) adalah terkenal sebagai Kepulauan Tanah Melayu semenjak ratusan tahun yang lalu.
  5. Menentang cadangan kerajaan untuk memanjangkan pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.
  6. Menyokong tuntutan COMANGO.
  7. Menuntut institusi-institusi yang dikhususkan kepada orang Melayu dibuka kepada bangsa lain seperti UiTM, MRSM dan lain-lain sedangkan inilah kemudahan untuk menampung anak-anak orang Melayu yang majoritinya masih miskin dan tinggal dikampong2 dengan kemudahan pembelajaran yang terbatas.
  8. Menghalang langkah membenteras penjualan arak di kedai 7Eleven.
  9. Menentang Kontrak Sosial yang telah dipersetujui semenjak merdeka dengan mengatakan ianya tidak wujud dan mahu kesemua bangsa diberi hak sama rata.
  10. Mempertahankan sekolah venakular yang mengasingkan kaum tapi dalam masa yang sama kononnya bercakap tentang perpaduan.
Pendek kata, saya boleh senaraikan banyak lagi tindakan bangsa lain yg chaunvinis ini yang telah mengguriskan hati orang Melayu selama bertahun-tahun tetapi orang Melayu hadapi dengan penuh kesabaran dami menjaga keharmonian kaum . Jika ini tindakan melampau mereka berani lakukan maka :
-        Apakah dengan satu kalimah saja orang Melayu Islam sebut mereka sudah melompat-lompat seperti katak kepanasan?
-        Adakah satu kalimah yang hanya sekadar mempertahankan diri boleh dianggap rasis dan menghasut?
-        Adakah adil mereka dibiarkan mengguriskan hati orang Melayu Islam saban hari saban malam sedangkan orang Melayu Islam tidak boleh berbuat apa-apa?
Kalau kita teliti secara halus kita akan dapati bahawa kenyataan Melayu Islam ini hanyalah sebagai respon kepada tindakan kaum chauvinis ini. Merekalah yang mula dahulu. Saya amat yakin jika bangsa lain berhenti mengguriskan hati orang Melayu Islam maka nescaya orang Melayu Islam tidak akan bertindak balas.
Oleh itu nasihat saya kepada penulis tahyul, ulamak oportunis dan pelakon video tolong nasihatkan bangsa lain yang chauvinis ini; berhentilah menghina orang Melayu dan Islam. Mengapa kamu marah pada orang Melayu Islam yang sekadar mempertahankan diri tetapi berdiam diri dengan sikap keterlaluan bangsa lain?
Aminuddin Yahaya

Timbalan Presiden ISMA

Sunday, May 18, 2014

DYANA PERLU TERUS TERANG DENGAN PENGUNDI PAS. SOKONG HUDUD ATAU TIDAK..YES OR NO SAJA !


pengundi pas telok intan WAJIB TANYA DYANA.

DIA SOKONG HUDUD ATAU TIDAK.

JAWAPAN TAK PERLU BERBELIT BELIT..

YA ATAU TIDAK..

dari situ pengundi pas perlu fikir nak pangkah atau tidak.

JIKA UITM YANG BERJASA PADANYA PUN BOLEH DITIKAM..INIKAN PULA PENGUNDI !


punyalah nak tunjukkan liberalnya pemikiran, UITM yang memberikan kejayaan pendidikan kepadanya pun BOLEH DITIKAM..

jika institusi yang berjasa kepada hidupnya pun boleh DITIKAM, APATAH LAGI PENGUNDI.


SATU UNDI UNTUK DYANA, BERMAKNA ANDA MENGULANGI KESILAPAN 2008 !


nizar dan dyana adalah sama.

dijadikan mereka BONEKA oleh dap untuk mengaburi mata melayu.

nizar pernah menggadaikan hak melayu perak demi dap.
kini watak dan iltizam mereka diulangi lagi.
cuma yang membezakan adalah jantina.

UNDI DYANA, BERMAKNA ANDA SEDIA UNTUK MENGULANGI KESILAPAN 2008 !

Saturday, May 17, 2014

ISMA TERUS BALUN MELAYU BUTA KAYU..EH BUTA SEJARAH ! SYABAS ISMA..


1. Ada beberapa orang kawan bagi saya artikel yang ditulis oleh Rozhan Othman – Mereka-reka ‘sejarah’, tahyul dan menjaja kebencian. Difahamkan ini respon beliau hasil dari tulisan Presiden ISMA tentang kedatangan Cina ke Malaysia di zaman British yang disifatkannya sebagai penceroboh. Saya pun bacalah, tapi tak minat nak balas. Dia kata Presiden ISMA tidak tahu sejarah. Saya tak minat nak balas sebab saya tengok dia pun taklah pandai sejarah juga.
2. Dia kata ISMA naikkan nama Panglima Awang Hitam hasil dari bacaan novel tahun 1958. Huhu …. dia tahu tak saya yang menjadi Pengarah program tu? Saya pun tak pernah baca novel tu. Saya jemput Prof Khazin yang bertanggungjawab dalam kajian sejarah Panglima Awang untuk memberikan syarahan di hadapan lebih 1000 orang peserta. Prof Khazin ini seorang sejarawan la. Kajian tu bukan fiksyen …. itu fakta sejarah.
3. Dia (Rozhan) gambarkan Panglima Awang sebagai hamba Magellan yang bantu Magellan dalam mengkristiankan Raja Hamubon. Ceritalah sampai habis kalau tahu betul sejarah. Raja Hamubon selepas itu, pecahkan segala hadiah Magellan dan simbol kristian tak nak cerita? Panglima Awang pakat dengan Raja Hamubon bunuh pengikut-pengikut Magellan dalam satu majlis, itu tak nak cerita? Satu lagi kalau Panglima Awang tu hanya sekadar hamba, kenapa gajinya tinggi? Dan kenapa ada wasiat untuk berikan satu jumlah harta yang banyak bila Magellan mati? Tahu tak cerita tu? Kalau tahu, ceritalah juga. Barulah ilmiah namanya. Cerita sekerat sekerat apa kelas?
4. Cina dah ada awal di Tanah Melayu? Itu betul. Tahun 1600, lebih 50% penduduk Kuala Terengganu orang Cina? Menarik fakta tu. Nak juga tahu sumber mana fakta tu. Nak tahu juga apa yang berlaku sepanjang sejarah sampai tak ramai Cina di Terangganu sekarang ni.
5. Cina cuma gaduh sesama Cina dan tak pernah kacau Melayu? Tu pun macam best juga bunyinya. Baik betul kan? Saudara Rozhan pernah pernah Muzium Lukut? Pernah baca sejarah Lukut? Cina tak pernah bergaduh dan macam berperang dengan Melayu dalam merebut lombong timah di sana? Saya tersilap dapat sumber ke atau saudara Rozhan?
6. British tak bawa Cina ke Tanah Melayu dan Cina datang sendiri tanpa pakat dengan British? Macam mana pula dengan cerita yang dicatat oleh orang-orang Melayu Singapura dalam Syair Dagang Berjual Beli pertengahan kurun ke 19 dulu? Macam mana banci peratusan Cina di Singapura pada tahun 1819 dan 1853 boleh begitu jauh berbeza peningkatannya? Apa faktor? Orang Bugis lari ke pulau-pulau, kenapa?
7. Sultan Melayu yang restui kedatangan Cina? Tak nafi ada kes macam tu. Kes Sultan kena tipu dengan British jangan tak sebut. Nak marah Sultan sebab kena tipu, marahlah sekali British yang tipu. Penipu lagi hina dari yang kena tipu. Sultan Husain di Singapura …. sejarawan mesti tahu apa cerita macam mana British naikkan dia sebagai sultan dan macam mana British guna dia untuk perdagangan British dan Cina. Saudara Rozhan patut boleh jawab persoalan tu sebab dia kata dia pandai sejarah dan seorang tokoh akademik.
8. Yap Ah Loy menubuhkan pasukan polis pertama di Kuala Lumpur. Yang ni memang kelakar la. Saya nak pesan ni, harapnya saudara Rozhan tak cerita hasil kajian ni pada orang Bukit Aman. Yap Ah Loy pada sebahagian mereka ni adalah ketua kongsi gelap. Ke saudara Rozhan tak pernah dengar Yap Ah Loy ni sebagai samseng? Padan puji semacam.
9. Takpelah. Saya pun tak mahu panjangkan cerita. Sejarah ni intepretasi dari sumber primer. Ada sumber, cakaplah apa pun. Saya rasa saya nak jumpalah saudara Rozhan ni untuk berbincang tentang sumber-sumber beliau. Boleh? Siapa ada nombor beliau, boleh bagi kat saya? Saya nak minta pejabat ISMA usahakan satu forum terbuka tentang sejarah kedatangan Cina ke Tanah Melayu. Panel, saya dan saudara Rozhan. Moga dapat diusahakan.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

TAN SRI HALIM SAAD JANGAN KACAU PLUS : DICADANGKAN BELI KONSESI LEBUHRAYA LAIN..INI TANDA BALAS JASA BN !


Beberapa minggu lalu kami mendedahkan cadangan tujuh muka surat Idaman Saga Sdn Bhd, syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Tan Sri Halim Saad, untuk mengambil alih Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dengan menjanjikan tiada kenaikan tol selamanya.

Kami dimaklumkan sungguhpun kerajaan tidak begitu berminat mendengar cadangan tersebut Idaman Saga masih terus melobi untuk dipertimbangkan. Kerajaan dikatakan kurang berminat kerana Tan Sri Halim Saad pada 2009 pernah mengemukan cadangan yang lebih kurang serupa namun akhirnya tidak meneruskannya apabila diminta meletak deposit sebanyak RM 50 juta sebagai bukti kesungguhan rancangan pengambil alihan itu.

Kesungguhan Tan Sri Halim Saad ingin mengambil alih PLUS sangat mencurigakan. Halim mendakwa mahu membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan dan politik akibat kenaikan tol. Namun, pengambil alihan PLUS sebagai lebuh raya terpanjang dan aset terbesar jalan raya negara lebih banyak isu dan komplikasi termasuk harga yang jauh lebih mahal berbanding lebuh raya lain.

Masalah tol sebenarnya banyak berlaku di dalam bandar. Justeru jika Halim benar-benar mahu membantu kerajaan di samping membuat untung, mengambil alih lebuh raya di dalam bandar seperti Litrak atau LDP lebih menguntungkan, lebih mudah diuruskan dan tentunya lebih murah dari PLUS jika berdasarkan harga pasaran.

Jumlah trafik yang lebih tinggi, dan ketiadaan tempat hentian yang banyak membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan lebih besar jika mereka benar-benar mempunyai formula luar biasa dalam mengelakkan kenaikan tol tanpa menjejaskan keuntungan dan pembayaran balik pinjaman syarikat konsesi.

Kami difahamkan sejak kebelakangan ini Idaman Saga secara berterusan mewujudkan strategi perhubungan awam bagi mewujudkan persepsi mereka boleh menguruskan PLUS lebih baik dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company -GLC) dan menjamin kadar tol yang tetap dan murah. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjual PLUS kepada mereka.
Seorang pemerhati ekonomi yang dihubungi menyatakan adalah sukar untuk Idaman Saga menjanjikan kadar tol yang murah tanpa mengorbankan kualiti jalan, kebersihan dan pengurusan tempat rehat yang baik seperti yang dilakukan oleh PLUS Berhad sekarang.

Selain itu, penulis melihat kemungkinan paling besar mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.
Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima.


Hakikatnya, jika Idaman Saga benar-benar mahu membantu kerajaan dan rakyat di samping membuat untuk ambil alihlah tol-tol dalam bandar yang kian menekan kehidupan rakyat.

MYKMU

Thursday, May 15, 2014

KANTOI : KIT SIANG REMBAT DUIT RAKYAT SEJAK 1974 ???



KLIK SINI

MCA TUNJUKKAN TOPENG DAPNYA : LEPAS WEE KA SIONG, GILIRAN KETUA WANITA MCA SOUND UMNO !


MCA DAH BERANI SOUND UMNO.

KLIK SINI


mca makin tunjuk topeng DAP nya.

lepas wee ka siong ugut umno untuk bawak mca tinggalkan bn, kini giliran ketua wanitanya pulak yang ARAH NAJIB AMBIL TINDAKAN TERHADAP mustapha mohamad dan jamil khir.

alasannya, kerana dua menteri ini sokong jawatankuasa teknikal hudud yang bakal berlaku di kelantan.

hudud tu antara hak asasi dan demokrasi orang islam.

mca macamana dap dah berani nak campurtangan urusan hak orang islam.

wee ka siong pernah ugut untuk bawak mca tinggalkan bn. 
sama stail politik ugutnya dap buat kat pas.

so pemimpin umno.. dah 2 kali kena dalam masa seminggu..

PS; insyallah kabarnya pas kelantan akan bawak usul mengenai teknikal hudud ni pada september ke parlimen.. kita mesti sokong. umno mesti sokong, melayu wajib sokong..

tidak mustahil, ada benda besar boleh berlaku. 


TUN M NASIHAT PEMIMPIN UMNO CARA 'SENI DALAM POLITIK'..


He stressed that Umno leaders should not listen totally to the individuals around them, but should instead also listen to the grouses of members who always supported the party."These leaders must know the feelings of the grassroots. Don't just rely on people who are close to you.

LAGI KUPASAN NEGARAWAN NEGARA

Wednesday, May 14, 2014

POLITIKAL ANALISIS DARI NOTTINGHAM UNIVERSITY BAGITAU PKR AKAN MATI CEPAT !

AIDCNews – 14/5/14 – Satu kumpulan ahli PKR sekitar 50 orang hari ini mengancam akan melaporkan kepada ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk membatalkan pendaftaran parti jika sekiranya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak membatalkan keputusan pemilihan PKR sesi 2014-2017 yang didakwa berlaku pelbagai manipulasi dan penyelewengan.

kenyataan ini dibuat oleh Ahmad Jufliz Faiza yang mengetuai kumpulan itu berhimpun di hadapan ibu pejabat parti hari ini.

“Untuk mengelak perkara yang lebih serius berlaku, ada anggota parti akan membawa perkara ini kepada ROS yang memungkinkan PKR dibatalkan.


itulah harapan dan doa umat islam.

lagi cepat hancur lagi bagus..

anwar dan pkr adalah parti yang tak bawak manafaat kepada islam melayu..

KLIK SINI

AHBENG KATA...MELAYU ZALIM ? LAGI SEJARAH MELAYU DIBONGKAR !


Malaysia adalah negara bangsa Melayu tapi bangsa lain boleh mendiami Malaysia tanpa gangguan walaupun bangsa Melayu pernah diketepikan di ambang kemerdekaan. Inggeris hanya membekalkan 1 ekar tanah untuk satu keluarga bangsa Melayu dan dibenarkan untuk menanam padi sahaja. Mereka merempat di negara mereka sendiri. Anak-anak Melayu belajar sehingga darjah enam sahaja kecuali anak-anak pembesar.
Bangsa Melayu tidak menzalimi bangsa lain dengan membenarkan mereka tinggal di Malaysia dengan aman. Bangsa Melayu disisihkan dalam semua bidang kehidupan dalam tempoh yang panjang mencecah 500 tahun. Tetapi masih boleh berkongsi kemewahan negara bersama bangsa pendatang walaupun sering dikhianati. Tapi malangnya bangsa pendatang sedikitpun tidak menghormati bangsa Melayu kecuali dalam perkara perkara yang menguntungkan mereka.
Malaysia adalah negara Islam tetapi membenarkan agama lain boleh dianuti di negara ini tanpa gangguan dan sekatan. Bangsa Melayu tidak pernah menghalang upacara atau ajaran agama lain. Bahkan tidak pernah mencampuri urusan agama lain.
Persoalannya mengapakah bangsa Cina amat tidak senang dengan bangsa Melayu? Mengapakah mereka ingin mencampuri urusan agama Islam merupakan agama bangsa Melayu? Mengapakah DAP dan MCA parti bangsa Cina menentang hudud walaupun pelaksanaannya hanya untuk orang Islam sahaja? Adakah ini tidak dinamakan melampau dan ekstrimis Cina? Mengapakah mereka menyekat kehendak bangsa Melayu untuk mengamalkan agamanya di tanah air mereka sedangkan bangsa Melayu tidak pernah menyekat ajaran agama mereka?
Mengapakah mereka begitu biadab terhadap bangsa Melayu setelah begitu tinggi penghormatan bangsa Melayu terhadap mereka?
Apakah ini strategi mereka untuk melunaskan slogan datuk nenek mereka “Nam Thien” yang bererti Menjaras ke selatan? Jika benar, ini bermakna mereka ingin menjadikan Malaysia hak mereka sama ada tanah air dan harta kekayaan.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir

Yang Dipertua Majlis Syura ISMA merangkap Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh

CINABENG NI CUBA CETUS PERANG AGAMA ! MOHON TANGKAP !