Monday, March 8, 2010

SATU LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR


satu laporan polis akan di buat di balai polis bandar baru bangi oleh GERAKAN ANTI LIWAT (GELI) berkaitan pengedaran video vcd bertajuk 'sandiwara anwar' di sekitar bangi.laporan ini adalah kelangsungan daripada rakaman yang menunjukkan anwar yang berpura-pura sakit dalam penjara. sila rujuk minit 1:47 hingga minit ke 6 video di atas.

gerakan anti liwat (GELI) akan membuat laporan tersebut di balai polis bandar baru bangi jam 2 petang (8mac).semua wartawan,bloger dan rakyat yang geli dengan anwar dijemput hadir ! sebarkan...

Sunday, March 7, 2010

MELAYU MACAM KLU KLAX KLAN.. PULAK DAH ?

uuuhh..sadis sungguh bila petra 'yang takde telor' balun perkasa, sebuah NGO melayu yang bangkit pertahankan hak melayu dalam perlembagaan. kata petra raja takde telor ni, perkasa macam KKK atau klu klax klan, sebuah pertubuhan kulit putih yang cukup rasis kepada bangsa kunta kinte di amarika.

cerita perkasa dibalun dalam malaysia today ini adalah sambungan kepada siri-siri artikel penulis tamu undangan dalam web tersebut. sebelum ini azly rahman yang menulis dari amarika jugak membelasah perkasa.katanya perkasa rasis.

dah macam-macam branding dan gelaran gang-gang perang saraf politik pakatan ni buat kat bangsa melayu. rasis,anti bangsa asing,malay supremacy,ketuanan melayu semuanya diolah dengan begitu taksub tahap maksima..

hari ini klu klax klan,esok lusa mungkin lebih ganas sikit. mana tau melayu disamakan dengan ideologi mein kampf karya agung pemimpin aryan adolf hitler.

siapa tahu mungkin bulan depan melayu dikaitkan pulak dengan ideologi ala-ala ortodoks kristus radovan karadzic. atau mungkin melayu akan dikaitkan dengan kim jong ill, pemimpin rasis korea utara..

benda branding kat bangsa melayu ni akan berterusan , ini telahan aku. pasal fasal branding ni merupakan siri popular mainan politik pakatan mempengaruhi,menghipnosis,mengkhayalkan,meng ganja kan pemikiran pengikut taksub mereka.

siapa yang ajar dorang stail perang politik murahan sebegini ? tak lain si kepala munafik anwar ibrahim.lagi sorang tengah sakit kat hospital . dua dua kong kali kong.

perkasa tu lahir hasil gabungan kesedaran bangsa melayu. tak kisah dia umno,pas,pkr atau atas pagar semuanya bersatu atas satu matlamat, mempertahankan hak melayu dalam perlembagaan.

nampaknya usaha mempertahankan hak melayu sudah menjadi kesalahan bagi mereka (pakatan)..itu baru pertahan,belum lagi sebut ayat menambahkan..

aku sebenarnya tak kisah sangat pun tentang mainan mereka ni. semuanya berdasarkan mainan persepsi dan terma terma populis yang negatif digunakan sebagai bahan kempen meng ganja kan kepala hotak pengikut mereka. fahaman ganja sebegini takkan bertahan lama, bila bekalan dan habis pada waktu itulah yang kena ganja mengamuk.

dah terbukti bilamana adun dan ahli parlimen pakatan keluar ramai-ramai. aku dah rasa, semakin takde ummph pulak la cara petra,pas,anwar serang kita. macam bodoh je. aku boleh contohkan begini, padang jawa fc ada hati nak berentap dengan real madrid. lebih kurang macam tulah status perang politik sekarang ni..

semalam aku tengok awani, debat khir toyo dengan raja katak malaysia saifudin nasution. khir toyo usik sikit je bila dia cakap pkr ni dalam denial syndrome bila mengupas isu ketidakpercayaan wakil mereka pada pimpinan..usikan sebegini dari khir buat saifudin melompat lompat, memotong cakap,meninggikan suara.. gerak badan dah nampak saifudin makan hati bila khir toyo kata macamtu..

saifudin tak dapat mengawal emosi. fakta yang diberi terlalu apologetik,nombor dan angka tidak di seli kan dengan fakta dokumentasi...

macamtu jugaklah dengan petra. melayu dipanggil klu klax klan kononnya dengan gambaran sebegini ia secara langsung akan merosakkan,merendahkan moral pejuang melayu..mmmm..

takpe lah dah dia nak perang macam ni kita layan je lah si botak IQ 25 ni.

Saturday, March 6, 2010

LAPORAN POLIS NALLAKARUPAN

beliau mendapat sms berunsur ugutan bunuh semalam. berkemungkinan dari pihak-pihak yang panas punggung pasal dia banyak balun anwar attaturk. yang terbaru bila nalla menggelarkan anwar sebagai jaguh putar alam..

nanti video penuh daripada bloger neutral daily.

ZULKIFLI NORDIN DIPECAT : KENYATAAN RASMI DARIPADA GAP

akhirnya perhitungan antara dajal kecil menentang zulkifli nordin menemui jalan akhir. anwar attaturk memecat zulkifli nordin dan diminta meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen pkr kulim bandar baharu.

ini kenyataan rasmi aku. walaupun adakala nya aku muak dengan cara zulkifli nordin membela si kepala munafik anwar, namun ia tidak menjadi halangan atau batasan kepada aku untuk bersama beliau dalam setiap tindakan/kata kata yang beliau telah hamburkan dalam membela maruah islam,melayu dan raja-raja melayu.

kenapa zulkifli nordin perlu menuruti titah perintah kepala sundalan politik anwar attaturk JIKA zulkifli nordin merasakan perjuangannya itu benar ?

tindakan mengarahkan zulkifli nordin meletakkan jawatan punyai agenda tersembunyi. anwar sundalan mahu mengurangkan 'satu' lagi suara vokal dalam parlimen dari kalangan ahli parlimen pakatan rakyat. harus maklum bahawa seluruhan ahli parlimen dan adun melayu/islam baik dari pas dan pkr telah dicucuk hidung dan ditambat maruah nya.

mereka ini adalah kelangsungan suara munafik yang sedia toat kepada anwar dan cucu cicit komunis daripada DAP. jadi tidak menghairankanlah kiranya zulkifli di arah meletak jawatan ahli parlimen, kerana dengan demikian maka siri kelangsungan agenda liberalisme pas/pkr akan dapat diteruskan demi mencapai cita-cita ke putrajaya.

secara konklusinya, aku dan seluruh umat melayu di peringkat bawahan samada non partisan,umno pas dan pkr mendesak agar zulkifli nordin UNTUK TIDAK PATUH PADA TEKANAN daripada dajal dajal kecil yang menyuruh beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

selagi kamu (zulkifli nordin) tetap istiqamah dalam perjuangan menegakkan/mempertahankan/meyelesaikan permaslahan murtad,membela maruah islam,membela maruah kesultanan melayu selagi itu aku gerakan anti pkr akan bersama kamu !

zulkifli nordin..sila selesaikan perjuangan anti murtad yang telah berpuluh tahun kamu perjuangkan. bangsat-bangsat dan pemuka-pemuka munafik dari kalangan bekas rakan kamu itu pasti akan suka jika kamu tunduk pada perintah mereka.

TAHNIAH KERANA AKHIRNYA ANDA TELAH KELUAR DARI PAKATAN LUBANG NAJIS DAN TERSELAMAT DARIPADA DI LABEL SEBAGAI AHLI PAKATAN ABU JAHAL ! ZUL4KULIM, JANGAN LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN !

GEMPAR ! LAPORAN POLIS MALAM INI !

sebarkan dengan kadar segera.

satu laporan polis terhadap dato seri anwar ibrahim akan dilakukan oleh dato nallakarupan malam ini (6hb mac sabtu). bertempat di ibu pejabat polis daerah sentul jam 9 malam.

semua media dan barisan bloger-bloger mesti hadir !

Friday, March 5, 2010

SELANGOR BANGKIT : 2 PROGRAM AHAD INI




PROGRAM 1
pelancaran 1 koperasi 1 komuniti
7/8 mac 2010
lokasi padang bola paya jaras hilir
7 mac jam 9 malam forum perdana
8 mac 2 petang perasmian program oleh ts muhyidin yasin
ANJURAN UMNO BAHAGIAN SUBANG

PROGRAM 2
ceramah 'selamatkan malaysia dari penghianat anwar ibrahim'
7 mac 2010 (ahad) 9 malam
lokasi padang bola AU5D, lembah keramat taman permata
penceramah : ezam mohd nor,zahid md arip,hamidzun zakaria,megat (exco pemuda umno malaysia) dll..
KASI BALUN !
ANJURAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK
SEBARKAN

Thursday, March 4, 2010

KALID GAGAP VS YBK : KENYATAAN MEDIA



sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

GAP DALAM UTUSAN HARI INI

semalam aku ada keluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan tian chua akan meninggalkan pkr dan menjadi ahli parlimen bebas. tian chua tak menafikan dakwaan aku itu bila dihubungi oleh wartawan utusan.klik sini
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/gempar-tian-chua-bakal-bebas.html

dan klik sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

KALID GAGAP VS YBK : KASIHANILAH NASIB ANAK YATIM INI (SIRI 1)





hari selasa kelmarin aku dan beberapa gang bloger dijemput menghadiri briefing padat oleh YBK. terimaksih pada dato zainal sakom dan seluruh keluarga besar YBK kerana sanggup melayan permintaan kami untuk melihat sendiri peranan dan jasa YBK kepada anak bangsa.

bertolak dari pejabat YBK di kelana jaya, kami menuju ke rumah asrama kasih YBK di serendah selangor. aku nak kongsi cerita mengenai kisah benar di sebalik asrama kasih kelolaan YBK.

YBK ni ditubuhkan pada tahun 1990 dan antara objektif utama sasaran YBK ini adalah menjaga perihal hidup anak yatim. bukan rais yatim. YBK tak ditubuhkan untuk menghancur dan merosakkan masa depan anak melayu. bukan. YBK ada nilai estetikanya yang tersendiri.

dalam lawatan tu aku sempat melihat sendiri sebahagian daripada 204 orang anak yatim yang dijaga oleh YBK. anak ini bukan datang dari keluarga senang dan mewah.

anak-anak ini datang dari keluarga miskin. anak yatim,anak kepada ibu tunggal,anak yang kematian ibu bapa, anak yang dijaga oleh nenek yang tua. ini background mereka. nasib mereka bukan dipinta sebegini tetapi telah ditentukan oleh ilahi. jadi atas rasa tanggungjawap maka YBK ditubuhkan.

memang betul senario hidup umat melayu tiada rata nikmat hidupnya. aku minta agar kamu pejamkan mata,tarik nafas panjang panjang dan cubalah mengerti akan rintihan nasib anak yatim yang seagama dan sebangsa dengan kita.

aku nak buat sikit pengakuan. memang melalui respon yang aku terima samada melalui komen blog (yang tak dipublish) atau kiriman email..semuanya mengandaikan aku sebagai penulis yang keras hati,hentam kiri kanan dan tak peduli siapa diantara..yang penting bagi aku hak islam dan hak bangsa perlu terus dijaga. ini persepsi pembaca terhadap diri aku.

nah..kamu ada sedikit silap terjah. aku punyai soft side..maksud aku tak boleh tengok anak-anak kecik yang boleh dianggap sebagai 'anak' hidup nya susah,kurang personal touch dari ibu..dari bapa.. adakala aku tak boleh tengok anak kecik ni menangis..apa pun rasa kekurangannya pada budak budak ini, membuatkan aku rasa cukup bersalah..macam berdosa kalau aku langsung tak bantu..

ini cerita lama.2 ramadhan yang lepas aku ada beli paper utusan.dalam ruangan keluarga ..ada gambar wajah anak yatim di bukit beruntung sedang berbuka puasa. ada satu gambar yang betul betul mengusik jiwa aku..hati aku memang bergegar sungguh bila aku tengok gambar tu. gambar anak perempuan kecik sedang menyuapkan murtabak ke mulut adiknya yang bongsu, dalam pinggan tu ada jugak tembikai...allah..aku tak lalu makan lah seminggu bila aku bezakan nikmat berbuka puasa anak itu dibandingkan dengan lauk pauk berbuka puasa aku !allah kau bayangkan anak kecik tu bukak puasa makan murtabak dan KITA bukan main mewah makan lauk aneka rasa..manalah , apalah rasa perasaan kita sekarang ?

pada waktu itu sedang pohon loan mara aku.hajat aku kalau dapat biarlah untung bisnes aku yang sikit aku hulurkan kepada mereka.namun apakan daya hajat masih tak kesampaian...namun keratan akhbar itu masih aku simpankan bersama dengan salinan borang mara aku, sebagai tanda beringat untuk aku menunaikan niat dan nazar jika satu hari aku dapat rezeki yang melimpah akau akan cari budak tu nanti, insyaallah.

2 hari lepas nostalgia 2 ramadhan yang lepas datang lagi.aku melihat sendiri wajah anak-anak yatim jagaan YBK. briefing dari pak latif pengetua YBK cukup baik dan ada nada syahdu. anak anak yatim ini 5 waktu solat mereka adalah berjemaah,anak anak ini juga yang memotong rumput di padang asrama dan anak anak ini juga yang menguruskan atur cara hidup mereka sendiri.

cerita pak latif,pernah ada diantara mereka semasa awal datang ke asrama kasih YBK ini cukup berdaki badannya,kusut masai rambut dan kotor pakaiannya..di sinilah YBK berusaha mencari rezeki menyuapkan nasi ke dalam mulut anak anak bangsa. RM16 sehari kos perbelanjaan untuk setiap anak yatim, bermakna YBK memerlukan hampir RM70k sebulan sebagai belanja pengurusan yang asas..makan pakai dan tempat menginap.

aku tak mahu tulis tulis panjang mengenai nasib anak yatim ini. mungkin nasib ini tidak pernah kena kepada kalid ibrahim dan seluruh pemimpin melayu pakatan selangor.dek kerana tiada pernah alami nasib sebeginilah mereka lebih memikirkan persoalan wang ringgit,persoalan seteruan politik,politik vendetta dan sanggup memijak nasib dan masa depan anak anak yatim di YBK.hati mereka cukup busuk. cukup busuk hingga sanggup untuk bermusuh dengan masa depan anak anak yatim dari bangsa mereka sendiri.

apa salah YBK ? perlukah YBK dan 204 orang anak yatim ini dihukum dek kerana dendam kesumat kalid ibrahim terhadap bangsanya sendiri. YBK dilanyak,dihukum hanya kerana lewat membayar cukai tanah. kalid dah takde otak atau dah takde hati perut lagi ? dia tak fikir ke bahawa cadangan YBK membina kampus uitm di serendah itu nanti akhirnya akan memberi makan,pakai kepada beratus lagi anak anak yatim dari bangsa melayu !

sungguh lah..dah berkali aku cakap dah berkali aku tulis.masa depan anak anak yatim ini, hidup mati makan minum mereka akan aku bela selagi nyawa dikandung badan ! selagi si bangsat melayu kalid ibrahim tak tarik serangannya terhadap YBK,selagi itu akan aku serang habis habisan si puaka bangsa kalid ibrahim !

ya memang benar kamu melayu kaya raya ! ya memang benar kamu punyai kuasa ! ya memang benar kamu dikelilingi oleh manusia penjahanam bangsa ! namun harus harusan kamu beringat..

kalid ibrahim sebenarnya kamu sudah silap percaturan. kamu bukan sahaja berentap dengan YBK tetapi penghujung cerita ini kamu sebenarnya sedang menghancurkan masa depan anak anak yatim dari bangsanya sendiri !

kamu silap kalid ! nasib anak bangsa ini akan kami bela ! biar apa pun jugak rintangan namun lawan tetap kami akan lawan tak kira samada kamu hancur atau kami yang gugur !

apa perasaan kau kalid gagap , bila anak anak yatim yang kau kacau masa depan mereka dengar lagu ini ?klik di bawah

Wednesday, March 3, 2010

AKU NAK BAGITAU KORANG SESUATU ?!

cerita pasal lompat. ada pro dan kontra dalam mendepani isu penting ini. nampak pada alasan mp bagan serai jelas dia sincere dalam mempertahankan maruah kalimah ALLAH. aku tak nak komen pasal punca dan tindakan mereka untuk melompat.

aku lebih fokus untuk kita menang pru ke 13 nanti. ini lebih penting kerana kemenangan ini bakal menstruktur semula perjalanan nasib agama dan bangsa. 4 negeri itu wajib dirampas,seat parlimen dari pakatan harus kita rampas. ini fokus paling utama. ini tidak boleh diketepikan sama sekali.

ya memang betul moral bisa meningkat bilamana ahli parlimen mereka lompat dan secara automatikalnya bilangan mereka berkurang dan nampak jelas apa juga pindaan akta di parlimen nanti boleh menyebelahi barisan. namun hakikat yang harus kita faham, anwar ini ular sawa.cakapnya lebih lunak dari dendangan saksafon dan belitnya lebih licin daripada belut.

jadi arakiannya pimpinan tertinggi umno/bn harus berwaspada pada setiap inci perkara yang berlaku. 10 langkah ke hadapan wajar dirancang.singa liar yang baru masuk kandang jangan dianggap jinak.

bulan ini menjanjikan suhu politik yang panas. gerakan makin hebat akan berlaku bila melayu terus bangkit mempertahankan maruah. move besar ini harus dijaga,disemai dipupuk ditingkatkan hingga ke saat penentuan pencil mereka memangkah semula umno dan barisan nasional pada pru ke 13 nanti.

jadi ayat aku mudah belaka. jangan naik kan tol,jangan naik kan minyak,jangan naik kan tarif elektrik jangan naik sebarang kos yang melibatkan poket rakyat ! aku sedang memerhatikan gerak kerja dan tindakan beberapa menteri terutamanya si bapak dafi,hisham,liow tiong lai, dll.

momentum politik sudah cukup baik.jangan buat perkara bodoh dan goblok dan stupid. kita kena kerja lebih kuat untuk MENANG/RAMPAS SEMULA SEMUA SEAT DUN DAN PARLIMEN YANG HILANG PADA PRU KE 13 NANTI !

GEMPAR ! TIAN CHUA BAKAL BEBAS ?

ini maklumat yang baru aku terima.disamping kabaran 10 ahli parlimen pkr akan menjadi bebas tiba-tiba aku tersentak dengan maklumat yang cukup gempar. tian chua antara ahli parlimen terbaru dikabarkan bakal menjadi bebas !

tian chua adalah seperti bayangan 'ezam' dalam pkr. 10 tahun hidupnya bergelumang dengan reformasi dan belantan kayu fru, kini kabarnya dia bakal meninggalkan mentornya anwar attaturk.

aku cuba dapatkan kepastian atas alasan apa yang bisa membuatkan 'orang besi' ini keluar pkr ? tak lain kerana dua sebab..anwar terlalu mementingkan dirinya dan anwar terlalu mementingkan status pangkat dalam pkr.

adakah benar tian chua berlaga angin dengan chua jui meng, hero baru yang punyai gelaran dato' seri ? adakah tian chua kecewa pengorbanannya di lupakan ? kita tunggu berita lanjut.

RAHSIA BESAR DR SYED HUSIN ALI !

tiba-tiba dr syed husin ali menjadi jagoan bicara pkr atau nama popularnya parti kencing rakyat. nah, dia bukan membuka diskusi tentang kajian ilmiah politik tetapi dia berbicara tentang wang. wang yang kononnya menjadi asbab perginya dato salahudin hashim berambos dari pkr.

sebelum aku pergi lebih jauh,mohon permisi untuk aku memutarkan semula lagu lama,kisah nasib politik pak tua bernama syed husin ali. aku juga tidak mahu mengutarakan bicara maki dan hamun kerana menghormati dirinya sebagai orang tua.

orang tua yang tiba-tiba mencari publisiti menjadi jagoan hebat dalam kandang pkr. syed husin ali adalah bekas ahli PSRM atau parti sosialis rakyat malaysia. rakan sekufu nya pada waktu itu adalah kasim ahmad, hero propagandis yang populis dengan teori menyanggah hang tuah sebagai penyelamat bangsa.

kasim ahmad melanggar aturan tabie fikiran melayu apabila menobatkan fatwa bahawa si jebat lah yang sebenarnya,sewajarnya diangkat menjadi hero pahlawan zaman purbakala kerana membela nasib si tuah.

hari ini kasim ahmad rakan syed husin ali sudah masuk arkib negara,bisa menjadi barangan pameran purba di muzium apabila dia sekali mengutarakan teori gila. dia membawa fahaman kumpulan anti hadis,siri kelangsungan kebenaran hadis nabi saw bahawa di akhir zaman nanti akan ada umatnya yang membenci para sahabat r.a.

itu kisah pemula syed husin ali. dia membawa diri hilang berkelana menyembunyikan diri dan lebih banyak berlegar dalam kelompok sendiri. syed husin ali keluar dari PSRM dan menubuhkan PRM atau parti rakyat malaysia yang ber logo kan kepala seladang. moto perjuangan PRM adalah membawa agenda perubahan sosial,memperjuangkan hak buruh dan tenaga kerja.

syed husin ali bersama dr nasir antara ikon PRM. PRM hanya jantan sekitar kawasan bandar seperi di johor. syed husin ali menonjol semula tatkala era reformasi meletus. di situ dia bertemu dengan kepala munafik anwar attaturk. di jalan setia murni 1 itu jugalah anwar menjilat balik musuh yang pernah dihentamnya.

PRM banyak melahirkan puaka dan petualang. adakanya lebih syaitan daripada syaitan yang sedia ada. irene fernandez,latifah koya,johnson chong,sivarasa rasiah antara pemimpin haprak yang lahir dari perut PRM, parti bertunjangkan ideologi komunis dan sosialis.

nik ajis atau wali selipar pernah menghina syed husin pada tahun 2004. syed husin pernah dicadangkan untuk bertanding di kawasan parlimen kota baharu namun ditolak dengan sekeras-kerasnya oleh si wali selipar. kata wali, sosialis (merujuk kepada syed husin ali) adalah adik beradik kepada komunis. setelah dihina maka merajuklah si tua membawa diri tidak bertanding.

hari ini syed husin sudah berjaya.puluhan tahun mencuba masuk kedalam ruang parlimen akhirnya tercapai, dia kini ahli dewan negara.wali selipar tidak lagi menghina kepala sosialis.nik ajis dan syed husin ali kini bisa bergomol berkolom-kolom lidah sambil berkucup kucupan dalam ghairah politik melacurkan hak agama dan bangsa.

hari ini juga syed husin ali cuba beraksi seperti singa tua yang sengau mengaum berkali kali. apa puncanya ? kerana zahrain menghina guan eng,menggelarkan guan eng sebagai cauvinis dan ber otak komunis. ditambah dengan keluarnya tan tee beng ahli parlimen pkr yang menjadi bebas.

dua terjahan daripada bekas ahli parlimen pkr ini membuat syed husin melenting terpelanting pelanting. bukan kerana syed husin marah guan eng di balun, tetapi beliau panas apabila kenyataan zahrain yang ada menyebut dia tidak mahu generasi masa depan melihatnya sebagai kelompok yang menghancurkan agama bangsa dan negara. syed husin tahu zahrain menujukan kenyataan keras itu kepada PKR.

dato salahudin dituduh sebagai player yang mengatur carakan proses keluar parti.visual dato salahudin bekas s/usaha agung pkr yang sentiasa duduk disebelah ahli parlimen lompat juga membikin hati syed husin tambah hangat.

syed husin membidas dato salahudin.katanya salahudin merajuk kerana tak dapat jawatan dalam kumpulan perangsang dan bergaji RM50K sebulan. kata syed husin ini dibidas oleh salahudin.

syed husin ali harus cermin dirinya sendiri. sebelum menuduh orang lain meminta wang wajarlah syed husin ali melihat kebelakang.

syed husin ali melayu sosialis yang mudah lupa. dia buat buat lupa.

dia lupa bahawa dia pernah menerima wang tunai sebanyak RM500K daripada balaci anwar bernama nazri abdullah sebagai persetujuan sistem barter beliau membubarkan PRM sewaktu merger atau pergabungan parti keadilan nasional dan parti rakyat malaysia tidak lama dulu.

aku cabar dr syed husin ali untuk menafikan dakwaan aku ini.

Tuesday, March 2, 2010

KALID GAGAP BAGI 30K SEBULAN UNTUK BLOGER BARU BALUN GAP & CO ?!

ini maklumat yang baru kami terima. kabarnya serangan gap dan rakan seperjuangan bloger melanyak pakatan selangor telah menyenakkan perut kalid gagap di selangor.

dulu kami ada dedahkan beberapa dokumen penting tentang salah urus tadbir dan dokumen yang mencurigakan. contohnya dokumen arak,dokumen rodziah RM376K,penganugerahan tanah jirat cina seluar 70 ekar di hulu selangor dll.

bukan sekadar dokumen malah isu panas YBK,arak,i-city dll juga kami telah dedahkan. terbaru bila gap membelasah adun pkr sri muda yb mangkok suhaimi dalam dua siri serangan terbuka bagi membidas kenyataan hapraknya bahawa umno selangor berpecah 2.

bukan sekadar isu, adakala gap dan rakan-rakan menyiarkan rangkuman siri ceramah-ceramah besar anjuran umno selangor seperti yang pernah kami utarakan di ceramah umno shah alam,klang,subang dll.

coverage bloger gap dan co juga ada menyiarkan siri demonstrasi di selangor seperti bantahan arak,kalimah ALLAH dan YBK antara intipati fokus serangan kami terhadap kerajaan pakatan pimpinan kalid gagap di selangor.entahlah,banyak serangan terhadap pakatan selangor yang tak dapat aku tuliskan.

hari ini kami diberitahu bahawa kalid gagap telah memperuntukkan RM30K untuk membiayai kelahiran bloger-bloger baru untuk menyerang balas blog gap dan seluruh rangkaian bloger gap ! mereka sudah semakin panas dengan terjahan menggila kami.

antara blog yang sudah lahir dari peruntukan besar kalid gagap ini adalah gerakan anti gap.blogspot .......blog yang copy paste segala berita daripada haprakdaily dan malaysiakini..haha.

kalau umno pusat atau selangor sendirilah yang beri kepada gap peruntukan sebesar ini, sudah lama pakatan selangor terlungkup aku kerjakan ! moga umno pusat dan selangor alert akan berita ini. bantu kami bloger jalanan seperi gap n co untuk balun secukup-cukupnya pakatan haram ! kalid gagap sudah makin cuak !

Monday, March 1, 2010

CERAMAH EZAM DI SELURUH NEGARA BUAT ANWAR PANAS PUNGGONG !






terima kasih aku ucapkan saudara ghani haron(rakan seISA ezam) kerana telah mengirimkan beberapa gambar penting siri ceramah ezam.

siri penjelajahan ceramah ezam ke seluruh negara ini bermula di UITM jengka pahang, bersama ustaz ridhuan tee abdullah. lebih hebat apabila tetamu kehormat yang turut hadir dalam ceramah ezam adalah ke bawah duli yang maha mulia sultan haji ahmad shah beserta tengku abdullah

kemudian ezam ke melaka. disusuli dengan trengganu,lenggong perak,kuala kangsar dan yang terbaru di bachok kelantan, menyampaikan ceramah mengenai royalti minyak bersama tok pa dan awang adek.

sudah aku katakan bahawa sudah ada gerakan cukup teratur daripada beberapa pemimpin melayu melanyak anwar,dap dan pakatan haram.

umno selangor sudah memanaskan enjin menyerang pakatan. dimulakan dengan umno bahagian shah alam,klang,subang dan insyaallah disusuli dengan kuala selangor,umno kota raja dan gombak dalam masa terdekat...3 bahagian umno ini akan meneruskan siri ceramah jelajah ke seluruh negara oleh ezam dan rakan-rakan.gerakan PERKASA terbesar juga akan berlaku pada bulan mac.

aku sempat tanyan ghani haron, sampai takat mana ezam akan buat road show ni ? ghani kata ezam akan pastikan anwar dan kuncu-kuncu munafik melayu pakatan tumbang ,terlingkup dan ditalkinkan secara rasminya oleh seluruh umat bangsa melayu dalam masa terdekat ! ini janji ezam, sms ghani kat aku..

nampak tak puzzle gerakan ini ? ezam..umno..perkasa..bloger...dll (buat masa ini dirahsiakan). TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN MELAYU..

kepada bahagian-bahagian umno di seluruh negara sila email dan hubungi gap jika ada program ceramah besar di tempat kamu..gap dan rakan-rakan bloger lain sedia membantu promosikan program anda.kerjasama bloger dan seluruh bahagian-babgian umno amat dialukan !
gapkembali@yahoo.com

TANDA-TANDA NAK MATI !