Tuesday, August 28, 2012

KALAU DASAR PARTI TAKLEH DIPERJUANG, ELOK BUBAR JE LAH PAS !


Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.  Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata.  Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.

Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti.  Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah.  Noktah.

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.  Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial.  Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.

FOTO MENARIK TUANKU SULTAN JOHOR BERSAMA RAKYAT.



Foto kiriman pembaca yang menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tuanku Sultan Johor yang diadakan di Istana Pasir Pelangi pada raya ke 2.

Kehadiran ribuan rakyat jelas menggambarkan suasana erat yang terjalin di antara Tuanku Sultan Johor dan rakyat. Jelas rakyat tak termakan hasutan dan fitnah yang dilemparkan oleh 1-2 kerat  manusia yang tak sedar dek untung .

Korang percaya tak yang Tuanku Sultan ni memang friendly dan peramah ?

Masa bulan puasa yang lepas, Tuanku ronda habis seluruh daerah di Johor pasal nak bertemu dengan rakyat. 

Habis semua bazar ramadhan Tuanku singgah (mana yang sempat). Dengar cite peniaga yang paling suka bila Tuanku turun pasal Tuanku akan borong habis barang makanan yang dijual untuk disedekahkan kat masjid.

Orang johor patut berbangga dapat Sultan yang cool  !

Monday, August 27, 2012

PAS SEMAKIN BERJAYA MEROSAKKAN ISLAM !



Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam, sekali gus ‘hudud’, dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah.

Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang ‘sedikit cerdik’ merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP.   Benar, bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang ‘sedikit cerdik’ yang mendambakan hudud tadi.

Justeru, ‘hudud’ dan ‘Negara Islam’ perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan ‘modal’ untuk berkempen dan menyerang UMNO.

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut.  Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya.  Selain itu, terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS.  Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan.

Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana.

Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna.  Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini.

Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud.

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud.

Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin ‘cuak’ terhadap hudud.

PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya.

Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia.   Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita.

Antaranya, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.  Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita.  Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama.  Gelaran ‘mujahidin’ dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana.

Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur, tidak adil serta menakutkan.

Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan.  Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain – bukan Islam dan juga sesama sendiri.

Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh, adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri.   Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu - berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan berzina.  PAS itu sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun.  PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya ‘berjihad’ sedangkan isteri yang menanggung semuanya.

Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, ‘jihad’ apa?

Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri.  Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri, selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.



PAS : BEBALISME DAN BARALISME NYA TIADA TANDINGAN.


Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan
dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah
dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulau.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.

Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.

Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembaliarah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya.

PAKATAN DAN POLITIKAL MASTURBASI.


SEBANGSA,SENEGARA DAN SEJIWA.

SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.

'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.

Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?

Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.

Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar.

‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?

Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.

Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit.

Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepati”

Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu ‘Janji ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya “Janji Ditepati” adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji

Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema “Janji ditepai” bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.

Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema “menepati janji” amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.

Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Utusan Malaysia – Muka 7

TUN M SAKAT 1 MINIT, TELINGA PAKATAN BERDESING SEUMUR IDUP.

TUANKU SULTAN JOHOR DAN RAKYAT BERPISAH TIADA.



Tuanku Sultan Johor dan keluarganya memang cool.

Ribuan rakyat johor telah meraikan open house raya bersama Tuanku Sultan Johor pada aidilfitri yang ke 2 .



 Berikut adalah ucapan Tuanku Sultan Johor sempena menyambut kedatangan syawal. Foto/Artikel ucapan  Kredit NST


By the grace of Allah, my Muslim subjects have successfully completed one of the five pillars of Islam, fasting during the holy month of Ramadan. It is my fervent hope that we have not only renewed our religious obligation and loyalty to Allah and to Islam but more importantly, we have exhibited tolerance, patience and understanding as well as developing physical and mental discipline. Through the ibadat of fasting, we have regained the virtues of Ramadan and practiced high moral values and learn to appreciate the difficulties and hardships facing the less fortunate.
The spirit of Ramadan is indirectly being practiced by my non-muslim subjects. This can be seen in the tolerance and respect accorded to their Muslim brothers at their workplace and in abstaining consuming food and drinks in their presence, and joining them in the breaking-of-fast in the evening. I observe that my non-Muslim subjects are more than happy to purchase Malay savouries and dishes in the various Ramadan bazaars, reflecting oneness in our cultural heritage.
Johor is blessed with a highly educated and knowledgeable population, abundant natural resources, excellent infrastructure and inflow of investment. I believe with the spirit of tolerance, close cooperation and understanding of the various cultures that is the hallmark of Johoreans, from the time of my royal ancestors the Temenggong, we will achieve progress and unity vital for the continuous development of johor. This spirit is living proof of my great-great-grandfather Sultan Abu Bakar’s clarion call Muafakat itu barkat (Concord is a blessing).
On this auspicious day, my family and I take this opportunity to wish all my subjects Selamat Hari Raya, with the hope we renew our understanding and cooperation in making Johor a peaceful and prosperous state.
Thank you

Istana Pasir Pelangi
Johor Baru
1 Syawal 1433
19 August 2012

Sunday, August 26, 2012

JILAT LICIN BUNTUT DAP : PAS KEKALKAN KEJUARAAN BERGANDA.


Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.

Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

ANWAR SAWAN BABI BILA TUN M GELAR DIA....


Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.   Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana.  Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.  Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.  Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.  Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.  Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

BUKTI DAP BUKAN PARTI DEMOKRASI.

Saturday, August 25, 2012

SURAT TERBUKA PENGUNDI KEPADA PAS.


SURAT TERBUKA UNTUK PUCUK PIMPINAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Sulaiman Bin Abdullah,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan

22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Tuan,
Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1.       ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?


2.       ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?


3.       MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

4.       MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.




5.       MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.

6.       CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.


7.       MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

8.       KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?


9.       APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

1.       Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.

Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10.   SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.


Sulaiman Bin Abdullah