Wednesday, September 26, 2012

ANWAR ATTATURK !



Anwar Sindir Umat Islam Emosi Bantah Filem Hina Nabi Muhamad SAW

AIDCNews – 26/09/12 – Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslimsyang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.
“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.
Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“.
Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, “mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa”
Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah ‘gila’.

Tuesday, September 25, 2012

GAP DAN KISAH SATU PETANG 10 SEPTEMBER 1998.


10 september 1998, itulah hari ke 8 anwar melakukan roadshow ke seluruh negara kerana tak puas hati dr mahathir memecatnya.

puluhan ribu mendengar ucapan anwar di dataran merdeka.

kenapa bershit 3 perlu dilakukan di dataran merdeka ?
hanya orang lama dalam pkr macam aku aje yang tahu.

anwar mahukan nostalgia 10 september itu berulang.

kerana itulah anwar mahu gerakkan semula gerakan reformasi ke dataran merdeka.

petang itu anwar ada berucap.
aku menghafal setiap point dalam ucapannya.

antaranya dengan nada cukup marah anwar berkata.

'dulu saya diangkat dengan permaidani merah. saya katakan kepada mereka ( kerajaan) tak perlu itu semua pooraahhhh '. ( tujuannya nak bagitau para pendemo dia tak kepingin dengan tatacara kehidupan mewah ni waktu dalam kerajaan )

' ada orang kata saya marah..ya memang saya marah' .. ( merujuk kata ibrahim ali dalam mesyuarat terakhir MT yang menganggapnya marah dan kurang ajar kerana menumbuk meja kerana tak puas hati dipecat).

'saya pertahankan hak rakyat. hari ini saya jatuh ( telah dipecat) namun cepat-cepat rakyat angkat saya naik semula ( angkat dalam ertikata julang dia sebagai hero reformasi).

itulah fakta sebenar ucapan terakhir reformasi 10 september anwar.
malam tu dia dicekup.

kemudiannya para spinners mula mendendangkan akan betapa marhaennya anwar semasa dan setelah meninggalkan kerajaan.

itulah propaganda yang dilakukan oleh mereka.
itulah propa yang diolah secara kemas oleh penulis buku tumit archilles.

namun apa yang pasti tabiat lama kalau dah ketagih tetap akan diulangi kalau dah terhidang depan mata.

penagih seperti anwar ini, tak dapat dadah tahi lembu pun boleh menyetimkan semula perasaannya.

dulu dia menari, sekarang pun dia menari.
dulu dia dituduh meliwat, sekarang pun kes belum selesai.

setakat naik jet peribadi ini memang standard tinggi manusia bernama anwar ibrahim.

kebanyakan para reformis 1998 sudah bijak dalam menilai hal perilaku dan ucapan anwar ibrahim.

apa yang dia cakap mengenai sebenarnya lebih banyak berhalunisasi dan kaya dengan penipuan dalam berkata-kata.

dia mem potray kan dirinya sebagai pemimpin marhaen.
sayang cerekarama politik begini sudah tidak laku lagi.

dia bercakap mengenai transperansi dalam pentadbiran.
suku sakat dikayakan.
kroni digemukkan.

cakap itu sebenarnya merujuk kepada perbuatannya yang mengkayakan 15 orang kroni besar anwar ibrahim dalam skim kontraktor berwibawa sewaktu dia menjadi menteri kewangan.

FAKTA SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA.


Dizaman Anwar mentadbir ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melaksanakan SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM15 Bilion membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan ketika itu.

daripada 2,000 syarikat kontraktor bumiptera yang berdaftar, hanya 15 [lima belas] sahaja yang “terpilih” untuk menikmati bantuan Kementerian Kewangan. Anwar sendiri yang “memilih” syarikat syarikat tersebut.

dana RM15 bilion untuk 15 syarikat dan ini bermakna setiap syarikat mendapat RM1 bilion.

setiap syarikat ini mendapat secara DIRECT NEGO, tanpa tender. 

tiada satu pun syarikat cina atau india yang Anwar bantu cara sebegini pada waktu itu.

salah satu syarikat yang “menikmati” durian runtuh dari Anwar ketika Skim Kontraktor Berwibawa itu dilancarkan adalah LANKHORST BERHAD [sekarang dikenali sebagai ARK Resources Berhad].

Waktu itu boss syarikat tersebut ialah Datuk Hj Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung ABIM ketika mana Anwar menjadi Presiden NGO tersebut. Malah Kamaruddin Jaafar pernah sekian lama menjadi Setiausaha Agung PAS.

bab akhlak ?

kenapa hingga ke hari ini anwar dan azmin enggan membersihkan nama shamsidar dalam kandang mahkamah setelah dihenyak bertahun-tahun oleh nallakarupan ?

foto jet di bawah.
adalah salah satu kecanduan terlampau anwar dalam ber onani sasi mengenai slogan  'rakyat rakyat rakyat'.

pak kepiah dan makcik tudung labuh menganga lah siang malam kena tipu dengan anwar.

mungkin manifesto turunkan harga minyak itu bersesuaian dengan anwar.

KITA PEGANG PUTRAJAYA, HARGA MINYAK TURUN SERTA MERTA !

KERANA APPPPAAA ?

KERANA JET SAYA NAK PAKAI BANYAK MINYAK !


Sunday, September 23, 2012

MAKIN PARAH STRAITS TIMES SINGAPURA NIH !



Carolyn Hong continues rendering her support for gays. 

1.    She backed up human rights activists that defended the gay rights movement.

2.    She ridiculed the seminar organized by The Malaysian Teachers Foundation issuing the guidelines how to identify signs of homosexuality.

3.    She was concerned for Lim Chee Wee (the president of The Bar Council) of his growing worries about the        anti-gay campaigns.

4.    She boosted continuously Maria Chin Abdullah and Ambiga in their movement that upheld Seksualiti Merdeka’s demand for the rights of LGBT campaigns.
    
It is regretful that this woman journalist directly blames the government as she herself is incapable of finding a good qualitative analysis and research the way LGBT could pose in future that evolves moral decay to the young generation.  
H.S.

GAP SERU AHLI PAS DI SELURUH NEGARA LAKUKAN SABOTAJ TERHADAP PAS !



dah tiba masanya ahli pas merenungkan kembali perjuangan mereka dalam pakatan. masa pru nanti, pangkah aje umno.

pasal apa ?

itu aje nak ajar pemimpin pas mengenai kuasa ahli pas dalam menentukan hala tuju parti.

kepada ahli pas, fikirkan sejenak.

adakah pas pada saat ini jauh lebih pentadbirannya jika di bandingkan dengan arwah fadhil nor ?

kenapa sejak penubuhan pas 50 tahun dahulu pas sama sekali tidak pernah menjuarai penggadaian kalimah ALLAH namun sejak 2008 pas antara yang paling tak sabar nak gadai ?

nabi saw dihina.. dihina oleh dap laknatullah.
ajk pas pusat dr hatta kata itu pendapat peribadi.
siap boleh cakap itu aturcara demokrasi.

mana pergi akal korang wahai ahli pas.
sampai kena macamtu pun masih dianggap sebagai hak asasi.

ahli pas, korang nak pertahankan nabi saw ke atau dap ?

buka kan mata dan fahami realitik politik melayu sekarang.

buatlah survey, tanya orang melayu adakah pas pada saat ini perjuangannya cukup menguntungkan hak islam dan melayu ?

9 per 10 daripada jawapannya akan kata pas adalah keldai sahaja dalam pakatan.

jadi kepada seluruh ahli pas, pru nanti pangkah umno. ini signal anda kepada pimpinan pas supaya tidak lagi menjadi keldai tunggangan dap.

ingat.
sabotaj parti anda masa pru nanti.
percayalah, lepas dah tengadah baru pimpinan pas akan berubah.

Saturday, September 22, 2012

SEMPAT JUGAK NIK AJIS SMASH GURU HADI !


dalam kesempatan dan keterujaan umat islam balun isu yang menghina nabi saw, sempat jugak nik ajis perli hj hadi ya...

nik ajis kata pas akan boikot produk yahudi.
yahudi.
tapi guru hadi kata boleh kawan dengan yahudi.

uisshh mana satu patwa nak ikut ni ?
itulah kehebatan pas.
sorang cakap lain, sorang pusing lain.
sorang ikut barat, sorang ikut timur.

macam cite dalam berita kiranya lah pas ni.

seorang kanak-kanak kecil telah dipercayai hilang setelah bermain nyorok-nyorok.

konpius kan ?
pas pakar konpius kan orang, sampai pemimpin dia pun konpius apa yang dia cakap.


SAMPAI HATI POK NIK LUKA KAN ATI NUAR !


sampe ati mu pijok gambo yahudi.
nape gamok sungguh ati mu pok nik.

nuar nentanyahu mesti tengah nangis teresak-esak bila pok nik buat cam gitu.

CONTOH PENYOKONG DALAM KATEGORI 'SAKIT'.


TERBAIK DEMO SEMALAM.

CONTOH MANUSIA BARAL : NABI SAW DIHINA PUN ITU PENDAPAT PERIBADI.


kerana nak sangat pertahankan pakatan rakyat.
nabi saw dihina dap pun bagi dr hatta itu pendapat peribadi.

jadi apa tugas kau sebagai pemimpin dalam pas.
TAKUT NAK TEGUR KE BARAL ?

kata hatta dalam negara demokrasi semua ada hak keluarkan pandangan sendiri asalkan tak melampaui batas.

kepala hotak kau syaitan.

nabi saw dihina tu bukan dalam kategori melampaui batas ke syaitan !

pertahan dap pasal  takut hilang undi ?
otak kau ni sakit.
kau ni sick man !

Friday, September 21, 2012

ARTIKEL DAN KUPASAN MENARIK.


KLIK SINI

FOTO DEMO ..TAPI ?


demo yang dibuat kat masjid kg baru memang teratur.

namun dalam keadaan kita membelasah puak kafirin, penyokong pas sibuk bawak foto khomeini.

nyawa orang sunah di afghan,iraq,bahrain,syria yang teruk dibunuh oleh puak syiah.

tapi pas sibuk agungkan syiah.


MANA PERGI SUARA PENYANGAK.

Sedang ramai pihak dari pelbagai NGO dan parti politik serta orang perseorangan menyuarakan bantahan terbuka terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.a.w, terdetik pula pertanyaan ke mana perginya suara NGO BERSIH dalam isu ini?

Melihat pada struktur organisasi NGO tersebut yang antara lainnya membariskan beberapa nama terkenal yang beragama Islam seperti Hishamuddin Rais, A. Samad Said, Maria Chin dan lain-lain, patutnya wajar sekali untuk NGO terbabit turut tampil menyuarakan pendirian rasmi mereka.

Sebelum ini asal sahaja timbul perancangan untuk membuat perhimpunan besar berunsur politik dan pro pembangkang di ibukota, berminggu-minggu berbulan-bulan sebelum tarikh perhimpunan sudah beratus-ratus kenyataan sokongan dikeluarkan oleh pemimpin NGO BERSIH yang beragama Islam.

Sekarang dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam yang suci ini, walaupun sudah masuk minggu kedua isu filem Innocence of Muslims riuh rendah diperkatakan oleh masyarakat seluruh negara dan dunia, namun satu patah kenyataan pun tak kedengaran dari geng-geng BERSIH.

Selaku Pengerusi Bersama NGO BERSIH, patutnya dah lama A.Samad Said menyuarakan pendirian rasmi sama ada bersetuju dengan motif penghinaan yang dipaparkan oleh filem Innocence of Muslims itu atau turut sama membantahnya sama seperti orang Islam yang lain.

Takkanlah nak kena tunggu lampu hijau dari Ambiga Sreenevasan dulu? Jika demikian tiada gunalah A.Samad Said menjawat kedudukan sebagai pengerusi Bersama NGO BERSIH, tak begitu?

Atau barangkali isu ini tak memberi keuntungan untuk pakatan pembangkang agaknya. Takpun, disebabkan tiada tajaan fulus mulus ratusan ribu RM untuk mereka maka sebab itu pemimpin muslim dalam BERSIH hanya berdiam diri sahaja?.

Jika nak dikatakan isu penghinaan oleh filem murahan ini terhadap Islam langsung tiada kena mengena dengan polisi dan dasar NGO BERSIH, orang lain juga akan mempertikaikan apa kaitannya berbaju kuning dan berdemonstrasi di malam sambutan kemerdekaan yang mereka anjurkan tempohari.

Demi untuk melampiaskan nafsu politik kepartian pembangkang A.Samad Said yang juga adalah Sasterawan Negara sanggup bersuara mempromosikan demonstrasi BERSIH 3.0 yang serba ganas sebelum ini, kenapa tidak kali ini?

Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit keprihatinan selaku orang Islam dan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan tegas membantah kebiadapan yang dipaparkan oleh filem tersebut.

Takkanlah tiada sekelumitpun perasaan terguris atau sensitiviti di hati A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais untuk bersuara berhubung isu ini. Senyap sunyi saja maknanya seperti setuju dengan motif cerita filem Innocence of Muslims yang memperlekeh dan menghina Nabi kita.

Kita harap selepas artikel ini dibaca oleh mana-mana balaci NGO BERSIH, akan terdetiklah idea untuk mereka mengusulkan saranan segera meminta A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais hadir ke mana-mana perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat

APA ABDUL RAHMAN YUSOF BUAT DALAM JET ANWAR ?


mana datangnya wang ?
wang dari kantong ceramah ke ?
wang dari saham azmin ke ?
wang dari rahim gouse ke ?
atau wang dari kamarudin jaafar ke ?

zuraidah mak lampir bersama bekas ahli parlimen pkr kemaman abdul rahman yusof.


KENAPA ANWAR LAHABAU SENYAP ?


penghinaan filem pendek yang menghina nabi saw.

kenapa sampai sekarang anwar senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak buat kenyataan media ?
kenapa tak buat road show ?
kenapa tak buat demo ?
kenapa tak balun barat ?
kenapa takut balun barat ?
kenapa tak nak lead demo ?

ohoi anwar lahabau... kenapa senyap membisu diam seribu kata ?

HASAN ALI SAHKAN PARASIT PAS MEMANG TAKDE KERANDOT !



Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali tidak terperanjat jika pemimpin PAS yang dilabelkan beliau sebagai parasit dalam parti itu menyepi diri membisu tanpa bahasa dalam isu tweet Ngeh Koo Ham yang mengina umat Islam sedang membantah penerbitan filem Innocence of Muslims.
Tegasnya, beliau memang mahu melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutama golongan itu menyatakan pendirian mereka tetapi percaya mereka akan membisu seperti  biasa berlaku sebelum ini.
Mengulas lanjut isu tweet pemimpin DAP itu, Dr Hasan merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi Ngeh tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  buat sekian lamanya.
“Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka,”.
“ Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan dipecat daripada parti itu awal tahun ini, Dr Hasan melihat kenyataan pemimpin DAP Perak itu seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini.
“Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam,” katanya.
Tegasnya, Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam.
ADUN Bebas Gombak Setia itu bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan mungkin di ambil masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.-19/9/2012- OLEH ROSLAN BIAN