Tuesday, November 25, 2008

RESOLUSI PERTAMA 'BLOGGER PEMBELA NEGARA'.

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.

3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )http://waadat.blogspot.com/
DISOKONG SEPENUHNYA OLEH
GERAKAN ANTI PKR (GAP)

4 comments:

azreen said...

bagi saya cadangan no 3 paling sesuai..dengan memecahkan monopoli pemborong yang x bertanggungjawab dan tamak..n most of them r chinese..

Panglima Perang Cyber said...

Alhamdulillah !!

GAP turut mencemar duli untuk meletakkan buah fikiran rakan rakan kita yang memerah otak bersidang tiap malam..

Appreciate bro !!

GAP KEMBALI said...

azreen
chinese tamak ? hehe cuba tanya mana2 melayu yg kerja kat company cina. bagamana layanan dorang ? selamat datang azreen dan mari kita join BLOGGER PEMBELA NEGARA !

pang 5
satu lidi tak boleh menyapu kotoran lantai TAPI segumpal lidi boleh kasi bersih segala kotoran. kita saling membantu bro..teruskan teruskan !

Panglima Perang Cyber said...

thanx again Bro...sukar dipatahkan jika seberkas lidi yang kecil bersatu...


Go To Blog People !!!


And attack Bro Anwar as de facto leader at our cyberspace.


Dengan berkat pejuang2 kita dahulu kini dan selama lamanya yang akan terus berjuang..