anwar kini meniti hari-hari yang gelisah. mindanya bercelaru dengan pelbagai masalah. haluan politik nya kejap ke kanan dan ke kiri. arah politiknya tidak dapat dikawal.tidak disangka selepas pembohongan 16 september cerita gempur sarawak semakin tiada kredibiliti. orang semakin menyampah dengan penipuan demi penipuan ini. lebih parah ianya berlaku dalam kem nya sendiri.
anwar ibrahim,GAP tahu di hatimu itu penuh gundah, penuh gelisah. di dalam PKR kamu sudah tahu ada talam dua muka namun kamu tidak tahu siapa diantaranya. memang sengaja pihak kami plant mereka supaya segala perancangan mu mudah kami awasi..bicara mu di kongres PKR tiada punyai arah dan makna. mereka tertampi menanti komentar penipu mu akan isu 16 september ! sayang kamu sebenarnya tiada jawapan..sudah kekeringan ide untuk menipu sekali lagi.
makin hari makin terserlah kebusukan janji-janji mu. setiap bait-bait kata mu hanya mengeluarkan bau yang hanyir. di kiri parti puak sivaji sudah mendesak mu. mana pergi janji mahu membebaskan 5 hindraf ? di kanan cucu cicit chin peng menanti jawapan hudud bila kamu kembali nanti. kerana tidak tertahan asakan kamu berlari ke turki dubai dan uae..itulah sebenarnya karektor mu anwar ..akan sentiasa berlari untuk mengelak jawapan dinanti.pasti tika ini kamu mahukan secangkir kopi, buat ubat penenang diri ! kopi oh kopi..mana kau lari.
anwar ibrahim...kamu dengar baik-baik . jangan membuang masa dengan menghantar kucing-kucing kurap PKR untuk berentap dengan GAP ! setakat saifudin nasution sudah GAP ada cerita 'aib' nya di tangan GAP ! apatah lagi lembu2 AMK kamu yang punyai banyakkkkk kontroversi ! ada diantara lembu-lembu AMK itu terpalit dengan dengan skandal seksualiti..arrhhh.. mana kan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik !
anwar ibrahim...kau dengar sini baik-baik. jangan bermain api takut nanti membakar diri. tapi langkah pendekar kalau orang sudah memberi 'buku' kan aku memberi 'ruas' nya nanti.ceritaku ini berkisar akan 6 kotak misteri. ya satu cerita sensasi kamu anwar, pengamal politik luar tabie. apa sebenarnya niat mu menghantar anak muda yang rosak akhlaknya menyampaikan cerita sensasi ini ? apa benar kamu memang sakit hati terhadap bekas panglima mu ezam ?
anwar ibrahim..kamu dengar sini baik-baik. biarkan GAP olah cerita ini. akan ku bongkar misteri cerita ini.
kamu perhati kan gambar diatas dengan teliti. itulah ezam. sejarah sudah membuktikan anak muda inilah yang bermati-matian berjuang melawan rasuah masa kamu di gari ! anak muda ini punyai history. 6 kotak rasuah merupakan kes paling sensasi, dek kerana 6 kotak inilah anak muda ini keluar masuk lokap antara yang terbanyak sekali.
anwar...sejarah sudah tercatit bahawa anak muda ini meringkok di penjara sungai buloh dan kajang kerana memperjuangkan isu rasuah kontroversi ! dek kerana keberanian anak muda inilah 'hadiah istimewa' OSA diberi...
anwar jangan kamu main dengan kontroversi kelak akan memakan diri.. sejarah sudah membuktikan ezam punyai keberanian luar biasa daripada kamu..GAP cabar kamu keluarkan fakta sejarah sebutkan siapa di antara panglima kamu yang punyai rekod dedahkan rasuah rasmi ? azmin,saifudin dll...nehi beti nehi..tiada mereka ini berani masuk lokap walau pun sehari.
apa 6 kotak kamu mahu sensasikan lagi ? mari sini GAP bgtau kisah hebat lagi misteri.
apa kamu lupa anak muda ini pernah mendedahkan rasuah sensasi pak menteri ?
apa kamu lupa akan laporan pendedahan rasuah 600 muka surat pegawai tertinggi ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian asas tani ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian belia dan sukan ?
apa kamu lupa pendedahan bekas pengarah BPR sabah tempoh hari terhadap ketua polisi?
apa kamu lupa akan laporan BPR ezam terhadap pegawai khas MB kalid ibrahami ?
dan anak muda ini hingga kini tidak pernah pun menarik balik walau satu pun laporan BPR yang diberi ! hhhaaaa anwar kali ini lu mati... 6 kotak sensasi sebenarnya memakan diri kau sendiri.
mari sini GAP bongkar pula kisah misteri akan 6 kotak sensasi. 3 kotak pertama merangkumi rasuah perwaja. 3 kotak lain diantaranya adalah dokumen rasuah pak menteri dan terselit di dalam kotak itu juga satu dokumen misteri kepunyaan pembantu peribadi ?
siapa punya empunya diri ? tidak lain dan tidak bukan dia ialah azmin bin ali ! pembantu peribadi mu sendiri ! apa kamu lupa pada awal tahun 90an beberapa pegawai BPR telah menyerbu pejabat setiausaha timbalan perdana menteri ? pejabat itu dimiliki oleh anwar bin ibrahim sendiri ! apa kamu lupa kamulah yang telah menghalau mereka keluar dari pejabat kamu pada pagi penuh sensasi !
anwar ibrahimi...kamu dengar sini baik-baik. kini sudah 4 tahun kamu bebas dari penjara duniawi.. kamu bicara tentang rasuah di timur barat utara dan selatan..hingga terbawa-bawa ke kondo damansara istana peribadi, yang menu nya hanya menghidangkan kopi.
4 tahun kamu berdiskusi mengeluarkan teori2 air liur basi .NEGARA INI RASUAH , PEMIMPIN ITU RASUAH ! tapi sayang kamu sekadar menyatakan yang teori, tiada keberanian melakukan praktikaliti . cakap tidak serupa bikin.. rrrrupa rupanya kamu takut 'dikembalikan' ke penjara lagi .
2 biji anggur di celah kangkang mu rupanya berlaga-laga mengeluarkan bunyi . takut kamu itu tak terperi kerana 6 kotak sensasi sebenarnya boleh memakan diri sendiri .
AKU TIDAK MAHU BERCERITA LAGI...ANWAR IBRAHIM AKU CABAR KAMU DEDAHKAN DOKUMEN RASUAH 6 KOTAK SENSASI ! WALAUPUN SELEPAS 2 ANGGUR DI CELAH KANGKANGMU ITU TIDAK BERLAGA LAGI.
28 comments:
Salam GAP,
Dedahkan je secara detail isi 6kotak sensasi versi Nuar Berahim tu. Biar Malaysia ni tahu siapa rasuah, siapa yang telus!!!
Lagipun, sudah beberapa kali Ezam mengeluarkan statement yang kotak tu kini di tangan Nuar Berahim; namun isi kandungannya(secara detail) masih menjadi tanda tanya.
Siapa tahu, ianya akan merubah kembali persepsi rakyat akan erti KETELUSAN, KEBENARAN, juga KEJUJURAN yang dipertahankan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.
Teruskan perjuangan!!!
EZAM TAMBAH DERITA ANWAR!
Cerita Dahulu :
Polis tidak menolak kemungkinan akan mengeluarkan saman mengikut Seksyen 51(i) Kanun Acara Jenayah terhadap Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd. Nor, sekiranya dia gagal menyerahkan semua dokumen yang didakwanya disimpan di luar negara.
Mengikut seksyen tersebut, mahkamah boleh memerintahkan orang yang dipercayai memiliki barang atau dokumen itu supaya hadir dan menyerahkannya untuk siasatan. Pada 18 Ogos lalu, Ezam hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur setelah menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah untuk memberi keterangan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Notis itu dikeluarkan ekoran pengakuan Ezam bahawa, “Anwar menyimpan tidak kurang enam kotak dokumen Kerajaan di luar negara”.
Tindakan ‘bijak’ Ezam ini bukan sahaja mengundang masalah kepada dirinya tetapi juga kepada bossnya. Jika hasil siasatan terhadap dokumen itu boleh dikaitkan dengan Anwar, sudah tentu ‘siri bicara’ terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan berpanjangan.
Dari isu penyalahgunaan kuasa, kemudiannya seks, dan kini Ezam tolong tambah lagi untuk OSA pula. Kalau sabit kesalahan, maka makin bergandalah hukuman yang bakal diterima Anwar!
CUMA JANGAN PULA DIKATAKAN ANWAR DIANIAYAI! ANWAR TELAH, SEDANG DAN AKAN TERUS DIBICARAKAN ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKANNYA. BIARLAH MAHKAMAH YANG MENENTUKANNYA. PENGIKUT SETIA ANWAR TIDAK PERLU MENGADAKAN ‘SKRIP KHAS’ BAGI MEMPERLIHATKAN SEOLAH-OLAH ANWAR DIZALIMI! RAKYAT TIDAK PERLU TERUS-TERUSAN DIBOHONGI SEMATA-MATA UNTUK MELINDUNGI ANWAR. ANWAR MENDERITA AKIBAT DERITA YANG DICARI DAN TINDAKAN SESETENGAH PENGIKUT SETIANYA HANYA MENAMBAH DERITA YANG ADA!!!!!!!!!!
Salam perjuangan..
PEH MELELEH AIR LIUR AKU BACA POST KAU NI GAP!!!
SYABAS!!! MACAM NI LAH PENULISAN YANG AKU MINAT!!! PENUH DENGAN KATA-KATA PEDAS DAN TERSIRAT!!!
BARULAH MELEKAT DI BENAK FIKIRAN NI MEMBACA AYAT SEBEGINI!!
AKU YAKIN ANWAR JUBOR TU DAH TERKETAR-KETAR BACA POST KAU NI GAP!!!
MEMANG DAH BERLAGA-LAGA BIJI ANGGUR TU!!! HA HA HA HA
BIJI ANGGUR....MACAM-MACAM KAU NI GAP.
APA-APA PUN SYABAS ATAS PENULISAN YANG TAJAM INI.
MASAK LAH LU ANWAR JUBOR.....
UNDILAH PAS BAGI MENJAMIN MASA DEPAN ANDA
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/undilah-pas-bagi-menjamin-masa-depan.html
Ha tudia! hang tau segala no? Bagoih tu, Cerita mailah kat kami ni encik. kami nak dengaq.
isu 16 September pun Anwar tak ada teloQ nak jawab....
Kalau iya salah satu dokumen rasuah itu dah membabitkan kekasih Anwar, memang sah dia tak berani nak jawab kenyataan Ezam pasal 6 kotak ini...
isu 16 September pun Anwar tak ada teloQ nak jawab....
Kalau iya salah satu dokumen rasuah itu dah membabitkan kekasih Anwar, memang sah dia tak berani nak jawab kenyataan Ezam pasal 6 kotak ini...
Selamat berjuang semoga Allah merahmati perjuangan saudara untuk menegakkan kebenaran
Dasat seh..
Pembongkaran yg berani!
Bongkarkan sebanyak mungkin muslihat pengkhianat ni GAP. sebelum PRK P36..kita sebarkan artikel ni pada semua manusia2 buta hati yg terus2 jadikan anwar ni idola sepanjang zaman mrk.
Kita cantas kemaraan mrk!
gap! lu punya ayat memang sensasi....aku baca setiap patah perkataan .....memang tak dapat dinafikan.....aku mula geli....memang......gila.....aku tak nafikan sedikitpun cita tu...memang anwar suka yang geli.. geeee.e...eliiii.syedmzazi
Ezam sanggup berkorban demi suatu perjuangan yang mulia.
Taminsari
has left a new comment on the post "
PRK-P36. ISU 6 KOTAK " ANWAR IBRAHIM..GAP CABAR KA...":
EZAM TAMBAH DERITA ANWAR!
Cerita Dahulu :
Polis tidak menolak kemungkinan akan mengeluarkan saman mengikut Seksyen 51(i) Kanun Acara Jenayah terhadap Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd. Nor,
sekiranya dia gagal menyerahkan semua dokumen yang didakwanya disimpan di luar negara.
Mengikut seksyen tersebut, mahkamah boleh memerintahkan orang yang dipercayai memiliki barang atau dokumen itu supaya hadir dan menyerahkannya untuk siasatan.
Pada 18 Ogos lalu, Ezam hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur setelah menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah untuk memberi
keterangan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Notis itu dikeluarkan ekoran pengakuan Ezam bahawa, “Anwar menyimpan tidak kurang enam kotak dokumen Kerajaan di luar negaraâ€.
Tindakan ‘bijak’ Ezam ini bukan sahaja mengundang masalah kepada dirinya tetapi juga kepada bossnya. Jika hasil siasatan terhadap dokumen itu boleh
dikaitkan dengan Anwar, sudah tentu ‘siri bicara’ terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan berpanjangan.
Dari isu penyalahgunaan kuasa, kemudiannya seks, dan kini Ezam tolong tambah lagi untuk OSA pula. Kalau sabit kesalahan, maka makin bergandalah hukuman
yang bakal diterima Anwar!
CUMA JANGAN PULA DIKATAKAN ANWAR DIANIAYAI! ANWAR TELAH, SEDANG DAN AKAN TERUS DIBICARAKAN ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKANNYA. BIARLAH MAHKAMAH YANG MENENTUKANNYA.
PENGIKUT SETIA ANWAR TIDAK PERLU MENGADAKAN ‘SKRIP KHAS’ BAGI MEMPERLIHATKAN SEOLAH-OLAH ANWAR DIZALIMI! RAKYAT TIDAK PERLU TERUS-TERUSAN DIBOHONGI
SEMATA-MATA UNTUK MELINDUNGI ANWAR. ANWAR MENDERITA AKIBAT DERITA YANG DICARI DAN TINDAKAN SESETENGAH PENGIKUT SETIANYA HANYA MENAMBAH DERITA YANG ADA!!!!!!!!!!
Salam perjuangan..
Salam:-
Dedahkan juga tabiat rasuah Azmin Ali semasa jadi kekasih BABI di kementerian dulu..Azmin ni kalau orang nak masuk jumpa BABI mintak komisyen... bila keluar mintak juga komisyen
Bayangkanlah berapa banyak yang dikaut... dedahkan!
Suatu komentar yang bagus. Dan saya sokong pendapat saudara Abas,minta dedahkan juga bukan setakat Azmin, tetapi lain-lain kuncu-kuncu DSAI.
Kalau pihak pembangkang boleh londeh orang BN, apa salahnya sekali sekala depa pulak kena londeh. Baru adil kan?
Salam..Mungkin Sdr Ezam dapat membantu..mengapa Datuk Murad menarik semula akuan sumpahnya?
4 Dalil Akuan Murad Sah & Dipercayai!
Memang dah lumrah bila dah salah semua tak nak mengaku. Kadang-kadang bukti depan mata pun masih lagi nak berdolak-dalih. Macam-macam alasan diberikan. Alasan memang mudah dicari dan dicipta, pokok pangkalnya sama ada alasan itu boleh diterima dek akal ataupun tidak.
Selepas akuan berkanun atau surat sumpah yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang dihebahkan kepada umum 28 Oktober 1999, pihak yang terkena batang hidung lari tak cukup tanah. Lidah berbelit-belit nak betulkan cakap yang kadang-kadang tersasul terkeluar benda-benda yang tak logik. Macam-macam helah dan alasan digunakan untuk menafikan pengakuan bersumpah si Murad ini.
Walaupun sudah banyak dibincangkan mengenainya, masih ada orang yang keliru atau kurang faham manakala yang lain pula cuba mengabui mata orang ramai untuk melindungi diri mereka
Yang pertama dan terpenting ialah perakuan Murad itu sah dan tertakluk kepada undang-undang. Ia bukan tuduhan liar yang dibuat membuta-tuli atau dibuat menggunakan perlindungan mahkamah dan Parlimen. Murad mengambil risiko peribadi yang cukup tinggi dengan membuat akuan itu. Di banyak negara lain, keselamatan orang macam dia tidak terjamin lagi.
Jika dia berbohong, dia dengan sendirinya melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Kanun Keseksaan. Jadi dia tentulah tidak akan bersumpah dan membuat tuduhan yang begitu berat terhadap begitu banyak orang kalau tidak yakin atau tidak ada bukti yang kuat bahawa dakwaannya itu benar.
Salah-salah orang yang dia tuduh tak jadi apa-apa dia sendiri yang masuk penjara. Apatah lagi sasaran utama dia bukan alang kepalang orang yang tak lain tak bukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang sehingga September tahun lalu adalah 'boss' dia.
Kalau Anwar dan konco-konconya betul-betul tiada duit sampai RM3 bilion, mereka boleh saman dia sampai tak tinggal sehelai pakaian pun di badannya. Tengok sajalah apa yang dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Chandra Muzaffar. Dia sudah saman Murad RM70 juta.
Kedua Murad bukanlah alang kepalang orang. Dia diakui seorang ahli ekonomi dan kewangan yang handal dan disegani. Sejak zaman Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan lagi dia sudah dikenal pasti dan diakui sebagai pegawai muda yang cekap dan cepat belajar.
Dia juga seorang yang baik, lembut dan berbudi bahasa. Tetapi sama juga dengan banyak orang muda lain yang terpukau dan terpaku dengan kata manis bekas Timbalan Perdana menteri itu, Murad diperalat dan dipergunakan. Demikianlah dia menyifatkan dirinya dalam akuan berkanun itu.
Ketiga, sebagai orang suruhan yang diyakini tidak mustahillah kalau Murad mempunyai butir dan maklumat terperinci mengenai urusan kewangan bekas ketuanya dan konco-konconya. Apatah lagi Murad memang diketahui menjadi orang tengah dalam banyak urusan perniagaan konco-konco Anwar.
Keempat, oleh kerana Murad membuat tuduhan terhadap Anwar dan banyak yang lain berlandas undang-undang melalui akuan berkanunnya, maka adalah wajar bagi sesiapa juga yang berhasrat menafikan dakwaan beliau berbuat demikian berlandaskan undang-undang juga macam Chandra. Kalau setakat penafian melalui kenyataan kepada media massa tidak berkesan. Orang tak percaya.
Begitu juga dengan membuat bermacam alasan seperti tidak percaya kepada mahkamah yang dibuat oleh naib presiden Keadilan Marina Yusof. Lagi banyak alasan dan dolak dalik lagi banyak orang akan percaya ada perkara yang hendak disembunyi.
Terlanjur saman, apa salahnya minta ganti rugi berpuluh juta macam Chandra. Tak cukup dengan membersihkan nama, tuntut ganti rugi RM70 juta. Mahkamah pun pening kepada macam mana seorang yang kononnya berprinsip tinggi dan tidak mengutamakan kekayaan harta benda boleh menilaikan maruah dan nama baiknya RM70 juta.
Nampaknya dalam dunia reformasi ini maruah dan nama baik yang dulunya tidak ternilai kini boleh diukur dengan ringgit dan sen. Permohonan maaf dan pembetulan tidak memadai lagi. Maruah dan nama baik terpaksa ditebus dengan ganti rugi puluhan dan ratusan juta ringgit. Maruah dan nama baik sudah boleh dijual beli. Kalau direnungkan semula ‘style’ maruah boleh dijual beli ini saling tak tumpah macam perangai buruk Anwar Ibrahim masa berkuasa dulu.
Salam perjuangan..
Salam...
BPR siasat dakwaan Murad
Berita Minggu, 31 Oktober 1999
SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.
Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris.
Di SUNGAI PETANI, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, berkata siasatan itu penting untuk memastikan siapa yang bersalah supaya tindakan terhadap mereka dapat diambil.
Menurutnya, siasatan itu juga dapat membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Abdul Murad terhadap Anwar yang disertakan Akuan Berkanun dengan ikrar di hadapan Persuruhjaya Sumpah.
"Surat sumpah bukan boleh main-main, saya percaya seseorang tidak akan buat surat sumpah kalau tidak ada bukti," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 388 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen Merbok dekat Sungai Petani semalam, Daim berkata, jika dakwaan berkenaan tidak benar, pihak terbabit boleh mengambil tindakan terhadap Abdul Murad.
Beliau juga berkata, siasatan perlu bagi memastikan semua kakitangan Bank Negara bekerja cekap, amanah, bertanggungjawab dan tidak ada penyelewengan.
Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin menyifatkan setiap perenggan dalam akuan bersumpah Abdul Murad adalah maklumat mengenai rasuah. BPR menganggap pengakuan Abdul Murad tidak seperti maklumat biasa kerana dakwaannya adalah maklumat akuan bersumpah.
Esok, Ahmad Zaki akan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawainya untuk menentukan bidang tugas pasukan penyiasatan itu.
"Tindakan pertama ialah memangggil Abdul Murad bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam akuan bersumpah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sehari BPR bersama wargatua di Rumah Seri Kenangan di sini, semalam.
Khamis lalu, Abdul Murad melalui akuan bersumpahnya mendedahkan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, termasuk mempunyai akaun induk berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.
Selain individu, turut dikaitkan dengan Anwar dalam akuan bersumpah itu ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Ahmad Zaki mengakui bahawa berdasarkan akuan bersumpah itu, kes itu rumit kerana membabitkan banyak bank dan pengendalian akaun, termasuk akaun induk seperti yang disebutkan dalam akuan bersumpah.
Selain itu, katanya ada banyak dakwaan dan ramai orang terbabit menyebabkan BPR akan membuka lebih daripada satu fail dalam siasatan itu.
Walaupun rumit, katanya BPR yakin dapat mengendalikan kes itu kerana mempunyai pengalaman mengendalikan kes rasuah yang rumit sebelum ini, malah membawa kes itu ke mahkamah.
Beliau berkata, BPR akan mendapatkan bantuan pakar, termasuk dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk memberi khidmat nasihat dalam aspek siasatan.
Selain itu, kerjasama daripada nama mereka yang disebut dalam akuan bersumpah itu juga penting.
Menurutnya, penyiasatan ditumpukan terhadap aspek rasuah yang terkandung dalam akuan bersumpah.
"Saya fikir hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Jadi kami akan menyiasat setiap aspek itu," katanya.
Mengulas beberapa pihak yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu berada di luar negara, katanya, BPR akan mendapat kerjasama agensi terbabit di negara berkenaan.
Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, katanya BPR akan mendapatkan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin Polis Antarabangsa (Interpol).
"Untuk tujuan bukti, BPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mengaturkan bagaimana keterangan itu boleh dibawa ke mahkamah negara ini," katanya.
Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa BPR tidak bebas menjalankan siasatan itu.
"Sejak tujuh bulan saya menjadi Ketua Pengarah, tidak ada sesiapa yang mencampuri siasatan BPR. Tidak ada masalah, tidak timbul isu menyatakan BPR tidak bebas dalam siasatan.
"Saya tidak kata maklumat dalam akuan bersumpah itu maklumat betul atau palsu. Tidak tahulah betul atau tidak. BPR apabila menerima maklumat tidak mempunyai pilihan, kita akan menyiasat," katanya.
Beliau berkata, masalah sebenar yang dihadapi ialah orang ramai yang mempunyai maklumat penting tidak mahu membantu BPR menyebabkan agensi itu disangka tidak menjalankan kerja.
Dalam kes Abdul Murad, katanya tidak ada siapa menyangka bekas Penolong Gabenor itu akan berbuat demikian. "Mengapa tidak dulu lagi datang berjumpa kita. Kalau dari dulu pun, BPR siasat juga. Begitu juga dengan orang lain yang mempunyai maklumat, mengapa tidak datang," katanya.
Salam perjuangan
Salam kembali...
Tubuh Suruhanjaya Siasat Anwar Ibrahim
Contributed by taminsari on Saturday, June 07 @ 10:19:03 MYT
Topic: KOMENTAR-2
Anwar Ibrahim semasa berucap di perhimpunan ” Black 14 ” yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menyambut hari ” tamat edah ” beliau yang membolehkannya bergiat semula di arena politik tanah air ada menyebut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat Tun Dr.Mahathir Mohammad. Seolah-olah beliau menunggu saat-saat itu untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir Mohammad.
Apabila mendengar kata-kata Anwar, teringat kembali ketika Anwar Ibrahim masih di zaman pelajar. Rakyat mungkin sudah lupa yang Anwar Ibrahim pernah bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr.Mahathir di depan Allahyarham Haji Sulaiman Palestin kerana ditahan ISA sewaktu Dr.Mahathir menjadi Menteri Pelajaran.
Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar, Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya sepertimana yang masih dilakukannya sekarang tetapi tidak lama kemudiannya menjelir lidahnya kelangit.
Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik.
Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah Anwar Bin Ibrahim dengan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir sejak dulu,kini dan selamanya.
Adakah ini peluang terbaik Anwar untuk mengeluarkan segala tomahan agar Tun Mahathir dapat diheretkan ke mahkamah sepertimana yang dilakukan didalam kes Linggam sekarang.
Tetapi bagaimana pula dengan kes Anwar sendiri. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.
Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan.
Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan.
Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit.
Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan sesiapa sahaja yang didendaminya.
Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Salam perjuangan..
·
Sebenarnya 6 kotak tu fail rasuah bang Nuar, sebab tu dia tak dedahkan kalau boleh nak simpan takut orang lain tahu.
Syabas Bro GAP, boleh beri merit tertinggi dalam penulisan beliau setakat ini.... dan ini lah moto GAP sekarang "GEMILANG,CEMERLANG,TERBILANG DAN BUKAN TEMBERANG".
rakan2 seperjuanganku..teruskan asakan kamu terhadap anwar !
GAP semakin berani !!!
tahniah dan kita akan halang sampai titisan darah terakhir petualang ini dari menjadi PM Malaysia.
Moga Allah memelihara para pejuang sekelian dan mari kita dedahkan lagi siapa dia Anwar sebenar.
Jangan lupa kita ada musuh dalam negara kita sendiri yang sanggup berpakat agar kepimpinan yang menjaga Islam dan umatnya akan ditumbangkan.
Tetapi yang peliknya ialah sebab PAS pun turut tumpang sekaki dengan mereka ini..
PAS sudah jadi ALAGA PAS...
salam.
p/s : maaf GAP dah lama tak ziarah..sibuk sikit seminggu dua ni..
salam..biarlah ape org nk kate, Allah swt bersamamu Anwar Ibrahim..insyaAllah..janji Allah swt itu pasti, yg hak pasti menang, klau bukn hari ini, hari esok..klau bukn esok, insyaAllah kamu menang di akhirat kelak.same2 doakn kemenangan hamas di Palestin, ayuh berdoa..wassalam=)
HIDUP UMNO!!!!!
Anwar ni layaknya jual ubat kuat kat Chow Kit je, macam ezad emir dulu.
Macam Doremi jual makjun sangkut.
Sekali boleh jual, bila pakai gatal-gatal.
Besoknya cuba jual, pelanggan semalam datang, cabut lari takut kena bedal.
kah..kah..ini betul2 tak puas hati nie..cayok GAP, aku sokong ko..kalu taknak dedah semua dedahkan sedikit demi sedikit..biar rasa terseksa AL-Juburi..biar panas punggung badut tuh..biar menyirap hati busuk AL-Juburi..
Teruskan perjuangan ini.
Aku sokong ko.!
Salam.
HIDUP.....G..A..P..!!!!
pang 5
pas jadi sebuk kari alaga-pas ! haha lawak-lawak
semua bloger
kasi hentam anwar cukup2 !
DSAI sokong sidang khas parlimen kutuk Israel. Apa pendapat encik?
Teruskan perjuangan agar Malaysia tidak di bawah pemimpin yang rosak diri. Demi bangsa dan Islam kita mesti mantapkan lagi kerajaan Malaysia yang ada. Takut yang dikejor tak dapat dan yang dikendong keciciran!!!!
Post a Comment