Petang kelmarin, dalam temubual dengan Astro Awani mengenai PRK Hulu Selangor, saya, lebih kurang, berkata begini:
1. Kalau Umno sudah pulih seperti diuar-uarkan, Umnolah yang wajib diberi hadiah dengan mewakili BN;
2. Adakah Umno cukup pulih seperti diuar-urakan sehingga mampu menanggung beban mengendong MIC yang masih tidak menampakkan pemulihan dan penerimaan oleh masyatakat India sendiri;
3. Adakah ahli dan penyokong Ummo serta MCA yang bersusah payah memperjuangkan perubahan kepemimpinan parti mereka sejak PRU 2008, akan secara mudah dan sukarela menyokong calon MIC yang masih dikongkong oleh S samy Vellu;
4. Dalam PRU 2008, tiga calon DUN BN dalam kawasan Parlimen Hulu Langat (dua Umno dan satu MCA) semuanya menang dengan mendapat majoroti terkumpul 6,176 undi tapi calon Parlimen MIC kalah;
5. Undi rosak dan kertas undi yang tidak dipulangkan bagi kerusi Parlimen (MIC) 1,689 berbanding tiga kerusi DUN 1,631;
6. Jelas berlaku protes terhadap BN kerana meletakkan calon MIC melawan calon Melayu PKR;
7. Adakah ahli dan penyokong Umno serta MCA akan berkorban untuk MIC yang nyata tidak disukai pada PRU lalu?; dan
8. Bila menguntungkan, mereka minta hapus kuota dan laksanakan meritokrasi. Tapi bila bertanding pilihan raya, mereka rela jadi calon kuota.
Terima kasih.
untuk artikel penuh klik sini.
bagi aku pandangan tokoh hebat seperti dato kadir jasin jangan kita pandang sebelah mata. namun dalam pada masa yang sama kita harus meraikan pesta berbeda pendapat.pesta ini tidak berlaku dalam pkr,pas dan dap. pesta beda pendapat diantara kita sebenarnya mencernakan satu wadah baru dalam konteks untuk mencapai konklusi terbaik !
1 comment:
GAP cuba dgr Datuk Zainal Sukom komen tentang kenapa kita masih meletakkan calon MIC walaupun kekadang mereka ni umpama duri dlm daging dan seolah2 tidak tahu menghargai pengorbanan UMNO yg x mementingkan diri dan bersikap setia kwn ni.harap kita berlapang dada dgn hujah2 Datuk Zainal ni.Hidup UMNO dulu kini dan selamanya.Selama berjuang GAP
Post a Comment