Sunday, June 20, 2010

DS NAJIB PERTAHAN BAKKE, GAP PERTAHANKAN WANG RAKYAT !

ds najib pertahankan perlantikan dato bakke sebagai CEO SIME DARBY, KLIK SINI dan KLIK SINI

aku tiada niat mahu berlaga dengan ds najib, tetapi blog gap pertahankan integriti,kewibawaan,bersih,bebas salahguna kuasa dan rasuah sebagai landasan dan syarat untuk kerajaan melantik seseorang sebagai pemegang amanah wang rakyat.

jika seorang ketua atau pemimpin syarikat korporat sudah tidak kompiten dan ternyata gagal dalam pengurusannya yang lalu,mengapa perlu 'disucikan' dia untuk kali kedua ?

bekas menteri kewangan jepun shoichi nakagawa pernah tertidur/terlena sewaktu mesyuarat G7 di itali, media jepun telah mendedahkan gambar dia tertidur. benar mungkin dia kepenatan, tetapi sejurus tiba di lapangan terbang tokyo,menteri kewangan jepun tersebut terus meletakkan jawatan. lepas itu dia bunuh diri.

ini contoh disiplin ( meletakkan jawatan bukan disiplin bunuh diri )yang perlu ada pada kesemua pimpinan politik ataupun syarikat konglomerat. bukannya memberikan peluang sekali lagi untuk dia menjahanamkan lagi syarikat yang sudah sedia ada rugi !

hari isnin 21hb jun 2010, pendedahan mengenai dato bakke akan dilakukan. pegawai ds najib tunggulah depan laptop dan baca balik sejarah BCA, bersih cekap amanah.

9 comments:

Anonymous said...

Ape plak perbandingkan Melayu dgn Jepun bro..? ya.. mungkin Melayu mudah lupa..mudah gagal kerana sikap kebanyakan kita yang hipokrit,tetapi Melayu masih boleh bangkit semula untuk berubah dan memperbaiki diri..Bukan bunuh diri.. fikir2kan la bro..

Syammil said...

salam..ds najib kata bakke sja yg layak n trbaik drpd calon2 lain..klu bakke ni pn dh truk nmpknya yg lain2 tu lg truk la

Anonymous said...

betui gap kita bagi batu besar kat kepala dia supaya peringat..

jangan ingat dia naik pasal dia bagus sangat..

PENGALAMAN BURUK YG LALU MESTILAH MENGUPGRADEKAN TAHAP kematangan PENTADBIRAN NYA..

Anonymous said...

sokong GAP!!
bakkke ni dah disebut dulu sebagai sorang yang pegang banyak jawatan dalam satu2 masa,mberkemungkinan besar ada kabel politik..
bakke mesti membuktikan keupayaannya dahulu,contohnya mempengerusikan Kohilal dan membawa kohilal keluar dari kerugian.

Anonymous said...

salam,

gap mcm mana nk daftar ahli parkasa di n9?

DarkSky said...

adeh, ceo baru pun ade cite panas gak ke..

ORANG KG said...

salam bro,

tak sabar rasanya artikel terkini....pastinya teman tunggu.....

Anonymous said...

Kata DSNajib, Bakke adalah calun terbaik dan dipilh tetapi siapa yang memilih? adakah ada satu jari lain atau 2 jari lain atau sengaja dipilih atas sebab dipaksa memilih.

Selain Bakke yang telah berjaya merugikan FELDA banyak tokoh lain yang perlu dipilih.. bekas CEO Sime Darby, misalnya yang 'berjaya' merugikan Sime Darby patut dipertimbangkan juga kerana dia juga CEO terbaik masa lalu.
Banyak pemimpin GLC lain boleh dicalunkan asalkan mereka pernah 'merugikan' GLC-GLC tersebut..

Esperalzi said...

Eh, eh GAP, ko nak suruh diorang bunuh diri macam PM Jepun tu ker? Hahaha! Melawak jer, jangan mare!

But seriously speaking...kan aku dah kata dulu! Najib Razak ni memang buat aku WASWAS tentang masa depan Malaysia dan Melayu! Itulah masalah orang Melayu sekarang. Kita perlukan pemimpin yang WAWASan tapi kita dapat pemimpin yang WASWAS..

Kita perlu pemimpin2 seperti TUN RAZAK dan TUN DR ISMAIL. Tapi yer lah..sebagaimana mustahil HARI INI bagi kita mendapat penyanyi dan anak seni sehebat dan setulen seperti P RAMLEE, SALOMA, NORMADIAH dan JINS SHAMSUDDIN, maka mustahil juga HARI INI kita akan mendapat pemimpin2 yang sebaik dan setulen TUN RAZAK dan TUN DR ISMAIL..

Banyak pemimpin UMNO hari ini adalah DUDS!!